Skip to main content

Posts

Showing posts with the label babysitter and the kids

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Tahun Ke 30 Maqnie Nurseri

  Bismillah, Alhamdulillah.Terima kasih Allah untuk setiap rezki dan nikmat yang diberikan kepada kami hingga ke saat ini. Alhamdulillah.Diam tak diam ,tahun 2026 ini genap 30 tahun Maq berkerjaya sebagai seorang 'baby sitter '. Ini juga bermakna dah 30 tahun taska dirumah Maqnie Nurseri beroperasi. Boleh baca pengalaman maq dalam  dalam label ini . Bermula dari 'tolong jaga anak jiran' akhirnya berpanjangan usaha ni sampai ke hari ini. Bila diimbas kembali,rupanya maq dah jaga 3 generasi.   Gen Y ( 1981- 1996 ) Gen Z ( 1997-2012 ) Gen Alpha ( 2013-2024 ) 1- Generasi Milenial (Gen Y) : 1981-1996 Waktu umur maq 14 tahun,maq dah jadi ' babysitter termuda' waktu itu.Baby tu lahir pada tahun 1981.Siapa? Beliau adalah adik lelaki maq. Masani ibu kami kena keluar bekerja asbab nak bantu abah sara keluarga.Ibu kerja dari awal pagi dan balik pukul 12 tengahari. Dan pada waktu ini juga,maq berada ditingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan.Sesi persekolahan pula belah peta...

Cucu Asuhan Lain Dari Yang Lain

  Bismillah, Dah lebih 2 tahun beby Ayyash maq ngasuh.Aktiviti mengasuh Ayyash bermula dari pukul 8.00am hingga 5.30pm.Sabtu & Ahad  cuti. Cucu asuhan maq yang ini membesar disamping atok dan nenek.Seminggu atau 2 minggu sekali barulah dia dapat berkumpul bersama dengan ibuayahnya. PJJ sangat berat bagi seorang kanak kanak yang sedang membesar.Maq kadang sayu hati dengan keadaan anak anak kecil zaman sekarang yang terpaksa lalui momen macam ni.Tapi dah takdir mereka macam tu. Tengok gelagat dia dalam gambar pun dah boleh tahu ,Ayyash memang seorang kanak kanak yang cerdik.Kenapa maq kata dia lain dari yang lain? Walaupun baru berumur capai 2 tahun bulan April lalu tapi dia dah kenal huruf ABC hingga Z, dah kenal dah nombor 123 dalam Bahasa melayu dan inggeris,dah boleh hafal lagu lagu kanak kanak versi inggeris yang selalu maq buka di youtube tv.Masa umur setahun ,perkataan yang sering dia sebut  " Allah... " Allah huakhbar.. Masyaallah tabarokallah.. Dah pandai berse...

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

  Bismillah, Maq cuma sempat salin antara amalan dan doa untuk anak jadi cerdik.Sumber ni maq dapat dari ceramah di youtube tapi tahun bila entahlah,maq dah lupa. Moga bermanfaat. 📌Doa untuk anak jadi cerdik & bijak.Letak tangan kanan kita kat dada anak,Bacalah, Yaa Allah Yaa Fattah  Baca 11x  atau 31x Lepastu letak tangan kanan juga dekat umbun² anak, Untuk Anak lelaki ,Baca: Bismillahirahmaanirahim, Allahumma Faqihu Fiddin waalimhu ta'wil. Baca 3x ** untuk anak perempuan tukar sebutan kepada "Faqiha" 📌Doa untuk anak yang lambat bercakap. Baca : Bismillahirahmaanirahim, wa kallamallahu Musa taklimaa Bacakan 3x diumbun² anak sewaktu dia sedang tidur. وَكَلَّمَ اللَّـهُ مُوسَى تَكْلِيمًا  “Wa kallamallahu Musa taklima.”  Yang artinya: “Dan Allah telah berbicara kepada Musa secara langsung.”  Dalam Alquran surat Thaha 9-10, 📌Rawatan anak Autism, Baca ayat ayat dibawah ini pada air dan bagi anak minum atau letak tangan kanan diumbun umbun anak kemudian ...

Makan Ayam Goreng Muiz Bersama Ainul Mardhiah

  Bismillah, Sempena cuti sekolah minggu ni,Ainul balik rumah kami.Rindu kat tokmak dia lah tu.Semenjak masuk darjah 1,aktiviti Ainul padat ,termasuklah pergi balik sekolah kebangsaan ,Kemudian pergi sekolah agama ,lepastu pergi kelas Quran dan malam ,buat kerja sekolah pulak.  Alhamdulillah, Ainul dah lancar membaca rumi dan jawi.Mengira dan sifir pun alhamdulillah dan semakin lancar.Biarpun akaun tiktok dia masih aktif.Hahaha nothing to say la.Budak zaman now.Asalkan media sosial dia dipantau.Doa yang baik baik je. Semalam cuti 2/6/2025.Kami bawa Ainul jalan ke Bandar Muar.Encik suami nak belanja cucunya makan ayam goreng Muiz diMuar.Padahal kat Parit Raja Batu Pahat ni ada jugak kedai ayam goreng Muiz tu. Tapi kata encik suami ,kita support yang dah lama buka,cawangan Parit Raja tu cawangan baru,next time boleh pergi.Lagipun Muiz kan buka 24 jam! Ok,baik lah... Muiz Parit Raja coming soon. 🥰 ❣️ 😍 😎 Terima kasih tolong koyakkan sos... Sepatah 2 kata tentang ayam goreng Mu...

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

2 Sahabat Yang Suka Buli Tok Maq

  Bismillah, Dibawah ini adalah gambar 2 orang sahabat yang selalu membuli maq.Naail Ayash dan Adam Aisy namanya. Waktu gambar ini diambil,mereka ni baru je 10 minit bangun dari tidur. Nampaknya Naail Ayash sedang merancang sesuatu manakala Adam Aisy masih blur teringat mimpi malam semalam. Apakah rancangan mereka berhasil? Maaf ,maq dah cuba masukan video mereka dalam blog ni, tapi gagal.Nanti free maq akan cuba sekali lagi. Realitinya  2 orang sahabat ini mempunyai jalur kehidupan yang hampir sama dipandangan kacamata maq. ❣️Mereka adalah anak yang berjauhan dari ibu dan ayah (PJJ dengan ibubapa mereka) ❣️Tinggal dan membesar dengan nenek dan datok. ❣️Ibu mereka bertugas sebagai petugas di kementerian kesihatan. ❣️Tak suka makan sayur. ❣️Di asuh oleh Maqnie. ❣️Anak pertama dalam keluarga. ❣️Mereka adalah anak lelaki yang tulin. ❣️Anak anak asuhan kesayangan encik suami. Guys,kalau korang dapat membesarkan anak anak didepan mata sendiri,janganlah abaikan mereka.Fokuskanlah ka...

Adam Aisy Taknak Tok Mak

  Bismillah, Semasa jaga Adam Aisy selama kurang lebih 3 minggu hari tu , ternyata dia anggap ibu ayah hantar dia kerumah pengasuh baru.Bukan rumah atok dia. Kenapa maq kata macamtu? Sebab dia malu malu dengan maq dan encik suami.Tapi dengan Aida dia ok je.Ahh pening. Mungkin maq dah lama tak jaga dia.Ada pun kejap kejap je.Atau mungkin memori atok jaga dia masa dari dalam pantang hingga dia umur 9 bulan dulu tu , dia dah delete. Auto delete hahaha Namun maq tak kesah pun benda ni, bila Adam terdesak cari orang untuk dia minta tolong, dan cuma ada maq je waktu tu,pastinya dia akan cari tok maq.Benda simple kan.Yang penting Adam tak nangis atau buat perangai pelik.Dia elok je nonton atau bermain ,cumanya satu jelah, bila tokmak dekati dia , dia akan lari! Kat rumah maq ,main handphone memang ada waktunya.Selebih tu hanya tonton tv atau main.Tapi untuk dapatkan gambar Adam yang serius ,kenalah ada handphone ditangannya. Kalau tak, gambar akan berbalam balam je sebab Adam tak reti nak...

Peristiwa Hitam 2022

  Bismillah, Peristiwa belaku selepas beberapa hari Adam Aisy dilahirkan. Minggu pertama Adam Aisy lahir,semuanya berjalan lancar biarpun masa tu Adam kerap keluar masuk rumah untuk ke Klinik Kesihatan Batu Pahat.Level Sakit kuning Adam sangat tinggi.Sampaikan dia terpaksa ditahan di ward selama dua hari satu malam tanpa ibuayah disisi. Namun apa yang maq nak kongsikan disini, adalah tentang beberapa perkara pelik belaku masa kami jaga  ibu dan Adam Aisy dalam pantang. 1- Minggu ke 2 , kitaorang dah mula perasan, bila masuk je pukul 12am, Adam akan nangis dan kembung perut. Bukan nangis merengek tapi menjerit jerit kesakitan.Masa tu maq pun buntu cari punca.Sebabnya  pengalaman jaga 2 orang cucu dalam  pantang sebelum ni takda pun masalah serupa ini terjadi. 2- Bukan itu sahaja ,ada lagi kejadian pelik berlaku.Mulanya kami sekeluarga anggap itu perbuatan kucing jiran yang berkeliaran tapi lama kelamaan kami mula sangsi.Apataknya setiap pagi,dianjung rumah maq ada see...

Jalan Jalan Tepi Sungai Batu Pahat

  Bismillah, Alhamdulillah,pagi tadi Allah bagi rezeki masa ,dapat bawa Adam Aisy jalan jalan tepi sungai Batu Pahat. Minggu ni Adam Aisy kena duduk dengan tokmak sebab pengasuhnya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Bawah ini sedikit momen yang sempat maq ambil tadi.Actually Adam Aisy ni memang suka pergi jalan jalan.Lagi satu ,dia lebih suka makan diluar berbanding makan dirumah. Adam Aisy & Ucu  Rupanya Adam gayat berdiri di tepi tebing sungai tu.Terpacak je dia kat situ tanpa bergerak  sikit pun. Semua kanak kanak suka main benda ni kalau di taman permainan. Ini tempat turun cu,bukan tangga untuk dipanjat Berpeluh peluh tok ayah kejar cucu dia yang ligat berlari kesana sini. Sarapan pagi dikedai paratha kari kambing,tapi Adam Aisy lebih suka makan roti canai. Harini 18/2/2025 ,juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah Adam yang ke 4.  Alhamdulillah,tahniah buat mereka. Moga ikatan kekal bahagia sampai syurga. Allahhumma Aamiin. 18/2/202...

Cucu PKP Dah Sekolah

  Bismillah, Ini cucu PKP Maq, namanya Adam Muqri.Lahir pada tahun 2021.Tahun dimana orang Malaysia belajar hidup dalam keadaan " Perintah Kawalan Pergerakan " atau dikenali sebagai PKP. Banyak pengajaran yang rakyat dapat sewaktu PKP. Sampai bila bila pun kami takkan lupakan kenangan yang seram sejuk itu. PKP - Semuanya adalah menakutkan! hahahahaha rasa lawak pun ada bila diingat semula. Semasa Adam Muqri masih bayi lagi , perangai dia sangat berbeza dari bayi bayi lain yang maq pernah jumpa.Adam 100% takut dengan orang kecuali papa,mama dan kakaknya Ainul. Apa taknya, semua orang diperintah duduk dirumah dan nak keluar kena betul betul untuk hal penting sahaja.Yang tak penting tak payah keluar. Proses pembesaran Adam pun banyak didalam rumah sahaja.Takda istilah jalan jalan kat taman,shopping kat mall.Apatah lagi jalan jalan makan angin.Memang takda kebenaran untuk semua tu. Bila Along bawa Adam balik ke rumah maq,dia akan nangis dan nangis bila jumpa orang. Nampak maq dia...

Ainul Mardhiah Tamat Sekolah Pra

Cucu pertama Maq, Ainul Mardhiah Bismillah, Alhamdulillah , Januari 2025 , maka tamatlah pembelajaran Ainul Mardhiah di pra sekolah. Bulan March 2025 akan datang nanti ,Ainul dah masuk darjah 1. Masyaallah terasa tua sangat dah tokmaq. Gambar dibawah antara kenangan Ainul Mardhiah sepanjang di Sekolah Pra 5&6 tahun. Hari pertama jadi murid Pra 5 2023 Sambut birthday dikelas  2023 Ootd Pra 5 Pra 5 tahun 2023 Pra 6 tahun 2024 Hari pertama Pra 6 tahun 2024 Wakil Pra Sekolah dalam Kumpulan pemainan bola jaring daerah Batu Pahat ,2024 Gambar kenangan Ainul dimajlis Sambutan Maulidurasul di sekolah (2023 ) Penyampaian sijil Pra 5 tahun.Masa ni Ainul Mardhiah dapat anugerah pelajar Berakhlaq Baik.Alhamdulillah,tahniah Kakak. Dah selesai dah urusan kakak dekat sekolah pra.Tak banyak meragam pun. Serupa macam mama awak masa sekolah tadika dulu.Senang je tokmaq uruskan dia sampailah masuk ke sekolah rendah dan menengah. Semoga kakak Ainul Mardhiah terus berjaya dalam menuntut ilmu dunia ...