15 Oktober Dan Cerita Masa Silam
Bismillah, Harini 15 Oktober 2025 . Harini hari lahir abah.Kalau abah masih ada kat dunia ni,tahun ni umur abah dah 83 tahun.Tapi dah 3 tahun abah 'balik kepada Penciptanya'. Yang tinggal kini hanya kenangan semasa kami membesar disamping abah. Itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Bertemu,bersama dan berpisah. Akhirnya yang tinggal cuma memori. Maq ingat lagi kenangan menjadi anak perempuan sulong abah.Namun banyak juga kenangan yang maq dah tak ingat.Bukan buat buat tak ingat tapi memang dah tak teringat langsung. Masa maq masih di zaman kanak kanak belum baligh ( belum bersekolah lagi) abah kami berkerja sebagai pekerja buruh binaan di Singapura. Sebulan sekali abah akan balik jumpa isteri dan anak anak.Pernah abah kena rompak sewaktu menaiki bas nak balik dari Singapura.Kesan dilibas pisau perompak menjadi parut kekal ditubuh abah. Sejak peristiwa tu,ibu suruh abah berkerja dikampung sahaja.Kerana ibu bimbang keselamatan abah ulang alik dari Singapura ke kampung kami di Kor...