Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Sisa Hidup Bersama Doa & Dosa

  Bismillah... Setiap pagi bila masuknya hari baru, itu tandanya waktu untuk kita menumpang dibumi Allah ini semakin singkat. Andai ditanya ,jika dapat diundurkan masa, apa yang maq mahukan saat ini???Ini jawapannya. Pertama sekali maq nak sangat jadi anak yang baik utk ibu dan abah.Nak belajar bersungguh sungguh ,nak berjaya ,nak happykan ibu abah dengan results exam yang baik baik , nak ibu abah bangga dengan pencapaian pelajaran maq.Dapat pulak pekerjaan yang bagus bagus ,boleh bagi ibu abah duit banyak setiap bulan. Nak mereka bahagia sentiasa tanpa bersusah susah dihari tua . Tapi mustahil benda tu dapat diputarkan semula ,kan? bila niat maq nak sambung belajar pun terpaksa dihentikan asbab parents kami tak mampu .Akhirnya maq pilih untuk habiskan pembelajaran sehingga tahap SPM sahaja. "bagi je peluang kat adik adik teruskan belajar ,ani dah habis sekolah kerja kilang dengan kawan kawan ,nanti boleh  tolong abah bantu bantu keluarga kita.." - itulah kata kata ibu k

Jeti Kong Kong ,Pasir Gudang,Johor

 Bismillah.. 19/2/2023 - Jalan jalan ke homestay Pak Leh di jeti Kong Kong ,Pasir Gudang. Sesaja kami pergi bawa ibu singgah kesana sebab ibu kami teringin sangat nak tengok kawasan nelayan tersebut.  Pemilik homestay ,Pak Leh . Sementara mak mak bersembang dengan pak Leh ,anak anak layan mood memasing atas buaian... Kawasan nelayan disini bersih.Homestay rumah rakit pun ada ,harga pun sangat berpatutan. Homestay dengan alam semulajadi. Kaki pancing dah boleh datang sini bila cuti kot.Jangan lupa bawa anak isteri sekali supaya mereka pun sama sama boleh menikmati keindahan alam.

Adam Aisy Demam panas

Bismillah.. Sejak maq jaga Adam Aisy dari dia dalam pantang ,harini 15/2/2023 pertamakali Adam Aisy kena demam panas. Sebetulnya dah masuk hari kedua dia demam,tapi ON/OFF. Pagi tadi suhu tinggi 38.5° so maq ambil keputusan untuk bawa dia ke klinik. Jika pukul 8 pagi, tak banyak klinik swasta yang buka di Batu Pahat ini. Biasanya klinik disini beroperasi bermula pukul 9/10 pagi kecuali klinik Zainab dan klinik Nur bukak pintu pukul 8.00pagi.  Kami bawa Adam Aisy ke klinik Nur. Sampai klinik dah pukul 9.05 pagi.  Di klinik ini ada 2 orang doktor yang bertugas. Orang tak pernah demam, layu je muka bila ajak selfie. Gambar ini untuk buat report kat ibu & ayah Aisy yang sedang bertugas kat JB tu. Sempat buat video. Nampak botol spray kat tangan Aisy tu? ye...Aisy tak suka dituam dengan tuala lembap ,dia akan nangis meronta bila maq letak tuala lembap kat ketiak dia. Untuk elak dia nangis,dan juga untuk redakan suhu badan nya, maq cuma spray air kat ketiak ,rambut & belakang badan A