Posts

Showing posts with the label motivasi

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

Image
  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Tidur

Image
  Bismillah, Tidur. Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba. Saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik,menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam,seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar.Lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya,tanpa mengantuk! Saya pelik! Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal.Saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup denga...

Checklist 40 Hari

Image
Bismillah, Ramadhan merupakan bulan dimana kita boleh berubah.Dalam keadaan berpuasa,menahan lapar dahaga,mampu bersabar dalam setiap hal. Semua ini mendidik kita kearah menjadi hamba Allah yang lebih baik.Inshaallah. Tapi bulan bulan lain pun boleh je kalau kita nak berubah. Ubahlah kehidupan daripada terlalu fikirkan untuk dunia kepada usaha untuk akhirat.Jom try. CHECKLIST 40 HARI 1. Puasa Isnin dan Khamis 2. Baca al-Waqiah setiap hari 3. Baca al-Mulk setiap malam 4. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah 5. Baca al-Kahf setiap malam Jumaat 6. Baca surah Yasin setiap malam  7. Baca ayatul kursi, al-lkhlas 3 kali, istighfar 3 kali, doa perlindungan untuk diri dan keluarga, dan baca doa sebelum tidur 8. Maafkan semua orang sebelum tidur 9. Tahajud 2/4 rakaat 10. Mandi sebelum subuh 11. Solat sunat qabliyah subuh 12. Solat Subuh tepat waktu 13. Solat Sunat Dhuha 2/4 rakaat 14. Dengar bacaan Quran 10 minit 15. Solat penuh 5 waktu tepat waktu 16. Selepas solat fardu, zikir (Subhanalla...

Solat Pengubat Jiwa

Image
  Doa ketika hujan lebat** Bismillah, Solat itu Pengubat Jiwa dan Penenang Hati Dalam perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, seringkali kita merasa lelah dan kehilangan arah. Di saat-saat sebegini, solat menjadi pelabuhan tenang yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan segala resah. Sujud dan berceritalah kepada Allah, curahkan segala isi hati agar dapat merasakan ketenangan yang abadi. 🗨️ Solat sebagai Terapi Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi ia adalah terapi jiwa yang terbaik. Dalam setiap sujud, kita menghampirkan diri kepada Sang Pencipta, merendahkan hati dan mengakui kelemahan diri. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah: “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah, 2:45) Melalui solat, kita memohon kekuatan dan petunjuk dari Allah, merasakan kasih sayang-Nya yang tidak bertepi. Solat menjadi medium untuk kita berbicara den...

Supaya Diri Disenangi Dan Disayangi Semua Orang

Image
  Kata kata nasihat** Bismillah, Amalan untuk disenangi dan disayangi oleh semua orang. Amalan ni maq dapat dari mana pun maq dah lupa tapi bila terjumpa dalam notes henfon teringin pulak nak dikongsikan kat blog. Sejujurnya maq katakan kat sini yang maq belum pun amalkannya lagi.Bila masanya simpan dalam notes fon pun tak ingat.Ini adalah faktor usia.Bawah ni amalannya, Allahhumma, Yaa Rahman,Yaa Rahim,Yaa Wadud Amalkan 3x,5x,7x,11x Bila keluar dari rumah baca, "salamun 'ala sulaimanafil a'lamiin" 🗨️ selawat jangan lupa

Usaha Keras Sebelum Mati

Image
  Kata kata Nasihat** Bismillah, Sedikit pesan nasihat yang sesaorang bagi kepada sesaorang. Rasa maq tak salah jika dikongsikan dalam blog ini buat tambah tambah ilmu. Kalau tak dapat nak buat semua , Jangan ditinggalkan semua. Insyaallah** itu saja pesan Maq. *************************************** Di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal, "Kenapa aku tak beramal banyak?" Selagi masih bernyawa,kita kenalah berlumba-lumba.Berlumba dalam beramal.Hakikatnya kita yang kena dulu beramal.Kita kena berasa cemburu melihat orang beramal ,kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi tu set alam ,bangunlah. Bangun untuk apa? Untuk tambah amalan kita lah. Antaranya,Sembahyang disepertiga malam (sembahyang sunat): 1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat 2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat 3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam) 4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat 5. Solat sunat Witir - 3 rakaat Dalam solat sunat Hajat, doa minta satu saja: "Ya Allah makbulkan perminta...

Harta Nombor 1 VS Harta Nombor 2

Image
  Kata kata nasihat** Bismillah, Setiap orang yang normal pasti ada cita cita untuk mempunyai hartanya sendiri. Termasuklah Maq. Ada orang nak dapatkan harta dari hasil usaha titik peluhnya.Keluar rumah lepas subuh dan balik kerumah hampir nak subuh.Penat bukan halangan.Fokus kerjaya dan paling terfokus dimindanya adalah untuk memiliki harta atas namanya sendiri. Ada orang pulak nak dapatkan harta dari hasil usaha dan titik peluh orang lain.Orang macam ni dia tak perlu keluar lepas subuh.Dia ada skill nya yang tersendiri.Yang tahu je tahu. Tapi ramai lupa bahawa harta nombor satu setiap orang yang berkeluarga adalah anak. Manakala harta nombor dua adalah rumah, kereta, tanah, perniagaan, barang kemas dan lain lain lagi. Ada seorang ustaz kata  bila kita silap dalam menjaga harta nombor satu ,maka tak  mustahil akan hilang semua harta nombor dua kita tu.  Maq no comment sebab maq takda harta nombor dua.Yang maq ada cuma harta nombor satu. Kalau ditanya pada maq , apa ...

Kata Nasihat

Image
  Bismillah, Kita ini hamba yang tak pernah sempurna.Untuk menjadi hamba yang dekat dengan Allah ,usaha kena ada.Tak cukup dengan niat dan doa sahaja Jauhi larangan Nya ,lakukan perintah Nya. Jadilah seperti , Orang salah yang selalu solat, Orang bodoh yang suka mengaji, Orang faqir yang suka berbagi, Orang lalai yang suka berzikir, Orang berdosa yang selalu beristighfar. Moga semua usaha kearah kebaikan Allah permudahkan.Aamiin. Jom selawat.📌

Berhenti Merasa Diri Lebih Baik

Image
  10 Syaaban 1446H, Bismillah, Ini pesanan buat diri sendiri secara peribadi. Bila melihat dosa oranglain jangan lupa tentang taubatnya.Mungkin dia lebih baik dari kita yang merasa diri seorang yang baik. Astagfirullahalazim. Jom selawat.📌

Iri Hati Yang Dibenarkan

Image
  Bismillah, Dalam zaman penuh fitnah ini,untuk terus beristiqomah bukan hal yang mudah.Lebih lagi jika kita setiap masa dijamu dengan pelbagai kisah suka duka penduduk dunia. Asbab semua nya dihujung jari maka kita perlu sentiasa berhati hati.Syaitan setiap saat mencari helah untuk menyesatkan kita. Tak salah merasa iri tapi iri itu biarlah iri yang dibenarkan. Waallahua'lam Selawat dak gi?

Semua Kerana Allah

Image
  Sentiasa ingat kata kata ni. Pesan dekat diri sendiri dan mereka yang berkaitan dengan kita. Semua yang dilakukan hanya kerana Allah. Jom banyakkan berselawat buat junjungan Nabi kita Muhamad SAW yang berjaya bawa agam islam kepada kita sampai ke hari ini.

Jangan Tinggal Solat

Image
  Bismillah, 17 Rejab 1446H, Jumaat yang barokah. Solat itu tiang agama,jangan tinggal solat. Dengan perbaiki solat ,Allah balas dengan perbaiki segala hal dalam hidup kita sebab tu jangan tinggal solat. Kunci untuk kembali kepada Allah walaupun kita tidak sempurna juga  jangan tinggal solat. Makanya paksa diri walau sesibuk apa sekalipun jangan tinggal solat. Dan banyakkan berselawat sepanjang hari ini.

Aura Bulan Rejab 1446H

Image
  Bismillah ,Alhamdulillah. 1 Rejab 1446H bersamaan 1 Januari 2025Masihi. 1/7/1446 = 1/1/2025 Pada aura baru ni, maq cuma minta diberi sebaik baik pelindungan didunia sampai keakhirat. Moga kami sekeluarga dijauhkan dari kemiskinan harta dan iman. Hanya kepada Allah tempat kami berlindung dan mengharafkan pertolongan. Yaa Rob.. Lindungi kami dari fitnah manusia dan fitnah dajjal. Lindungi kami dari orang orang syirik dan munafik. Lindungi kami dari orang orang zalim dan kejam. Lindungi kami dari wabak yang berbahaya. Lindungi kami dari hal yang sia sia. Lindungi kami dari azab kubur dan azab api neraka. Lindungi kami dari dunia sampai ke akhirat. Istajib doa ana yaa Allah...

Amalan Bulan Rejab

Image
Bismillah,Alhamdulillah.. 1 Rejab 1446H tahun ini jatuh pada malam tahun baru masihi 1 Januari 2025. Berikut ini adalah antara amalan yang disarankan disepanjang bulan Rejab nanti. 🤍 Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar) 🤍 Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× selepas Subuh dan Isyak  Memperbanyak doa: أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Rumi : Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana. Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan. 💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T 💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat 💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah 💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab 💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan m...

Menjelang Usia 40

Image
  Bismillah, Saat umur mula memasuki umur 40 tahun,ada banyak hal kena diubah.Suka atau tidak kenalah berusaha. Mari kita semak semula apa kah yang perlu dibanyakkan dan perlu dikurangkan menjelang umur 40 tahun dan keatas. 1. Usaha untuk kurangkan makan, dan perbanyakkanlah berpuasa. 2. Kurangkan tidur dan perbanyakkanlah bangun malam di akhir sepertiganya. 3. Kurangkan bicara yang tak jelas, sia sia. Berbicara perkara lagha dan perbanyaklah berzikir kepada Allah. Jangan biarkan masa berlalu tanpa zikir, selawat dan istighfar. 4. Kurangkan bermewah-mewah, membeli sesuatu bukan keperluan dan perbanyakkan sedekah. 5. Kurangkan bergaul, perbanyakkan muhasabah. Adakan 'me time' dengan Allah SWT. 6. Kurangkan mengeluh dengan dugaan dan cabaran hidup, sebaliknya perbanyakkan berdoa semoga Allah permudahkan urusan. 7. Kurangkan aktiviti dunia, dan perbanyaklah amalan akhirat. 8. Kurangkan meminta pada manusia,  perbanyakkan memberi. Jangan fikir apa akan aku dapat hari ni. Sebalikny...

Handphone

Image
  Bismillah... "Handphone" benda yang sangat kecil dan sangat ringan sewaktu didunia tapi akan menjadi terlalu berat dan membebankan bila dihisab diakhirat nanti. Dan Maq yang selalu lupa tentang ini... Tapi selawat jangan lupa*

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

Image
  Baca Doa Dulu** Bismillah, Maq pernah ditanya, siapa yang layak kerja keras kalau warga pencen tak layak? Jawapan maq simple. *Orang muda umur 21-55 tahun. *Orang yang anaknya masih belajar. *Orang yang ada tanggungjawab kepada pekerja dan keluarga besarnya. *Orang yang ada hutang dengan manusia. *Orang  yang tak reti nak duduk diam dalam rumah. Tapi walaupun mereka kena kerja keras tak bermakna mereka kena abaikan tanggungjawab mereka dengan Allah dan Rasulullah dan masyarakat keliling. Dekat Batu Pahat je , ramai orang muda yang maq nampak mereka bekerja keras untuk orang keliling mereka. Sebagai contoh sekarang ni, Boss Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat. Pengusaha Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat  Korang confirm  tahu apa usahanya untuk orang kelilingnya. Semua event yang beliau join sering jadi tumpuan orang ramai. Dan hasil event tu, dibawa balik Batu Pahat dan nanti adalah "rezeki" yang  akan kongsi disini. Orang Batu Pahat support ke , tak support ke bisnes be...

Keampunan Allah Lebih Besar Dari Dosa Kita

Image
  Sekadar nasihat. Bismillah, Khamis 12 Jamadilawal 1446H. Sesungguhnya perjalanan usia kita semakin mendekati garis penamat. Dimana kita akan diminta untuk dipertanggungjawaban terhadap apa yang telah kita lakukan selama hidup kita. Hari dimana mulut dikunci, dan kaki serta tangan dan berbagai anggota tubuh kita menjadi saksi atas perbuatan kita. Hari dimana penyesalan dan permohonan maaf, bahkan rintihan tangis pun tak lagi berguna. Hari dimana seseorang insan tidak dapat menebus dirinya dari azab Allah swt, meskipun dengan harta  berupa emas sebesar bumi. Hari dimana anak pinak dan kaum keluaga tidak berguna lagi. Seiring terus berlalunya waktu, sisa hidup pun kian berkurang.   Itu bererti waktu untuk bertaubat dan berbuat kebajikan kian berkurang juga. Pergunakanlah sisa hidup kita yang sedikit ini untuk bertaubat dan berbakti kepada Allah swt. Semoga Allah swt mencurahkan ampunan serta rahmat dan kasih sayangnya diakhir hidup kita, yang pada akhirnya membawa...

Pakcik Tua Yang Belajar

Image
Sekadar Nasihat Bismillah, Seorang pakcik tua ditanya, apakah yang beliau pelajari dari usianya yang telah berlalu? Beliau menjawab: Aku belajar , Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan. Aku belajar, Bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat haknya. Aku belajar, Bahawa anak panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar. Aku belajar, Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka. Aku belajar, Bahawa kata² yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia. Aku belajar, Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan. Aku belajar, Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis. Aku belajar, Siapa yang mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar dari orang lain.. Aku belajar, Bahawa bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia. Aku belajar, Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat. Ak...

7 Golongan Yang Dapat Naungan Allah

Image
  Sekadar hiasan. Bismillah, Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: عن أبي هريرة  قالَ: قالَ رسُولُ اللَّه ﷺ: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إلَّا ظِلُّهُ: إِمامٌ عادِلٌ، وشابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّه تَعالى، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ في المَسَاجِدِ، وَرَجُلانِ تَحَابَّا في اللَّه: اجتَمَعا عَلَيهِ، وتَفَرَّقَا عَلَيهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخافُ اللَّه، ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فأَخْفَاها، حتَّى لا تَعْلَمَ شِمالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينهُ، ورَجُلٌ ذَكَرَ اللَّه خالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ متفقٌ عَلَيْهِ. Daripada Abi Hurairah RA berkata; telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;  “Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: 1. Pemimpin yang adil,  2. Pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, 3. Seorang yang hatinya selalu terikat dengan ...