Skip to main content

Posts

Showing posts with the label melaka

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

  Bismillah, Sempena cuti panjang minggu lepas ( Ahad,isnin & selasa ) Maq bertiga telah pergi ke Melaka. Macam biasalah kami pilih tepian pantai sebagai tempat untuk bersantai. Rasanya hampir 2 tahun kami tak pergi ke pantai pantai yang ada di Melaka ni.Seperti pantai Klebang,pantai Siring,pantai Puteri.Apa yang mengejutkan bila kami sampai,suasana pantai sudah berubah!  Kawasan bersantai sudah terhad.Sepanjang pantai sedang dalam usaha naik taraf. Tambakkan pasir  dijalankan hingga merubah keaslian pantai yang sebelum ini.Pokok pokok ru yang dah tua tu pun dah banyak ditebang. Kalau dulu,turun kereta ,jalan sikit dah jumpa ombak memukul pantai tapi kalini,nak tengok air pun dah tak nampak.Kena menapak agak jauh dari jalanraya.Nak buat projek apakah ek? Kami pun tak dapat nak melepak lama kat sini sebab cuacanya agak panas terik.Hanya gambar je jadi bukti kehadiran kami. Bila dia ambil gambar saya,saya pulak ambil gambar dia.Haaa baru adil! Okey,jadilah ni buat ado a...

2024 Tahun Pergi Pantai

Bismillah , Macam tak percaya tapi itu lah kenyataannya. Rupanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini,banyak pantai yang maq dah pergi..Antara yang sempat dirakamkan ada dibawah,jom scroll. Bawah ini gambar 24/8/2024-Santai santai di Pantai Punggur ,Rengit,Johor .Sambil bersantai makan kerepek dari Azhar food,Nyaman.. Bawah ini pula memori 4/8/2024 - menikmati keindahan Pantai Puteri ,Melaka. Bawah ni kenangan 26/7/2024-Melihat matahari terbenam di Pantai Sri Menanti,Muar. Bawah ni pula 20/7/2024 - santai santai di pantai Minyak Beku ,Batu Pahat. Walaupun hanya pergi ke pantai pantai yang berdekatan saja namun ia amat bermakna bagi maq untuk rehatkan minda .Maq suka dengar suara angin,ombak dan kicauan burung dikawasan pantai, sangat menenangkan... Sebenarnya ada banyak lagi pantai yang kami bertiga dah pergi dalam tahun 2024 ni.Cumanya takda gambar yang boleh disimpan disini. Sekarang maq dah tak berapa rajin nak ambil gambar.Semenjak dah bercucu ni terasa malu pula nak pegang fon di...

Pantai Puteri ,Melaka

  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Melepak di Jeti Anjung Batu ,Melaka

 Bismillah, 20/02/2024 maq sekali lagi jalan jalan ke Negeri Melaka.Bukan nak pergi 10 tempat diMelaka yang masuk percuma pada 20hb tu tau tapi kalini maq nak ke Jeti Anjung Batu, yang terletak di kawasan Pantai Siring , Merlimau,Melaka. Haa alamat penuh tu. Kenapa kami tak pergi tempat yang masuk free tu? Lautan manusia sudah ku gambarkan diminda ini! Hehehe orang tua macam kami ni nak pergi kawasan yang santai santai je dik..Benda benda yang bikin stress stress ni kami dah tak layan. Apa ada di Jeti Anjung Batu? Ada Laut,Ombak,burung burung gagak & unggas  yang berterbangan, matahari yang setia dan kumpulan kumpulan manusia yang sukakan kedamaian..ceeeeh... Jom baca cerita disetiap gambar dibawah ini. Laluan pintu masuk ke Anjung Batu.Dihadapannya ada tempat untuk bayar tiket parking. Ini untuk parking semua jenis kenderaan tapi tidak termasuk kapal terbang. Korang akan ditanya ,masuk ke jeti untuk apa.Mancing? healing healing? Ke Pulau Besar?Kerana setiap tujuan akan di...