Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Pertamakali ke Rumah rakit

  Bismillah , Pada 9hb Mac 2023,Maq dan adik adik bawa ibu kami pergi berkelah sambil memancing.Dekat area mana ? Kawasannya tak jauh dari Pasir Gudang ( Jeti Kong Kong ) Kami menyewa 3 unit homestay untuk bermalam selama 3 hari 2 malam disitu termasuklah rumah rakit. Selepas saja check in , Pertamakalinya ,maq cabar diri maq untuk ke rumah rakit. Sedang elok waktu tu air sungai tengah pasang ,jadinya titian ke rumah rakit tu melandai diatas air.Maq rasa tak seram sangat nak melintas. Gambar bawah adalah sewaktu maq pergi pertamakali ,waktu tu air sedang surut.Maq rasa gayat nak meniti. Gambar bawah ni pulak,pemandangan pagi,waktu matahari baru nak terbit.Cantikkan! Haa tengokla titi tu,menjunam gila sebab air sungai sedang surut.Kering darah nak turun.Mujur hanya hero hero je yang tidur kat situ.Heroin comel tidur kat homestay kat darat. Homestay rumah rakit ni adalah homestay yang terapung diatas air sungai,tempat kaki pancing melayan joran,umpan dan layan perasaan. Ngerinya kat sini

Ziarah Abah

 Bismillah.. Harini 4 Ramadhan 1444 ,diberi kesempatan menziarahi pusara Abah . Tahun ni buat pertamakalinya kami berpuasa dan berhari raya tanpa Abah disisi. Feeling ? Allah je yang tahu.  Dah 6 bulan Abah pergi ,hanya doa menjadi penyambung antara kami dan Abah. Tonton video ini tentang kebaikan anak buat, arwah ibubapa pun dapat pahala jugak. Waallahua'lam . Memori pagi tadi ⬇️ Semoga alam barzakh menjadi tempat istirehat paling tenang buat arwah Abah - Rokani bin Munadi . Aamiin Allahhuma Aamiin..