Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin, PM ke 8

Assalamualaikum Sekalung tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mandat rakyat kini beralih ke bahu Tan Sri pula.  Selamat menjalankan tugas di era 2020. Selamat menempuh segala galanya. Demi rakyat dan tanahair,  buatlah sebaik mungkin. Tunjukan kehebatan pimpinan Tan Sri sebelum menjelang PRU 15 nanti.  Kami sebagai rakyat biasa ni cuma nak kata "kita baik orang sayang" - ❤ Nota Maq : Lepasni apa yang warganet perlu buat, bila ada komen berbaur kecaman yang memburukkan bangsa, agama, negara dan kerajaan, tolonglah abaikan. Jangan sesekali dilayan. Mereka itu telah pun dilatih untuk melemahkan semangat rakyat,mempengaruhi rakyat dan merosakkan gaya pemikiran rakyat dilaman sosial. Apa pun,  BMF sila teruskan..

Rindu Melukis ?

Assalamualaikum. Malam tadi sambil bersembang dengan ibu dicorong smartphone, maq sempat lagi melukis. Haish lama sangat rasanya tak buat hobi ni. Sejak kecil, kawan setia maq ialah pensil, pemadam dan kertas putih ( kertas lukisan)  tapi peliknya masa peperiksaan SPM, maq tak pulak ambil matapelajaran lukisan. Kenapa ek? Lupa pulak penyebabnya apa. Maq reti ke melukis? Hmm  kadang kadang menjadi, kadang kadang kelaut jugak. Dan semalam, bila aida suruh maq lakar wajah dia bersama ety dari gambar bersaiz 3inci x 4inci tu, maq pun mencoba.. Hasilnya? "No comment" Bila maq update kat status whatsapp,  ety kata, Rindu kita ke tu?  Jawapannya : biarku pendam sebuah rindu.. Ceh hehehehe Nota maq : selain suka menaip, menulis, membebel, maq suka melukis dan menangis...aikk?  😅

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*         INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 28 Februari 2020                  04 Rejab1441 TAJUK  :  Perbankan Islam Bebas                   Riba'                   1) Perbankan Islam- sistem pengurusan kewangan Islam; Malaysia negara pertama perkenal sistem ini di Asia Tenggara; bertepatan kehendak ajaran Islam; urusan jual beli secara halal; mengharamkn riba'. 2) Firman Allah Surah Al-baqarah/275 bermaksud: "Orang2 yg memakan (mengambil) riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkn spt berdirinya orang yg dirasuk syaitan dgn terhuyung hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yg demikian ialah di sebabkan mreka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba'- padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkn riba' " 3) Selepas Merdeka- kerajaan ujudkan satu institusi kewangan yg halal da

Along vs Mak usu

Assalamualaikum. Semalam Along ada balik ke rumah maq. Selepas berkahwin, Along ni duduk kat taman sebelah taman maq duduk je, Alhamdulillah  dapat orang dekat dekat,  so hampir setiap hari bila ada masa along akan balik kesini. Kadang minta maq tengokkan anaknya Ainul sebab dia ada urusan  dengan bisnesnya diluar, kadang along saja saja balik sebab nak temankan  maq dirumah sengsorang sebab mak usu dah pun bekerja. Semalam maq terdengar perbualan mak usu dengan along. Mak usu : kak, nanti kau boleh temankan aku ambil result SPM tak? Along : result kau bila keluar?  Boleh je, sis no problem. Mak usu : 5 march nanti.. Along : beresss.. Kau nak aku pergi sekali teman atau kau nak aku hantar je kat pintu pagar sekolah? Mak usu : ala, kau temankanlah aku,  kot apa apa  jadi nanti kat aku, kau ada.. Along : boleh.. Boleh.. Tapi hmm.. Mak usu : tapi apa? Along : kita kena pergi awal lah sikit, kalau lambat nanti A nya dah habis.. Hahahahah Mak usu : Hahahah  adoiiyai

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi - ada sebuah warung untuk para pengunjung  dan 

Beza berbelanja dipasar tani dulu dan sekarang

Assalamualaikum. Setiap Khamis ada pasartani diJalan Omar, Batu Pahat. Lebih sebulan maq tak kesana kerana encik suami kena kerja shif siang hampir 6minggu. Kenapa?  Ini disebabkan Wabak Corona virus (Covid 19) telah mempengaruhi jualan di syarikat beliau bekerja. Semoga dipermudahkan. Harini beliau dah mula berkerja shif malam,  so siangnya kami dah boleh ronda ronda pasartani. Kalini maq awal awal dah plan, nak cari ulam ulam!  Sambal belacan pun dah siap siap dalam petiais. ( sebetulnya buatnya semalam,  makan semalam tak habis, tu sebab masih ada baki lagi harini ) Sampai dipasar maq dah tak pandang lain,  terus je cari pucuk pucuk muda. Apa yang maq jumpa? Pucuk tenggek burung Ulam raja Daun selom Tempe Nenas Tengok betapa segarnya pucuk tenggek burung ni Sambal belacan dah sedia disisi dah tu Selain beli yang kat atas tu, maq juga ada beli buah tunjuk  langit.  Sepeket tu rm 7.00 Banyak khasiatnya ni Maq juga ada beli botok botok ikan!  Firstime

Pantai Punggur Terhakis Teruk

Assalamualaikum. Ahad lepas maq berkesempatan sekali lagi meninjau ninjau pantai pantai yang terdapat di daerah Batu Pahat ini. Kalini maq nak kongsi mengenai situasi Pantai Punggur.Lokasi terletak ditengah tengah diantara Pekan Senggarang dan Pekan Rengit. Pantai Punggur terhakis teruk? Betul ke? Setelah hampir 2 tahun maq tak ke pantai ini, kalini memang dah nampak ketara sangat  kesan hakisannya. Bukti? Pantai dah hampir sangat dengan tempat parking kereta.  Dulu kat sini banyak aktiviti dijalankan. Sekarang bila pantai makin dekat dengan kawasan kedai,pengunjung pun takut nak lepak lama lama.  Tembok yang dibina sedikit masa dulu mulai runtuh dik kerana pasir pasirnya telah dibawa lari oleh air dan ombak laut.  Dulu pengunjung boleh je duduk melepak santai santai atas tembok tu tapi sekarang tidak lagi.  Bukan sikit runtuhnya tembok tu tapi disepanjang pantai Batu tambak tu dulu port kaki pancing, kalau sekarang tak pasti lah  Batu yang

Maq Sembang Pasal Politik?

Assalamualaikum. Walaupun umur dah separuh abad, janganlah ajak maq bersembang pasal politik tanah air, hasilnya pasti gagal. Sejak zaman  muda lagi, maq memang  tak minat politik.Tapi amanah keluar mengundi maq tak pernah lupa. Tanggungjawab kepada negara tuuu... Walau apa pun bagi maq politik tu semuanya serupa. Target, nak parti masing masing memerintah. Sasarannya semua  hasil negara didahulukan. Rakyat yang menyokong  kadang untung kadang tarak untung. Tapi kalau nak jugak maq sembang pasal politik dengan lebih tulus,  bawah ni kata kata ikhlas dari jari jemari maq.   "negara suruh rakyat buat pilih parti untuk memerintah. Negara terpaksa keluar modal berjuta ringgit nak buat pilihanraya.  Nanti bila rakyat dah pilih,  ada sesetengah yang dipilih  tak reti buat kerja untuk rakyat. Nanti  lepastu rakyat 'complain' ,lepastu bangsa sama bangsa bertelagah demi "orang besar" yang mereka puja. Lepastu adik beradik pun tak bertegur sapa hanya fahaman po

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com https://nikmatterb

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus

Assalamualaikum. Salam 1 Rejab 1441 Hijriah. Sebagai manusia yang tak sempurna kita sering lakukan kesilapan samaada dengan sengaja atau tidak. Alasan "tak sempurna" itulah yang sering kita guna pakai untuk cover silap sendiri - Kadang kadang* Dulu zaman maq kecil, orang nak minta maaf tunggu raya.Ialah, zaman belum maju, nak kesesebuah tempat pun kena berebut naik bas. Teksi pun tak berapa nak banyak.So hari rayalah baru datang anak beranak, lepastu luahkan apa semua silap dan salah yang pernah dilakukan. Dari shawal tahun lepas sampai shawal tahun ini. Airmata jangan cakaplah, jurai jurai turun ,boleh tadah dengan cawan rasanya. Tapi cara minta maaf macamtu maq nampak ianya 200% ikhlas. 100% nak minta maaf dan 100% lagi nak  memaafkan. Tak sama dengan minta maaf zaman sekarang.  Hantar sticker ,hantar emoji rasa dah settle  dah dosa dengan sesaorang. Aduh... Macam tak puasati je minta maaf cara gitu kan. Padahal kalau difikirkan zaman sekarang salah kita le

Perasmian Stadium Sultan Ibrahim, Johor

ISKANDAR PUTERI : Lebih 30,000 peminat dan penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menggamatkan suasana di majlis perasmian stadium baru pasukan itu, Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi. Tahniah bangsa Johor. Apa yang diharapkan ,semuga usaha kali ini dapat beri manfaat kepada semua. Terus Luaskan Kuasamu JDT. Alhamdulillah.. Tahniah TMJ,  Tahniah Johorean, Tahniah JDT. Majulah sukan untuk semua. Harimau Selatan ❤     "Saya akan lakukan apa sahaja untuk mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Johor"  - HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim (4 September 2012) dan janji tertunai pada 22/02/2020. Alhamdulillah..  Sumber : facebook dan whatsapp  

Rokok ada di Syurga?

Assalamualaikum, Jangan serius sangat dengan tajuk kat atas tu. Marilah baca dulu perbualan pendek dalam gambar bawah ni. So anda dah percaya ke tak kat syurga ada rokok?  😂 Kalau dirumah maq,  rokok tak dibenarkan dibawa masuk kedalam rumah. Maq kejam?  Terpulanglah.. Dan  kalau " si dia " beli rokok,  dimanakah tempat akan  letakkan rokok dan api nya?? Disini.  Diluar rumah, di anjung rumah kami, ditepi tingkap. Kanda, maafkan dinda ..😂 Nota maq : Maq jenis tak suka memaksa tapi apa yang maq tak suka, maq akan beritahu awal awal dan antara rela atau tidak,  encik suami terpaksa akur. 

Mampukah melupakan?

Assalamualaikum.. Bila doktor sarankan maq kurangkan atau tak ambil langsung minuman berkafien, maq terpaksa akur demi kesihatan mendatang. Harini dah seminggu maq tak minum Nestcafe, indocafe, semua kaum kerabat kopi, langsung tak sentuh! Teh tarik pun malas nak pandang lagi hehe Bila nampak serbok indocafe dalam balang,  rindunya aroma dia Allah je tahu. Bau pun maq rindu. Lastly demi maq,  encik suami pun sama sama tak sentuh minuman berasas kopi tu. Hehehe siapa tak sayang isteri uiii.. Demi sayang, kanda sanggup katanya 😂. So dalam seminggu ni, kami minum apa je untuk menjamu selera? Susu! Awalnya agak susah jugak sebab susu ni tak macam indocafe. Rasa muak tu lebih. Silap gaya boleh jadi loya lepas minum.  Kalau tak boleh telan, maq sejukkan dulu ( chill ) bila dah haus baru minum. Heheheh teruk sangat perangai wargaemas ni kan.. Sejujurnya, dah masuk  seminggu, maq masih belum boleh move on lagi tau . Rindu  kat minuman berkafien tu tetap membara.. Allahh

Kelebihan amalan baca Surah At Taubah

Assalamualaikum. Bacalah Quran setiap hari walaupun cuma sebaris ayat. Kali ini maq kongsikan surah At Taubah. Bila mana kita baca ayat 128-129 ini,  selain kita  dapat mendekatkan diri dengan al Quran, secara tak langsung kita juga akan peroleh kelebih kelebihan dalam bacaan ayat tersebut. Baca dan disertakan dengan ' niat ' anda membaca. Al Quran - harta peninggalan Rasulullah untuk umatnya.  Alhamdulillah, sama sama kita manfaati. Kelebihan ayat 128-129. Pertamakali syaratnya dibaca sebanyak 7 kali. Selesai solat fardhu.  Insyaallah.. ❤jika kita seorang yang lemah maka akan menjadi kuat. ❤ jika kita seorang yang hina maka akan menjadi mulia. ❤jika kita seorang yang kalah maka akan segera mendapat pertolongan. ❤ jika kita sedang kesempitan maka akan mendapat kelapangan. ❤jika kita seorang yang diburu hutang maka kita akan segera dapat melangsaikannya. ❤jika kita berada dalam kesulitan hidup maka akan mendapat kelapangan dalam hidup. Semoga

Rahsia Al Kautsar -ayat pilihan

7 RAHSIA DIBALIK SURAH AL-KAUTSAR Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW, karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya, iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib. Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, di antaranya ialah : 1. Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kita dikabulkan oleh Allah SWT 2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga. 3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak. Sapukan air tawar yang su

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,  yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki ? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur.Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan harta pusaka

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*         INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 21 Februari 2020                  27Jamadil Akhir 1441 TAJUK  :  Dadah Membawa                   Mudharat                                 1) Dalam Islam- semua perkara yg membawa mudharat kepada akal adalah diharamkam; pengharaman arak seperti dalam Al-quran; penyalahgunaan dadah; ancaman kepada negara; dadah  musuh nombor satu negara. 2) Firman Allah Surah Al-baqarah/195 bermaksud: "Dan belanjakanlah (apa yg ada pd kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan dan baikilah perbuatan kamu.". 3) Penyalahgunaan dadah- menggunakan sejenis bahan kimia; bukan utk tujuan perubatan; larangan memakan menghisap menelan atau memasukkan bahan2 tersebut kedalam badan; kesan buruk kpd seseorang; hukumnya haram berdasarkan dalil yg diqiaskan kepada arak.

Sunnah Jumaat

Assalamualaikum. Hai! Bawah ini antara amalan amalan sunnah pada hari Jumaat.  Jom Check list ✅ ❄ Membaca Surah Al-Kahfi. ❄ Zikir (Ya Allah). ❄ Berselawat kepada Nabi       S.A.W. ❄ Mandi sunat. ❄ Bersugi. ❄ Berpakaian bersih/putih. ❄ Memakai wangian. ❄ Potong kuku. ❄ Perbanyakan bersedekah dan       amalan baik. ❄ Datang awal ke masjid. ❄ Mendengar khutbah. Nota maq : tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Maq saja nak ingatkan semula untuk minda maq  yang kian menua ni..  

Tanda tanda Anda ada sakit Jantung

Assalamualaikum. Ini hanya entri salin dan tampal. Maq rasa kita boleh praktikkan apa yang disarankan oleh penulis artikel ini. Kata beliau : Tanda-tanda sakit jantung supaya kita semua boleh peka sama ada kita ni sendiri mungkin boleh kena serangan jantung. Ini sumber yang diperolehi dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL. Bukan aku tulis sendiri ye. Aku bukan doktor. Aku kuat merapu je, tapi ni benda serius ok. Jemputlah baca. 🔸Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. 🔸Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) 🔸Lidah terasa tegang dan pendek. 🔸Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab. 🔸Rasa sakit pada dada (Ulu h

Tips Sayang Menyayang

Assalamualaikum. Maq nak kongsi tips untuk kekal sayang menyayang suami isteri. Lain lain tips sayang menyayang maq dah tamat tempoh ,dah tak boleh nak diguna pakai lagi hehe. Tips suami kekal sayang? Isteri jangan buat apa yang suami larang ( suami tak suka) .Andai larangan suami tu larangan yang tak menyalahi hukum Allah, isteri kena ikut.  Suka tak suka ,wajib ikut! Tips untuk anak teruna* Tips isteri kekal setia? Suami jangan buat isteri letih. Perempuan ni bila dah letih dia akan mulalah naik hantu. Bukan je perbuatan, percakapan, pemikiran pun kadang luar dari aras kawalan. So kalau isteri letih, bantulah dia. Biarlah sama sama rasa letih. Sama sama rasa penat, sama sama hadap masalah yang sama. Jangan abaikan letih isteri dengan bazirkan masa anda melayan phone. Phone bila rosak boleh ganti baru, tapi isteri bila "rosak" habislah.  Maq malas nak cakap lebih ,anda pun tau akibatnya hehe.. Tips Paling sweet, tanam sifat sabar dalam diri. Apa pun yang t