Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Cuti CNY 2022

 Assalamualaikum. Maqnie cuti Chinese New Year? maq mana ada cuti sekarangni. Hari hari dah cuti. Kalau bekerja tu mungkinlah ,ni sejak dah jadi penganggur tersohor cuti tak cuti sama jek. Kedai amway tutup 2 hari, kedai  Dcalysta Jb tutup jugak 2 hari. kedai online maq sentiasa buka dari mula masuk  waktu dhuha hingga lepas waktu  isyak anggaran pukul 9.00malam.Lewat malam tiada lagi istilah buka kedai.  Tak perlu dah bersengkang mata melayan customer hingga mengabaikan tanggungjawab hakiki.  Awak ( para isteri ) yang ada di luar sana ,tolong hadkan masa bisnes awak . Ye ,bisnes itu bisnes kita tapi jangan disebabkan keuntungan yang hanya 30-40 ringgit ,suami awak makan hati tiap malam...dosa sis... Suamilah ladang rezeki buat kita.Dia bahagiakan kita ,kita bahagiakan dia,itu yang Allah suruh. Cakap banyak tak guna.Jom tonton video ni.Maq rembat dari tiktok sapa tah haha.Harapan maq rembatan maq ini jadi pahala jariah kepada tuan video untuk ilmu yang dikongsikan.Inshaallah ,aamiin...

Power mata naik mendadak !

 Assalamualaikum. Harini saja nak kongsi kisah maq beli cermin mata kat Focus Point,Batu Pahat.  Mulanya malas nak keluarkan duit untuk sepasang cermin mata baru sebab yang lama pakai ni sangat selesa cuma sekarang ni rabun jauh macam bermasalah kat maq.  Lagipun doktor klinik pakar mata memang suruh buat baru katanya nak tahu kesan pada bola mata maq yang berbentuk oval ni dengan power sebelah tinggi ,sebelah lagi rendah... Atas tu kedainya.Berhadapan dengan Aeon Big Batu Pahat.Takda apa pun yang nak maq cerita pasal kedai ,cuma ada promosi beli Kanta & bingkai harga rm99 dan staff kedai sangat baik dan mesra pelanggan.  Bila dah masuk kedalam kedai baru tahu ,rupanya yang promosi tu jenis kanta orang baru nak belajar jadi rabun, hahaha dan Maq sah sah terkeluar dari senarai! sedih.. Inilah punca maq tak layak dapat harga promosi tu.Power mata maq dah naik 900 Kanan ,700 kiri. Sebelum ni 625/600 je. pekerja kedai : Dah berapa lama tak tukar cermin mata kak? maqnie : last tukar 201

Done booster ? Apa citer ?

  Assalamualaikum. haaa..done booster 6/1/2022 kat Bp Mall .So apa cerita ?Jom throwback kisah silam itu hehe padahal baru seminggu lepas . Temujanji maq pukul 6 petang, Temujanji encik suami pukul 11.30 pagi. Kalau encik suami disuntik dulu lepas tu tangannya sakit ,siapa nak hantar maq petangnya ? Dan satu dunia tahu ,maq tak reti drive. solusi : maq pergi je awal ,sama dengan waktu temujanji encik suami. masa dalam perjalanan nak ke bp Mall, maq dah doa banyak banyak supaya tak kena halau dengan petugas kat PPV tu sebab datang lebih awal dari waktu yang diberi. Alasan maq : petang nanti takda sapa nak hantar saya..encikk.. OK ! alasan diterima. Terus dapat nombor giliran. Encik suami pula yang tertinggal kat belakang ,dia dapat nombor 1334.Puncanya mysejahtera dia loading macam siput.Hehehe lainkali gunalah umobile ,barulah lari laju macam kuda! 🤭 6/1/2022 - semua warganegara sahaja yang ambil vaksin booster pada hari tersebut. Okey jugak sebab sebelum ni ada informer cakap ,mereka

What kena Booster pulak !

 Assalamualaikum. Harini  hujan turun tanpa henti kat Batu Pahat ni.Jujur cakap ,maq tak mandi pun petang tadi.Sejuk woi !  Lagi pun sakit badan sebab jatuh gedebuk angkara kaki tersandung lantai kat kawasan medan selera Benteng pun belum sembuh. Kawasan baru medan selera Benteng , Batu Pahat. Berhadapan dengan hospital Pakar Putra. Aduhhai..bawah ni bahan bukti ,hahaha jauh dari nyawa kan..Tapi badan ,lutut ,peha memang terasa sakit.Macam baru lepas kena tumbuk. Semua rasa  sengal sengal badannya. Masa tengah makan , sempat tanya si bongsu : comel tak masa mak jatuh tadi ? Serba salah budak tu nak jawab ,cuma mampu gelak jelah. Maq pun buat lah ayat pedih untuk luka yang makin terasa pedih tu :  "confirm macam guni bundle kena campak dari lori..kannnn..sebab tu aida gelak jek.." **bedekah encik suami & si bongsu ! ish..rasa makin sakit tau masa tu,pakkal perut dah lapar,maq suap je soto ayam lelaju.. Rupanya si bongsu mengadu kat kakak kakaknya  digroup whatsApp family..