Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2023

Isu Palestin,Ramai lagi Muslim Tak Peka

Bismillah, Ramai muslim yang terkenal dan dikenali dan langsung tidak dikenali di Malaysia ini takut nak update pasal kekejaman Israel & tentang penyiksaan rakyat Palestin? Ada setengah tu pula,langsung tak ambil iktibar dengan penderitaan rakyat palestin.Tapi buat kenyataan bahawa mereka sukakan keamanan. Ah sudah.. Malah ada yang sanggup mereka reka cerita yang tak masuk dek akal.Cerita yang berat sebelah ,yang kadang sengaja direka untuk menutupi kesalahan yang memang sah sah salah. Maq sendiri terpaksa buka semua laman sosial yang maq ada demi untuk meyakinkan diri agar tidak salah infomasi.Isu palestin ni bukan isu korang sokong siapa tapi isu ni tentang keamanan.Tentang kemanusiaan.Dan juga tentang keagamaan. Apa maknanya  mengaku muslim tapi tak perihatin langsung dengan muslim yang lain. Benda dah puluhan tahun berlangsung tapi dunia macam tak ambil peduli. Pada harini ,berita terkini di Gaza,Israel  menyerang hospital yang sedang merawat mangsa perang yang sakit .Kat hospi

Palestin Hari Ini

Bismillah, Palestin...Meruntum jiwa tua maq bila dalam beberapa harini laman laman sosial asyik menyiarkan penderitaan anak anak kecil & wanita wanita disana berjuang untuk hidup. Lebih 70 tahun mereka menderita.Namun keturunan mereka tak pernah mengalah dengan musuh. Hidup &Mati mereka bersama Allah.Anak anak kecil lisannya sentiasa berzikir dan bertakbir,kuat sungguh iman mereka. Betullah sesetengah pendapat mengatakan, seluruh dunia telah ditawan oleh yahudi laknatullah hanya Palestin je mereka belum berjaya tawan. MasyaAllah.Semua itu adalah benar. Nota kata : Maq pernah tonton satu video ceramah seorang ustaz,beliau kata ,bila jiwa kita sedang celaru atau tengah bersedih atau ada masalah yang sangat berat,zikirlah zikir nabi Yunus. Baca banyak mana yang termampu.Lagi bagus buat waktu bangun sepertiga malam (lepas solat tahajjud ) video :Palestin hari ini 17/10/2023 sumber : telegram HasbunaAllah wane'mal waqeel..

Tukar nama dalam geran tanah

  Bismillah, Korang ingat tak sebelum ni maq pernah buat entri pasal tukar nama pada geran tanah. Ini proses untuk penama asal yang sudah meninggal. Lama dah rasanya post tu maq update.Mungkin korang boleh cari dibahagian post paling popular dalam blog ni.Inshaallah ada.Dan entri tu berkaitan cara pertukaran nama dalam geran oleh salah seorang penduduk di negeri Selangor. Kalini maq nak kongsi pasal cara nak tukar nama dalam geran untuk tahun 2023 ,ia berkaitan tanah pusaka di negeri Johor pulak . Iaitu tanah pusaka peninggalan arwah atok atas nama arwah Abah hendak ditukar kepada nama adik lelaki Maq. Dalam geran tersebut ada juga 3 lagi nama saudara mara kami.Geran ni adalah geran yang masih berkongsi penama. Untuk urusan tanah pusaka bagi penama asal yang dah meninggal,langkah pertama,korang kena berurusan di Pejabat hal pusaka kecil terlebih dahulu.Bukannya buat dipejabat tanah daerah ye.Proses ni untuk pembahagian harta.So korang kena tentukan harta pusaka tu nak letak nama siapa.

D'nelayan Beach Resort

 Bismilllah, Memori 17 &18 September 2023. Maq dan keluarga kecil kami diberi rezeki berkumpul selama 2 hari 1malam di D'nelayan beach resort,Pengkalan Balak ,Melaka. Alhamdulillah,masa yang singkat tu mampu memberi maq peluang bertemu cucu dan anak anak menantu. Biasalah kan,bila anak anak dah berkeluarga, biarpun duduk dalam negeri yang sama ,tapi hari cuti berbeza ,nak berkumpul macamni memang sukar. Post kalini,maq sertakan sikit memori untuk dikenangan pada hari tersebut. Baru je check in ,cucu cucu dah sibuk nak main air kat kolam mandi.Cucu cucu maq semua takut main air laut,diaorang tak selesa pijak pantai nanti kaki berpasir,ada ek macamtu hehehe. Setiap bilik diberi,3 keping gelang untuk dipakai sewaktu mandi dikolam ( untuk kanak kanak ) tapi ibubapa dibenarkan masuk kolam juga untuk uruskan budak budak tu. Ada disertakan juga 3 helai kopun untuk makan sarapan percuma.Kanak kanak bawah 2tahun PERCUMA. Banyak juga hidangannya ,makanan pun sedap sedap.Maq suka nasi lem