Yoga Sebelum Tidur

Assalamualaikum..

Kadang bila dah seharian buat kerja dan tugasan rutin, bila dah nak tidur ,mata dah mengantuk tapi tak boleh tidur . Pejamlah mata rapat rapat ,sampai nak terbalik mata hitam kebelakang biji mata ,tetap tak boleh tidur. Biasa kena macam tu kan? Biasanya orang perempuanlah. Orang lelaki ,jumpa bantal terus senyap sepi . Kalau susah tidur pun mungkin sebab dia tengah angau .

Haha selisih !

Kami orang perempuan ni bila bila pun boleh gelisah, susah nak lelap. Lebih lagi terasa bila kita ada masalah yang datang menduga,lagilah tak dapat nak lelap mata. Misalnya macam maq , kalau zaman muda muda dulu,boleh lah layan lagu seround dua kalau tak boleh tidur  , tapi bila dah beranak bercucu ni ,dengar lagu pun letih ,apalah nak jadi agaknya , dah insaf zahir batin  kot. Alhamdulillah lah ,kalau ya ,😁

Bila maq baca info tentang masalah sukar tidur , ada banyak cara nak dibuat. Antaranya dengan beryoga ,macam gambar bawah ni.


Kita melentik dulu !
 Dengan pesanan: baik baik terkehel haha

Yang sebenarnya apa yang kita makan sebelum tidur pun boleh mempengaruhi kesukaran  tidur malam kita juga.


Pastikan anda tak ambil semua ini sebelum tidur!


Dan lebih afdal. Sebelum tidur baca surah 4Qul , ayat kursyi ,maafkan semua orang , surah Mulk ,doa tidur dan memgadap kearah kiblat. Dan jika susah lagi nak tidur , buatlah solat sunat 2rakaat. InshaAllah ..


Nota maqnie : semuga semua urusan harian kita hari ini dipermudahkan..aamiin...

Comments

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Bihun Goreng Putih

Kenangan 11 Julai 2026

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Kerabu Magie Thai

Nasi Dagang Terengganu Versi Maqnie

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tips Pilih Bendi