Skip to main content

Posts

Showing posts with the label selawat

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

  Bismillah, Salam 10 Muharam 1448.Kalau korang nak tahu,masa maq pergi jumpa doktor pada 8 haribulan yang lepas.Kan maq ada beritahu yang tekanan darah maq naik tinggi. Ulang siar hehehe Padahal kalau check kat rumah,okey je resultnya.Tapi bila cik misi KKBP check,doktor check ke laut china selatan result tu boleh bawa. Tapikan ada beberapa orang doktor pernah cakap kat maq, memang macamtu lah situasinya. Maksud doktor ,bila kat rumah kita duduk duduk santai je,rehat rehat je sebab itulah tekanan darah result nya rendah. Tapi kalau diklinik,kita penat nak tunggu giliran,rasa stress tengok orang keliling kesana kesini,bunyi bising,dipanggil ke bilik sana,ke bilik sini,haa itu lah antara punca tekanan darah jadi naik tinggi. Nahh! doktor sebenarnya tahu je punca puncanya tapi kadang dia orang tu sengaja buat buat tanya. Contoh : " Puan kenapa darah naik tinggi sangat niiiii...? Puan fikirkan apaaaaa...? "Jangan runsing runsingkan fikiran tuuuu." "Puan ,sekarangni kes...

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

  Bismillah, 12 Rabiul Awal 1447. Biarlah apa pun yang diperkatakan tentang tarikh keramat ini , kami akan setia merindui mu yaa Rasulullah.Terima kasih membawa islam dan semua kebaikannya kepada kami. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Rasulullah. اَللّهُمَ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐌𝐌𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐈𝐀'𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐀'𝐋𝐀𝐀 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐈 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 "Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Kepada Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Nabi Muhammad." Miss you yaa Rasul Allaah 😭

Kelebihan Selawat Hajjiyah

  Bismillah, Ada sebabnya kenapa maq update selawat hajjiyah yang diatas.Jom kita tonton video dibawah ni pula. So,bagi korang yang sedang berusaha untuk dapat panggilan menjadi tetamu Allah,boleh lah amalkan selawat ini.Usaha jangan putus,doa jangan jemu. Belum daftar haji? Bawalah wang sejumlah RM1300 ke mana mana pejabat tabung haji yang berhampiran korang tinggal untuk daftar haji. Inshaallah Allah permudahkan semua urusan. Tak cukup RM nak daftar haji?  Kalau korang ada simpanan di KWSP ,pergi ke pejabat KWSP berhampiran,ambil salinan penyata simpanan korang kat pejabat KWSP, kemudian bawa salinan tu ke pejabat tabung haji,nanti petugas akan settlekan.Korang cuma sediakan RM 10 je kot untuk bukak akaun.Jumlah masih RM1300 yang ditolak.Bukan semua duit KWSP korang tau! Nak lebih jelas masuk je dalam link ni Nota terpaling penting -  Korang buka akaun & daftar haji serentak!  Jangan jadi macam maq, buka akaun ditabung haji lepas tu tak daftar haji, lastly kena...

Ratib Al Attas

  Bismillah, 12 Ramadhan 1446H Video pilihan maq kali ini ialah Ratib Al Attas.Bulan puasa macam waktu sekarangni ,sedang perut tengah kosong ,dengar pulak Ratib Al Attas, jiwa pun automatik jadi tenang. Apa itu Ratib Al Attas? 🔸Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. 🔸Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun. 🔸Ratib al-Attas adalah salah satu daripada koleksi ratib dalam Tarekat Alawiyah (Ahli Bait Rasulullah). Prinsip Tarekat Alawiyah ada 5 perkara iaitu Ilmu, Amal, Wara’, Khauf dan Ikhlas. 🔸Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah SWT. Ratib al-Attas memiliki nama yang popular iaitu  Aziz al-Manal Wa Fathu Bab al-Wisol (sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung) . 🔸Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah S.A.W yang ke 29 iaitu  Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas  (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman...

Muslim Itu Tiada Berbeza

  Bismillah, Takda beza antara sesama muslim kecuali amalan mereka kepada Allah. waallahua'lam

Selawat Fatih

 Jom amalkan selawat Fatih** Kenapa maq kongsikan selawat fatih pada entri kalini? Sebab maq tertarik dengan amalan 2 orang ustaz yang hanya berjalan kaki untuk menunaikan haji untuk musim haji 1446H nanti. Setiap kali kalau Maq join live mereka di akaun tiktok ,ustaz pasti suruh amalkan selawat Fatih ini.Dan perjalanan mereka ke Mekah biarpun hanya berjalan kaki,ianya tetap lancar.Terima kasih Allah. Apa keistimewaan selawat fatih ini? Allah je yang maha mengetahui.Kita sebagai umat nabi Muhamad hanya berusaha untuk amalkannya dan mendoakan keberkahan buat junjungan nabi kita ,Nabi Muhamah SAW. ( Saya sayang Nabi )

Rasa Malas Nak Solat?

  Kata Nasihat Bismillah, Kali ini Allah izinkan untuk Maq kongsikan tips bagaimana nak mengatasi rasa malas nak solat. 1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan. 2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang. 3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati. 4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t. 5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. 6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah. 7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan. 8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk be...

Kursus Pengenalan Wirid Khaujakan Batu Pahat

  Bismillah, Alhamdulillah. 21/12/24 ,semalam. Dengan izin Allah maq diberi rezeki masa untuk pergi ke program kursus pengenalan wirid khaujakan. Kursus  berlangsung di Masjid Jamek Ar Raudhah , Peserai ,Batu Pahat,Johor. Sabtu 21hb Disember 2024 Pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Mungkin ramai yang belum tahu apakah itu wirid khaujakan.Wirid khaujakan merupakan ibadah wirid  yang ditulis dengan disiplin dan peraturan yang lengkap.Ianya mengandungi ayat ayat Al Quran ,zikir dan selawat , asma' ul husna dan doa doa mustajab. Fokus utamanya adalah untuk pembangunan kerohanian dan keredhaan Nya untuk kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Mula dikenali dikalangan masyarakat islam pada zaman Sultan Aulia'  as Syaikh Abdul Kadir Jailani dan  as Syaid Muhamad Haqqi An Nazali kira kira 1000 tahun yang lalu. Di Malaysia, khususnya di negeri Johor ,wirid khaujakan mula dikenali sejak awal tahun 1940an. Diperkenalkan oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil  bin Abu Baka...

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Sunnah Jumaat

Assalamualaikum. Hai! Bawah ini antara amalan amalan sunnah pada hari Jumaat.  Jom Check list ✅ ❄ Membaca Surah Al-Kahfi. ❄ Zikir (Ya Allah). ❄ Berselawat kepada Nabi       S.A.W. ❄ Mandi sunat. ❄ Bersugi. ❄ Berpakaian bersih/putih. ❄ Memakai wangian. ❄ Potong kuku. ❄ Perbanyakan bersedekah dan       amalan baik. ❄ Datang awal ke masjid. ❄ Mendengar khutbah. Nota maq : tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Maq saja nak ingatkan semula untuk minda maq  yang kian menua ni..  

Sambut Maulidurrasul Dengan Selawat Makkiyah

Assalamualaikum. Pada majlis sambutan Maulidurasul yang jatuh pada hari Sabtu ( 9hb November 2019) bersamaan 12 Rabiul Awal 1441 Hijriah yang lalu, maq dan sahabat sahabat Taman Bukit Perdana ,Batu Pahat , telah menghadirkan diri sempena program  Selawat Makkiyah kali ke 3. Alhamdulillah ,majlis yang bermula pada pukul 2.00petang itu berjalan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. *PROGRAM SELAWAT MAKKIYAH YANG KE- 3* 🌸Tarikh : 09.11.2019 🌸Hari    :  Sabtu 🌸Masa  : 2.30PM sehingga 4.00PM 🌸Tempat : Surau al Azim Taman Bukit Perdana 🌸Pembimbing : 1. Ustaz Saifulazim bin Dolahsajat 2. Haji Salleh bin Ibrahim *🍁TENTATIF PROGRAM🍁* *🍁2pm - 2.20pm* Pendaftaran peserta Makkiyah daripada 10 kumpulan *🍁2.20pm - 2.30pm* Ucapan  dari  Pengerusi Biro Wanita Taman Bkt Perdana *🍁2.30pm - 3.30pm* Bacaan beramai-ramai  Selawat Makkiyah mengikut kumpulan selawat *bawa kitab Makkiyah  semasa program* *🍁3.30pm...

Selawat Makkiyyah

Assalamualaikum. Sempena sambutan maulidulrasul di Taman Bukit Perdana yang lalu , group whatsapp Biro , ada membuat aktiviti sampingan sebagai aktiviti maulud. Kami ahli ahli group whatsapp selawat makkiyyah telah membaca selawat makkiyyah berjemaah di Masjid Al Azim ,Taman Bukit Perdana ,pada petang tersebut. Kitab yang digunakan. Antara jemaah yang hadir untuk menjayakan Ahli kumpulan yang terdiri dari ibu ibu ditaman kami Kumpulan makkiyyah 6 ( kumpulan maq ) Kumpulan ini baru setahun ditubuhkan di Taman kami. Aktiviti berlangsung digroup whatsapp setiap hari. Apa kah selawat makkiyyah? Bawah ini serba sedikit infonya. Kalau quran mempunyai 30juzuk tapi selawat makkiyyah ini hanya mempunyai 7 hizib. Bagi kami ahli kumpulan , setiap hari kami perlu habiskan 1 hizib . Bermula dari waktu maghrib hinggalah maghrib keesokan harinya. Sebelum berselawat ,ahli kena niatkan pahala bacaan untuk siapa. Pastinya pertama untuk rasulullah dan ahli keluarganya...