Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Aida komen Jujur

Assalamualaikum. Ini Aida. Nama penuh beliau Nur Adibah Aida. Anak bongsu maq dan salah seorang calon SPM 2019 ! Banyak plan beliau bila dah tamat SPM nanti. Nak kerjalah, nak berniaga online lah ,nak belajar drive lah ,nak jaga emak dia lah. Lagi besar impian dia maq rasa bila dia kata ,dia nak belikan kami ( emak ayah dia ) rumah berharga rm 300K. Masyaallah..padahal sekolah pun tak habis lagi.. Lagi buat maq tak percaya , Aida minat dalam kerjaya beruniform terutama Pegawai Polis ! Ini memang maq tak percaya 100% ! Allahhuakhbar..Allah saja yang Maha Mengetahui. Hebat juga cita cita dia! Dan bila maq tanya Aida : " selama aida jadi anak mak lah kan, apakah perangai paling teruk mak yang aida sangat tak suka. Sila jawab dengan jujur. Ety dan ayah dah beritahu ,mak tunggu aida pulak complain.." Aida : " eh yeke? Mak nak tahu ke? Hehehe kalau aida jujur karang ,mak marah pulak "  ( ah dia memang suka bantai gelak je bila bercakap ) Maq : &q

Merdeka pada Awal tahun

Assalamualaikum. Alhamdulillah ,susunan hidup muslim di Malaysia sangat indah hari ini. Selain dapat cuti bertingkat tingkat , mereka juga dapat sambut merdeka  dengan meriahnya pada sebelah pagi dan disebelah malamnya mereka juga dapat sambut maal hijrah dengan ketenangan. Selamat datang 1441 Hijrah - Tahun baru bagi umat islam bermula  pada malam ini. Sebelum maghrib sudah  dibaca doa akhir tahun dan selepas solat maghrib pula dibacakan doa awal tahun. Alhamdulillah..indah sangat maq rasa. Tenang , damai dan  hati tua ini berasa penuh kesyukuran.  Terima kasih Allah. Ya , jika diakhir akhir 1440 Hijrah lalu , muslim Malaysia di jentik hati mereka dengan macam macam dugaan tapi bila diambang merdeka , semua orang berkumpul menanti detik merdeka! Semua kaum ada .Semua penganut agama ada.Semua rakyat berkumpul aman disatu kawasan yang sama. Semua rakyat bangga mengibar kan jalur gemilang yang sama ! Masyaallah.. Indah sangat sangat ..😭 Tanpa kita sedar, sebenarnya hi

Adakah mendengar al Quran dapat pahala sama seperti pembaca Al Quran?

 *AL-KAFI #1232: ADAKAH ORANG YANG MENDENGAR AL-QURAN MENDAPAT FADHILAT YANG SAMA DENGAN ORANG YANG MEMBACANYA?* Dimuatnaik oleh Wan Ahmad Naqiuddin Diterbitkan: 19 April 2019 *Al Kafi li al-Fatawi* *SOALAN:* Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya sedia maklum fadhilat membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Cuma persoalannya, bolehkah isteri dan anak-anak saya mendapat fadhilat yang sama jika saya membacanya di tepi isteri dan anak-anak? Ini kerana isteri saya sangat sibuk menjaga anak-anak menyebabkan dia tidak sempat untuk membacanya. Terima kasih. *JAWAPAN:* Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat. Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. A

Video buat Encik Suami dan Ety

Assalamualaikum. Bila encik suami dan  Ety ( anak nombor 2 kami ) suruh maq jangan lagi membebel  ,secara tak sengaja, dan dan pulak malam tadi seorang sahabat dah kongsi video ceramah Ustaz Samsul Debat yang maq kongsikan kat bawah ni. Maq pun laju je download , lepastu kasi lah dua beranak tu dengar ( masih touching lagi lew tew)  jenis orang lambat nak menginsafi diri ..😂 Tapi betul kata Ustaz , semua yang ada hari ini , akan kita rindu bila  semua tu dah tak ada lagi. Hinggakan nanti bunyi suami berdengkur pun akan buat kita rasa rindu bila dia dah takda ,Allahhu .. 😭 Sebab tu la sekarang maq dah susah nak merajuk lama lama kat semua orang , terutama kat encik suami dan anak anak. Sebab? Sebabnya maq taknak nanti bila maq dah takda, mereka akan tercari cari suara merdu bebel maq dan wajah ayu maq bila maq tengah merajuk , hmm..  ( dah tua pun nak perasan ayu  😭) Nota maq : Alhamdulillah , sedang lagi berusaha nak jadi seorang yang pendiam . Semoga Allah permudah

1440Hijrah Sudah Dipenghujungnya

Assalamualaikum. Kejap saja masa berlalu. Tup tup esok, lusa ,dah nak sambut awal Muharram 1441 hijrah. Tua kita di tambah lagi  setahun. Alhamdulillah. Selama 12bulan yang lepas, terlalu banyak episod untuk ditempuhi terutama bagi diri maq sendiri. Awal tahun ,pertengahan tahun dan kini penghujung tahun ,semua ada saja ceritanya. Alhamdulillah ,biarpun bergelar surirumah sepenuh masa dan takda apa apa sumber pendapatan sendiri dalam setahun ni, maq masih maq yang dulu. Serba serbi bersederhana. Dan inshaallah keadaan ini akan kekal begini. Syukur pada setiap adanya. Terima kasih Allah 😢 Esok Jumaat terakhir 1440 hijrah. Harini .. Dengan rendah diri ,maq mohon ampun dan maaf , andai dalam 12bulan  lalu , mungkin  ayat penulisan maq dalam blog peribadi ini ada yang menguris perasaan anda secara sengaja atau tidak. Maq mohon ampun dan maaf.. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari maq dan yang baik itu dari Allah s.w.t. Salam Maal Hijrah 1441. Jadilah Ummah yg bers

Cara Pasang Bendera Yang Betul

Assalamualaikum. Bila maq minta encik suami dan anak maq nombor 2 tu cakap jujur pasal keburukan maq. Nak tau tak apa mereka kata ? Ety : mak tu  bila dah penat, dah letih buat kerja boleh tak jangan membebel. Dah penat ,berhenti buat kerja kerja rumah tu ,nanti taulah orang lain sambung buat. Ini tak , dah lah penat,membebel lagi lepastu kitaorang semua kena tempiasnya. Hahahaha aduhhh..😂 Encik suami : bebel tu kurangkan sikit. Kalau dah penat ,duduk diam diam. Huarghhhh...tiru ke apa diaorang ni ..😭 Inilah moment yang paling maq suka. Sebab kata kata jujur dari diaorang ini akan buat maq tahu yang maq ada buat benda yang orang lain tak suka dan maq juga akan tau yang maq bukanlah "madam perfect " biarpun maq suri dalam rumah kami. JANGAN MEMBEBEL ! KURANGKAN BERLETER! DAH PENAT ,STOP BUAT KERJA! 😂 okey , i try adjust adjust perangai buruk i tu nanti. Itulah janji maq kat diaorang. Dan maq dah beritahu diaorang ,lagi 10 hari,maq akan tanya di

Kambing Akikah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Azrin&Ustaz Nik Ahmad Farhan) *FEKAH* *KAMBING AKIKAH* ••••••••••••••••••••••••••••• *سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ* Ilmu fekah ilmu yg kedua yg wajib kita pelajari. Ilmu fekah,Kambing akikah ini ialah sunnah Rasulullah. Dan dialah Allah yg mengeluarkan kamu daripada perut ibu kamu dalam keadaan kamu tak mengetahui apa² dan dialah Allah yg menjadikan padamu pendengaran, penglihatandan hati, mudah²an kamu bersyukur. Allah anugerahkan sepasang suami isteri anak,cahaya mata. Allah yg memberi pendengaran,penglihatan dan hati. Sebagai balasan syukur pada Allah,hendaklah melakukan ibadah akikah. APA HUKUM AKIKAH KAMBING,SIAPA YG DITUNTUT MELAKUKAN AKIKAH,BERAPA EKOR KAMBING UTK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN DAN BERAPA UMUR KAMB

Allah Maha Mengetahui Keperluanmu

Assalamualaikum. Pengalaman setiap orang itu berbeza beza. Apapun jika kita mampu mengerti apa yang telah kita lalui,ternyata setiap pengalaman itu adalah ketentuan Allah s.w.t. Dan lagi jelas ,biarpun kita tidak mampu terima kenangan pahit ,tetapi itulah keperluan untuk kita. Tak kira apa pun kejadian/ pengalaman. Ya itulah yang kita perlukan. Yang mana Allah lebih tahu. Rancanglah bagaimana indahnya perancangan, namun jika Allah kata itu tidak layak untuk kita, kita akan terlepas juga akannya. Bila kita paham keadaan itu, akhirnya kita rasa bersyukur kerana semua yang terjadi itu adalah pilihan Allah yang terbaik buat kita. Istighfar banyak banyak dan sebut juga Alhamdulillah. Semua ini sebab Allah sayang..❤ Kenangan ketika maq dan family ke Mekah telah memberi kesan pada kehidupan kami sekeluarga sekarang ini.  Banyak perubahannya. Kami lebih kepada " lillahitaala" dan kami lebih fokus pada " kita ada Allah, Allah lebih tahu dan serahkan semuanya kepada

Ubah Adat Itu Salah?

Assalamualaikum. Selepas lebih 2 bulan shawal berlalu, ada beberapa orang terdekat termasuk ahli keluarga mula tak selesa dengan cara maq. Sehingga ada yang bertanya kenapa sekarang ni semua nya jadi salah? Kenapa dulu tak salah? Kenapa dulu okey je ,kenapa sekarang jadi tak okey pulak? Bila diajukan soalan soalan macam tu ,maq tak boleh nak jawab semua. Maq cuma mampu senyum. Kenapa? Sebab yang bertanya tu semuanya datang dari orang yang lebih tua dari maq. Kalau maq bersuara ,tentu dikatanya "kurang ajar" Dan maq takut dianggap terlalu memandai mandai nak ubah adat keluarga yang dah lama dipraktikan.  Maka jalan terakhir , maq pilih untuk diam. Dulu.. Ketika kita tak jumpa lagi sumber sumber ilmu agama yang lebih terperinci ,kita cuma tahu solat itu wajib ,puasa wajib. Mencuri berdosa , berzina haram, babi dan anjing itu najis berat! Semua itu merupakan asas bagi kita. Sebab tu dulu , pakai baju jarang pun boleh. Tak pakai tudung pun okey je. Bersalaman dengan

Kenangan indah dalam perjalanan ke Madinah

Assalamualaikum. Ketika melakukan Umrah pada awal tahun tempohari, kami diturunkan dilapangan terbang Jeddah. Alhamdulillah biarpun pertamakali naik flight, maq tidak mengalami apa apa alahan penerbangan. Biarpun penerbangan ambil masa 9jam. Berlepas dari KLIA pada pukul 11.30malam  waktu Malaysia ,dan tiba diJeddah pada pukul 4.00pagi waktu Jeddah. Katanya beza waktu Malaysia dengan Jeddah ialah 4jam . Malaysia awal 4 jam , so ketika maq tiba diJeddah tu kat Malaysia tu dalam pukul 8.30+-pagi. Orang Malaysia sedang sarapan ,orang Jeddah baru nak solat tahajjud . Layanan dalam Saudi Airline pun bagus, cuma ibu maq agak tak selesa dengan ruang seat yang padat. Dan bau makanan yang distim terlalu kuat. Mom ..chicken, beef ? Coffee ,tea? Hehehe masih terngiang ngiang lagi suara pramugari arab tu. Baik sangat..peramah sangat. And she call me "mom" huhu.. Dalam sebaris seat ,kami kena duduk bertiga. Penumpang di seat sebelah ibu merupakan seorang pak arab dan situasi

Bandingan Dunia Dan Akhirat

Assalamualaikum. Dalam satu hadis (dhaif) riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan al-Nasa'i, Rasulullah saw bersabda: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ Maksudnya; "Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematiannya, sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah (agar memberikan yang terbaik kepadanya)." Sabda Rasulullah saw; مَا مَثَلُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَثَلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِي الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ Maksudnya; "Tiadalah perbandingan (yang lebih tepat antara) dunia dengan akhirat melainkan seperti ketika seorang dari kalian memasukkan jarinya ke dalam lautan, maka lihatlah berapa titiskah yang masih tersisa (di jari tangan)." (HR Ahmad, Muslim, al-Tirmizi dan Ibn Majah) Waallahhua'lam.. Sekadar h

Kita Ini Saling Memerlukan

Assalamualaikum. Jiwa  terus jadi tak keruan bila baca petikan dibawah ni. Petikan yang dikongsikan oleh seorang sahabat hati dalam group whatsapp. Biarpun ianya bukan khusus buat diri ini tapi automatik maq rasa terlalu banyak hak yang menjadi tuntutan oleh orang orang keliling yang disayang. Astagfirullah hala'zim ... Maafkan saya,😭 ❤ Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Takde seorang pun yang terlepas. Kat dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 Tahun perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut. Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik-beradik perempuannya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka rama

Carbon Free Day 2019 di Tasik Y ,Batu Pahat

Assalamualaikum. Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengadakan satu lagi program bersama rakyat yang kali ini bertemakan "Carbon Free Day 2019" . Program ini merupakan program sempena menjelang hari kemerdekaan negara yang ke 62tahun. Pelbagai aktiviti yang diadakan ,antaranya : Program Carbon Free Day Bandar Penggaram 2019 kembali lagi dengan aktiviti yang lebih menarik. Pada hari Sabtu ,24hb Ogos 2019, bertempat ditaman rekreasi Tasik Y , bermula jam 8.00am hingga 11.00am. Bawah ini antara acara yang bakal berlangsung. - senamrobik - pemeriksaan kesihatan - pertandingan mewarna - clean up challenge - beyblade challenge - permainan 80,90an - tv hijau , mengikut pada agensi yang terlibat. Orang ramai dijemput hadir . Jangan lupa bawa bersama barang barang kitar semula yang boleh ditebus pada hari program ini dijalankan. Bebaskan bandar kita dari karbon! Rakyat sihat ,negara maju! 

Puasa Menjelang Tahun Baru 1441 H

Assalaamu'alaikum. In Syaa Allah, dalam beberapa hari lagi, kita akan berpuasa sunat yang agak panjang.. 30 zulhijjah = 31/8 puasa sunat akhir bulan zulhijjah (penutup kitab kita dengan catatan berpuasa) 1 Muharram = 1/9 bermulanya hari pertama dari puasa sunat 10 hari dari awal Muharram (buka kitab baru kita dengan catatan berpuasa) Seterusnya puasa 2 Muharram = 2/9 sehingga 8 Muharram = 8/9 (2/9 + sunat Isnin, 5/9 + sunat khamis) 9 Muharram = 9/9 puasa sunat hari tasu'a + sunat Isnin 10 Muharram = 10/9 puasa sunat hari 'asyura 11 Muharram = 11/9 puasa sunat ba'da' asyura ('alim ulama' kata Allah itu ganjil dan suka yang ganjil, kiyai sohaili bagi tahu puasa sehingga 11 Muharram/ambil hingga tarikh ganjil, puasa ba'da 'asyura tu ustaz Mohaizan yang bagi tahu) 12 Muharram = 12/9 hari khamis, puasa sunat khamis Seterusnya puasa sunat hari2 putih 3 hari iaitu 13 Muharram = 13/9 14 Muharram = 14/9 15 Muharram = 15/9 16 Muharram

Poligami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ TANYALAH USTAZ TV3 (Da'i Hilman&Ustaz Jafri Abu Bakar) *MUNAKAHAT* *POLIGAMI* •••••••••••••••••• Ya Allah berikan kami ilmu yg bermanfaat,rezeki yg baik dan amalan yg diterima. Ada yg suka dan ada yg tak suka dgn tajuk ini.Tajuk ini sesuatu yg dibenarkan pada syarak. Poligami ialah perkahwinan yg banyak. Poligami lawan kepada mologami (kahwin seorang) KAHWIN CERAI DAN KAHWIN CERAI ITU BUKAN POLIGAMI. Jika tak mampu cukup hanya berkahwin seorang supaya tak buat aniaya. POLIGAMI BUKAN TAK BAIK MALAHAN ADA POLIGAMI YG BAIK. Ada org yg pandang negatif poligami. Pada zaman jahiliah ada sahabat yg mempunyai 10 isteri dan ada yg 8 isteri. Islam datang dan menghadkan 4 isteri.Saidina Umar ada 9 isteri (berkahwin dan bercerai) Sahabat dan para Nabi juga mengamalkan poligami. Pengamalan poligami adalah s

Jalur Gemilang

Assalamualaikum. Malaysia gempar lagi,kali ini dengan isu pasang bendera terbalik pulak! Padahal sebelum ini banyak dah kes pasang bendera terbalik tu berlaku tapi tidak pulak jadi isu. Bila negara dah macam macam ragam sekarang ini,ianya  jadi masalah pulak. Tak perlu salahkan siapa siapa. Jom kita kembali pada diri kita sejak mula. Siapa yang memandai ubah kejadian jalur gemilang jadi macam macam? Kita jugakkannn. Bila tiap kali nak sambut hari merdeka , ada je program yang melibatkan bendera. Buat fesyan pakaian lah , buat tema majlis kahwin lah , macam macam lagi jalur gemilang diubah suai. Kalau zaman maq sekolah dulu ,bendera meleret atas tanah pun dah kena tegur dengan cikgu. Tapi sekarang ,bendera dibuat baju ,jubah,kain tudung, payung , beg , malahan dibuat seluar dan didudukan lagi ! Allahhu..sedihnya. Lagi sedih semua tu berlaku disekolah. Dimana kanak kanak yang bakal meneraju negara satu masa nanti ,sedang menuntut ilmu , sedang nak kenal dunia! Bukanlah  kita

Bercakap Dengan Cermin

Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ini pagi Rabu , sekejap lagi maq nak pergi ke Aeonbig nak teman along beli barang dapur. Hari Rabu je pergi Aeonbig. Pergi Aeonbig je hari Rabu hehe. Sekarang pun bila hari Rabu Aeonbig takdanya nak sale kaw kaw macam sebelum, hanya 2-3barang terpilih je harganya  rendah. Yang lain masih dengan harga pasaran yang kalau nak beli kena fikir berkali kali ,perlu ke tak benda tu. Kalau dah fikir 10 perlu 2 tak ( nisbah 10:2 ) barulah  maq beli 😂. Ah mukaddimah meleret leret hehehe. Okey sebelum jalan lebih jauh ,maq nak kongsikan pengalaman jiwa ni. Dulukan. Ya ..pada zaman dahulu , maq selalu harap pada setiap pengorbanan maq terhadap orang lain akan dikenang oleh orang orang tersebut. Bila sudah dibantu tapi mereka tak reti nak menghargai ,maq akan sedih , sayu hati ,kadang tu boleh datang pulak rasa nak marah. Lama kot perangai teruk tu berlangsung dalam jiwa ini. Tapi Alhamdulillah ,bila hidup mula redha dengan apa ada nya, perlahan

Kenangan di Raudhah , Masjid Nabawi

Assalamualaikum. Ini masih koleksi peribadi. Storage handphone masih tak boleh simpan video banyak macam selalu. Inilah bahananya kalau handphone cuma guna 2GB. Maklom , handphone nenek nenek, GB bebanyak nak simpan apa je kan hehehe. Sekali lagi memori terindah tersimpan diblog peribadi ini, bersama beberapa minit rakaman video ketika mendengar kuliah sementara tunggu masuk waktu isyak. Banyak kenangan disini yang terlalu indah yang maq tak mampu nak rakam guna handphone tapi sekadar rakam dalam minda dan ianya unlimited. Malam pertama menuju Raudhah. Sementara tunggu mutawwifizah ,kami sempat juga bergambar sebagai kenangan peribad Baru keluar dari Raudhah. Bagaimana dugaan untuk masuk ke Raudhah, mereka yang pernah masuk je tahu situasinya. Allahhu .. Namun dengan kuasa kasih sayang Allah,kami berenam boleh masuk dengan mudah sekali. Terima kasih Allah. Sementara menunggu pintu Raudhah dibuka, baca Quran dirumah Allah yang indah boleh buat hati tenang. Kami ma

Kenangan bagi burung makan di Kota Madinah

Assalammualaikum. Video diatas ini sebenarnya video peribadi maq . Tapi bila Oppo dah suruh update handphone, lepastu bertalu talu pulak aplikasi dari oppo masuk. Sampaikan storage handphone asyik penuh. Akhirnya maq ambil keputusan untuk simpan je video pendek ini diblog ini. Harap harap lepasni storage kembali okey. Bawah ni aplikasi yang oppo bagi, dah tu tak boleh nak uninstall pulaknya..Allahhu.. Maq redha..nak tukar handphone lain macam belum mampu lagi 😂 Tapi kenapa nak simpan video yang pendek macamni? Mungkin itu pengalaman pertama dan terakhir maq ke sana. Jadinya biarlah semuanya jadi kenangan abadi maq dan family. Pengalaman yang tak mungkin berulang biarpun maq diberi peluang kedua. Maha suci Allah. Hanya Dia yang tahu tentang segalanya. Seronok sangat masa tu. Makanan burung itu dijual oleh penduduk tempatan disitu. Ibu maq beli 3paket , dan beliau bersungguh suruh kami bergambar dalam ratusan burung yang sedang ma