Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Selamat Jalan Adam Danish

 Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita mungkin telah terpisah tapi kasih sayang mak long kat Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long, "Semoga tangan yang urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.. ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga akan menyusuli  Adam Danish disana...💕 Al Fat

Masa Berlalu ,kita makin tua

 Assalamualaikum. Sehari demi sehari umur bertambah. Bermakna sehari demi sehari peluang kita duduk kat bumi Allah ni semakin berkurang. ** cucu dulu sorang ,kini dah dua. Sekarang jam terasa laju berputar. Duduk kejap layan Facebook dah pukul 10+.. Duduk kejap layan instagram dah nak maghrib. Duduk kejap layan tv ,dah nak  masuk tidur. Itulah rutin seharian yang bila dikira ,dihimpun dan congak semula, terlalu banyak masa dibazirkan untuk dunia berbanding akhirat. Kata ustaz Somad, waallahua'lam..  p/s : maq sekarang layan tiktok untuk tambah ilmu sambil berniaga 🤭

Set Mini Dari Artistry

  Assalamualaikum. Kepada mereka yang nak mencuba produk artistry tapi takut nak beli sebab risau tak serasi dan jadi satu pembaziran.  Kini artistry ada keluarkan set mini untuk kemudahan pelanggan buat percubaan pertama. Ada terdapat 4 jenis set mini mengikut keperluan pelanggan. Set mini balancing solution. Maq beli set atas ni sebab nak seimbangkan tone  warna kulit, sambil tu nak bagi kelembapan kat kulit yang semakin kurang kologennya.  Nanti maq kongsikan pengalaman guna set mini ni. Set ni kalau bawa pergi travel pun mudah. Sumbat je dalam beg. Harga : RM 125.00 Harga berbeza mengikut jenis kulit.

Surprise Giftbox by Dcalysta perfume Batu Pahat

 Assalamualaikum.. Apa khabar jualan perfume Dcalysta maqnie? Okey nak kongsi sikit. Ofcos susah sikit nak berjualan bila kilang perfume tu diarah tutup untuk beberapa bulan asbab  lockdown 3.0 di seluruh Malaysia baru baru ni.Bila customer nak code yang popular ,stock pulak takda. Yang ada cuma code perfume yang kurang jadi buruan. Tapi dah cakap pun minyak wangi, tak diburu pun still wangi padu, takda yang tak suka! So bila jualan tak sehangat selalu ,maq ambil satu langkah untuk elakkan stock perfume tak bergerak . Tu diaaa... kami adjust buat surprise perfume giftbox pulak. Bermula Ogos ,promosi hari merdeka ,kami promote kaw kaw. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan. Bila dah habis sambutan hari merdeka , kami buka untuk jualan harga asal.RM 45.00 sekotak. Ianya mengandungi : 1 botol perfume Dcalysta 30ml ( rm38.00) 1 bear saiz 12cm 1 kad ucapan 1 random freegift* Add ON  ( dicaj ) *3 pcs kitkat (rm 3.00) atau *1 wallet (rm 6.00) atau *sepasang handsock (rm 6.00) atau *sehelai t

Ati Ati & Keladi

 Assalamualaikum. Bila dah hari hari melayan handphone .Sibuk melayan karenah pelanggan,share iklan ,layan karenah anak anak kutu ,mengurus rumahtangga disamping suami ,anak dan kadang kadang bersantai dengan cucu cucu ,ada ketika maq memang perlukan ruang untuk terapi mata,jari jemari dan sedikit ketenangan buat diri sendiri. Solusinya maq pilih untuk tanam bunga jelah.Nak tanam pokok durian pasu tak muat pulak nanti.Dah beli tanah tapi tak sampai pun 5 ekar . Mampu beli 5 bungkus jek ,😂.. Semalam nenek maq beri ibu maq pokok ati ati. Ni bukan nak menanam,ni nampak gaya nak bukak nursery ni 🤭. Akhirnya maq share pokok tu kepada beberapa tuan.  Maq sikit, ibu maq sikit, Along sikit... Along ( Akak ) @anak sulong maq** ibu suruh cucunya si along tanamkan sebab ibu maq tak sempat nak uruskan pokok bunga buat masa ni. Maq punya pokok ati ati : Ati ati yang merah menyala tu ( gambar atas ) itulah yang ibu bagi. Ati ati yang hijau ni pulak ( gambar bawah ) sikit pelik dengannya. Masa mula