Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Amalan Rasullulah SAW Sebelum Tidur

Assalamualaikum.. Lepaskan handphone dijaritu dan baca lah 4 pesanan itu. Rugi tau bila dah dapat ilmu tapi tidak diamalkan. Semoga kita tidur dalam iman. Selamat malam dan selamat tidur.

Jaga Nama Baik Kaum Sendiri

Assalamualaikum.. Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah beri peluang untuk sehari lagi hak pinjaman kepada kita. Encik suami ❤ Bila Encik Suami dah hampir sebulan kerja shif siang sahaja. Pukul 6.30 pagi keluar rumah  dan pukul 7 .30 malam pula baru sampai ke rumah , maq teringat pada satu lirik lagu Tan Sri P.Ramlee. Kanda pergi kerja jauh dikota Dinda jaga rumah Jangan main mata Nanti petang kanda pulang Kita sembang panjang panjang.. Haaa. Tu pukul 3pagi zaman P.Ramlee. Bagaimana pula pukul 3pagi zaman sekarang? Kanda dimana? Dinda dah terpele'ot badan jaga rumah,jaga anak, jaga diri sebagai isteri kanda ,jaga semuanya milik kanda tapi kanda dimana? Sempat juga malam semalam maq skodeng makcik pakcik  bawang buat operasi. Bermula di twitter , bersambung diinstagram dan nasib baiklah maq takda facebook ,kalau tidak ,memang tak tidurlah satu malam makcik engkau ni. Dok leka mengintai. Astaghfirullah hal azim.. Shaiton memang suka kalau kita b

Impian Tok Mak

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Maq pernah buat kesilapan. Masih ingat lagi ,masa tu anak anak masih kecil,maq tak suka anak anak maq kacau maq memasak didapur. Sebab utama maq tak suka bila maq masak ada orang kacau. Maq lebih selesa masak sorang sorang. Alasannya bila ada orang ganggu,masakan jadi tak sedap . Padahal sendiri yang belum pandai memasak . #inipengakuansebenar 😆 Jadinya bila anak anak ke dapur ,maq akan kata "dah..pergi on tv tu , tengoklah cerita apa ada. Jangan kacau maq nak masak ni " Alasan kedua ,maq risau kan keselamatan mereka bila didapur. Yelah , ada api ,gas ,minyak panas , pisau , pinggan mangkok kaca , dan macam macam lagi kat dapur tu. Maq tak nak anak anak jadi apa apa yang tidak diingini. Dan hal ini berlarutan hinggalah mereka remaja. Maq cuma suruh mereka kemas bilik ,kemas ruang tamu dan cuci kain baju. Masak ? Masih maq. Alasan ? Kalau anak anak masak ,nanti selera encik suami tak hadir , 😅. Tapi memang pun ,bil

Hati Seorang lsteri

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Bila sorang sahabat sambil menangis ,mengadu kepada maq dengan ayat : " suami saya akan bertunang tak lama lagi..tapi saya taknak berpisah dengan dia,saya sayang perkahwinan kami.." Jantung perempuan tua ini terus berhenti berdegup. Mata tua yang dah semakin kabur ini mula menakungi airmata. Minda ligat berfikir. Maq tarik nafas dalam dalam dan hembus perlahan lahan. Kami berhenti bersembang dalam beberapa saat. Antara ikhlas atau tidak ,maq cuba cari ayat padu untuk membalas ayat ayat sahabat maq itu. Maq takut ayat maq akan buat dia bertambah sedih. Maq risau ayat maq nanti akan buat dia bertambah tertekan dan terluka. Maq tak nak dia semakin rasa tersiksa dengan situasi dialami sekarang ini. Berlari lari saraf otak ini berhubung...Akhirnya terkeluar ayat ini dari maq : " you perempuan baik sbb tu Allah bagi dugaan ini. You kena kuat. Suami bukan hak kita 100% , dia hak Allah. Allah boleh dtgkan dia utk k

Teks Misteri Hari Jumaat

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Pesanan untuk diri sendiri Sebelum ini mungkin anda ada terbaca tentang maq didatangi dengan pesanan dari sesaorang supaya didoakan untuk semua hajat nya. Kalau takda  ,  Disini Kisahnya.  Dan untuk pengetahuan anda , tuan badan yang berhajat itu kini dah jadi teman maq bila online instagram. Beliau seorang isteri orang ,berkerjaya ,lebih muda dari maq dan berperibadi yang baik. Maq suka ! Alhamdulillah..terima kasih , Allah. Okey ,itu kisah Jumaat 15hb Februari* Pada Jumaat 22hb Februari lepas pulak , sedang maq dan cucu lepak lepak dirumah , tiba tiba sesaorang menghantar pesanan ringkas diwhatsapp maq. Bawah ni ayatnya. Tengok! Tidakkah ini satu kejutan bagi maq?? Nombor tak kenal , gambar pun tak pasti siapa , tiba tiba hantar teks ,bercakap pasal sejadah empuk ??Sejadah empuk tu apa ? Apakah tentang sejadah bawah ini?  Baiklah ,Ini kisah sejadah dibawah ini. Inilah sejadah . Ini merupakan ole ole untuk

Program Khatam Al Quran Sudah Jadi Acara Tahunan

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- الحمد لله..... Tahniah pada semua peserta program *Jom khatam al Quran 1 minggu 1 juzuk*.... Moga Allah swt berkati segala usaha dan amal ibadah kalian semua di dunia dan akhirat kelak. Makluman pada semua program khatam al Quran akan diadakan pada ketetapan berikut : *Hari* : Sabtu *Masa*: 2.30 ptg *Tarikh*: 23.2.2019 *Lokasi*: Surau Taman Bukit Perdana  *Pakaian*: Jubah hitam / putih Harap maklum dan terima kasih. Atas tu merupakan aktiviti whatsapp kumpulan biro wanita Taman Bukit Perdana ,yang telah maq ikut serta. Alhamdulillah ,program membaca al Quran 1minggu 1juzuk telah 2 pusingan maq sertai. Yalah kan , kalau baca berkumpulan  macamni ,kita akan bersemangat nak baca hari hari , selain merupakan tanggungjawab kita  sebagai HambaNya ,kita juga nak habiskan juzuk mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seminggu sejuzuk ,bersemangat baca tu ! Insha Allah. Alhamdulillah..harini khatam sudah untuk  bacaan kami

Buah Zuriat dan Cara gunanya

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Ketika hendak ke Madinah , ada seorang hamba Allah pesan kat maq buah zuriat. Buat pertama kalinya maq terus 'blank' , sebab nama buah tu pertama kali maq dengar. Apa tu buah zuriat? Untuk apa? Untuk siapa ?Apa khasiatnya?  - amboi banyaknya soalan bermain main diminda ini. Tapi apa maq jawab ? Ya ,boleh ,inshaallah ,nanti saya cari ya. Kalau jumpa , saya beli. Ketika pergi ke Gunung Uhud , maq terjumpa peniaga tepi jalan yang sebut " hajah ! Buah zuriat ! Tasbih ! Mura mura ! Hajah beli ! Hajah sini beli ! Apa ? Buah zuriat ???? Maq Pusing ke belakang semula dan tanya .. " kak , mana satu buah zuriat ? " "ini hajah ! Ini buah bagussss.." "oh..okey" - sambil belek bungkusan bungkusan berisi buah tu. Rasa kulitnya sangat keras ,macam biji getah keras dia ! Warna dark coklat. Takda bau . Sebungkus ada dalam 5 biji. Saiz sebiji tu macam buah kedondong .. Tak tau buah kedondong? Aduh

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu

Tidak Diterima Lagi Alasannya

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- *TIDAK DITERIMA LAGI ALASAN BILA USIA SUDAH MELEBEHI 50-70 TAHUN* "Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50-70 tahun". (Hadith Riwayat Bukhari) Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50-70 tahun tidak diterima lagi keuzuran atau alasan, kerana usia itu merupakan yang dekat dengan kematian... Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi) Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur itu. *Nasihat Fudhail kepadanya : *"Bererti sudah 50-70 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!" Maka para a

Kawan Mengikut Imam al Ghazali

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Kata orang " berkawan biar seribu ,berkasih biar satu" - dalam seribu belum tentu kita jumpa kawan yang betul betul boleh dibuat kawan. Jadi untuk mengelakkan tersalah pilih kawan , ikutlah tips imam al Ghazali tu. Inshaallah ,semoga menjadi kawan didunia ,kawan juga diakhirat nanti.. Siapa imam al Ghazali? Laman Utama     Naratif Al-Ghazali Naratif Al-Ghazali Siapa Al-Ghazali By   Editor Yadim  - Friday, 17 November, 2017 0 4400         Salah seorang ahli Teologi, ahli falsafah, dan sufi terbesar dalam Islam ialah al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada 450 H/1058 M di kota Ghazalah dekat Tus, Khurasan, Iran Utara. Namanya diambil sempena tempat kelahirannya. Nama lengkapnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Dalam bidang keilmuan, pertama sekali beliau mendalami ilmu fikah, kemudian mempelajari secara mendalam ilmu kala

Peluang Tambah ilmu Untuk Keluarga Johor

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Baca tajuk program pada gambar tu je , dah buat hati begitu teruja. " Masuk Syurga Sekeluarga". Apatah lagi kalau dapat turut serta dalam program tersebut. Alangkah indahnya hidup. *SEMINAR RESOLUSI KELUARGA* - _Kempen Masuk Syurga Sekeluarga_ Dengan kerendahan dari *RUMAH NGAJI JOHOR* satu lagi program *MyFamily #QuranHour* yang bertemakan *Masuk Syurga Sekeluarga* Akan di sampaikan oleh *Tuan Fazrul Ismail* yang tidak asing dengan Motivasi Al Quran buat kita. 📌 *MASUK ADALAH PERCUMA!!!* 🆓 Anda hanya perlu : 🔹Wajib Daftar kepada admin di www.wasap.my/60137222165/MasukSyurgaSekeluarga 🔹Bayaran RM6 utk makan Tengahari 🔹Bawa pen dan buku nota sendiri. Nota : _Pendaftaran berkumpulan harus info segera mengelakkan penolakkan saat saat akhir_ *_Sila Bantu hebahan buat manfaat ramai_* Maq  dapat info ni dari group whatsapp. Sekali lagi program percuma menuntut ilmu yang dianjurkan khas buat rakyat Johor

Belajar AlQuran Percuma diKuala Lumpur

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Bila online twitter ,maq jarang retweet tweet orang ,kecuali pada hal yang menarik perhatian maq barulah maq akan retweet. Itu pun jarang jarang belaku. Baru baru ni maq berminat untuk retweet satu iklan yang tidak berbayar tetapi apa yang maq harapkan , dengan usaha retweet maq tu nanti ,ianya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada insan yang memerlukannya. Niat yang murni Zaman sekarang ni bila kata menuntut ilmu jek, mesti ada bayaran. Nak menuntut ilmu silap mata pun ,kita tak boleh nak buat silap. Nak menuntut ilmu memasak pun kita kena kenal asam ,garam dan bahan masakkan. Nak menuntut ilmu menjahit pun kita kena kenal apa itu mata kia, jarum ,gunting,gelendong , sekochi. Nak belajar mengaji ? Cukuplah dengan mengenali siapa guru yang bakal mengajar tu. Jika dia bertauliah yang diikhtiraf , jangan tangguhkan niat nak berguru dengannya. Kalau niat dia ikhlas , anda yang tak tahu apa apa pun  akan yakin bahawa 

Program Mikrofon Impian

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Di Astro Prima , program ini pertama kali maq tonton. Taktahulah episod yang keberapa dah ni ,ke baru bermula eposidnya waallah hualam. Maq jenis jarang tengok tv ,baru malam ni maq berkesempatan nak tonton. Kisah kehidupan masyarakat dinegara kita. Masalah kehidupan dan paling utama ,masalah kewangan. Bersama pengacara Pak Nil ( Aznil Nawawi ) dan dalam situasi beremosi , maq rasa kalau jual tissu dalam studio tu ,mesti laku keras ..😭..Kayo makcik ko.. Itulah realitinya  dalam keadaan negara kita yang serba serbi maju ni. Tak semua rakyat negara kita mampu jalani kehidupan yang serupa. Diluar sana ada 1001 jenis permasalahan yang mereka tanggung. Sebab tu bila kita rasa hidup kita susah ,kita kena ingat ada lagi yang lebih susah dari kita. Program ini yang mana para peserta bersaing dengan vokal dan masalah masing masing dah berjaya buat hati maq jadi sebak. Dan kalau anda nak tahu , juri , penonton pun menangis tau bukan pa

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana para jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda. Ianya ialah , *memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki *memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki *menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki *memakai wangian bagi lelaki dan perempuan *memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku *membunuh haiwan *nikah atau menikahkan *mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar *bersetubuh / bercumbu cumbuan *merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur. Kata ustaz :  Dalam ihram , yang dilarang, -gunting rambut , -cabut rambut , -cukur rambut. Atau dengan kata lain kita bua

Hidup Dengan Pembetulan

Assalamua'laikum.Masih ada masa. Berhentilah berfikir tentang  silap semalam dan teruskanlah  perjalanan hari ini dengan satu 'pembetulan' .  Semoga Allah buka luas lagi jalan hidup ini dengan senyuman bahagia kita. 

Jangan Kata Kita Bersendirian

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Bila 24/7 dirumah , pertama kali pertanyaan orang kepada surirumah tegar macam maq ialah " tak bosan ke duduk rumah ? ". Lebih lagi waktu sekarang ni ( bermula Januari 2019) maq dah berhenti jadi pengasuh. Hanya Ainul jelah kawan maq dirumah sekarang ni. Jadi bila siang hari ,rumah ini sangat sangat sunyi kecuali suara Ainul dan suara gaduh gurau kami. Setakat ni bosan tahap membosankan tu belum datang lagi bila menyandang  jawatan "tidak bekerja lagi" ni. Mungkin selain baru balik dari mengerjakan umrah dengan 1001 kenangan indah ,maq juga ditemani oleh cucu yang punya bermacam keletah. Cuma ,bila ainul tidur , adalah sedikit sunyi. Semalam ,bila maq online instagram ,melayan gambar gambar yang ada dalam galeri handphone . Tergerak hati nak update satu lagi kenangan di Madinah. Ini gambarnya .  Kenangan hari Jumaat di Masjid Nabawi. Sebelum solat Jumaat ,kami lakukan ziarah perpisahan dikawasan masjid ,dik

Makanan Anti Kanser

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Antara makanan yang mengandungi agent anti kanser : Lepasni bila makan nenas ,makanlah dengan empulurnya (bahagian tengah yang sedikit keras tu) . Kalau makan epal ,anggur,makanlah dengan bijinya sekali. Keraplah ambil makanan yang tersenarai dalam gambar atas tu. Dan kalau nak makan makanan segar seperti sayuran dan buah buahan tu , basuhlah bersih bersih dahulu , kemudian bacalah bismilla , itu pula  agent nak elakkan makan bersama shaiton nirrojim . Semuga beri manfaat..

Tips Kecantikan Dunia Dan Akhirat

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Alhamdulillah ,sehari lagi usia bertambah. Makin tambah umur ,makin pendeklah perjalanan hidup kita diatas bumi Allah ini. Ini kenyataan yang tak boleh disangkal lagi. Antara kehidupan dunia dan akhirat , manusia macam kita ni kadangnya keliru. Kadang kita terlalu kejar dunia hingga terabai perjuangan untuk akhirat. Dan kadang kita juga terlupa ,bila kita fokus dalam  mengejar  kehidupan di akhirat ,inshaallah dunia ini akan jadi lebih sempurna buat kita. Orang kata, kalau  nak wajah nampak suci , apa rahsia ? Ada yang cakap ," rajinlah berwhuduk" . Automatik anda pasti tau ,maknanya " jangan tinggal solat " ,kan ? Itu saham akhirat . Ada lagi orang kata ,kalau nak wajah nampak suci dan berseri seri , amalkan petua bawah ni. Okey sekarang dah jelas ,untuk nak nampak wajah lebih suci dan  berseri seri ,kita kena seimbangkan produk dunia dan produk akhirat. Banyak lagi contoh keseimbangan

Tukar google plus ,gantikan dengan blogger

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Masa mula masuk blog awal minggu ini , maq terkejut juga bila dapat notification dari google plus. Agaknya lama dah dihantar ,tapi maq yang baru perasan. Waallah hua'lam. Allah hu ,maq terus blank ,tak tahu nak buat apa. Persoalannya : macamana nak uruskan semua ni? *kerut dahi jap.  Tapi tak lama Maq berkerut , terus maq ambil keputusan untuk tidak akan lagi guna akaun google plus untuk blog ini. Gantikan profile  google plus dengan blogger. Maq guna cara bawah ni. Mula mula masuk dashboard* Pergi ke setting* Pergi ke user setting* Dibahagian general , edit di user profile* Ganti google plus kepada blogger* Edit profile di blogger* Bila dah yakin semua betul ,save* Nanti timbul la profile blogger di dashboard  dan di blog kita. Dan lesaplah google plus dari blog. Macam bawah ni. Sekarang ni apa yang maq sedang fikir ialah tentang gambar gambar dalam blog . Selamat kah semua nya tu ? 😕 kalau A

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t