Sup sedap maqnie


Assalamualaikum.

Bila ada saudara mara berkunjung kerumah maq. Maq selalunya akan sediakan menu berasaskan sup sebagai hidangan utama.

Kenapa maq pilih sup? Orang tua boleh makan sup dengan sambal kicap untuk rasa yang pedas , kanak kanak pula tak perlu letak sambal kicap sebab nanti terasa pedas. Hehe sengaja putar belitkan ayat.


Antara menu yang selalu terhidang diatas meja maq, beehoon sup , soto ayam , sup tulang , sup gearbox dan mee sup.

Ahli keluarga memang suka dengan masakan sup maq. Mereka kata sedap ! Mereka kata lain dari biasa. Mereka juga kata , haa dah boleh buka kedai jual sup ! Heheh puji jangan lebih sangat ,maq ni bukan boleh dipuji pun , nanti lupa diri.

Tapi apa yang buat sup maq lain dari yang lain? Bawah ini rahsianya.



Dua bahan utama dalam masakan sup maq. Perasa tambahan knors  dan perencah sup adabi.

 Untuk seekor ayam , anda cuma perlu tambah 2-3 sudu rempah sup dan 3-4 sudu makan  perencah pasti sedap tu. Tapi ianya bergantung juga pada kuah sup yang anda masak. Kalau anda suka rasa yang pekat ,letaklah rempah sup tu lebih tapi bagi maq , maq lebih suka rasa sup yang " ringan " aja. Ia takkan rasa rempah sangat.

Untuk rencah lain , sama jek seperti anda masak sup . Bawang besar ,bawang putih , halia (blend), daun sup, bawang goreng ,lada sulah (tabur) jangan lupa sambal kicap . Cili padi ,bawang putih diblend dan kemudian campurkan kicap jalen manis. Sedap !



 Untuk sup maq , biasanya maq takkan tumis untuk masak sup tulang ,ayam tua atau gearbox. Mula mula maq akan rebus tulang dulu , bila dah empok ,maq akan masukan rencah yang dikisar dan serbuk dua diatas tu kedalam periuk rebusan tadi , dan masak sampai sup mendidih sekali lagi dan bila dah adjust rasa nya ,maq akan tabur separuh dulu bawang goreng dan daun sup. Lebih nya maq akan tabur ketika sup dihidangkan pula.


Nak tahu rasanya macamana? Cubalah tips maq kalini ,insha Allah ,pasti sedap ! 

Comments