Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Amal ibadat Wanita Istihadah

Assalamualaikum. Harini kita nak sembang sikit pasal wanita istihadah. Semua orang tahu, bilamana darah haid sesaorang wanita tu melebihi tempoh 15hari ,maka darah yang keluar selepas tempoh tersebut dipanggil darah istihadah. Amal ibadat apa yang wanita istihadah boleh lakukan? Buku yang maq baca ini ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar B. A Hon's  Syariah Universiti Al Azhar, M. A Syariah Universiti Malaya Menurut buku tersebut: - wanita istihadah tidak dihalang  dari melakuan solat dan puasa serta apa juga ibadat lain yang dilarang kepada wanita haid dan nifas. - kes wanita istihadah ini sama juga seperti masalah kencing tak lawas oleh kebanyakkan kaum lelaki.Masalah sering keluar air mazi,  juga masalah najis yang sering keluar tanpa mampu dikawal. Jadi kalau maq kongsi pasal wanita istihadah ni, orang lelaki pun layak ambil tahu sebab manalah tahu esok esok anda mengalami masalah seperti diatas tu pulak. So boleh la diamalkan nanti. ❤Bila nak solat, sebe

7 Shawal 1441

Assalamualaikum. Sejak hari khamis lalu,  semua orang dalam rumah ni telah kembali dengan rutin mereka seperti biasa. Along sekeluarga dah balik kerumah mertua dia.  Anak menantu  dah bertugas semula.  Ety dah balik ke rumah sewanya diJB . Encik suami pun dah mula bertugas. Aida pun dah mula bertugas.  Bila semua orang dah kerja, rumah maq kembali sunyi. Semalam, lepas kemas rumah dan bilik,  tiba tiba lutut maq sakit. Sakit sangat sampaikan nak berjalan pun payah.  Solat pun guna kerusi bila part sujud. Lutut  boleh membengkok tapi bila nak tegakkan kaki dia punya sakit lain macam sangat.  Maq rasa ini kesan dari makan macam macam masa semua orang ada dirumah tempohari. Maq kan kolestrol tinggi, tapi masa anak anak ada kat rumah,   daging masak rendang, ON Sambal kacang, nasi impit, ON Sotong goreng kunyit, ON Udang masak sambal, ON Sesekali air berkabonat, ON Indocafe ,Nescafe, ON dan ON Ais, asam, jeruk jeruk, kuih muih,kekacang, s

Jumaat shawal dan PKPB

Assalamualaikum.. Harini hari Jumaat. Tapi tak semua kaum lelaki diMalaysia dapat melakukan solat jumaat berjemaah dimasjid masjid. Bukan dihalang tapi demi kebaikan. Dan rakyat akur walaupun mereka rindu suasana solat berjemaah dimasjid tu.SubhanAllah.. Harini kita semua masih lagi berada didalam bulan shawal. Tapi kita dah takda peluang nak meraikannya dengan kunjung mengunjung. Cukuplah beraya pada hari pertama shawal yang lalu. Kuih muih yang masih berbaki tu, jom kita makan  bersama anak anak kita je. Alhamdulillah.. Harini rakyat Malaysia masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat, covid19. Walaupun keputusan KKM dari hari kesehari semakin bertambah baik,  sebagai rakyat kita kena teruskan dengan cara kehidupan Normal baharu. Virus tu terlalu kecil dan kita tak nampak kehadirannya dimana mana. Allahhuakhbar.. Harini Allah beri kita sehari lagi menjadi hambaNya yang dipinjamkan. Dan untuk harini ,berapa kali dah kita beristigfar, berselawat dan ucap Alhamduli

Fall in love

Inilah keadaan yang sering berlaku pada diri kita.  Akibat terlalu menyintai oranglain hingga kita lupa sesuatu yang bernilai untuk diri kita sendiri. Selalulah berpesan  pesan kepada hati, " Don't  forget to fall in love  with yourself.."

Lepas Kahwin Nak Duduk Mana?

Assalamualaikum. Ini Realiti.Biasanya orang terdekat ( seperti makcik pakcik, kawan rapat, jiran sebelah)  akan bertanya kepada pengantin baru atau bakal pengantin. "Lepas kawen nanti korang duduk mana?" Kalau anak tunggal mungkin elok je dia akan jawab, " duduk rumah emak ayah jelah sebab boleh jaga mereka sekali.. Mereka pun bukan ada siapa siapa lagi selain kami. . " - ini baik! Tapi rasanya kalau jenis ahli keluarga yang ramai, dia kena jawab " sementara ni kami duduk rumah emak ayah dulu sambil tu  kami akan berusaha cari rumah untuk disewa" . Ini pun jawapan balas yang baik! Maq tertarik dengan tweet seorang warganet ini. Pandangan beliau sama macam pandangan orangtua seperti maq. Kenapa kena cari rumah sendiri selepas berkahwin, even rumah sewa pun masih takpa? Asalkan jangan duduk serumah dengan mertua dan ipar duai? Haa ini antara puncanya. Sumber twitter @myjoe_ Mungkin sesetengah orang anggap isu ni satu isu yang remeh. T

Raya PKPB covid19

Assalamualaikum.  Raya kita jaga kita ❤ Sejujurnya 2020 ni kami memang tak sambut Raya. 360` berbeza!  Apa yang diraikan pada 1 shawal semalam semata mata untuk meraikan anak anak dan cucu yang ada dirumah, tu je. Plan duduk dirumah atas arahan kerajaan Malaysia kami turutkan 100%. Kami taknak tanggung risiko. Ye beraya cuma sehari dan ianya hanya dirumah sendiri! Pertamakali berhari raya tanpa menyembah salam kat ayah ibu serta adik adik dan ahli keluarga lain. Hanya bermaaf maafan dengan ahli keluarga  yang duduk serumah. Pedihnya kat hati tu Allah je yang tahu. Hasil usaha kat dapur dengan anak anak Masak pun apa yang ada je sebab itu memang syarat yang ditetapkan oleh encik suami sebagai ketua keluarga. Masak sendiri, siap siap, kemudian makan sendiri. Tiada aktiviti ziarah menziarahi dihari raya itu satu ujian yang mengharukan,namun kami redha. Kepada emak abah, kami sayang emak abah serta semua yang lain. Kami nak kalian senantiasa sihat disepanjang menjala

Madam Maq dan laman social

Assalamualaikum. Bila usia dah memasuki ambang 50tahun ,ramai orang tertanya atau terfikir, asal lah orang tua macam maq ni masih nak layan laman social ni?  Bawah ni pengakuan maq mengenai tujuan utama maq masih melayari laman laman social. Pertamanya facebook . Untuk akaun facebook yang asal milik maq, maq dah delete. Sebab bagi diri maq sendiri,  semakin hari, warganet difacebook semakin ramai dan semakin hari jugak maq rasa terlalu janggal berada difacebook bila friendlist dan berani update isu isu yang kurang senang dipandang mata. Bukan bermakna maq seorang yang bajet baik,  tapi disebabkan maq seorang yang tidak berapa baik, itu sebab maq kena jauhkan diri maq dari pengaruh orang  sekeliling. Cuma page facebook maq masih aktif dan sekali sekala maq terpaksa masuk untuk  mengetahui isu semasa melalui page page lain dialam maya tu.Friendlist dah langsung tak nampak dah aktiviti  mereka.Alhamdulillah, keadaan ni buat maq jadi lebih selesa. Begitu juga dengan akaun twitter m

Dapat Hadiah Dari Nestle

Assalamualaikum. Masa mula Perintah Kawal Pergerakan Covid19 di negara telah berkuatkuasa, maq aktif jugak layan laman sosial ni. Tanpa disangka sangka, secara tak sengaja, maq dah jadi ahli kepada Dear Nestle,bila maq daftar nama maq sebagai member kat laman web Dear Nestle  tu. Padahal lebih 20 tahun dulu,maq dah kawan dah dengan Dear Nestle ni tapi bila Dear Nestle dah semakin maju tapi maq tak jugak nak  maju maju akhirnya persahabatan kami putus dipersimpangan jalan, hehe. Dulu ( pada tahun 2000+) Nestle promote produk dia guna posmen. Setiap kali ada produk baru, ahli dear Nestle akan dapat surat yang berisi sample. Hampir setiap bulan dapat resepi resepi dari keluaran barangan barangan Nestle . Seronok jugak masa tu sebab semua resepinya guna bahan yang mudah nak dapat. Pastinya produk produk dari Nestle, Maggi, Every day,Milo dan macam macam lagi lah! Resepi resepi yang masih maq kumpul dan simpan hingga keharini. Banyak tu!  Dan minggu lepas, sekali lagi maq d

Ainul Mardhiah Pemuting Tegar

Assalamualaikum. Lama jugak  maq tak kongsi kisah cucu  pertama maq dalam blog ni. Pada 4 April 2020 , Ainul Mardhiah dah pun berusia 2 tahun, Alhamdulillah. Berat badan dah tak seperti dulu. Sekarang dia dah digarisan normal. Kalau dulu Ainul didalam katogeri pra obesiti. Masa tu semua orang risau. Sebab dia belum pun makan makanan berat tapi berat badan naik teruk. Sekarang pun Ainul belum lagi suka makan seperti kanak kanak seusianya. Dia lebih kepada menyusu. Kejap kejap susu, kejap kejap susu. Makan nasi memang susah.Tapi dia suka makan pasta!  Allahhu.. Tak tahulah ni kacukan Bugis Jawa Malaysia ke atau Bugis Jawa Spain? 😂 Apa yang maq perasan tentang ainul dalam usia 2 tahun ni, - puting dia tak pernah nak lepas. Seminggu kadang 2 biji puting papa kena beli. Sebab puting hilang atau dia gigit dan putus. Mujur puting ainul ni jenis biasa biasa je. Mana mana kedai ada jual. Kalau tak kena usaha lebihlah mama papa semata mata nak simpan duit beli puting. Kalau ainul

Banir

Assalamualaikum. Banir?  Apa itu banir? Inilah Banir. Akar pokok yang besar.  Apa kegunaan banir ini?  Jom baca sedikit info mengenainya. Maq kongsi dari page Penyulam Aksara ( fb ) Ini adalah hasil salin dan tampal*  ILMU HUTAN Yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ni kan? Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir. Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan. Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini? Ikut langkah-langkah dibawah: 1.Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan 2.Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat 3.Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain 4.Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar

Pandai mereka memujuk

Assalamualaikum. Harini dah 27 hari kita berpuasa. Rasa macam kejap je masa berjalan. Awal pagi Bukit Perdana sudah disirami hujan. Dan saat ni awan mendung menutupi langit kami. Angin dingin bertiup lembut ke pipi . Sejuk sekali. Alhamdulillah.. Mood : jiwang Seperti yang kita sedia maklom, tahun ni kita raikan Ramadhan dan Shawal dalam suasana Perintah Kawal Pergerakan Bersyarat-PKPB. Seperti mana kata encik suami, disebabkan PKPB , demi keselamatan dan kesihatan bersama,     "No raya, No beraya" Ayat kat atas tu, kalau bagi orang yang dah tua ni mungkin takda apa pun bezanya, sebab bila sebut bulan puasa ke, bulan raya ke, belanja tetap kena berbelanja. Kan?  Sikit ke, banyak ke tetap kena! Pertengahan Ramadhan lalu, maq dah beritahu kat anak anak, - tahun ni ayah tak balik mana mana kampung.  Tak jumpa Tok Abah, Mak Tok. Tak jumpa keluarga Nenek, Pak Usu, Mak Ngah. Tak jumpa Tok Jah, dan semua keluarga belah ayah. Tahun ni raya cuma dirumah. Kalau along

Youtube buat anak anak

Assalamualaikum. Sejak duduk berjauhan dari keluarga,  Ety ( anak maq nombor 2) dah mula belajar untuk masak sendiri. Dulu masa belajar, duduk asrama, boleh lah makan apa saja yang pihak asrama KKM sediakan tapi sekarang dah duduk rumah sewa,  100% kena buat sendiri. Balik kerja kena masak. Sebelum pergi kerja pun kena masak. Mujur ety kerja  shif jadi masa taklah padat sangat untuk aktiviti kerja dan masak. Apapun ety memang kena belajar banyak benda. Belanja barang dapur sendiri. Masak sendiri. Makan sendiri. Ety suka masak. Tapi dia ada satu masalah. Dia suka terlupa resepi. Lagi pelik,  padahal youtube, google tu terlalu lah banyak resepi untuk dimasak, namun ety tetap nak resepi yang emak dia selalu masak kat rumah. Hampir setiap 2hari sekali ety akan call maq untuk bertanya resepi. Bila maq dah bagi dan ety masak, kadang menjadi hasilnya, kadang kelaut. Lagi jadi masalah, resepi yang sama akan ditanya lagi selang seminggu atau 2  minggu akan datang. Allahhu.. Anak

Moga Ini Adalah Permulaan

Assalamualaikum. Harini Jumaat bersamaan 22Ramadhan 1441. Lagi seminggu nak raya! Tapi tak feel lagi untuk semua tu. Sambut raya atau tak, keadaan masih seperti sebelum sebelum ni. Masih lagi dalam keadaan Perintah Kawal Pergerakan Bersyarat.  Apa pun syukur Alhamdulillah  kerana kita semua telah diberikan kesihatan yang baik bersama semua ahli keluarga. Rezeki namanya tu.. Keratan akhbar Berita harian Alhamdulillah. Harini, buat pertamakalinya solat jumaat dimasjid masjid dan surau surau terpilih diseluruh Malaysia akan memulakan solat  berjemaah semula. Walaupun jumlah jemaah adalah terhad untuk permulaan ini,  namun apa yang kita harap sangat, semua ini adalah jalan permulaan untuk kita kembali kepada keadaan "yang lama dalam keadaan normal baharu". Lama dah masjid dan surau sepi. Yang hadir sebelum ni cuma pak imam, pak bilal dan tok siak. Mereka bertiga pun sunyi dah tu sebab dah lama takda jemaah lain nak menemani. Berapa pun jumlah jemaah yang dibenar

Nilai sebuah kebebasan

Assalamualaikum. Semenjak keluarnya arahan perintah kawal pergerakan pada 18Mac lalu, maq dan anak anak memang langsung takda gerak keluar. Semua urusan diluar rumah hanya dilakukan oleh encik suami. Alhamdulillah  semua urusan kami ketika tu berjalan lancar. PKP 1 /2/3 /4 - kami tempohi dengan tenang dan selesa. Berminggu minggu kami ikut arahan,  ' Just stay at home ' Harini, selepas beberapa hari arahan PKPB dikeluarkan, encik  suami tiba tiba ajak maq keluar. Beli barang dapur katanya. Masa tu hati ini tiba tiba jadi serba salah. Nak keluar ke tak ni eah? Sebab kalau ikutkan pengalaman lepas lepas, encik suami boleh je berbelanja barang dapur sorang sorang. Semua keperluan yang dibawa balik tu  lengkap je maq tengok. Tapi lepas siap basuh baju awal pagi tadi,  maq tergerak hati. " bang ,bolehlah.. Nak ikutlah abang pergi belanjalah nanti,  rindu pulak nak keluar,lama dah terperap dalam rumah ni.. " Pertama kali keluar pada musim wabak covid19. Ikut S

Ada pesanan dari group whatsapp

Assalamualaikum. Salam 18 Ramadhan 1441 Hijrah. Perkongsian dari group whatsapp.  Bagi pihak maq,pesanan yang dikongsikan ini ada betulnya. Pembawa virus sendiri pun kadang tak tahu yang dia ada bawa virus ditubuh badannya.Kita sedia tahu,  mencegah itu lebih baik dari mengubati.  Tapi tak tahulah dipihak anda. Mungkin cara pemikiran kita sedikit berbeza. Apa pun jom baca dulu.Ini adalah hasil dari Copy and paste* Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah.  Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang. Ya...boleh beraya tak lebih 20 orang.Boleh beraya dalam daerah .Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang . Apa kata kita buat ulangkaji sikit. 1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak? Ada anak syurga ? Ada pesakit jantung , darah tinggi atau kencing manis ? Ada pesakit kanser atau buah pinggang ? Check dulu.Sebab mereka berisiko tinggi ,jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa. 2. Call dan tanya tua

Ranhill SAJ buat kejutan!

Assalamualaikum. Berikut senarai tarif air pengguna domestik yang tersenarai bagi seluruh negeri diMalaysia. Cuba anda lihat senarai untuk Johor, Paling tinggi! Awal bulan ni,  Mei 2020 - rata rata rakyat bangsa Johor merungut sebab bil air mereka dibawah penyeliaan Syarikat Ranhill telah memberi kejutan hebat sempena PKP Covid19. Bil air naik mendadak asbab jumlah meterpadu dibaca mengikut anggaran selama 2 bulan tertunggak!  Bukan naik sikit sikit, malahan mencecah ratusan ringgit! Gila tak naik hantu orang orang Johor tu . Dah lah 2 bulan tak berkerja,  kena duduk rumah siang malam, makan minum bercatu, tiba tiba datang bil air  pulak kena charge jumlah yang tak masuk dek akal. Sehingga ke saat ni, masih belum dapat apa apa lagi jawapan balas dari pihak Ranhill tentang isu ini kepada rakyat Johor. Kalau ye pun harga 1-20 meterpadu tu adalah 0.80sen, janganlah bil yang bertahun tahun sebelum ni kena rm 80.00 sebulan tetiba sempena PKP covid19 terus  mendadak naik k

Pesanan Ustazah

Assalamualaikum. Copy paste pesanan ustazah yang dikongsikan dalam group zikir ( Whatsapp Group) Kalau tak dapat nak buat semua, jangan pulak ditinggalkan semua. Semoga beri manfaat. Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah: 1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman. 3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi. 4. Kemudian selepas 26 min n

Bersyukurlah jadi Malaysian

Assalamualaikum.. Tak banyak maq nak kata malam ni.  Sebelum tidur, maq nak kongsi apa yang tersirat dalam minda maq waktu ni. Sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah selalu bersyukur dengan apa yang kita dah ada. Kalau tak pandai nak bersyukur, belajarlah untuk bersyukur. Kita kena bersyukur dengan nikmat walau kadang kita sendiri pun tak tahu bahawa yang datang  kat kita itulah nikmat. Sebagai orang Malaysia, kita sepatutnya lebih bersyukur kerana Allah dah beri kesihatan yang baik buat kita dan semua ahli keluarga kita diwaktu negara sedang dilanda wabak covid19  ini. Jangan mengeluh,jangan resah.. Kita sekarang sedang berada dibulan mulia , dimana pintu pintu syurga sedang dibuka luas. Teruskan berbuat baik kepada semua. Apakata,  sebelum tidur, kita panjatkan doa untuk semua agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala dengan cara yang baik baik. Aamiin. Selamat menjalani ibadah puasa esok dan jangan lupa baca niat puasa..kejap je dah 10hari ramadhan kan..

Komen pilihan

Assalamualaikum. Isu kenyataan BNM semalam dah buat warganet rasa tertipu.  Rata rata marah kerana sebelumni bank janji lain kata mereka.  Harini BNM kata, Bila maq masuk page yang update isu ni,  maq tertarik dengan komen salah seorang dari warganet.  Bawah ni komennya yang maq dah Copy&paste. Isunya bukan duit. Isunya adalah kepercayaan. Jika dari awal dah dimaklumkan ansuran pinjaman kenderaan akan meningkat selepas persetujuan moratorium, rakyat tak akan ada masalah. Sebab itu, mana ada orang komplen tentang pinjaman perumahan dan ASB?. Itu dari awal lagi dah jelas ansurannya akan bertambah kalau kita pilih moratorium. Anyway, saya telah membuat kiraan kasar peningkatan ansuran kenderaan berdasarkan baki tempoh pinjaman. Kiraan ini adalah dengan mengambilkira kadar faedah tahunan 3.5%. 8 tahun - Peningkatan 1.5% 7 tahun - Peningkatan 1.7% 6 tahun - Peningkatan 2% 5 tahun - Peningkatan 2.4% 4 tahun - Peningkatan 3% 3 tahun - Peningkatan 4% 2 tahun - Peni

Kenyataan BNM buat Rakyat tertekan

Assalamualaikum. Dalam keadaan rakyat yang dah terkurung melebihi 44 harini ,kalau boleh pihak pihak tertentu terutama pihak media janganlah memberi lagi tekanan kepada rakyat. Mungkin tanpa disedari, tajuk akhbar  pun dah boleh mendatangkan marah rakyat . Dan sepantas lalu terus memberi kesan negative kepada masyarakat. Rakyat sekarang bukan lagi macam rakyat 30 tahun dulu. Dulu, apa je cerita yang didengar, mereka akan terima 100% walaupun ada sesetengah kurang setuju. Rakyat sekarang, baru beberapa saat berita di update, komen dari mereka dah masuk 1-2k ! Kalau benda elok,  dapatlah kata kata yang elok dalam ruang komen tu tapi kalau isu yang bikin panas, jawabnya macam macam kata kata yang kurang indah kita akan baca. Dan semua tu hanya akan memburukkan lagi keadaan terutama seperti keadaan sekarang ni. Sedang rakyat diburu resah  gelisah sebab dah lebih sebulan tak berkerja, dalam keadaan menahan lapar dan dahaga asbab ibadah berpuasa,  ditambah lagi mengenangkan semua