Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Cara Pagar Rumah

Assalamualaikum. Dengan izin Allah ,harini maq dapat satu cara  bagaimana nak pagar rumah. Maksud pagar ini ialah kita beri perlindungan kepada persekitaran rumah kita dan seisinya. Sesungguhnya ianya tak pernah terfikir oleh maq selama ini tapi kata dari Pengamal perubatan Ruqyah , inilah cara paling power diamalkan. Dan sangat simple tapi berkesan. Apakah ia? Baca pada gambar dibawah ini. Nasihat maq : Kalau gambar tak jelas ,sila klik kat gambar tersebut. Nah..ternyata bacaan Bismillah yang setiap kali dibaca  kalau kita nak masuk rumah ,nak makan ,nak masak dan nak buat apa kerja sekali pun ,itulah pendinding bagi diri kita dan seisi rumah kita. Alhamdulillah.. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InshaAllah. Lepasni jangan lupa baca Bismillah setiap kali nak masuk ke rumah dan ketika hendak makan.. Gambar sekadar hiasan. Sumber dari :  Facebook Encik Suami 😁

Koktel Sumi Jelly mudah.

Assalammualaikum. Pernah makan  koktel sumi jelly? Apa tu? Haa sejenis dessert yang sangat mudah disediakan.  Dan rasanya pun sedap. Kanak kanak pasti sukakannya. Kalau nak buat open house ,menu ni sangat simple dan sedap! Bahannya: 2 tin susu cair . Nata de coco 1 mangkok. Maq guna perasa laici. Pudding mangga . Maq beli yang dah siap punya, yg ada dijual di kedai kedai biasa. Potong potong  bagi saiz kecil sikit. Sumi jelly 2 bungkus. Ini pun potong potong juga. Air gula. Ais. - caranya : campurkan semua bahan. Adjust kemanisan gula nya. Letak ais. Koktel sumi done ~ Puding mangga yang ada dipasaran. Sumi jelly dan susu cair. Abaikan susu krimer tu. Gambar dari google jek hehe. Nata de coco.  Kat bawah ni video ringkas koktel sumi jelly versi khairul Ameng . 🙊.. Selamat mencuba ... Pengesan sedap oleh beberapa orang tukang rasa  😂: Anak saudara. Anak menantu. Anak sendiri terus tanya resepi ! 😂 Okey ,nanti buat tau!

Kerabu Telur

Assalamualaikum. Syawal dah nak habis. Bermula raya pertama,hinggalah beberapa hari sebelumni ,hari hari dah mengadap lauk pauk raya. Berempah ,berkari dan bersantan . Bukan jemu atau cerewet tapi tekak ni dah mula naik muak . Sampaikan encik suami cuma suruh masakkan nasi putih dan ikan goreng je untuk makan tengahari beliau. Ingatkan maq je sorang yang muak dengan lauk pauk berempah bagai tu, dia pun sama .. Orang dah tua memang macamtu kot , selera makan sudah semakin  hambar .. Allah huakhbar . Ikan goreng dengan nasi putih panas panas pun dah rasa nikmat nak oii.. Hehe Alhamdulillah.. Harini maq buka notification dari youtube. Nampaklah video seminit resepi. Tajuknya " kerabu telur Thai style " dan maq pun teringin nak cuba resepi tersebut. Bahan bahan 90% sudah ada dalam petiais ,walaupun tak semua bahan ada. Antara yang perlukan : Telur 3biji ,maq buat telur dadar. Kalau telur mata tu makan dengan kicap je sedap bagi maq. Bawang putih 3ulas dihiris halus

Dulu Lain Sekarang Dah Lain?

Assalamualaikum. Masuk twitter tadi , maq  terjumpa tweet yang buat maq tertanya : "  eh , Serious la?? " Entah sahih atau tidak kenyataan tu tapi apa yang maq cuba katakan, mampukah garis panduan tersebut menghasilkan  generasi bertamadun dimasa akan datang jika ianya benar benar dilaksanakan? Apa yang nyata , sebagai bekas murid era 1980an , semua hukuman yang tersenaraikan itu ,maq dan kawan kawan maq sudah pun merasainya! Bagi kami hukuman seumpama itu tak jadi masalah apa pun kerana setiap hukuman mesti bersebab. Mustahil kalau tak buat salah , tiba tiba kena rotan? Tiba tiba kena berdiri atas meja? Tiba tiba kena berdiri ditengah panas? Walaupun berat hati dan rasa malu atas tindakan yang dikenakan tetapi kami terima dan hukuman berjalan lancar jek. Kami? Apa ada hal , buat je muka slamber . Atau dalam kata lain : " pasrah jek ,dah salah kami "  ( walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu "paisey" nya macamana masa tu ) 😂 Oke

Promote 100 Blog Following

Assalamualaikum. Muka bila  theme berubah dan banyak benda kena edit  Hehehe harini mood  terajin sikit , awal pagi maq dah buka blog . Cuit sana ,cuit sini , terus tertukar theme, lepastu kepala pening sebab banyak benda dah nak kena edit semula ,haa itulah ,takda kerja cari kerja, kan dah blank! Atas tu theme baru versi mobile blog maq. Theme bulan syawal kot . Aduhh.. Masa mengedit , datang pula idea nak promote blog yang maq following . Kalau sebelum hanya beberapa blog je yang maq tampal kat blog  ini ,tapi kalini maq nak letak 100 bloglist ! Haa.. Tu diaa.. Yang berbulan tak aktif pun ada . Tapi yang aktif tu akan berada pada list yang teratas , so memang takda hal lah kan nak cari blogger aktif. 100?  Wow!! ..Padu tuuuu..! Nanti kalau free baca tau. Buat masani ,maq malas nak beratkan blog. Yang ada cuma list 100 blog yang done following , list untuk idea sendiri , dan profile . Settle ! Atas ni antara entri yang maq dah post. Sebelun tu nak tanya

Kerana Syurga Itu Bukan Percuma

Gambar sekadar hiasan. Perjalanan hidup ini , andai dibukukan, tak tahulah berapa banyak  naskah buku yang perlu disiapkan . Andai panjang umur , maka banyak lagilah buku buku itu perlu ditaip. Dari lahir hingga menjadi tua, terlalu banyak kisah dan jalan  ceritanya. Terkenang kisah manis, maka tersenyumlah sendiri. Teringat kenangan pahit , terasa sebak didada. Kadang menitis sendiri airmata. Dari zaman kanak kanak ,remaja, dewasa dan tua. Dari tidak tahu apa apa , single,berkerjaya , berpasangan ,berkeluarga dan kini sudah punya generasi sendiri. Pernahkah dulu kita tahu yang kita akan jadi kita yang hari ini? Tak pernah terfikir langsung. Ternyata kita harini bermula dari gabungan sejarah kita yang sebelum itu. Pernah dipesan , jika menyesal pada satu kesilapan ,jangan putus asa kerana ada lagi masa untuk mencuba. Pernah menangis pada satu kehilangan kemudian tersedar bahawa yang hilang itu bakal diganti dengan yang lebih baik lagi. Ternyata benar , Allah beri pada ap

Gambar Raya 2019

Assalamualaikum. Kalini maq teringin pula nak kongsikan gambar gambar keluarga kawan kawan maq yang mereka kongsikan masa hari raya pertama haritu. Kalau simpan dalam handfon. Maq takut terdelete atau pun kalau fon rosak ,nanti semua gambar tu hilang. Rasa terkilan pulak . Sebetulnya tiap kali tiba hari raya ,mereka akan ingat rutin ini. " berkongsi gambar keluarga" - alhamdulillah... Jom tengok sebahagian dari gambar yang mereka kongsi, ada juga yang maq tak sempat nak download sebab busy beraya.Rasa rasa ada kah yang anda kenali ke? Bawah ni pulak gambar bersama ucapan mereka. Haa ni tuan tanah punya gambar raya pulakk ..hehe Sempena masih ada lagi suasana  syawal ni , maq sekali lagi mohon ampun dan  maaf kepada semua andai ada tersilap kata dan tingkah laku. Dan doa maq , semoga kawan kawan berserta keluarga mereka, sentiasa dipermudahkan p