Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Resah Seorang Ibu

Assalammualaikum.. hai...nampak sangat sibuknya kan,sehinggakan berhari-hari dah rasanya blog ni sunyi . malam ni sambil tunggu anak dara maq pulang dari tempat kerja  , sempatlah juga berblog .. alahai sebenarnya mata dah mengantuk , tapi dik kerana kerisauan  , maka nak tidur pun tak berdaya rasanya . bila anak dara pulang lewat , hati seorang ibu sentiasa gelisah , resah , dalam jiwanya sentiasa berdoa agar anaknda yang dinanti  dapat pulang dengan selamat dari tempat bekerja . aduh inilah hati seorang ibu . Perubahan waktu kerja yang menggunakan shif ini amat membuatkan hati keibuan maqnie ini menjadi tidak tenang . Bayangkan anak maqnie dikenakan bertugas dengan shif : 8am ~ 4pm 4pm ~ 12am 12am ~ 8am Alahhh memang sakit  bagi maqnie kali ni  . Apa yang mampu maqnie buat sekarang , berdoa untuk keselamatan beliau , selamat pergi ,selamat la kembali kerumah ini . aamin.. *mungkin inilah yang ibu maqnie rasa dulu -dulu agaknya ...hurmm...

perempuan

Assalammualaikum . Perempuan ... halus jiwanya umpama sutera cina . kuat semangatnya seperti batu batan di persisiran lereng Gunung Himalaya .  jauh angannya seperti dalamnya dasar Lautan Atlantik .  banyak akalnya seperti  sang kancil yg dibanggakan . Perempuan ... tangisanya senjata , airmatanya suci dan ikhlas ,rindunya jujur . Perempuan .. sanggup berkorban demi anak-anak ,tak kenal letih dalam hidup , berkorban apa saja demi keluarga . Perempuan .. mulia bila aurat di jaga , manis kalau berbudi bahasa , pendidik dia , penawar pun dia. Perempuan punya jiwa , punya maruah , punya hak ..bangganya Maqnie menjadi  perempuan ,bukan sahaja di sayangi suami dan anak-anak ,malahan di sanjungi oleh masyarakat , hanya kerana sopan santun dan budi bahasanya... orang sayang , Allah pun sayang ... insyaAllah~

kecil lain , bila besar lain

Assalammualaikum Salam mesra dari Batu Pahat  yg  lebih dikenali sebagai Bandar Penggaram . petang tadi suami maqnie bawa kami sekeluarga keluar untuk mencari kain  bagi membuat uniform sekolah anak perempuan maqnie yg kecil . Sudah menjadi kebiasaan , tiap akhir tahun , maq akan menjahit baju kurung sekolah untuk anak-anak .tiba sahaja di kedai kain tadi , ramai pembeli yg memenuhi kedai tersebut, masing-masing mencari kain untuk dibuat pakaian anak sekolah , alhamdulillah , sudah pasti baju kurung adalah pilihan utama di negeri Johor ini. Tapi ada satu persoalan disini , kenapa apabila sudah tamat persekolahan ,anak -anak sukar sungguh nak mengayakan baju kurung  apabila keluar rumah. Mereka lebih selesa berseluar jeans ! dimanakah silapnya? Tak perlu salahkan  sesiapa ,mereka bila dah besar, mereka rasa mereka dah boleh urus diri mereka sendiri. Pilihan mereka pilihan hebat. Itulah hakikatnya. -maq berkata berdasarkan pengalaman memerhati anak sendiri.

ahmad albab

assalammualaikum leka anak - anak maqnie menuntun filem aruahyarham P. ramlee ' ahmad albab ' rasanya diusia maqnie 7-8 tahun cerita itu dah popular dah , tapi disebabkan kreatifnya pengarah waktu itu , maka hingga kesaat ini cerita ini tetap. menarik !! suara kanak - kanak yg real menangis memang terbaik, watak datuk yg sombong memang hangen dibuatnya , dan sifat kebodoh - bodohan si shawal memang happening !! cuma pakaian bini jin tu nampak tak bergaya la sebab dia berpakaian seksi hehehe ye . . dalam hidup kita kena jujur walaupun ditindas oleh mereka yg kejam dan  sombong .  kekayaan belum kekal lama , tapi kejujuran akan menjamin kita dipandang hebat ! hahha * gelak bapak jin jum sambung menuntun . ... mr  astro ulang filem ni tah dah berapa kali daaaa....

resah menjelang januari

assalammualaikum  hari minggu yg dingin seharian ni , maqnie. dan family macam tak ada apa - apa program seharian ni . katanya ada jualan penghabisan stock di summit prade tapi ... * pejam mata , tutup kan lah nafsu shopping maqnie ni hehehe dalam kiraan dua minggu lebih , anak- anak akan naik sekolàh , maka fokus ibubapa saat ini hanya bajet sekolah ! mana dengan duit buku , yuran , peralatan , pakaian , kenderaan ,ohh semua itu dalam bajet , mohon semuanya berjaya di' settle' kan , insyaallah .. bila maqnie fikirkan ,maqnie  ini baru untuk 2 orang anak , bagaimana dengan mereka yg mempunyai anak yg ramai ..  namun percayalah bahawa tiap anak itu  ada rezkinya Allah je yg maha mengetahui...

maq membebel

assalammualaikum .. salam sedingin angin banjir malam ini , hujan kat luar tu belum lagi teduh , maqnie pun mula naik bosan bila hujan je tv tak boleh nak  tenguk ! haish astro oh astro  apa mau jadi  ? nasiblah kat kawasan rumah ni susah nak nampak siaran , kalau line ok ,siaran tv clear ,  lama dah maqnie tak kenal akan astro ni ,  *maaf , sebab tu maqnie hanya guna package family  ,sekadar guna untuk dapat kan siaran dengan jelas , kalau tidak , jangan haraplah nak sewa benda alah yg berulang-ulang siarannya ini , haish ,nasib badan sebagai pengguna yg kena bayar tiap-tiap bulan tanpa henti , kita memang hendak yg terbaik , namun bertahun menggunakannya , harapan setinggi gunung tu hanya umpama mimpi dalam mimpi ! relakah membuli pelanggan sendiri ? simpatilah kat kami yg masih setia dengan anda !ah rungutan ini bukan nya baru , sebelum ni dah ramai yg bersungut ,namun perkhidmatan nya  masih lagi ditahap yang serupa ~ ok lah sekian saja runggutan yg sia-sia ni  ~ wasalam ~

datangnya hanya menduga

Assalammualaikum hujan yg kerap turun minggu ni , telah  menyebabkan banyak tempat dilanda banjir  ! bukan sahaja negeri Johor , Terengganu ,Pahang  , Kelantan , dan beberapa negeri lain pun turut sama terlibat , semua mangsa yg kediaman nya telah dinaiki air ,telah pun dipindahkan ke kawasan yg selamat . alhamdulillah .. disini bermulanya sekali lagi pihak yg bertanggungjawab menunaikan tanggung jawab mereka  . memastikan keselamatan dan keperluan rakyat  menjadi keutamaan ! janganlah hanya ketika menjelang hari mengundi je baru nak tunjuk muka . jika anda seorang wakil rakyat yg telus sebagaimana  yg di janjikan ketika majlis mesra rakyat sebelum PRU  13 dulu, maka jika sudah ditimpa dugaan begini , sila tunjukkan nya kepada mereka hasil kerja anda , rakyat teringin nak tenguk ! dan ingatlah 5 tahun itu tidak lama , setiap aktiviti yg melibatkan wakil rakyat , silalah  beri perhatian yg sebaik mungkin  kerana rakyat akan menjadi sasaran aktiviti wakil rakyatnya sebagai sokong

Kesan gadjet

assalammalaikum malaysia  . . hari ni orang johor cuti sebab hari ni hari ni birthday sultan kami . . . so hari ni juga taska kecil maqnie tak buka pintunya ..yes cuti jugakk !! pepagi lagi maqnie dah  layan blog? sebenarnya baru  lepas masak menu permintaan my mr castelo iaitu  . ...*nasi impit , sambal kacang dan ayam kari*  .... mengidam kot haha entah le dia ..ok settle dah atas dapur tu so jejalan kejap kat dunia siber pulak . apa yg maqnie jumpa pagi ni berita yg sungguh mengejutkan yg selama ini kita anggap tak pe rupanya menyebabkan kecacatan pada kanak-kanak ! info yg dikatakan itu ialah... [menurut sebuah kajian kesihatan dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa penggunaan iPad atau tablet untuk jangka masa panjang oleh kanak-kanak  boleh melemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis. Disamping itu, disarankan agar kanak-kanak dihadkan penggunaan iPad atau tablet tidak lebih daripada dua jam sehari. Bagi kanak-kanak dibawah umur dua tahun

Cara Maq jaga anak demam selsema

Assalamualaikum nampak tak keceriaan di blog maqnie kali ni ? amboi sempat lagi tu tukar-tukar background dalam suasana line yg tengah lambat macam siput ...sesungguhnya sabar itu satu jalan menuju kejayaan hehe  #perasan - macam doktor fadzilah hj kamsah pulak kan. dalam suasana sejuk dik musim hujan yg semakin melebarkan sayap nya ini .  agak tidak keterlaluan jika kita dapati manusia yg kurang vitamin akan mudah diserang selsema ! terutama kanak-kanak ! di taska kecil maqnie sekarang ni boleh dikatakan kesemuanya di jangkiti selsema ! ianya sungguh menyedihkan kerana kanak-kanak akan kelihatan comot . memang la kata orang sakit itu penghapus dosa tapi untuk kanak-kanak sekecil mereka , dosa apakah yg mereka dah lakukan ?? hahaha tak masuk akal ! sebenarnya kebersihan itu penting dalam aktiviti seharian kita selain itu , biasakan kanak-kanak ini mencuci tangannya apa bila selesai melakukan apa juag aktiviti  walaupun selepas memegang permainan . dan yg lebih penting makanan

bila akhir tahun

assalammualaikum... bila akhir tahun macam ni ,selepas habis musim peperiksaan budak-budak yg bersekolah ,  timbul pula musim orang kawin kan anak bujang *musim pengantin* kemudian datang pula musim durian ? ahha betul ke bohong ni ? bila juga akhir tahun ,akan datang musim hujan  , musim orang pergi melancung dan akan tiba musim orang kumpul duit sebab tahun baru akan muncul tak berapa lama je lagi ! anak nak naik sekolah !! bila dah akhir tahun ,musim orang tenguk kot-kot ada hutang yg tak dijelaskan lagi , musim orang tambah hutang baru , musim orang cari pasal untuk bayar hutang hehehe ini memang betul ! konon-kononnya nanti raya senang semua dah siap sedia ,padahal bila nak raya ada je yg tak cukup ! shopping ! shopping dan shopping ! betul kan.... hehehe jangan tipu la Peah  oii .... bila tiba akhir tahun , ramai orang akan risau sebab umur akan bertambah lagi ditahun baru sedangkan amalan belum lagi ditambah-tambah dan dosa belum lagi dikurangkan .... astagfirullah hala

Anakku,Anakmu

Assalammualaikum. kecoh !  Itulah yang terjadi dinegara kita . Kecoh pasal pendatang asing ! semua nak di periksa  ,nak disoal siasat , semua nak ditangkap ! kenapa sekarang ? kenapa bila ada kes yg menakutkan baru nak bertindak ? setahu maqnie kehadiran pendatang asing bukan baru-baru ni tetapi puluhan tahun dahulu . Dulu masa maqnie kecik-kecik pun orang indonesia dah masuk ke Malaysia dengan jalan yg tidak sah! buktinya ramai yg guna jalan laut di kawasan kampung maq ! masa tu umur maq baru dalam 8-9 tahun gitu . .sekarang maqnie dah 44 tahun ! wow bayangknalah berapa lama kah jangka masa tu ! Masa tu takde bangladesh lagi ,yg ada hanya pakistan , indonesia  dan warga kemboja ! masa tu kenapa tiada tindakan ekk ?? si kemboja jual baju ! si pakistan jual karpet ! si indonesia buat kerja dikebun kepala ,kebun koko , kebun sawit  dan jugak getah ! dan ada juga yg buat rumah ! kenapa tiada tindakan langsung? mereka tu dah beranak pinak dah sekarang , kebanyakkan mereka berkawin denga

Pesanan untuk pengantin baru

assalammualaikum hari cuti adalah hari untuk bersama keluarga ! kali ni maqnie dan family berkunjung 2 hari ke rumah ibu mertua ku 'datin khatijah' hehe kerana cucu datin melangsungkan perkawinannya !beliau ialah anak kak ngah suami maqnie !*haraf anda dapat paham kedudukan dia disitu *senang cakap anak buah suami yg kawin la ni...hahaha kalau tak paham abaikan je lah ye ekk.. semalam ketika selesai akad nikah dimana anak buah tu melafaskan nya hanya sekali lafas ,maka termaktub dia menjadi suami orang yg sah ! alhamdulillah . tiba-tiba maqnie jadi sebak kerana bermula disini,dia menjadi milik orang lain juga ! dimana kalau dulu dia hanya berkongsi kasih sayang dengan mak dan bapak dia tapi sekarang tanggung jawapnya  terbahagi dua ! untuk keluarga dia dan keluarga isteri dia ! huhu sedih  .... *maklum air mata otai ni memang sensitif sikit * sebagai makcik dia walaupun makcik ipar ..eh.! ada ke gelaran makcik ipar??? hah bedal je lah ... maqnie pun seakan rasa dia akan

Nasihat kubur

Assalammualaikum Sekadar mengingati bahawa iblis itu sentiasa berusaha supaya kita akan mengikutinya ke neraka dgn pelbagai cara ! namun begitu tataplah Nasihat Kubur ini :  1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD  2). Aku adalah tempat yang paling sempit,  maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM  3). Aku adalah tempat yang paling sepi  maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.  4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,  5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat,bebaskan sempitan itu dengan SOLAT  6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.  7). Aku ada Munkar & Nakir yg akan bertanya,  maka persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"    Ingatlah sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda,InsyaAllah..

maq dan hujan

assalammualaikum kalau musim hujan ni apa yg sering berlaku : perut sentiasa lapar mata mudah mengantuk aktiviti luar sangat terhad apa yg terbaiknya bila tiba musim hujan : makanan sentiasa diupdatekan anak-anak dara tak keluar rumah suami pun hanya lepak depan tv alhamdulillah... apa yg berlaku memang ada rahmatnya , terima kasih ALLAH  kerana menurunkan hujan dan memberi kebahagiaan pada maqnie dan keluarga ! maq suka bila yg tersayang semua ada depan mata bila hari-hari cuti macam ni . eh ! macam nak tidur pulak tapi baru pukul 9malam hehehe gelojoh pulak musim hujan-hujan gini  !  

kejutan dan tekanan?maq naik angin!

Assalammualaikum...pedih biji mata bila online facebook petang tadi ,rata -rata orang sebut pasal bajet 2014 ! eh termasuklah maqnie ,mengada je nak menyampuk hehe maqnie pun rakyat Malaysia so maqnie pun ada hak untuk menyuarakan pendapat ! tapi rasanya ada banyak lagi pendapat dan pendapatan yg jauh lagi baik dari maqnie ,so maq pun lagi suka duduk diam dan memerhatikan aja . semalam maqnie di beri kejutan oleh anak asuhan dimana dia menyatakan seseorang individu telah  menyoal selidik taska dirumah maqnie darinya ! ye ..tekanan disini ! mengapa perlu dia menyoal anak itu ? apakah dia begitu yakin bahawa maklumat yg dia perolehi itu adalah 100% benar dari kanak-kanak berusia 4 tahun itu ? tak masuk akal ,namun katanya 'kanak-kanak bersikap jujur' ! okey ingin dijelaskan disini selama maqnie menjadi pengasuh  iaitu lebih kurang 17 tahun lamanya inilah kali pertama orang luar berminat nak ambil tahu periuk nasik maq ! untuk apakah ?? apakah dia cemburu pada rezeki yg Alla

24 oktober ,tahniah abang Ayep

Assalammualaikum hari khamis dah kan ,malam ni malam jumaat pulak ! huhu mengada le tu bila tiba malam jumaat? hehehe tadi waktu tengah duduk sambil memerhatikan anak-anak asuhan buat deko dalam rumah maqnie, maksud 'deko' dalam bentuk gambar ialah ini ialah selerak. dan yg sebenarnya mereka ni memang kreatif ! tiba-tiba datang mms dari nombor handphone adik ipar lelaki maqnie ! dan ye itulah wajah anak saudara maqnie iaitu Arif Danial ,beliau menerima sijil untuk darjah khas sekolah agama nya . tahniah Arif atau nama panggilan dalam versi manja iaitu abang ayep ! jadilah contoh yg terbaik untuk adik - adik kamu dan doa dari mak long moga abang ayep akan berjaya dalam tiap bidang yg diceburi untuk kehidupan di dunia dan di akhirat nanti ... aminn . ....

bencinya shopping kalau...

assalammualaikum salam satu Malaysia thanks untuk readers yg bukan muslim yg sudi singgah ke blog maqnie ini dan juga tak lupa pada readers muslim jugak . . . banyak nak fikir  kejap lagi ni ! anda suka shopping ? yes ! siapa tak suka kan ,lagi-lagi kalau awal bulan ,masa tu duit di beg dompet sudah padu ,padat dan mampat ! hehe *naluri orang perempuan memang gini . . haishh bila sebut pasal shopping , ada pekara yg maqnie tak berapa gemar memandangnya !kadang-kadang maqnie rasa macam nak pulang aje kerumah  kalau terlihat suasana itu . apakah agaknya ? jap..tengah ingatkannya ni... ~ suami yg bermuka ketat , memandang isteri yg sedang memilih barang keperluan sambil mendukung anak kecil ! please lah encik suami , kalau rasa anak itu augerah biarlah anda saja yg memegang anak sedang kan isteri anda itu biarkan lah memilih barang ! dan jika anak anda tidak merasa selesa dengan anda , kenapa tidak anda sahaja yg memilih barangan tersebut ? aduhhai tak sanggup maq mel

Jdt vs Kelantan

Assalamualaikum selamat berhari minggu semua rehat-rehat ye harini?  tapi katanya orang utara semenanjung tak cuti pada hari ahad cuti mereka hari jumaat  . . .alhamdulillah bila pun hari cutinya ,yg penting kita kena ada hari yg istemewa iaitu hari untuk beristirehat . tapi hari minggu ni suami maqnie *my mr castelo* kena kerja ..alhamdulillah juga sebab tak de kerja takde gaji maka jika ada lebih kerja ,ianya bermakna lebih la juga gajinya nanti..syukur alhamdulilah . . semalam maqnie tengok bola JDT vs KELANTAN . . apa yg maqnie nak cakap . .maqnie redha je atas tiap keputusan sebab memang tu yg pemain JDT tunjukan pada penyokong mereka ! nak komen banyak-banyak pun tak boleh sebab bukan maqnie yg main . . tapi apa yg maqnie nak katakan sekarang ni buatlah kerja setimpal dengan gaji yg dibayar kepada anda duhai pemain ,kerna bukan maqnie seorang ,malahan berpuluh ribu hati yg mengharapkan kejayaan JDT malam tadi sesungguhnya  ramai yg agak kecewa dengan anda sekarang ni . da

hilang yg bermaruah

assalammualaikum malam jumaat yg indah ini lebih indah lagi jika di dengarkan bacaan surah yasin di rumah dan bersedekah kepada semua aruah kaum keluarga yang telah pergi dulu meninggalkan kita  . tadi masa menuntun buletin di tv3 ,maq amat bersimpati pada kejadian yg meragut nyawa pelumba basikal yg berlangsung di TERENGGANU semalam. kehilangan dengan satu kemalangan merupakan tragedi yang  amat menyayat hati ! apatah lagi kemalangan yg dimana mangsa sedang berusaha untuk menjayakan perlumbaan . ianya memang amat menyentuh hati dan perasaan . tapi kehilangan mangsa ialah kehilangan yang bermaruah ! kerana mangsa bukan hilang nyawa seperti mat rempit yang selalu kemalangan tu, tapi mangsa kehilangan nyawa disebabkan berbuat jasa pada negara dan bangsanya .. . al~ Fatihah ...

Maq, dulu lain sekarang lain

Assalammualaikum budi bahasa budaya kita - mungkin itu dah kerap kali kita dengar ,sejak dari lahir lagi *mungkin* tapi dalam dunia yg serba canggih ni ,ada lagikah manusia ber budi bahasa dan berbudayakan budi bahasa itu ? tengok pada anak-anak yg kian membesar ni pun maqnie dah dapat rasakan betapa sukarnya nak menerapkan budi bahasa mereka agar menjadi kebanggaan bangsanya ! puncanya mereka terlalu dimanjakan ! sejujurnya memang anak-anak maqnie semua maqnie didik dengan tegas ketika kecilnya . lebih-lebih lagi ketika mereka berusia 2 hingga 12 tahun kerana ketika itu mereka masih dipengaruhi oleh teman sebaya dan pengaruh keluarga lagi .  namun ketika mereka sudah disekolah menegah , pergaulan pun sudah bercampur , perkataan yg keluar dari bibir mereka bukan lagi yg maqnie guna di rumah ! kadang-kadang macam-macam ayat pelik yg mereka guna pakai dan tak kurang juga yg buat maqnie tersentap ! kalau lah dizaman maqnie dulu , salah sebut je sudah di sapu cili

kesilapan Menaip tu habit

assalammualaikum manusia dan kesilapan memang tak dapat dipisahkan ,begitu juga maqnie dan menaip diblog .bila dah syok  membebel ,tak perasan yg ayat ada yg silap (typo)  !padahal dah check tu masa sebelum 'publish' entahlah ... agaknya mata otai ni dah makin kurang powernya kot ..padahal sendiri jenis gopoh heee..

1 hb oktober 2013

Assalamualaikum Pemergian September sudah pun dirasmikan  , harini merupakan hari pertama Oktober untuk tahun 2013 !  maq rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menemui bulan oktober tahunni. apa yg menariknya hari ni? ( 1 hb oktober 2013 ) ~ anak sulung maqnie menjalankan trial exam dia untuk kertas pengajian am . Sebagai seorang ibu ,maq akan sentiasa mendoakan kejayaan untuknya dan untuk adik-adiknya juga,Moga dipermudahkan urusan along menjawab kertas peperiksaan...aamin. ~ yg kedua harini maq akan menerima seorang lagi anak asuhan .Dia anak kepada teman sekolah rendah maq dulu.Dah lama tak jumpa tetiba boleh pulak jaga anaknya ,sungguh tak disangka .Moga Allah mempermudahkan urusan maq dalam mengasuh anak-anak asuhan...aamin . . alhamdulillah untuk tiap nikmat yg Allah beri .

Merajuk katanya

                                            Assalammualaikum bila pagi sarapan nasi lemak jam 11 je mata dah layu ,di tambah lagi dengan kedingin hujan diluar sana oh . aktiviti apakah yg sesuai kali ni hehehe tak lain tak bukan berlayar kepulau impian zzz . tapi maqnie tak boleh la sebab anak asuhan ada tiga orang yg memerlukan perhatian dari maq ! sabar aje lah ye ~ hari sabtu selalunya disebelah malam ada saja undangan bacaan yasin di tempat maqnie . dan malam ini juga maqnie diundang . namun hati ini makin berat untuk bersama kupulan mereka itu . ini disebabkan jiwa maqnie  yg sedikit tersentap dengan mereka yg ber kedudukan disana !alamak ni nak mengadu ke nak mengumpat ni ?? tapi inilah kenyataan . apa yg maqnie pahamkan bila seseorang itu mempunyai ilmu yg tinggi di dalam hal ehwal agama dan mahir bertajwid maka adakalanya *walaupun tidak semua* mereka sedikit sebanyak akan angkuh dan senang cakap berlagak ! dengan orang -orang  yg dibawahnya , yg masih lagi terkial-kial

kalut seorang ibu . .

assalammualaikum hati tak ok? resah dan gelisah ? bila kita resah gelisah ,kebiasaannya tapak kaki ,tapak tangan kita akan menjadi sejuk , ye ke tak ? kemudian peluh dingin jatuh satu persatu .mata melilau sekeliling.jantung berdegup kencang . nafas menjadi laju kadang-kadang rasa berat untuk bernafas ! sesetengah orang bila dia resah gelisah . semua yg ada dalam gengaman tangannya akan  terlepas , kadang - kadang ingatan dia pun tak berapa betul ,kejap ingat kejap lupa ! semua yg dilakukan tidak menjadi dan jika dia sangat gelisah , kerjanya hanya berjalan kehulu kehilir . ye ke tak ni ? pada maqnie ,pekara yg buat maqnie betul-betul resah ialah ketika menunggu anak - anak dara maqnie tu balik ke rumah lagi-lagi kalau mereka lambat lebih dari 1jam. haish sungguh meresahkan jiwa  ni zahir dan batin  tau  tapi  jika mereka dah ada didepan mata ni baru tenang hati maq . . . apakah mereka pun sama rasa seperti yg maqnie rasakan  tu ???? waAllah hualam . . .biarlah ianya  menja

mengatasi masalah anak yang kian membesar

assalammualaikum salam mesra dari maq untuk semua ,sekarang ni selain kita dengar kes buli dikalangan rakyat malaysia ! kita juga selalu terdengar atau terbaca kes kemalangan yg melibatkan kanak-kanak  . . sebagai seorang ibu dan jua seorang pengasuh ,maqnie begitu tertarik untuk memperkatakan hal ini .pengalaman menjadi ibu selama 20 tahun dan menjadi pengasuh selama 17 tahun sedikit sebanyak memberi pengalaman buat maq. . . kanak-kanak akan menjadi aktif diperingkat usianya mencecah 1 tahun keatas. semua aktiviti mereka akan menjadi lebih hebat jika dia bertemu kawan-kawan sebaya yg hiper ! sebagai  orang dewasa ada banyak cara yg perlu kita lakukan  : 1.sentiasa pesan jaga kelakuan walau di mana pun berada 2.sentiasa dengar arahan orang tua 3.sentiasa hormat hak kawan-kawan 4.jika dia buat perangai , gunakan psiko utk menghalang 5.menengking bukan arahan 6.terangkan maksud 'jangan' itu ialah tidak dibenarkan , 7.jangan biarkan kesilapan mereka berulang

bukan nak cari siapa kah heroinnya

assalammualaikum harini ,semalam dan semalamnya ,didada akhbar , laman sosial dan di seluruh negara , sibuk mempersoalkan perihal sikap seseorang insan yg bersuamikan orang yg terkenal di Malaysia ni . . sebagai seorang isteri ,maqnie paham adakala kita lupa bahawa selain menjaga harta benda suami kita juga diwajibkan menjaga maruah suami kita . . .kerana syurga itu terletak dibawah tapak kakinya . apa yg maqnie nak bangkitkan disini bukan perangai tak sopan seseorang tu . . tetapi perangai sesama insan yg kurang dijaga , rasa hurmat menghurmati sesama mahluk Allah yg semakin menipis dikalangan insan dimuka bumi ini ! dimana kah nilai-nilainya tu ?? adakah dibalik celah-celah duit gaji suami kita? atau di dalam sebuah kereta mewah kita ? atau didalam rumah besar kita ? astagfirullah halazim . .  . tepuk dada tanya lah akal !! apakah kita berperangai menggunakan akal atau menggunakan nafsu serabut kita tu ? tergamakkah jika benda yg serupa orang buat pula pada ahli keluarga kita

wechat . . dulu dan sekarang

assalammualaikum sekarang ni berbagai gadget dipasaran yg mampu dimiliki oleh semua golongan dan termasuk juga perbagai laman sosial yg terkini di maya ini. diantaranya wechat yg menjadi kegilaan para remaja terutamanya . dirumah maqnie ini wechat di minati oleh anak maq yg nombor 3 iaitu di Aida kakak-kakaknya seperti kurang berminat , tetapi sikecil ni  bila siap je kerja sekolah dia akan 'talk-talk' dengan kawan-kawannya . .amboi meriah gitu ,suara anak-anak kecil yg comel-comel dikeluarkan dari android . kadang-kadang ayat mereka buat kami yg dewasa ni gelak sakan . . huhu hebat kan kemudahan anak-anak zaman sekarang ni ! tapi zaman maqnie dulu pun ada wechat  jugak ok.. cuma kami tak guna line or tablet android tetapi  suara kami keluar dari tin susu !! ahha siapa pernah cuba tu ?? helo..helo..hehehe hello baby . . .opsss ... hehe tak kurang hebatnya . . .

dah bebel tak ingat dunia

Assalammualaikum semua para blogger yg budiman , terima kasih kerana sudi datang ke blog maq yg sikit suram ni , memang agak tidak begitu aktif sejak dua menjak ni ,maklumlah kan aktiviti keibuan sangat menduga . pada yang sudi membaca entri maq,terima kasih banyak-banyak ,mana yg nak share tu silakan lah,kerana semua yg maq kongsikan disini adalah ikhlas so sila lah kongsikan ye . tapi amik yg baik-baik ye tau,part yg maq kutuk orang tu tak nak la share heehee.. malulah saya ~ untuk menziarah anda semua insya Allah nanti maq akan menyusuli ,mungkin cuti raya maq tak la busy sangat sebab anak-anak asuhan maq kan balik beraya dikampung masing-masing dan ini mungkin beri peluang maq membebel disini ...insya Allah ... tapi tu pun kalau asben maq tak ajak maq pergi beraya lah kan... apa pun raya tetap raya..mood blogging tu tetap hidup ..betul tak ?? lagi-lagi lah bila bertambah nya aktiviti ,dengan baju yg cantik-cantik tu,tudung yg awesome tu...aaa...,share-sharelah gambar awak s

'PATI' Dengan izin

As salammu'alaikum.. ginilah kalau tak makan.banyak pulak meroyannya.ni baru hari pertama puasa,entri dah masuk yg ketiga dah ni. lagi pun harini anak-anak tak bersekolah.aktiviti masak untuk breakfast pun dah cancel.aktiviti mencuci baju anak dah settlekan.lepas mengaji alQuran adalagi masa free tu.maka inilah peluang yg sangat menarik untuk berblog. kali ini nak share pasal  jenis -jenis pati minyak yg selalu terdapat dipasaran dan kelebihannya . PATI apakah ? PATI yg bermaksud pendatang tanpa izin ke?atau party ?? eh bulan puasa mana boleh berparty2 .hmmm....bukan ..bukan dan bukan.ianya mengesahkan pasal pati untuk minyak wangi.balm..losyen dan yg berkaitan dengannya..jom kita teruskan . . . ~pati minyak lavender ianya dapat meremajakan kulit dan memudarkan parut kerana ia mem punyai keupayaan utk mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan semula kulit baru ! ~pati minyak zaitun ianya mengandungi perlindungan kesihatan yg dapat mengurangkan risiko penyakit kard

Istimewa 7julai

As salammu'alaikum ahad 7 julai lepas dah kan kalau anda nak tau tulah tarikh maqnie dilahirkan wow.. pejam celik pejam celik makin tambah usia maqnie ni tahun ni umur maq berapa ? haaaa..cuba awak semua  teka ! sebenarnya umur maq dah melewati 44 dah pada hari tu anak-anak maq kununnya buat surprise mereka belikan sebiji kek untuk maq mereka masakkan makanan tengahari untuk keluarga walaupun agak simple tapi memang enak masakan mereka terima kasih untuk ketiga -tiga anak gadis maq iaitu Miss Farahin Izzati Miss Faezah Izzati Miss Adibah Aida maq sayang kalian semua dan terima kasih untuk sambutan hari lahir maq yg memang simple tapi sungguh mengharukan hati maq ... terima kasih sayang-sayang  maq  :) nak tunjuk gambar tapi lupa  nak snap pulak!

Payung emas? Sanggupkah?

Assalamualaikum sekali lagi maqnie membebel diblog kesayangan ni. sebenarnya maq baru lepas baca majalah kegemaran maq iaitu  majalah pilihan wanita 40++ di Malaysia . tak lain tak bukan ialah majalah MIDI ..walaupun maq bukan pelanggan tetap majalah ni,tetapi dalam masa terluang maqnie akan setia membacanya .dan ianya menambahkan lagi ilmu pengetahuan maq sebagai perempuan yg berusia 40 tahun lebih. hari ni entah majalah keluaran bila ,tapi maq begitu tertarik bila membaca satu artikal mengenai poligami .dalam kes tersebut seorang ustaz mempunyai isteri lebih dari sorang ,iaitu 3 orang . perkahwinan seawal usia 23 tahun ,ketika itu beliau masih lagi menuntut dan isterinya adalah seorang pelajar lepasan SPM yg akan melanjutkan pelajarannya ditempat yg sama ,dalam kes ini beliau (ustaz ) itu tidak pun mengenali bakal isterinya namun ustaz dilamar oleh bapa mertuanya sendiri kerana mahukan uztaz tersebut menjadi menantunya . dan dengan izin Allah termakbullah niat si ayah mertua i

Sorang punya hal, semua terkena

Assalamualaikum alam maya ku hai para blogger yg budiman semalam maqnie ada baca surat khabar ianya pastilah Berita Harian cerita menjadi tajuk utama ialah BLOGGER HANTU DIHARAMKAN wow.. hebatkan tajuk nya..apakah anda semua tahu apakah isinya. mari maqnie kongsikan disini : pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi  kata Datuk Najib Tun Razak ..ini bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggung jawap atas maklumat yang diberikan sekali gus mengelak perpaduan masyarakat dari  pelbagai agama dirosakkan oleh para blogger.. tengok !!! hanya kerana segelintir mereka diluar sana (para blogger yg suka mengundang pergaduhan dalam masyarakat ) kita yang tidak kena mengena ini menjadi mangsa sama. so lepas ni semua maklumat diri akan dapat dikesan melalui profile blogger la kot..entah la... macam dah tak best je kan.. harap u

Musim durian musim sakit

Assalammualaikum , minggu ni adalah minggu menguji kesabaran maq sekeluarga ,kami sekeluarga diserang demam selsema dan batuk . kata orang sekarang ni musim orang demam ,ada kata orang sekarang ni musim panas,ada kata orang sakit penghapus dosa . tapi  apa yang maq tau..bila tiba musim durian..memang ramai lah yang diserang demam dan selsema serta batuk ni ! durian? apa yg kita tau tentang buah ni? selain raja segala buah ia juga buah yg tak tumbuh di sembarangan tempat didunia ni . dan dalam jutaan manusia di Malaysia ni,tak semua suka makan durian kan? ada yang kata durian best ,ada pulak kata durian ??...oh no !! ..ada yang kata ... emmmm tak makan pun takpe... family maqnie memang 'hantu' durian ... kami  ada amalkan petua supaya tidak demam selepas makan berkilo-kilo biji durian pun, iaitu dengan meletakkan air masak kedalam pangsa dikulit durian.. gunakan jari sebagai pengodaknya selawat 3 kali ..kemudian diminum airnya  ...alhamdulillah so far so gud amalan ini ...

Hanya dipinjamkan

Assalammualaikum berlabuh idea di laman blog maqnie lagi kali ni maq bukan nak membebel pasal family tapi pasal perasaan pulak kata orang manusia yang tidak berperasaan adalah bukan manusia , tetapi haiwan. sebenarnya mereka lupa haiwan pun ada perasaan cuma haiwan tak riak macam kita ! kenapa maqnie cakap macam tu? cuba anda semua fikirkan manusia ni kalau  berharta tu belagak bukan main lagi lagi-lagi yang bijak mencari duit! cepat kaya ...cepat senang ada ketika lupa asal usul lupa dosa pahala suka cakap takbur mudah lupa segalanya ! haiwan pun ada kehebatannya tapi mereka still maintain sebab mereka tau ape guna berlagak kalau semua didunia ni hanya pinjaman. sungguh! cuba tanya orang-orang kaya kat luar sama? macamana dia orang beli rumah besar? beli kereta besar? beli perhiasan mahal2 jadi hiasan dalam rumah? bukan dari pinjaman bank ? ye,manusia lupa yang mereka itu peminjam dan kadang-kadang manusia juga lupa yang nyawa pun Allah bagi pinjam jugak

Mangsa keadaan

assalammualaikum semua kembali kita sembang sembang kosong meluahkan apa yang sedang diminda... dugaan ...ya dugaan itu adalah salah satu rencah kehidupan kata orang kalau hidup tak diduga maka tak bermakna lah perjalanan hidup seseorang ye..akur pada fakta itu... namun jika jiwa asik tertekan oleh dugaan demi dugaan maka dengan rendah dirinya seseorang itu jadi makin lemah difitnah .. salah satu dugaan paling trajis ialah jadi mangsa fitnah kalau la yang menabur fitnah itu orang yang jauh dari kita mungkin kita dapat katakan..ahh mungkin dia tak kenal aku lagi... tapi..jika yang membuat fitnah itu orang yg tersayang ... kekasih awal dan akhir.. cinta lepasan sekolah dan sehingga lah kejinjang pelamin serta disaat ini masih setia disisinya lagi dok masih perlu ke di curigai ? kena ke difitnah? tak nampakkah pada kesetiaannya yg diberikan selama ini ? sedang anjing yg garang pun dia tak akan menggigit tuannya harimau dizoo pun dia tak akan menerkam penjaganya

Kesilapan seorang perempuan

Assalammualaikum semua, senyumlah walau hati menangis,rindu yang datang tiba-tiba kadang kala taktahu siapa yang punya,namun terbayang wajah orang tua yang jauh, wajah adik-adik,wajah orang yang pernah menjadi insan tersayang,membuatkan jiwa makin kacau. naluri seorang perempuan,bila rasa rindu,hati jadi sebak semacam, macam lah esok lusa tak akan berjumpa,ye tak? air mata tu senang sangat menitisnya pun,alahai... kalau budak - budak menangis nampak la comel,tapi bila budak expired yang menangis,buruk beno ~ hehe sebut pasal perempuan ,hampir semua dikatakan bersifat penyayang, sayang suaminya,anak-anaknya,ibubapanya,kawan-kawannya, jiran-jirannya..boleh cakap hampir seluruh orang yang hampir dengannya adalah yang disayang. cuma jenis kasih sayang nya saja yang berbeza-beza. namun berbeza dengan kaum lelaki,mereka hanya sayang ahli keluarganya dan kekasihnya je..eh...hehehe~ apa silapnya perempuan : kalau dah sayang tu lupa dunia,sanggup berkorban apa saja untuk yang disayangi

Mencari saham akhirat

Assalammualaikum syukur kita dapat bertemu sekali lagi  jumaat dalam hidup ini. sekali lagi dipertemukan dengan semua  mahluk di maya ini. sehari lagi nafas masih mampu berhembus. sehari lagi jantung masih  terus  berdegup. sehari lagi mata masih dapat melihat keindahan alam. sehari lagi anggota badan masih mampu bergerak untuk melakukan semua tugasan alhamdulillah syukur.. syukur ..syukur padaMu YA ALLAH...Maha Pengasih, Maha Penyayang... jam menunjukan keangka 10.45am Maq baru nak masak didapur tiba-tiba handset maq berbunyi tanda ada pesanan ringkas dari seseorang bila maq buka rupanya pesanan ringkas itu datang dari ustazah yang mengajar maq ilmu tajuid al-Quran .Terharu membacanya SMS beliau bila ayat yg di hantar kepada maq berbunyi : Ustazah : salam ..gembira hati dan Alhamdulillah  anak-anak didik akak dah boleh membaca doa dalam majlis yasin,  mudah-mudahan akan berterusan..amin2 Maq : Wsalam,mana akak tau ;)   tapi semua tu hasil dari didikan akak jugakkan..s

suami yang tak bersyukur

Assalammualaikum dalam mencari keutuhan rumah tangga suami dan isteri mainkan peranan masing-masing apa yang selalu diperkatakan suami adalah ketua keluarga dan isteri adalah sebagai pengurus rumah tangga namun begitu dalam dunia yang serba moden ini ramai suami terlupa yang dia adalah ketua keluarga malahan banyak urusan keluarga di serah bulat-bulat pada isteri temasuklah nafkah ! ramai suami hanya lepas tangan dalam rumah tangga si isteri yang nak kehidupan yang lebih sempurna terpaksa berkorban apa yang dia ada termasuk wang ringgit nya sekali padahal hasil kerja isteri sesungguhnya adalah hak isteri bukan lah nafkah untuk tanggung keluarga ramai suami yang hanya menghabiskan duit gaji untuk kepentingannya sendiri ramai pula merasakan cukuplah hanya dengan bayar duit rumah,bil,dan belanja dapur. yang lain-lain itu hak isteri mengguruskannya..adil kah? untunglah jika dapat suami yang tak berkira sangat dalam urusan perbelanjaan rumah tangga tetapi rugilah bagi y

kewajipan dan hari minggu

sunday is coming lah speaking london pulak tu hehe hari minggu macam ni aktiviti serupa berlangsung asben nak makan nasi lemak so layan kan je la ,sambal sotong semestinya siap breakfast teringat baju mak yang disuruh jahitkan uhh..start pegang gunting pulaknya eh..persiapan hari raya anda semua macamane? lagi lebih kurang tak sampai 3 bulan ramadhan akan datang kan.. bila siap memotong,asben ajak pula pergi balik kampung nya di Parit Yusuf ok sayang,lepas zuhur kita gerak ye.. emmm.. itu lah aktiviti separuh hari maqnie di hari minggu ni esok seperti biasa ,aktivit serupa lah.. melayan anak-anak asuhan yang macam-macam perangai tu hehe apa pun kehidupan mesti diteruskan aktiviti yang serupa adalah rutin dalam hidup mohon Allah berikan kesihatan yang sempurna buat maq dan maq dapat menunaikan semua tanggung jawap ni dengan sempurna...aamin....

maq dan kehidupan

assalamualaikum pagi yang indah menjelma semula,seawal pagi maq dah mula berjogging didapur sediakan sarapan pagi ,cuci baju , kemas rumah,ala..tu la kerja maq hari-hari 24/7 hehehe dan dah lebih 20 tahun maq melakukan aktiviti yang serupa ..lama kan? kalau dikira susun batu block sejam seketul..agak-agak maqnie dah boleh dirikan tembuk maqnie sendiri mungkin kalah tembuk kat negara Cina tu hehehe ( perasan je ni ) namun kebosanan tu hilang walaupun dah dekat 20 tahun hidup macam ni maq tak pulak rasa bosan tapi kadang - kadang tu rasa jugak eheheh nak tau kenapa? sejak hadirnya anak-anak asuhan ...mereka tu memang macam- macam perangai tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak menghiburkan hati maq yang dah mula naik jemu duduk rumah. gelak tawa mereka..tangisan mereka semua tu telatah yang buat maq sangat bersemangat untuk meneruskan semua aktiviti.sehinggakan jika lama tak jumpa mereka, maq rasa nak demam pun ada, sakit badan pun ada..ada ketika sampai maq terkena tekanan

keluhan perempuan

assalammualaikum semalam tidur malam ku tak lena semalaman mataku tak mahu pejam fikiran yang melayang jauh mengenangkan sulitnya satu kebahagiaan menggungkap erti kebahagiaan amat sukar rupanya teringat butir katanya buat aku  menusuk ke kalbu jika difikirkan bukan mudah menjadi seorang perempuan dari zaman lahirnya zaman kanak-kanaknya zaman remajanya dan akhir sekali zaman tuanya (zaman alam rumah tangga ) sentiasa dikawal , dikongkong  aktivitinya alasannya untuk kebaikan tuan punya diri untuk kesenangan dimasa hadapan untuk menjaga maruah keluarga dimana adilnya...? kenapa perempuan tak boleh bebas? kalau difikir secara perikemanusiaan siapa sanggup berkurung rumah hanya untuk menjaga maruah? siapa sanggup berdiam diri tanpa berkomunikasi dengan orang lain? siapa tahan hari-hari mengadap aktiviti serupa didalam rumah disepanjang hidupnya? mungkin itu peraturan bagi perempuan di zaman dahulu tapi..jangan anggap dizaman ini tidak terdapat lagi... jangan

dendam itu sakit

assalammualaikum bila diizinkan melihat alam ini kembali bersyukur sangat-sangat kerana masih lagi bernafas dengan sempurna masih dapat menunaikan tanggung jawap dan tugas harian serta  masih berupaya utk membuat amal ibadah alhamdulillah... seharian meniti kehidupan seakan roda yg berputar ada kala diatas ada ketika dibawah insan adalah pelakon utama menjadi pelakon dimaya ini sangat  teruji dalam menguasai minda insan mudah lupa bahawa darjat itu bukan ketentuan insan tapi hak Maha Pencipta adakala insan menjadi pedendam yg tegar ada ketika insan menjadi pemburu bayang yg kejam, ada masa insan menjadi penyayang yg sangat setia dimana kita? hanya kita yg tahu aku yg meniti liku kehidupan ini hanya menyeru pada teman-temanku hapuskan semua dendam lupuskan semua irihati kerana kita insan yg tidak sempurna dan diakhir perjalanan nanti kita semua akan berkumpul bersama - sama disana... in sha Allah . . . . . ingatlah teman..berdendam itu satu penyakit yg menya

Perlukah macamtu?

Assalammualaikum semua. Pagi selasa yg sangat indah. Angin dingin menyapa ke wajah dengan mesra dan bersopan santun. Anak-anak sudah kesekolah bagi menunaikan kewajipannya . Menandakan subuh kian pergi dan hamparan siang kian menghampiri. Yang tinggal hanya maq disini. Setelah siap semua tugasan. Menyelak helaian akhbar memang sudah mesti menyelongkar tiap sudut berita adalah satu hobi maqnie .. Terpaut pada satu sudut. Rasanya tak perlu dikatakan disini,sudut apakah itu namun maq sangat tertarik pada isi katanya, Sudah ada pengganti. .! Siapakah?..dia adalah seseorang yg sangat popular di Malaysia ni . Seorang selebriti lelaki yg sungguh hebat! hehe Dia mengakui yg dia sudah bertemu pengganti utk mengganti teman hidupnya yg baru di ceraikan sebelum ni ! Mudahkan lelaki ni. Rasanya belum pun setahun mereka berpisah.... Jika di ambil dari sudut positif anggap je lah tiada jodoh tapi jika di amati dari sudut iklasnya cinta..dimanakah nilai cintanya yg dulu ?jika pengga

post pertama tahun 2013

Assalamualaikum readers, Tahun baru dah masuk hampir seminggu.Banyak cerita lama yg boleh  dijadikan teladan banyak juga cerita manis yg bolehlah dibuat kenangan. Maqnie rasa semua yg diluar sana akan bertambah matang dalam tahun baru ni. Maqnie pun dah makin bertambah muda dah ni.. eh!! bertambah usia..sorry..silap taip :) Mana yg belum ada calon teman hidup tu dah boleh la mencari sebab ramai insan solo diluar sana yg memerlukan teman hidup.Maka berusaha lah dengan bersungguh-sungguh mencari calon anda...heheee Yg mana belum berkerjaya tu boleh berusaha banyak peluang kerja kosong di negara kita ni cuma antara hendak dengan tak hendak je. Harapan maqnie ditahun baru ni semua hutang-hutang tahun lepas tu anda dah bagi settle.   Bukan apa.. tak baik simpan hutang lelama nanti hidup tak barokah..mohon jangan terasa ...