Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bicara Hati

Jangan Terlalu Beratkan Minda Semata Untuk Dunia

  Gambar sekadar hiasan** Bismillah... Diam tak diam syaaban dah nak pergi ,ramadhan pulak bakal jadi pengganti. Harap harap tahun ni dapatlah kita bertemu dengan ramadhan 1447. Terlalu banyak spikulasi berkaitan ramadhan pada tahun 2026 ini. Disemua laman sosial,pakar pakar sibuk mengulas pelbagai isu semasa dan isu mendatang. Terkini,manusia global meramalkan dalam bulan ramadhan 2026 nanti banyak isu akan belaku.Mereka cerita pasal perang WW3 ,pasal krisis makanan,pasal kemunculan  imam Mahadi  ,pasal blackout /dukhon dan semua itu telah pun menjadi perbualan hangat didalam group group warganegara Malaysia khususnya. Sebagai salah sorang warganegara dinegara ini, maq taknak ulas semua hal yang di spikulasikan itu.Bagi pihak maq,semua boleh laku jika Allah izinkan.Andai Allah tak izinkan,semua takkan belaku. Hidup ini memang sentiasa diuji.Makanya kenapa nak fikir hal yang belum pasti? Adalah lebih baik rebut peluang dalam janji janji Allah.Sebab nanti,hujung hujung pad...

Cerita Parking Kereta

  Bismillah, Kereta kesayangan encik suami dah hampir ½ tahun berada diluar garaj. Kenapa? Meh sini maq nak cerita. Dulu ,sewaktu kami baru berpindah ke taman ini,depan rumah maq tu adalah tanah tinggi.Kalau korang nampak tembok dark grey tu,haaa segitulah tinggi halaman kami dulu. Tapi memandangkan kawasan terhad.Maka kami ambil keputusan buang tanah yang meninggikan halaman rumah kami tu untuk dibuat garaj kereta.So dapatlah nanti memudahkan jiran tetangga nak keluar masuk dilorong tu. Tapi bila jiran tetangga dah semakin ramai, generasi pun dah masuk generasi ke tiga dah sekarang.So masalah paking kereta sangat sangat menjadi masalah.Terutama bagi pihak kami,sebabnya rumah kami rumah terpaling hujung.Sebab tu dulu dulu maq pernah pakai nickname makcik rumah hujung.  Nak dijadikan cerita. Dah elok elok kereta legend kami tu diparking dalam garaj,ada pulak jiran tetangga block laluan keluar masuk garaj kami.Bukan sekali,bukan dua kali tapi hampir hari hari isu ni terjadi. Bil...

Jika Satu Masa Nanti

  Bismillah, Guys, Jika satu  masa nanti, ada yang bercerita tentang keburukan Maq, dengarkan saja, nak percaya pun boleh.Kerana selama ini Maq tidak pernah  mengaku diri ini adalah orang baik. 🗨️berselawat jangan kenal erti letih

Mengikhlaskan

  Bismillah, Harini dah masuk 29 Zulkaedah 1446H.Kalau korang ada buat korban haiwan  pada tahun ni, esok hari terakhir potong kuku,rambut ek?Sebabnya hari khamis nanti dah masuk 1 Zulhijjah. Tapi harini maq bukan nak sembang pasal bulan bulan islam tu, tapi nak bukak topik "mengikhlaskan" . Maksud nya apa? Okey maksudnya kita dengan rela hati kena ikhlaskan sesuatu keadaan.Kena berlapang dada pada satu kenyataan yang sukar. Biarpun susah nak buat tapi korang tetap kena jugak hadap.Sampailah pada satu keadaan korang dah terbiasa dengan keadaan macam tu dan pengakhirannya nanti, mengikhlaskan tu bukan lagi kerja yang susah bagi korang lakukan. Contoh? Kita sebagai orangtua terutama emak emak ni kena mengikhlaskan dengan apa juga yang anak anak buat kat kita.Sebagai contohnya, **jangan meroyan kalau anak anak jarang balik  ziarah kita.Anak anak jarang kontak.Jangan kata anak kena queen control lah,kena jadi hamba keluargalah, buang orangtua sendiri la,takda rasa tanggungjaw...

Musuh Bagi Orang Beriman

  sekadar hiasan Bismillah, Sekejap je Allah beri peluang kita berkumpul dengan ramadhan.Mula mula tu rasanya lama sangat nak dibayangkan 29 - 30 hari.Tapi bila hari ni dah masuk ramadhan yang ke 26,ye sangat pantas masa berlalu. Maq pernah dengar satu ceramah,dimana kata penceramah tu pada tahun 2025 nanti Allah ambil keberkatan masa kita.Contohnya dalam masa 24 jam tetiba dah berganti hari.Sehari rasa sejam,seminggu rasa sehari, sebulan rasa seminggu dan setahun rasa macam sebulan.Tetiba dah bertukar tahun baru sedangkan kita masih leka dengan tanggungjawab dan tugasan hakiki untuk dunia. Korang ada rasa tak betapa cepatnya masa sekarang ni berlalu?Maq dah rasa.Kadang macam tak buat apa apa lagi tetiba dah petang. Sebab tu apa yang maq selalu update dan kongsikan dalam blog ni hanyalah nasihat buat maq sendiri dan pembaca juga.Kalau dapatlah kan, peluang yang ada maq nak sebarkan sebanyak banyak kebaikan dengan cara tersendiri. Bukan nak bajet bagus tapi maq sekadar nak tahu apa ...

5 Ramadhan 1446H

  Mutiara kata* Bismillah, Pagi 5 Ramadhan 1446 - dengan izin Allah bumi Batu Pahat disirami hujan yang berterusan. Dari pukul 8 pagi hujan turun berlarutan hingga sekarang dah pukul 12.15 tengahari.  Alhamdulillah. Sejuk ,mengantuk dan lapar.Macam macam perasaan dah mula munculkan diri saat ni. Hujan ke sejuk ke ,perut meraung raung ke, yang wajib berpuasa teruskanlah berpuasa. Yang tak boleh dan yang diharamkan berpuasa dah bolehlah buat mana yang patut. Tengahari dah ni... Di Malaysia ,bila masuk bulan Ramadhan ada satu fenomena menarik belaku. Saat ustaz dan ustazah berpesan pesan supaya banyakkan amalan dalam bulan puasa. Contohnya berpuasa , solat sunat , zikir dan selawat ,bersedekah dan macam macam lagi amal ibadah. Tapi apa yang boleh kita lihat ,apa yang banyak bila tiba bulan puasa ?!? Ofkoslah bazar ramadhan dan bazar raya. Gerai gerai tepi jalan tetiba muncul macam cendawan lepas hujan. Yang paling mengejutkan mereka yang baru nak belajar memasak pun berani juga j...

Berhenti Merasa Diri Lebih Baik

  10 Syaaban 1446H, Bismillah, Ini pesanan buat diri sendiri secara peribadi. Bila melihat dosa oranglain jangan lupa tentang taubatnya.Mungkin dia lebih baik dari kita yang merasa diri seorang yang baik. Astagfirullahalazim. Jom selawat.📌

Bicara hati Asmaul Husna

Assalamualaikum. Berikut adalah bicarahati ringkas setiap nama Allah selepas sebut Nama Allah. Elok disertakan dalam doa doa kita. 1.الرَّحْمَنِ Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau maha Pemurah lagi maha pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kepada ku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kepadaMu. 2.الرَّحِيمُ Allahumma ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yg maha penyayang, Engkau sentiasa membimbing daku ke jalan syurgaMu, dan ketika daku.Ketika daku tersasar dari jalan syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jalan syurga dgn sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kepadaku. 3.الْمَلِكُ Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yg ada pada manusia. Daku ini milikMu ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh utk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada ummah. Terima kasih...

Apabila Allah Tidak Mengkehendaki Kita

Assalamualaikum. Kata Ulama, Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi : • Allah akan sibukkan kita  dengan urusan dunia. • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. • Allah akan sibukkan kita dengan harta. • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada  orang-orang yang telah pergi  terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah  semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. • Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kendaraan mewah dan rumah besar. • Ke...

Jadual Kehidupan

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS 1. Bangun Malam sekitar jam      (2 - 3 pagi)  - Mandi dan ambil wuduk 2. Solat Sunah Wudhuk. 3. Solat Sunat Taubat. 4. Solat Sunat Tahajjud    (2, 4 ~ 8 rakaat). 5. Solat Sunat Hajat  (mohonAllah maqbulkan do'a permintaan kita) 6. Solat Sunat Witir 3 rakaat. 7. Istighfar ( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X 8. Tahlil ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X 9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x 10. Tasbih 40x ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X 11. Solat Sunah Fajar (2 raka'at) 12. Solat Subuh (2 raka'at) 13. Baca Yaassin lepas subuh. 14. Solat Sunah Dhuha  (2, 4 ~ 8 raka'at) 15. Solat Dhuhur.       - Solat sunah sebelum   ...

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Assalamualaikum, Musim hujan ni sedapnya kan bila tidur malam.  Suasana sejuk , selesa berselimut ,tilam pulak empuk, bantal gebu. Dan tentunya mengharapkan dapat tidur dengan lena setelah seharian penat berkerja disiang hari. Dan kadang,  dia punya terlalu lena tu,   alarm doklah menjerit berjam jam, kita langsung  tak mampu nak tersedar dari tidur.Tak tahulah itu tidur kah atau mati kah?  Allahhu akhbar. Kebanyakkannya  itulah cara tidur kita. Tidur umat Muhamad yang nakkan tempat tidur selesa dan tidur yang lena. Menurut ustaz,Rasulullah SAW tidak tidur macam kita. Baginda lebih selesa tidur  beralaskan hamparan keras seperti pelepah daun kurma. Kepala baginda pula beralaskan  tangan baginda sendiri. Mengiring ke kanan dan kaki dibengkokkan sedikit. Rupanya tujuan baginda tak mahu tidur selesa tu semata mata sebab nak mudahkan diri baginda bangun untuk solat sunat malam. Solat tahajjud,  solat witir, solat sunat tasbih. Maafk...

Pegang Hati Aku ya Allah

Assalamualaikum.. Terlalu sulit nak diperkatakan tentang mati tapi mati itu memang pasti. Berkata Imam Syafie, Sebelum tidur rasa takut. Bangunkah aku lagi pada esok pagi? Terfikir juga, terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk keluarga dan dunia sampai kadang kala hingga  mengabaikan perintah Allah. Melambatkan seruan Allah semata mata nak siapkan tanggungjawab kepada mereka terlebih dahulu tapi bila dah mati,  sebulan dua je keluarga bersedih untuk kita. Beberapa lama selepas itu mereka dah mula ingat ingat lupa akan rasa sedih itu. Mereka  juga perlu teruskan keceriaan mereka selagi ada hayatnya. Sedang kita berada dalam keadaan menyesal didalam kubur. Menyesal sebab lalai semasa hidup.  Astaghfirullahalazim.. Terasa hinanya diri.Banyak kekurangan diri kian tersingkap.    "Allah ...  pegang kuat hati aku supaya ianya tidak berbolak balik dalam melakukan semua perintah dari Mu.. "

Kelebihan Zikir Ya Latiff

Assalamualaikum. Antara kelebihan Zikir Ya Latiff.  ( Asmaul Husna ) 1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya . 2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh. 3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga. Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insha Allah mudah²an berjaya. 4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir ...

Masa Untuk Taubat

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Tubna ilallah... ‎Wahai MATA yang pernah melihat maksiat. Menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat. Bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat. Sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat. Wahai JIWA yang hitam dan berkarat. Perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat. Wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan. Kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat. Biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana. Kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat. Copypaste ❤

Zikir Asmaul Husna Ya 'Azim

Assalamualaikum Asmaul Husna adalah penawar yang sangat mudah. Zikir yang memuji kebesaran Allah S.W.T.  Tak rugi dijadikan amalan seharian. Insyaallah .. Kali ini sifat Allah yang maha agung,iaitu Ya 'Azim. "Allahhumma Ya 'Azim " - Ya Allah Yang Maha Agung. Zikir lah Ya 'Azim sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang dah sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh dengan izinNya. Dibuat setiap hari. Juga jika dibaca 12kali Ya 'Azim kemudian ditiup pada tangan lalu diusap kepada seluruh tubuh badan ,dengan  izin Allah akan terhindar dari ganguan jin dan sebagainya.Insyaallah . Sebagai hamba kita hanya perlu berusaha, segalanya terserah kepada ketentuan Allah. Apa pun jomlah sama sama kita amalkan Asmaulhusna ini.Sebab kalau tak buat,macamana kita nak tahu mujarabnya kan? Apa yang kita perlu ingat,Allah sentiasa tunggu kita minta daripadaNya. Sebagai hamba ,jangan lah kita sombong.Allah sayang kita .❤ Semoga beri manfaat* ...

Perbezaan Selepas Setahun

Assalamualaikum. Jumpa gambar raya anak anak maq pada tahun 2018. Masa tu Ainul baru berumur 2bulan. Masa tu mama Ainul baru lepas pantang. Masa tu mak usu Ainul berumur 16tahun dan Mak Ngah Ainul berusia 23tahun. Lepastu maq bandingkan dengan gambar raya mereka pada tahun ini. Tahun 2019. Apa kejadiannya? Selepas setahun , semuanya dah mengembang ! hehe.. Alhamdulillah. Inilah harta maq dunia dan akhirat ,inshaallah 😭 Allahhumma Ya Hafiz ,Ya Muhaimin. Ya Allah ,Yang Maha Menjaga ,Yang Maha Memelihara. Jagakan anak anak dan cucuku dan peliharakanlah mereka dengan sebaik baik peliharaanMu walau dimana mereka berada.  Aamiin yaRobbal a'lamiin..

Amalan Asmaul Husna ( proses ketiga )

Assalamualaikum. Kebetulan. Bila maq mula nak kongsikan amalan amalan Asmaul Husna dalam blog ini, jumpa pula video atas ni dalam group whatsapp. Jika anda teliti pada penjelasan perawat dalam video ni , beliau kata rawatan yang dilakukan tertumpu pada pemulihan roh , bukan jasad. Ternyata ,bila roh sihat ,jasad kita pun akan sama sihat. Maksudnya sihat Zahir dan batin. So untuk proses menghubungkan roh dengan Allah dengan amalan asmaul husna yang seterusnya ialah : Proses ke tiga : mensejahterakan roh. Zikirnya : ya Salam ( Maha sejahtera ) Bicara hati : Allahhumma ya Salam, tiada yang dapat memberi kesejahteraan melainkan Mu, sejahterakanlah rohku sekiranya ia sakit. Sumber : International University of Asmaul Husna/www.universityofasmaulhusna.com Cara amalkannya sama saja seperti zikir yang sebelumnya. Cuma kalau anda ada tempat tempat yang sakit ditubuh badan , baca bicara hati atas tu , niatlah dengan yakin ,zikirlah ya Salam banyak banyak. Sambil tu gosok ...

Amalan Asmaul Husna ( proses kedua )

Assalamualaikum. Jika kita dah hidupkan roh pada proses yang pertama, kalini kita bangkitkan roh pada proses yang ke dua. Kalau roh hidup tapi dia tak bangun/bangkit mustahil usaha kita akan berjaya. Proses kedua : proses membangkitkan Roh Zikir : Ya Baa'its ( Maha membangkitkan) Bicara hati : Allahhumma Ya Baa'its , tiada yang dapat membangkitkan melainkanMu, bangkitkan rohku sekiranya ia tidur. Amalkan zikir ini sebanyak  anda mampu. Kejut roh kita supaya tidak  lagi tidur. Supaya dia bangkit dan dapatlah berhubung dengan Allah , untuk  menerima petunjuk petunjuk Allah dan ilmu ilmu Allah , inshaallah ,mudah mudahan. Bersambung...

Amalan Asmaul Husna ( proses pertama)

Assalamualaikum. Kalini maq nak kongsi satu lagi amalan yang mudah. Yang semua orang tahu tentangnya tapi tak semua orang tahu bagaimana nak praktik kannya. Mungkin juga ada dikalangan anda yang sudah tahu dan sudah pun mengamalkannya. Alhamdulillah , semoga istiqomah. Entri ini akan ada sambungan demi sambungan sebab terlalu banyak manfaat bila kita hayati satu persatu Asmaul husna ini. Okey untuk pertama kali nya maq akan kongsi bagaimana kita lalui kehidupan harian kita tanpa kita sedari bahawa dalam keadaan sihatnya tubuh badan kita , rupanya ROH kita mati. Atau roh kita tidur. Atau roh kita sedang sakit! Allah huakhbar. Patutlah bersungguh sungguh kita berusaha nak buat kebaikan namun hati kita kadang kadang seperti tidak selari dengan niat sebenar.   Rupa rupanya roh kita sedang bermasalah. Okey. Bagaimanakah  proses menghidupkan dan membangkitkan roh kita bagi mewujudkan hubungannya dengan Allah ? Proses pertama: proses menghidupkan roh.  Zikir...