Skip to main content

Hati hati beli produk dari luar negara


Assalamualaikum.

Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut.

Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara.


Gambar sekadar hiasan

KEPADA PEMINAT SPAGHETTI.
(Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.


  "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls ,dikunyah rasa asin-asin.Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spagetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit. Saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama *Italian Sausage for Spaghetti* keluaran PREGGO made in USA.Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.Tiba-tiba terlihat,INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla, pork minced meat!Astaghfirullaahalaziim.. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spagetti dengan kualinya sekali saya buang.Yang tertelan spagetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi.Kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM.

Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi. Tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spaghetti lagi."

Info khas (ReCap)....                                               

Untuk saudara²ku ,Mungkin ramai  daripada Umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis "This product contain substance from Porcine" . Sebenarnya bermaksud,"Produk ini mengandungi bahan daripada Babi".

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The source of  this gelatin capsule is Porcine", yang bermaksud, "Kapsul gelatin  ini diperbuat daripada Babi.

Berikut antara istilah Sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi bahan2 dari Babi:

1.Pork:* Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan.

2.Swine:* Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3.Hog:*  Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4.Boar:* Babi hutan/liar.

5.Lard:*  Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6.Bacon:* Daging haiwan yang disalai, termasuk Babi.

7.Ham:* Daging pada bahagian peha Babi.

8.Sow:* Istilah untuk Babi betina dewasa.  (Jarang2 digunakan).

9.Sow Milk:* Susu Babi.

10.  *Pig:* Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11 Porcine:*  Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.

Sila sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati... Copy and Paste *

Bacon  and pork burger. Dua item ini adalah yang anak menantu maq jumpa di kedai 7e di Thailand ketika dia dan ahli keluarganya yang lain pergi trip ke Thailand semalam.  Kedai 7e ini terletak hampir dengan hotel yang mereka duduk. Apa yang membimbangkan, produk ini diletak dirak yang sama dengan burger ayam, seafood dan lain lain. Kalau lah pengunjung muslim tak tahu nama nama lain bagi hasil dari babi,  tak mustahil mereka ambil burger tu. Nauzubillahiminzaliq.. Sebab tu maq kongsikan maklumat ini supaya kita lebih hati hati dengan hasil produk luar negara,  termasuk Korean.  Eh! 


Comments

  1. Nasib baik wak tak gheti makan spaghetti

    ReplyDelete
  2. WP : Alhamdulillah wak, maq biasanya ikut kehendak anak anak je.

    ReplyDelete
  3. anak2 wak je reti mkn spaghetti camni..
    salam tahun baru 2020

    ReplyDelete
  4. Wak Lat : sama je dengan anak anak maq.terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat suruh jemaah simpan s...

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Yang bersalah masih rasa dia dipihak yang benar... **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Cara Nak Doh lebih gebu

Assalamualaikum. Sebelumni ( beberapa tahun sebelum) bila maq buat kuih yang bahannya ada guna yis kering (mauripan) maq akan tabur je yis kedalam tepung, gaul gaul ,masukan bahan bahan lain ,uli dan siap !!  Tapi hasilnya ? Ya , kuih maq buat tu "jarang menjadi". Biasanya tak jadi, heheee.. Tapi maq tak salahkan kuih yang tak gebu tu, biasanya maq salahkan tepung atau yis , Allah huakhbar.. Perempuan kan ,mana nak ngaku salah diri sendiri, 😂 #pengakuansebenar Setelah hampir 4tahun maq tak guna bahan yang ada yis untuk buat kuih sebab maq dah putus asa , baru baru ni maq teringin nak buat pau . Tu pun atas  permintaan anak anak maq yang kononnya teringin nak makan kuih pau. Buat alasan pandailah diaorang tu ,buat kuih ? Makkk jugakkk . Dan ? Ye , Maq search youtube ! Masyaa Allah , rupanya nak doh jadi gebu gebas , kita kena bancuh yis (mauripan) dengan air suam ! Alhamdulillah , doh maq menjadi ! Thanks Allah 😍. Tak sia sia maq search video di Youtube . Terima kas...

Laksa Penang paling simple.

Assalamualaikum. Untuk hari pertama berpuasa tahun ini,maq  sediakan menu simple buat family. Laksa penang mudah ! Bahan bahan nya : ❤Ikan mata besar - rebus dengan asam keping,lepastu blend isinya dengan air rebusan tadi. Nak kuah lebih tambah lagi air. ❤Cili kisar  1senduk ❤Dalam pinggan hijau tu- bahan untuk kuah : daun kesum, asam keping,bawang besar ( kalau nak pekat kuahnya ,tambah lagi sebiji dua bawang tu kemudian kisar halus ) , serai untuk elak bau ikan memenuhi ruang rumah. ❤Semua bahan atas ni dimasukan kedalam periuk .Kacau dan tetapkan rasanya dengan menambahkan garam. Masak sampai mendidih. ❤Dalam bekas hijau empat segi tu , bawang besar dan cili padi untuk ulaman . Semuanya dihiris halus ( ikut citarasa anda ) Antara bahan lain untuk hiasan dan penyedap laksa penang. Telur rebus , limau kasturi,sedikit daun kesum dihiris halus. Disebabkan daun salad lupa beli , so ianya tidak kelihatan disitu. ❤inilah rupa kuah laksa yang terhasil ...

Kek Coklat kukus Cara Maqnie

Assalaumualaikum Harini maq nak kongsi resepi kek kukus coklat yang pada maq sangat mudah dimasak . Dimasak dengan cara mengukus , so simple ! Bahan bahan  : 1cawan tepung naik sendiri 1 cawan serbok koko ( dua bahan ini diayak ) 2biji telur ayam 1cawan gula pasir 1sudu teh vanila esen 1cawan minyak masak 1cawan susu cair ( semua bahan diblender kecuali bahan yg telah diayak  ) Bahan yang diblender dimasukkan dalam bahan yang telah diayak . Kacau adunan hingga sebati .  Sapu acuan dengan sedikit minyak masak . Tuang adunan kedalam acuan , kukus selama 30 minit . Jika anda guna acuan yang besar , masak selama 1 jam . 30 minit tu untuk acuan macam maq pakai dibawah ni . * Bekas segiempat tupperware * Bekas ini boleh digunakan untuk mengukus makanan . Untuk adunan diatas ,maq dapat 2 biji kek kukus dengan bekas ini . Anda biasa lihat bekas macam nikan ? Biasanya tupperware datangkan satu set dengan 2 pcs . Maq guna kukusan periuk nasi keluara...