Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Selamat memilih

Assalamualaikum.. Tak sampai 10hari lagi rakyat Malaysia akan membuat pemilihan bagi pemerintahan negara 5tahun mendatang. Ya , 5tahun itu satu jangkamasa yang sangat lama. Jika baby baru lahir tahun ini , 5tahun lagi , dia sudah bersekolah ditadika. Tak banyak yang maq nak kongsikan kalini pasal pemilihan ini. Apa pun sebagai warganegara yang dah lebih 5kali memilih pemerintah untuk negaranya , ada sikit hal maq nak pesankan. -jangan terlalu taksub dengan parti yang telah anda pilih. Sebab memang tiap warganegara layak memilih pemerintah mereka. Dan yang pasti tiap undi adalah rahsia. -jangan buruk burukan parti lain ,jika tomahan anda bagi itu tidak betul , dosa adalah hak milik anda yang kekal . Walaupun PRU sudah pun berakhir lama. -jangan anggap undi anda tak penting kerana setiap orang wajib memilih ,itu hak warganegara Malaysia ,bukan hak orang luar ! -anak anak muda jangan pening bila terlalu disogok dengan kempen kempen oleh pihak penyokong sesebuah parti. Pergi

Anugerah

Assalamualaikum. Seorang sahabat maq tegur maq tempohari ,maq kenapa blog sunyi ? Apa cerita ? Alhamdulillah Wasyukurillah, bila usia bertambah , banyak urusan yang akan diuruskan . Termasuklah urusan dunia dan urusan untuk bekalan akhirat. Dengan Rahmat bersama kasih sayang dari Allah swt, pada 4 April 2018 , maq dan encik suami telah dianugerahkan seorang cucu perempuan pada lebih kurang  pukul 2.00pagi dengan cara pembedahan. Dan pada harini , baby dan mamanya berada dalam kesihatan yang memuaskan. Alhamdulillah. Perjalanan menjadi seorang "Tok mak" baru bermula. Semoga kehadiran Ainul Mardhiah bakal memberi keceriaan dan menambahkan lagi seri rumah tangga tok ayah dan tok mak . Eah tua nya bila dah dipanggil " tok " 😩 . Jenis makcik halia yang lambat sedar diri ni , 😂 Apa pun maaf kerana buat masa ini maq belum dapat updatekan gambar si cilik tu dimana mana laman social. Ini diatas permintaan kedua ibubapa baby. Esok esok kalau dah dapat keizin