Skip to main content

Asnaf ke 5

 Viral digroup whatsapp semalam.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Gambar diatas telah jadi isu hangat sejak dari petang semalam. Rata rata pengguna aplikasi whatsapp dah dapat gambar tersebut termasuk maqnie sendiri.

Pada awal nya agak sedikit terkejut lebih lagi bila baca pada tajuk utama berita tu. Apakah telah terjadi ? Apa pula bakal terjadi pada anak cucu lepas ni? Inikah tuntutan agama rasmi negara ? Betul kah ? Berita ni sahihkah? 1001 persoalan bermain diminda usang ini.

Untuk menangkis semua persoalan ,maq dah buat carian dihalaman google. Akhirnya jumpalah jawapan pada tiap tanda tanya itu.



Apa yang maq baca dan faham , Asnaf Al Riqab adalah golongan asnaf yang kelima yang layak dapat bantuan zakat. Mereka adalah golongan yang tersasar dari landasan agama .  Mereka akan dibantu oleh jabatan Agama sebagai langkah kesejahteraan masa depan mereka dan  negara. 


Kerajaan tak nak mereka hanyut terus terusan tanpa dipantau atau diberi perlindungan. Maka , dengan memberi bantuan zakat ini , mereka bakal diberi ilmu agama, ditempatkan disatu pusat pemilihan khas yang mana disitu mereka akan dipulihkan. Manakaal jabatan agama akan hulurkan zakat dengan cara bantuan seperti ini , bukanlah cash money seperti yang rakyat sangkakan itu. Bawah ini juga sedikit pencerahan dari admin group whatsapp sekolah maq.

Semuga beri manfaat

Apa yang diharapkan semua progrem kerajaan dan jabatan agama bakal membaik pulihkan  masalah aktiviti sosial yang tidak sihat dinegara kita ini ,inshaa Allah.


Pesan maq : doa yang baik baik untuk keluarga kita dan Malaysia baru kita..aamiin.

Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

Sejarah Parit Sulong

Assalamualaikum Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan " Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah  nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menan...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner 💕

Pantai Puteri,Melaka 2022

 Assalamualaikum. Semalam 1 Rejab 1443H.Waktu sedang sarapan ,encik suami ajak keluar.Dia kata pukul 9 .00 dah boleh gerak dan jangan lupa bawa kain telekung & sejadah. Haa..ni petunjuk bahawa kami akan jalan jauh.Bukan sejam dua jalan jalannya tu maq rasa. ok, sepantas kilat maq&aida bersiap. Dan tepat pukul 9.00 kami bertiga gerak keluar dari rumah. Kemana ? Bila dah masuk ke lebuh AMJ ,Maq syak kami akan ke Melaka ! Tapi kemana? Encik suami : Yang ,cari arah jalan ke Pantai Puteri.. Maq pun buka map google.1 jam 45 minit ,kami pun sampailah ke distinasi yang encik suami nak tu.Perjalanan tak jauh sangat tapi kesesakan lalu lintas dah melambatkan masa .Takpa ,janji dah selamat sampai. Alhamdulillah... ***Assalamualaikum orang Pantai Puteri ,orang Bee Pee nak tumpang menikmati keindahan disini kejap ya...*** Ceh ,mukaddimah dia .. sangat damai & tenang... Apa yang ada di Pantai Puteri? Pantai yang bersih✅ kawasan pantai yang panjang&luas✅ Air laut boleh mandi manda...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Aidil Adha 2025

  Bismillah, 10 Zulhijjah 1446H,  الله أكبر ، الله أكبر , الله أكبر   ، لا إله إلا الله  الله أكبر    ، الله أكبر ، ولله الحمد Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat sambut hari raya aidil adha.Tahun ni maq bertiga takda plan nak kemana mana cuti aidil adha ni sebab encik suami tidak berapa sihat beberapa hari ni. Mesin dah lama ,mesti ada ragam nya kan.Inshaallah semua akan baik baik je nanti.Tapi jika siang sikit nanti ,beliau tukar fikiran tak tau la. Anak anak kami yang dah berkahwin pun sambut raya dirumah mereka je.Sebab memasing ada projek raya tersendiri,angah pun tak dapat cuti raya haji kali ini.Raya shawal pun tak cuti.Alasan pihak atasan , katil wad akan dipenuhi dengan  pesakit bila hari raya, staff tak cukup.Its okey la.Dah tanggungjawab ,kenalah terima tugasan dengan redha. Ibu dan adik adik maq pun tak balik kampung raya haji ni.Mereka berkumpul dirumah adik maq di Pasir Gudang je. Maq masak apa untuk hari raya haji tahun ini?  Le...