Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Air Barli penyejuk badan

Assalamualaikum. Selamat bercuti. Harini Tahun baru Cina dah masuk hari kedua. Tapi awal pagi tadi masa maq nak beli ikan dan sayur sayur. Kedai melayu masih ada yang tutup sedangkan kedai cina dah hampir kesemua dah buka pintu. Hehehe this is Malaysian. Cuaca panas bedenting kat luar tu. Dari malam tadi , badan maq dah mula rasa "dedo" sebab semalam seharian maq ada aktiviti diluar rumah. Semalam,  seawal 8.00am dah keluar  rumah untuk menghadiri majlis walimatul urus dirumah sepupu encik suami di Layang Layang, Johor. Disebabkan pertama kali kesana,  perjalanan yang  google map kata cuma ambil masa 1jam 35minit dah jadi 3jam , haha Kelako pun ada. Bersama isteri abang ipar dan isteri adik ipar. Dan gelaran yang paling  sesuai kita panggil, ' biras'.. Lepas ke majlis sepupu, kami gerak balik kampung halaman maq pulak.  Koris here we come ! Lagi sekali kemeriahan terasa dalam suasana panas bedenting tu. Bonda ratu hati.  Banyak mas

Maq minta tolong kat anak anak

Assalamualaikum. Hai! Cuti cuti pun kena kemas rumah jugak kan. Tak cuti pun kena kemas jugak. Letih dah buat benda yang serupa hari hari. Macam mana nak minta anak anak  tolong kita urus kerja kerja rumah? Terutama anak remaja yang sekarangni semakin leka dengan gadget mereka. Ya kadang sebagai ibu bapa ni kita malas nak perintah itu ini dengan anak anak dan suami sebab diorang ni nak tolong pun ikut mood. Kadang ok,  kadang tu macam tak dilayan je kan. Jadi hari ini maq nak kongsi cara maq nak minta tolong dengan  anak anak . Pertamanya cara tu lebih kepada positif.  Ayat tak perlu kasar tapi maq buat cara gurau senda. Apa pun gurau senda tu ada lah terselit unsur teguran. Kadang pedih jugak telinga mendengarkannya hehe. Bawah ni contoh yang maq pernah buat kat rumah ni. - bila anak anak leka main fon. Masa tu maq pulak  busy kat dapur, bukan busy sikit tapi sangat busy. Maq nak anak anak tolong maq tapi nanti bila diarah mesti hati mereka tak selesa,lepastu buat kerja

Wabak Virus Wuhan

Assalamualaikum. Perkongsian dari page facebook.  Semoga sedikit sebanyak dapat mencegah kita dan ahli keluarga dari hal yang  tidak kita ingini. Ada yang kata info viral tidak perlu dikongsikan sangat sebab ianya hanya isu viral. Kesahihan tidak pasti lagi. Tapi bagi diri maq secara peribadi,tak salah kita peka dengan apa yang belaku disekeliling. Lagi lagi kalau cerita boleh diterima akal kenapa nak pertikaikan?Dan dengan itu tanpa perlu menyalahkan mana mana pihak, kita secara individu perlu ambil langkah berjaga jaga. Mungkin bukan untuk orang lain tapi untuk kita dan ahli keluarga kita. Berhentilah dari senantiasa berburuk sangka. Ianya tak elok untuk minda. WABAK VIRUS  WUHAN China telah mengesahkan Novel Coronavirus boleh berjangkit dari manusia ke manusia. Virus baru seperti ini biasanya berasal dari haiwan dan menjangkiti manusia apabila ada sentuhan atau daging yang telah tercemar dimakan. Di Wuhan, jangkitan virus tersebut berpunca dari South China Seafood

Vanilla Cake Marble

Assalamualaikum. Kek marble antara kek kegemaran maq sejak dulu. Layan dengan nescafe O pun dah rasa hidup ini penuh bermakna. Tapi tak semua kek marbel maq suka.Bawah ini antara resepi kek marble kegemaran maq.  Simple dan rasa lebih selamat dari makan kek kek lain yang dijual kat kedai tu,  yang mana ada campur macam macam bahan yang tidak sihat dan meragukan iman.Apa bahan yang tidak sihat tu?  Pewarna tiruan, ovellet, perasa tiruan dan apa je bahan bahan yang mana zaman nenek moyang kita tak guna pun untuk buat kek dulu dulu. Ok, ini resepinya. Telur 6biji gred B Tepung kek 250gram Margerin 250gram Gula pasir 200gram Esen vanilla 1sudu kecil Cara buatnya.  -panaskan oven 150*- 10minit - esen vanilla+ margerin + gula - mix - dah kembang + telur -mix lagi - dah ringan +tepung - mix sampai gebu - sapu loyang dengan margerin - tuang adunan dlm loyang - bakar 30minit - oven maq kena 2 kali bakar . - so maq bakar kali ke 2 (suhu 120' - 10minit.) - okey dah

Asmaul Husna untuk menjadi hamba Rabbani

Bicara hati memohon menjadi Hamba Rabbani: “Allahumma Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq, Ya Allah, Engkaulah satu2 pembimbing kami dalam hidup ini, pimpinlah kami di atas Jalan yang lurus yang telah Engkau tentukan di dalam Al Quran dan Hadis Nabi-Mu. Allahumma ya Haadi Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad, pimpin kami untuk mentauhidkan-Mu dengan sempurna dengan mengesakan-Mu, sesungguhnya hanya Engkau Ya Allah yang mampu menolong kami dalam hidup ini, hanya Engkau tempat pergantungan hidup kami.  Allahumma Ya Haadi Ya Quddus Ya Jalil, bimbinglah kami untuk menyuci segala kotoran2 syirik dalam hati dan fikiran kami dan Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin Ya Baaqi, perteguhkan ketauhidan kami kepada Mu Ya Allah. Ya Haadi Ya Haq Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad Ya Baaqi, pimpinlah kami setiap saat agar sentiasa berada di atas landasan tauhid sempurna kepada-Mu tanpa syirik kepada-Mu." Sumber : pengerusi biro wanita Taman  Bukit Perdana.

Perjalanan kita yang seterusnya

Assalamualaikum. Cuba baca perlahan sambil muhasabah diri. Kisah perjalanan  kita yang seterusnya. Gambar sekadar hiasan.  ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis salam dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bul

Kenapa Rasulullah tak pandai baca dan menulis?

Assalamualaikum. Pernah tak anda terfikir kenapa Nabi kita Nabi Muhamad SAW itu tak reti membaca dan menulis sedangkan bagindalah insan paling utama dalam islam ketika itu dan untuk sekelian manusia hinggalah tibanya hari akhirat? Menurut kata Ustaz yang pernah maq dengar dalam satu tazkirah ringkas diSurau Al Azim, Taman Bukit Perdana, satu masa dulu. Kata ustaz, Andai Rasulullah seorang yang pandai membaca dan menulis sudah tentu musuh islam akan mengatakan bahawa Al Quran itu adalah hasil  dari copy and paste Rasulullah dari sumber sumber yang lain yang baginda sudah baca. Dan pastinya mereka langsung tidak mahu nak percaya akan kesucian ayat ayat dalam al Quran itu nanti.  Dengan itu amat mustahil mereka akan percaya  pada kehebatan Rasulullah SAW serta agama Allah yang dibawa oleh baginda. Kalau dengan Rasulullah pun mereka dah syak wasangka, atau ragu ragu, apatah lagi dengan kitab yang Rasulullah bawa!  Sebab itu lah surah pertama yang turun  dan disampaikan kepad

Surah Al - Baqarah [25]- ayat pilihan

Surah Al-Baqarah : 25 Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata:  "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu";  dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. Sadaqallahula'zim

Surah An Nisaa' [4] : 19- ayat pilihan

Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.  - Surah An-Nisaa' [4] : 19

Kompleks Niaga Parit Raja apa cerita?

Assalamualaikum. Sejak setahun dua kebelakangan ini,  maq dan family kerap pergi ke Parit Raja, Batu Pahat pada setiap hari Ahad. Untuk? Pertama, encik suami suka berbelanja barang dapur di target, Parit Raja. Kata beliau, target disini lebih bersih dan kemas berbanding target di Bandar Batu Pahat. Dari rumah maq untuk ke Parit Raja ambil masa 20 minit kalau jalan tak sesak. Kalau  sebelah pagi jalanraya  tak berapa nak sesak jika dalam pukul 8+ macamtu,  berbanding sebelah petangnya dimana orang dah ramai keluar bersama keluarga untuk ' berlibur'. Keduanya, sementara target masih lagi berkunci pintunya, biasanya kami akan ke Kompleks Niaga di Pekan Parit Raja untuk bersarapan. Ada banyak makanan sedap disini, antaranya  Satey istana, lontong satey , lontong berlauk, nasi padang, mee rebus, kacang pool, nasi campur special, mee bandung ,soto dan macam macam lagi.  Boleh kata semua menu tu sedap dan murah! Lontong berlauk. Ada paru, babat, sambal tumi

Muhasabah diri

KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJALPUN TIBA. Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur!!Kaum muslimin akan melaksanakan kewajiban mereka: *1. Memandikan mu *2. Mengkafani mu *3. Mensholati mu *4. Menguburkan mu Yakinlah bahwa : Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu! Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu! Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu.!! Perekonomian akan terus berputar! Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain! Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris! Sementara ​kamu pula yang akan di HISAB atas segala sesuatu hingga perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil.! Yang pertama akan  terlepas dari mu, adalah namamu.. Saat kamu meninggal dunia: Orang2 bertanya : ​​Dimana MAYATnya?​​ Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu. Namamu tinggal kenangan belaka. Ketika mereka akan mensolatkan, mereka bilang : ​​Bawa kesini JENAZAHnya.!!!​​Mereka tidak lagi menyebutkan

Makanan dan minuman yang dilarang dijual dikantin sekolah

Assalamualaikum. Antara makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah. 1. Makanan berjeruk 2. Makanan yang dijual bersama permainan 3. Gula-gula dan coklat 4. Makanan ringan (junk food) 5. Makanan yang diproses 6. Teh dan kopi 7. Minuman tenaga/isotonik 8. Minuman berkarbonat 9. Minuman 3 dalam 1 10. Produk konfeksi ais dan ais krim. Ibu bapa dinasihatkan  supaya berbincang dengan pihak sekolah dan PIBG jika terdapat makanan dan minuman ini dijual di kantin sekolah. Untuk lebih banyak tip pemakanan sihat, boleh follow Twitter @BhgPemakananKKM Nota maq : just copy and paste then share ❤

Kawasan Halal Merokok

Assalamualaikum. Maq baru tahu ada sesetengah tempat mereka sediakan kawasan khas untuk perokok melepaskan asap rokok Di Malaysia ni. Ye, perokok Malaysia sangat beruntung. Padahal dalam masa yang sama penjual rokok lagi untung. Dia jual rokok tapi dia tak hisap pun rokok.  Dia dapat untung, perokok dan ahli keluarga perokok yang  rugi dan dapat sakit.  Tempat lain boleh mencontohi Starbucks Cyberjaya. Ada smoking station untuk mereka yang suka merokok. Tapi bila fikir secara logik,  apakah asap yang dihembus itu akan membeku ?Apa fungsi kawasan tu kalau ternyata asap tu sah sah lah akan terbang melayang layang disekeliling kawasan? Kenapa taknak tiru smoking area seperti negara Jepun dan Korea? Nah.. Kalau macam inilah tempatnya,  perokok tu nak keluarkan asap berapa banyak pun takpa. Pengsan pun diaorang masih dalam tu lagi, takda nak menyiksa pernafasan orang lain. Kalau anda bijak dan tahu hukum merokok disisi agama,  kesan sampingan merokok untuk tub

Nasihat ringkas ustaz kepada isteri, suami dan anak lelaki

Semoga beri manfaat buat anda dan maq.. Tuhan, tolonglah jagakan mereka

Kesan penggunaan steroid untuk otot sado

Assalamualaikum. Sedikit nasihat dari pakar mengenai kesan sampingan dalam penggunaan 'steroid' untuk mendapatkan otot yang sado. Ada seorang mamat kat gym ni dia bangga,  “Dalam 6 bln , dia jadi sado. Muscle dia membesar dgn cepat” . Bila tanya dia , dia guna steroid.  Jangan terpedaya dgn apa kat luar.  Anabolik steroid amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan masalah hati , masalah jantung dan paling teruk maut. - Nimelesh  @twitter  Nota maq : copy and paste ❤

Amalkan dua doa ini ketika musim penyakit

Doa mohon dijauhkan diri dari segala penyakit dan wabak.  Maq amalkan baca setiap kali selepas solat. Jika telah diduga sakit, tak salah berdoa mohonkan kesembuhan pula. Amalkan juga membaca doa ini selepas solat 5waktu.  Kedua dua doa diatas itu sangat berguna di musim penyakit dan wabak ini, biarpun kita berusaha cara perubatan canggih dan berteknologi tinggi, jangan sesekali kita lupa bahawa doa juga boleh menyelamatkan kita dalam banyak urusan.  Berdoalah kepadaNya. Keratan doa diatas tu maq dapat dari kitab surah Yassin seperti dibawah ini. Kitab Yassin yang ini,  mungkin anda pun ada simpan. Carilah doa doa tu didalamnya.  Sesungguhnya yang buruk Itu datangnya dari kita dan yang baik itu datang dari Allah. Jangan putus doa. Kepada yang sedang diduga, bersabarlah. Allah duga kepada hambaNya yang Dia sayang. ❤ Insha Allah.. 

Air Kosong berlebihan merbahaya?

Pengambilan air kosong yang terlampau banyak boleh menyebabkan Hyponatremia (water intoxification) yang memberi kesan kepada keseimbangan elektrolit (kepekatan garam) dalam badan. Ia membahayakan kesihatan kerana boleh menyebabkan sawan, koma dan maut. Saranan Panduan Diet Malaysia adalah minum banyak air setiap hari iaitu  antara 6-8 gelas sehari. Namun bergantung juga kepada faktor fizikal aktiviti, cuaca, dan status kesihatan individu itu sendiri. Sumber @BhgPemakananKKM Nota maq : Copy and paste*

Sabun dan Syempoo untuk Eczema

Assalamualaikum. Bawah ini sedikit info mengenainya eczema yang maq ambil dari akaun twitter Dr. Nimelesh @HausofHilton. Banyak info kesihatan yang beliau kongsikan disana. Antara ciri ciri  syempo dan sabun badan yang sesuai bagi yang bermasalah eczema adalah jenis yang tidak terlalu wangi ,tidak banyak berbuih dan bukanlah jenis antiseptik. Kerana jenis bahan pembersih seperti antiseptik, wangi dan banyak buih itu akan membuat kulit jadi lebih kering dan eczema akan menjadi lebih teruk lagi. Nasihat pakar Penjelasan pakar Penjelasan pakar Adapun ada beberapa orang warganet syorkan penggunaan beberapa jenis sabun dan syempo yang serasi dengan kulit mereka. Penjelasan pengguna Penjelasan pengguna Wow, penjelasan pengguna Okey,  penjelasan pengguna Dan pelembab yang disyorkan kepada masalah  eczema ialah Aqueous cream. Ada dijual di farmasi, klinik atau hospital. Jelas kan?  So lepasni hati hati bila ada orang promote produk kononnya