Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Info Gerak Malaysia

Assalamualaikum. Perkongsian info Gerak Malaysia untuk mereka yang mahu teruskan perjalanan setelah lebih sebulan terkandas dikampung halaman. Dapat dari group whatsapp, harap harap info ni dapat membantu. *Gambar sekadar hiasan.  Jadual perjalanan rentas negeri semasa PKP. Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing. 1 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Perak Johor Kelantan 2 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Perlis Kedah Pulau Pinang Melaka Pahang 3 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Terengganu Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Terengganu. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 3 Mei 2020 sahaja. Perjalanan Gerak Malaysia adalah sehala, bukan dua hala.Gerak Malaysia perjalanan sehala, bukan dua hala. Ramai juga yang b

PKP Tahap 4 bermula

Assalamualaikum. 29hb (semalam) bermulalah episod PKP tahap 4. Alhamdulillah perintah kawal pergerakan ini semakin memberi manfaat kepada rakyat. Sikit sikit bermasalah tu biasalah. Mana ada hidup takda masalah, kan? Bagi pihak maq sendiri,  benda paling seronok yang pihak MKN istiharkan semalam ialah, Alhamdulillah.. Maq dah ada peluang nak sarung kasut lepasni.Dah lebih 40hari kasut jalan jalan maq tu berhabuk kat rak. Kesiannnn.. Apa pun langkah langkah berjaga jaga masih lagi diperkuat kuasakan oleh pihak berkuasa. -pakai mask -jarak perjalanan kurang dari 10 km, kalau nak lebih 10km kena buat laporan kat PDRM. -jarak sosial 1meter -pakai hand sanitizer -elakkan berkumpulan Apapun demi keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri dan keluarga, elakkan lah dari terlalu kerap nak keluar masuk rumah tu. Bagi maq, dah terpaksa keluar nanti,   baru maq akan keluar. Lagi pun duduk dirumah diam diam lebih selamat kot. Lebih lagi pada bulan puasa ni, keluar nanti b

Hati seorang emak

Assalamualaikum. Harini Ety kena pergi hospital KL sebab  menghantar pesakit dari hospital JB yang memerlukan rawatan disana. Semalam, bila dia cakap nak ke KL je, automatik hati maq rasa tak tentu rasa. Maq memang gini,  cepat sangat  terasanya. Along pun berpesan pesan kat adik dia tu,   dalam ambulan nanti banyakkan zikir disepanjang perjalanan. Maq kata selawat jugak! Yep semua orang risau. Entah kenapa.. Mungkin sebab sekarang musim wabak corona. Virus dimana mana. Atau jugak mungkin kami risaukan keselamatan Ety. Atau jugak sebab kami dah lama tak jumpa Ety. Atau jugak sebab bulan puasa then  pekerja yang outstation tu kesian tak dapat  nak ngeteh ,Allahhuakhbar... Jadi mak mak ni banyak sangat fikirnya. Bawah ni , antara perbualan seorang emak yang jiwanya kerisauan didalam group whatsapp. Tapi soalan yang last tu nampak sangat yang emak dia belajar  tak sampai university! 😂 Klik gambar kalau nak nampak jelas* Semoga dipermudahkan semua urusan k

Aktiviti tadarus dirumah anjuran biro wanita Taman Bukit Perdana

Assalamualaikum. Harini masuk hari ke 5 ramadhan. Alhamdulillah, aktiviti bertadarus dirumah bersama keluarga anjuran biro wanita Taman Bukit Perdana, sedang berjalan lancar.  Penyertaaan disertai oleh 38 buah keluarga yang merupakan penduduk taman ini jugak. 📚 *AL QURAN DI HATI KU*📚           *T. MULA :  01 Ramadhan 1441* *T. AKHIR : 30 Ramadhan 1441*           *JUZUK   📗    NAMA* 1. 📗 - Normaizan bt  Asli serta keluarga 2. 📗 - Maizatun bt Abd. Manan serta keluarga 3. 📗 - Aniza bt Hassan serta keluarga 4. 📗 - Masrila bt Hassan serta keluarga 5. 📗 - Zaliha bt Abd Samad serta keluarga 6. 📗 - Hjh Muzainiah bt Mohd Bajuri serta keluarga 7. 📗 - Hawa bt Paiman serta keluarga 8. 📗 - Latifah bt Saim serta keluarga 9. 📗 - Norwati bt Omar serta keluarga 10.📗 - Faridah Hanim bt Abd Rahman serta keluarga 11.📗 - Hjh Masnah bt Jamin serta keluarga 12.📗 - Asaliwa bt Abd Kahar serta keluarga 13.📗 - Norsiah bt Atan serta keluarga 14.📗 - Hjh Marfoah bt Saarani

Sembang minggu pertama Ramadhan 1441 H

Assalamualaikum, Harini Ramadhan dah masuk hari ke 4 Minggu pertama,  untuk tahun  1441 ( 4/9/1441). Alhamdulillah. Blog ni agak sepi sebab maq masih lagi rasa kekok dengan jadual baru bulan puasa ni. Dengan suasana masih lagi dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan covid19 , puasa kalini maq rasa macam best jek. Tak perlu nak terkejar kejar memasak,  tak perlu masak menu banyak , tak perlu berpenat penat sebab maq dah bagi tugasan kepada tiap orang.   ( padahal dalam rumah ni cuma ada 3 orang jek  pun hehehe) Makan sahur? 4.00pagi , maq dah masuk dapur. Siapkan sejenis je lauk. Sebab dah janji makan cuma nak dapat pahala sahur dan sekadar buat alas perut. Bancuh Nescafe tarik tanpa putus, siapkan meja. Anak bungsu tolong kemaskan meja dan cuci pinggan. Encik suami cuma mampu tolong tengok dan makan jek.😂 Lepastu kami buatlah apa patut sementara tunggu azan subuh. Biasanya diaorang online facebook. Maq?Maq adalah buat kerja sikit hehe. Makan berbuka? 5.00petang

Tragedi Pulau Bidong

Assalamualaikum. Sejarah memang sudah berulang, bukannya mungkin berulang. TRAGEDI PULAU BIDONG, KEDAULATAN DIANCAM, JANGAN SAMPAI DIULANGI ROHINGYA Keputusan kerajaan Bangladesh menggazetkan sebuah pulau tak berpenghuni di wilayah selatan Chittagong untuk menempatkan pelarian Rohingya telah menyebabkan ramai yang mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak mencontohi tindakan berkenaan iaitu dengan menggazetkan satu kawasan khas untuk menempatkan pelarian Rohingya. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Malaysia tidak menandatangani  Konvensyen Pelarian 1951 untuk melindungi pelarian secara tetap di negara kita demi menjamin kedaulatan negara. Sungguh pun begitu, kita tetap mengizinkan mana2 pelarian untuk transit di negara kita sebelum dihantar ke negara ketiga. Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dek kerana terlalu bermurah hati dengan menerima pelarian di negara kita satu ketika dahulu? Ia digelar tragedi Pulau Bidong. Kisahnya bermula apabila Malaysia men

Tiada siapa mampu mengubah kita kecuali kita

Assalamualaikum. إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ "Kalau kamu zahirkan sedekah² itu (secara terang ), maka yg demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yg baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah² itu serta kau berikan kepada orang² fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu;dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan² kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah 2:271) Kalau anda nak tahu, sebelum sebelum ni maq cuma anggap.Kalau nak bersedekah,   tak perlulah nak bergambar bagai dan berkongsi dengan masyarakat lain diluar sana, kerana itu lagaknya seperti membuka aib orang yang menerima.. Tapi ternyata sangkaan maq itu adalah salah dan bersedekah  ni ada cara tersendiri  yang  boleh diguna pakai. Ada orang bersedek

Surah Al Baqarah ayat 186- ayat pilihan

Surah Al-Baqarah, :186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Sadaqallahula'zim.. 

Cepatnya masa berlalu

Assalamualaikum. Harini entah kuarantin dah masuk hari keberapa pun maq dah lupa. Yang maq tahu, minggu ni dah masuk PKP tahap ke 3 dan Insyaallah, Jumaat nanti semua orang islam satu dunia akan menjalankan ibadah berpuasa dibulan Ramadhan. Tadi pun maq ada tanya Aida, "Kita ni  puasa esok ke lusa ekk? " Aida pakat gelak sambil garu kepala. "lusa lah mak.. Esok masih kena masak tengahari lagi . Mak jangan macam macam, nanti buat buat lupa, esok Jumaat elok je buat sarapan untuk ayah pulak ,hehehe " "haa tulah yang maq risau tu. Nanti semua orang dalam rumah ni makan sahur pukul 8.00 pagi pulak. " Aida gelak  .. Sejak Perintah Kawal Pergerakan ,hari pun maq boleh lupa. Tarikh apatah lagi.  Paling sedih,dah lama tak pakai kasut untuk jalan jalan. Rindu nak ngeteh dan rindu nak sarapan roti banjir. Rindu nak pergi shopping bawang, sayur, cili dan jajan. Rindu nak balik kampung jumpa keluarga. Rindu nak kesana kesini, kesana kesini.. 😭 Jujur

Berjaya Dengan Jayanya

   " masa nak masuk tu,  pekerja pasaraya cakap, pelanggan yang berumur 55tahun keatas ,sila masuk lalu  pintu belakang, yang 55tahun kebawah sila masuk lalu pintu hadapan ye. " ..abang berdiri je sambil beratur kat pintu depan. Abang tahulah umur abang berapa kan. Rambut abang ni je buat  nampak macam umur 55tahun keatas ! " "Masa tu dahi abang dah menitis nitis peluh. Abang risau jugak kot abang tak lepas masuk kedalam... " "abang tuju tempat tu,  ada 3 orang lelaki kat situ, leka membelek belek benda yang abang cari tu.. Abang pun belek lah sama. Pusing pusing benda  tu,tapi tak jumpa pun plastik yang serupa macam sayang share dalam whatsapp . Tiba tiba abang nampak tulisan 32cm. Haa jumpa pun! " " Eh tiba tiba datang seorang perempuan ke tempat  kami berdiri. Lelaki yang awal awal ada kat situ terus pergi macam tu jek. Diaorang tak beli pun benda tu.  Abang masih berdiri. Pedulik apa aku kata abang dalam hati bila orang perempuan yang

Pesanan SMS dari MKN 2020

Assalamualaikum. Harini sengaja maq kongsi beberapa pesanan ringkas (sms) dari MKN (Majlis Keselamatan Negara) kat dalam blog ini. Ini semua pesanan pesanan yang maq dapat dalam galeri sms fon maq. Zaman serba serbi canggih ni, bukan selalu orang nak hantar sms kat kita, ye tak? Tapi sejak  PKP covid19 ni, rajin naw dapatnya. Sis is teruja gitu. Jadi maq pun ambil keputusan untuk copy & paste dan simpan kat blog ni. At least ada jugak kenangan kenangan waktu PKP covid19  pada 2020 ni. Sentimental value ni uii, 😂  ( macam dah takda kerja lain dah aku ni,hahaha ) PKP tahap 1 : ❤RM0. PERINGATAN Jika ada keperluan untuk membeli barangan keperluan/ubat-ubatan, hanya seorang wakil atau ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar dari rumah. ❤RM0. RM500 juta peruntukan tambahan akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan perubatan bagi usaha menangani COVID-19. ❤RM0. Tindakan tegas akan diambil oleh MCMC dan PDRM untuk mengekang berita palsu menge

PKP fasa 3 Makanan kena kawal

Assalamualaikum. Masa PKP fasa 1 - masak, makan, masak, makan itu indah. Maklom cuti panjang katakan. Apa je stock kat dapur maq buat juadah. Buat kuih, kek, kudapan dan macam macam lagi yang boleh diadun untuk dijadikan pengenyang perut. Yang penting orang dalam rumah ni sentiasa ada benda nak dimakan waktu cuti. Bila masuk PKP fasa 2 - dah setengah bulan dok makan tidur, makan tidur, maq cuba serasikan cara makan untuk diri maq yang serba serbi ' sihat' ini supaya apa yang maq makan tidak memudaratkan diri sendiri. Sebab bila kerajaan kata sambung lagi PKP 2 minggu, maq dah tahu, aktiviti keluar masuk maq pastinya sudah terhad. Peluh keluar pun dah tak macam sebelum sebelum ni. Sis akur. Dan minggu ni,  bila masuk lagi fasa seterusnya ( fasa ke 3 ), bermakna lagi 2 minggu kena bertahan didalam rumah yang tidak seluas mana pun ni,  satu lagi usaha penjagaan pemakanan  kena diusahakan. Kurangkan kabohidrat, minyak dan lebih pada serat dan air. Sepertimana saranan KKM

Dapur Lock Down

Assalamualaikum. Bermula dari 18March sampai lah 28April 2020 rakyat Malaysia diarah duduk dirumah. Kalau keadaan masih tidak memuaskan, perintah kawal pergerakan bakal dilanjutkan lagi dan lagi. Sekarang ni pun macam macam peraturan,  tindakan dan undang undang dah dibuat. Dari roadblock oleh PDRM, lepastu ATM join hinggalah akhirnya pasukan JPJ pun turut sama join, tapi sedihnya masih ada lagi rakyat yang degil. Seolah olah mereka mencabar arahan yang diberikan oleh kerajaan. Rakyat macamnilah yang susah nak dididik. Akhirnya hukuman penjara telahpun diambil sebagai jalan penyelesaian bagi pesalah pesalah melanggar arahan  PKP fasa 3 ni. Keberkesananya masih belum terjawab lagi. Apa pun Alhamdulillah  setiap hari ada penurunan kes baru yang dilaporkan oleh KKM . Walaupun masih ada kes yang tidak dapat diselamatkan, namun peratusnya adalah agak kecil berbanding kes kes kematian dari negara negara lain yang sama menghadapai wabak ini. Walaupun tujuan utama duduk dirumah tu

Produk Paling Rare Nak Beli Masa PKP

Baca doa dulu sebelum teruskan membaca...  Assalamualaikum. Sejak PKP wabak Covid19  ni,  part shopping  menyopping ni 100% adalah kerja encik suami selaku ketua keluarga kami. Bila dah masuk tahap 3 PKP, ( lebih sebulan) bermakna ada beberapa  barang keperluan peribadi maq dah mula menyusut. Alaaa.. Ni yang lemah ni. Maq : bang, bila abang ada keluar lagi beli barang ? Encik  suami : Minggu depan la. Abang kan keluar seminggu sekali je. Maq : bang,  boleh kirim tak? Encik  suami : nak beli apa? Maq : ala,  takut salah beli pulak nanti. Hmm. Encik Suami : cakap je, tunjuk gambar, nanti abang carilah. Maq : okey, belikan ni.. Barang rare ni, boleh?  Tapi check  betul betul sebab dia ada banyak jenis dan pattern. Ni haaa.. Maq : ada wings ,saiz 32cm ,maxi night ,lain lain produk jangan beli. Nanti tak selesa pakai. Encik suami : aduu  apa cerewat sangat ni???? Maq : dah agak dah.. Tapi itulah produk  paling sesuai untuk isteri abang ni. Lama dah guna

CARA MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL

Assalamualaikum. Memandangkan Ramadhan dah nak dekat, jom semak semula cara bacaan bila terjunpa Hamzah Wasol di depan ayat ataupun kalimah didalam Al Quran. Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni? A. Attakhazu B. Ittakhazu C. Uttakhazu Jawapannya ? Sila komen.  😃 ADA 4 CARA MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ ) 🌹-Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas. Contoh : (ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ) [Surah Ya-Seen : 65]Cara bacaan : Al-Yauma Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ianya ada 3 bentuk ; ❤Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan. Contoh : (ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ

ILTIQA’ SAKINAIN

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang tu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Baris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Surat 190 Surah At Tauba

Alat untuk ambil sample covid19

Assalamualaikum. Rupanya inilah swab yang digunakan untuk ambil sampel covid-19. Swab ini dijolok kat hidung dan tekak sampai pemegang  warna oren tu. Jadi pilihlah sendiri ,sama ada nak duduk rumah ke atau nak kena jolok hidung. Copy and paste ❤