Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Pesanan Syeikh Ali Jaber

 Assalamualaikum. Pemergian tokoh agama kesayangan ramai iaitu Syeikh Ali Jaber amat menyentuh naluri maq. Walaupun tak pernah jumpa depan depan tapi ilmu dari ceramah nya dah banyak maq dapat dan ada yang dah pun maq amalkan. Lagi sayu dihati ini , sejujurnya hampir setiap pagi,bila bersarapan seorang diri ( biasanya memang seorang je maq sarapan pagi ) maq akan buka youtube ceramah beliau. Kalau tak sempat pagi,maq akan dengar sebelum tidur pulak.  Tak kiralah dari mana asalnya beliau ,yang maq perlu adalah ilmu yang disampaikan.  Alhamdulillah tak pernah bosan mendengarnya. Biarpun slang beliau tidak berapa jelas dalam  bahasa melayu tapi slang indonesia beliau boleh lah maq paham,inshaallah. Arab ngomong indonesia  ,menarik kan? Antara pesanan beliau yang maq amalkan. ♥️Hari Jumaat selawatlah banyak banyak. Sedang buat apapun ,berselawatlah. ♥️Sebelum tidur pastikan baca surah Al Mulk.Semoga mendapat perlindungan dialam kubur. ♥️Bahagiakan ibubapa tanpa mengeluh. ♥️Anak anak disara

Ulam Raja vs Ulam Permaisuri

  Assalamualaikum. Maq suka makan ulam.Pucuk tenggek burung,pegaga,pucuk ulam raja dan semua jenis ulam memang kegemaran maq. Tabiat ni bukan masa tua sekarangni je maq amalkan ,tapi sejak zaman budak budak lagi. Orang tua maq memang suka berulam. Sampaikan pucuk kari pun kami makan,apatah lagi peria yang pahit tu,dah macam makan snack ! 🥰 Tapi rupanya dah tua gini maq baru tahu.Pucuk ulam raja ada jenis nya. Ada untuk ulam,ada untuk bunga hiasan. Allahhu ,selama ni sis main telan jek lahai.. warna pink ( ungu cair ) inilah warna untuk ulam raja yang sesuai dibuat ulam.Bunganya kecil dan selapis je . Ini bunga untuk jenis hiasan jek,daun nya tak boleh buat ulam. Ada orang makan dan mereka dah alami cerry berry 😷.Bunganya berlapis dan agak tebal. Tapi tengok jelah,daunnya sepesen, serupa ,seiras.Ia adalah sama ! kalau maq jumpa ,sah sah maq kata 'sedapnya buat ulam'.Padahal ini jenis spisis pokok bunga taik ayam,pokok hiasan taman. Bukan pokok ulam raja !😭 Penjelasan dari pak

Buku Lama Dari Mana Datangnya

  Assalamualaikum. Alhamdulillah ,sehari lagi diberi peluang menikmati keindahan dunia ciptaanNya.Maha Suci Allah.. Pagini entah kenapa tangan ni tetiba je berminat kat buku buku yang tersusun atas meja bacaan tu. Selalu maq takkan baca buku kalau tengah sibuk urus rumah. Harini sambil tunggu mesin basuh buat kerja ,tanpa sedar ,maq ambil buku ni.  Mulanya cuma tertarik baca perkataan ni jek. Kemudian terus selak helaian lain. Maq kalau nak baca buku,maq akan baca dulu yang ini. Isi kandungannya, tajuk tajuk utamanya dan mukasuratnya. Lepastu maq pilih tajuk yang paling menarik dipandangan mata.  Nama penulisnya. Mohammad Qayyum A.Badaruddin.  Anda kenal siapa beliau? maq tak kenal. Cuma pada biografinya beliau merupakan seorang anggota tentera dan berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Apa yang diberitahu beliau dah pun menulis 18 buah buku.Masyaallah.. Bukan biashe biashe ni.  Buku ni buku lama.Cetakkan pertamanya pada tahun 2008. Yang kat tangan maq ni adalah hasil dari cetakan kedua,

Tanda Dah Matang

  Assalamualaikum. Tua tak semestinya matang. Ayat tu biasa kita dengar kan. Kadang baru habis SPM tapi pemikirannya kalah orang tua. Kadang tu umur dah tua dah ,cucu dah keliling pinggang , tapi perangai tak macam atok atok pun. Lagi lagi jenis atok yang ' happy go lucky ' ,anak cucu dah macam kawan kawan.  Itu cerita biasa... Tak kiralah dia tua ke ,dia masih muda ke. Apa kah tanda yang sesaorang tu sudah matang? Sabar itu indah ...

Jadilah Pendengar Setia

  Assalamualaikum. Dalam keadaan cuaca sejuk sekarang ni,nak sentuh air memang bercinta sungguh kan.Lepas masak sarapan dan cuci pinggan mangkuk,maq cari sweater terus duduk diam.hmmm hati berbisik , " nanti nantilah mandi.." hahaha ini adalah rahsia. okeylah ,kita  abaikan kisah orang belum mandi tu,jom berblogging! Indah sekali.Pokok peria kat belakang rumah kami dah berbunga.Apakah ia bakal berbuah lepasni? Tengoklah rezeki nya nanti. Kalau ada ,adalah... kisah pokok peria itu adalah iklan**😂 Mungkin anda tak tahu, walaupun maq adalah seorang surirumah yang tiada kelulusan tinggi, Maq rasa ,hidup maq sampai ke hari ini hanya berpandukan pada pengalaman. Alhamdulillah ,dengan izin Allah ,pengalaman itu bukan saja mendewasakan maq malah ia dah menuakan maq jugak !  Alhamdulillah... Dan kalau anda nak tahu lagi, walaupun maq bukan seorang pakar motivasi, ramai kawan kawan ( biasanya komuniti terdekat ) mereka akan cari maq bila mereka menghadapi kemelut jiwa. Biasanya peremp

Darurat Dan Jangan Panik

 Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat untuk

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Nombor rahsia dibelakang bekas plastik

 Assalamualaikum. Terjumpa satu post dalam facebook berkenaan nombor nombor yang selalu kita nampak dibelakang ( bawah )bekas plastik. Terutama produk plastik dari Eco shop. Antara produk plastik yang selalu kita jumpa. Jom cari maklumat pasal nombor nombor yang tertera pada produk plastik tu. Nah,pilihan ada dipihak anda. Bukan tak boleh guna plastik ni,tapi ikutlah seperti yang telah dilevelkan mengikut piawai produk tersebut. Bila dah tahu,maq mulalah belek plastik yang ada kat depan mata maq saat ni. nombor 5 untuk bekas simpan ubat maq. Okey 'pilihan selamat ' katanya. nombor 5 jugak untuk bekas simpan kuih bahulu tu. Alhamdulillah selamat jugak. Yang tak selamat kuih bahulu cermai tulah. Siang sikit habis licin lah tu heheee Maksud untuk nombor 3 dan 6  tu ialah kalau boleh jangan dibuat isi makanan. Kalau dah ada pun ,jangan pulak dibuang. Tapi gunakan untuk isi barang barang lain yang bukan jenis makanan.  Kenapa tak boleh? pakar plastik beritahu ,ia boleh merembeskan s

Pesanan 2/1/2021

 

Apa khabar saliran ditempat kita?

 Assalamualaikum. Harini hari kedua 2021. Hujan sejak semalam belum lagi berhenti. Biarpun tak lebat ,tapi ia ada. Kadang gerimis,kadang lebat. Semalam pun ramalan cuaca ada mengatakan Johor dan Pahang akan dilanda ribut dan hujan hingga lewat hari ini. Allahhuakhbar. Bila hujan macamni,maq terbayang keadaan rumah dikawasan kawasan tanah rendah,kawasan peparitan yang sempit, kawasan kawasan yang tidak lagi diselanggarakan. ye, kalau dulu,bulan 9-11 , JPS/MPBP/JKR dah mula buat persediaan. Ada yang dah mula korek parit parit disekitar kawasan kampung , ada yang dah korek anak anak sungai. Dah mula bersihkan longkang longkang besar disekitar bandar Batu Pahat. Ada yang dah menebas rumput rumput liar didalam sungai atau di taliair.  Itu dulu. Dulu tu maksud maq zaman maq kecik. Setiap tahun JPS akan hantar jentera berat yang masa tu kami panggil " enjin kerok ", yang kerjanya mengorek  keluar tanah lumpur,rumput rampai dari dalam sungai dan menjadikan dasar sungai semakin dalam

Malam tahun baru di persisiran Pantai Terengganu

Assalamualaikum. Sambutan malam tahun baru yang disambut meriah dipersisiran pantai. Jom saksikannya. Allahuakhbar.. katanya kejadian ini berlaku disalah satu persisiran pantai dinegeri Terengganu. Mungkin orang Terengganu boleh mengesahkan kesahihan kejadian ini. Dunia kian tua,alam sudah letih . Doa yang baik baik buat semua.  Waallahhua'lam..

Pesanan 1/1/2021

 

Entri pertama menjelang 2021

  Assalamualaikum. hari pertama 2021, Jumaat ,penghulu segala hari.. Bandar Batu Pahat,disirami hujan sejak awal pagi. Dalam kedinginan pagi dan hujan,encik suami pergi kerja. Tiada cuti tahun baru di syarikat. Itu kata beliau. Oh..okey fine- Sang isteri terpaksa akur.. Meriahkan hari pertama 2021 ini dengan berselawat . Siapa lagi nak memuja Nabi Muhamad s.a.w. kalau bukan umat umatnya sendiri. Siapa lagi umat Muhamad yang tinggal sekarangni kalau bukan kita semua. Masyaallah tabarakkalllah.. 2021 ,teruskan niat perbaiki diri. Minta Allah pegang hati supaya tidak berbolak balik dalam agama.  Minta Allah bantu dalam urusan mengawal nafsu yang merosakkan iman dan mohon Allah memberi kita rasa cukup pada setiap nikmat yang DIA dah beri.. Aamiin ya Robbal alamiin..