Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026

Team Blogger Hantar Email

  Bismillah, Sekarang  'Blogger' dah ada berbagai syaratnya. Baru baru ni Maq dapat email dari team blogger yang menyatakan beberapa video Maq akan dihentikan penyiarannya sebab tak menepati etika blogging.Haa gitulah kot ayatnya lebih kurang. Yang lawaknya Maq sendiri pun dah lupa video tu tahun bilakah Maq post.Entah entah zaman Maq baru nak menapak dalam dunia blogger 14 tahun dahulu.Masatu, lepas taip entri terus post. Bukan ambil tahu hukum hakam dan tata tertib Blogging pun.My bad. Team blogger kata maq boleh je 'request' untuk dapatkan semula video video tu kalau Maq nak.Diaorang ada bagi link. But the simple answer from Maq is , taknak! majok!😂 Team bagi tempoh sebulan untuk Maq buat 'request'. Ishh no need la,you all nak delete ke ,nak simpan ke,its okey.Maq tahu memang takda yang kekal kat dunia ni.Semuanya bersifat sementara sahaja.Okey, i'm fine ❤ Merajuk berjemaah ! 🤣 Okey maklom,terima kasih 😌

Bernafas Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

  Bismillah, Sila tonton video dan ikut setiap arahan yang diberikan.Lakukan 10-15 minit.Katanya cara ini boleh turunkan tekanan darah tinggi dengan lebih cepat.Serius lah!? Jom lah cuba !  ❤ **Kalau korang nak set kan 10-15 minit, ikut je kat  Video ni, tonton ulang ulang sampai cukup masa yang korang nak.  ( <~ klik )

BMI Bakal Haji 1448H

  Bismillah, Untuk tahun 2027 nanti,syarat BMI saringan kesihatan untuk bakal haji nampaknya semakin ketat. Kalau dibandingkan dengan BMI haji tahun 2026 yang lalu,tahun 2027 ada sedikit perubahan. BMI bakal haji 2027 sumber : KUJDT  BMI Bakal Haji tahun 2026. Semoga yang baik baik sahaja untuk semua. Kesihatan yang "mampu" juga satu keperluan buat bakal haji.

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

  Bismillah, Kalini Maq nak kongsi cara macam mana nak daftar kursus asas haji. Takda syarat yang menghalang korang untuk join kursus ini.Dapat tawaran haji atau tidak,  semua muslimin dan muslimat diMalaysia layak untuk sertai kursus asas haji.Yang dah pernah pergi haji pun ada yang join.Sebab mereka suka cari ilmu.Masyaallah. Jom lah ikut step kat bawah ni untuk tau cara nak daftar kursus asas haji. 1 - Sebelum nak join ,korang kena tahu lokasi kursus akan dijalankan.Kena check dekat Thjari untuk cari lokasi yang terdekat dengan tempat tinggal korang.Nanti bolehlah pilih tarikh dan hari kursus  berlangsung yang  bersesuaian dengan waktu yang korang boleh pergi. 2- Kemudian kena jugak pastikan yang korang dah install MyDigital ID.Dan jangan lupa daftar je terus id korang.Awal tak kalut.Tak pandai? suruh anak buatkan. 3 - Bila dah sampai tarikhnya ,pastikan fon korang tu ada internet.Zaman now semuanya dihujung jari.So siapkan data fon awal. 4 - Nanti diatas meja daf...

Tiktok Beri Maq Kesedaran

  Bismillah, Semenjak doktor KKBP suruh Maq main fon untuk legakan stress supaya tekanan darah tinggi Maq boleh terkawal. Maq dah jadi semakin kerap online laman sosial.Kalau korang biasa dengan laman sosial Maq,Tiktok dan facebook Maq dah aktif. Kalau free je Maq akan update video atau status kat facebook dan tiktok.What's on your mind? Hahaha sengaja le tu nak ajak orang buang masa! Tapi apa usaha Maq supaya Maq tak online dengan sia sia? Kalau dulu Maq akan update iklan jualan produk kononnya nak cari duit poket tapi sekarang tak lagi. Pada Maq secara peribadi,biarlah Maq update kata nasihat yang boleh buat merawat jasmani dan rohani untuk Maq terutamanya dan buat mereka yang sudi nak baca dan tonton semua video Maq. Mungkin korang tak percaya kalau Maq akan tonton semula semua video dan status lama yang Maq dah post dari tahun tahun sebelumnya. Video ke,gambar ke,posting blog ke,memang Maq akan buka semula.Atleast apa yang Maq pernah update tu biar Maq tak lupa.Maq akan ambil y...

Nasihat Ustaz

  Bismillah, Sedikit perkongsian. 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat 4 rakaat, 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur, 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun, 8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. 11.Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. Sumber : Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti sama ada ianya dah pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ni,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penatkan jari nak belari masuk link facebook tabung haji tu lagi. Musim jerebu macam sekarang ni semuanya nampak samar samar,itu amat membahayakan. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang...

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Pantai Perpat Di Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Video Pilihan 2026

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  Apa pun sedang belaku diluar sana,teruskan berselawat dan berdoa yang baik baik untuk semua❤

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Doa Baik Baik Saja

  Bismillah, Semoga kita dan semua ahli keluarga kita tergolong dalam golongan yang baik baik hingga keakhirnya❤

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos, melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe jangan percaya! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut taufan pun ada. Macam macam jenis nasi ada.  Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.K...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...