IPU Negeri Johor Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie.Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadirkan undangan majlis orang raikan anak mereka jadi raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat sampai harini ( 5hb September). Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung,nasi hujan panas ,hujan ributlah.Macam macam ado.Semua itu rezeki. Dalam sehari ada sampai 3/4 rumah yang nak kena pergi.Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Last² balik rumah tekak jadi loya sebab semua rempah ratus dan manis manisan tu sedang rancak berperang dalam usus perut.Maklom sistem ba...