Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Adam Aisy 6 Bulan

 Bismillah, Terima kasih Allah.Diam tak diam ,cucu maq yang ke 3 - Adam Aisy dah berusia 6 bulan.Bermakna dah 6 bulan jugak dia berada disamping Tok mak dan Tok ayahnya dan juga bermakna dah 6 bulan Adam Aisy duduk berjauhan dari ibu dan ayahnya. Alhamdulillah ,Allah jaga kami dengan sebaik baik penjagaanNya. Bila dah masuk 6 bulan, - Aisy dah makan bubur nasi + sayur/buah - Dah pandai meniarap & berpusing 360° - Mulut dah riuh berbual - Dah pandai guna walker biarpun hanya kejap² je dalam tu - Dah tau nak ikut orang berjalan ,tak boleh dengar tok yah atau mak usu ambil kunci rumah, confirm aisy akan menangis nak ikut. Video pertama yang atas dirakam beberapa hari sebelum maq pergi umrah.Dia tau kot dia nak kena tinggal ,majuk !  Video ke 2 ,masani kami dah sampai rnr Senawang,Nogori . Berhenti untuk sarapan sebelum gerak semula ke KLIA. Hampir setiap hari maq akan hantar video pendek Aisy kat ibu ayahnya sebagai pelepas rindu.  Maaf ,Video last tu : bila ibu Aisy lambat balas wasa

Ziarah Masjid Nabawi bersama Ustazah Asma' Harun

 Bismillah, Bila dah sampai di Madinah, selain aktiviti ibadah didalam Masjid Nabawi,kami juga berpeluang menziarahi kawasan disekeliling masjid. Kalini Ustazah Asma' dan Suami beliau turut sama menyertai kami. Kami dipimpin oleh 2 orang mutawwif iaitu Ustaz Najmudin dan Ustaz Safwan.Alhamdulillah semua berjalan lancar. Alhamdulillah..

5 Tips Mulakan Perniagaan

 Bismillah,  5 Tips Penting Buat Anda Yang Mahu Mulakan Perniagaan Dengan Yakin. 1. Berani dan tidak berasa malu Anda perlu berani dan buang rasa malu untuk promosikan produk atau perkhidmatan anda. Asas utama menjual adalah untuk beritahu orang tentang produk kita. 2. Platform berhubung dengan pelanggan Sudah jalankan promosi produk dan raih kepercayaan pelanggan, anda perlu sediakan satu platform untuk pelanggan berhubung dengan kita. Paling mudah guna whatsapp. Kalau boleh balas dengan cepat sebab jika balas lambat nanti dia lari ke seller lain. 3. Berinteraksi bersama pelanggan Selepas anda pos barang pelanggan, jangan lupa untuk tanyakan feedback pelanggan. Jika dapat maklum balas positif, anda boleh minta izin screenshot untuk dijadikan review dan jika negatif, anda boleh perbaiki perkhidmatan anda. 4. Buat senarai database pelanggan Paling penting 3 benda ini anda perlu simpan iaitu nama pelanggan, nombor telefon dan jumlah pembelian. Database pelanggan ini penting kalau nak ste

Makan Malam bersama UAH dikebun kurma Aryaf Taibah

 Bismillah, Dari group whatsapp Umrah 16 Oktober -27 Oktober 2022 ,ini pesanan dari mutawif kami. Ini merupakan salah satu dari aktiviti luar kami di Madinah ketika umrah bersama Ustazah Asma' Harun tempohari. Saat yang memang maq tunggu  tunggu sebab teringin sangat nak pergi ladang kurma waktu malam.Nak makan nasi arab bersama menu pencuci mulut iaitu Kunafa dari air tangan orang arab sendiri.Air teh serbat arab pun tak kurang sedapnya.Teh Pudina campur Habatusauda!  Okey korang dah boleh bayangkan lah rasanya macamana kehkehkeh.. Kat Malaysia banyak dah kedai jual nasi arab dan kunafa tapi yang buatnya bukan orang arab asli  tapi Melarab (  melayu campur arab ) hee  maq saja gurau la ** Cantik kan pemandangan disini. Sebaik saja kami sampai diladang kurma tersebut, waktu maghrib pun dah nak masuk so jemaah seramai 80 orang tu ada yang solat disurau yang disediakan ,ada juga yang solat berjemaah dibawah pohon pohon kurma. Apa cara dan dimana lokasi sekali pun ,yang penting solat