Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Kesan Ibu Bersangka Buruk Pada Anaknya

Assalamualaikum. Tertarik dengan perkongsian ini.  Jom baca supaya kita sama sama dapat perbaiki diri kita pada mana yang perlu. Terutama kepada emak emak diluar sana. Tanpa kita sedari, semakin besar anak anak,  semakin besar tanggungjawab kita ni. Ye,  itulah realiti... [ BILA SEORANG IBU BERSANGKA BURUK PADA ANAKNYA ] Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, cukup degil dan tak boleh buat apa-apa dah.. Umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata. Saya dah tak nampak jalan nak buat camana katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya amat bertuah dan beruntung.. Tapi saya memang rasa mustahil.. Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat. Ish! ustaz ni, takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer.. Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa

Kisah Blog Yang Dah Hampir 8Tahun Aktif

Assalamualaikum .. Tirai 2019 sudah hampir berlabuh.  Bermakna tamatlah semua agenda 2019 kita.  Sama ada ianya berhasil atau tidak,  hanya tuan badan je tahu. Barang yang lepas jangan dikenang. Tapi diam tak diam dah hampir 8 tahun maq melepaskan banyak idea menulis dalam blog ini. Allahhu, pantasnya masa berlalu... Sedikit sejarah blog ini:  Jika anda nak tahu,  dulu dulunya blog ini dikenali sebagai "Blog Bila Maqnie Membebel"- kemudian diganti dengan " Blog Maqnie Nurseri"- dan akhirnya "Blog Madam And The Kids" hingga ke saat ini maq masih pakai nama tu. Blog ini merupakan  blog seorang babysitter, seorang isteri, seorang ibu, dicipta pada 2012  tapi disebabkan terlalu kurang keaktifannya , akhirnya blog jadi sunyi dari idea dan viewer serta follower pun tidak  berapa mengalakkan. Paling sedih pada tahun 2017 ,lebih kurang 1000+ gambar dalam blog ini terdelete.  Semua sebab kecuaian maq sendiri. Banyak memori lesap macam tu aje. Terkilan

Tanggungjawab seorang anak

Assalamualaikum.. Sebagai anak yang mempunyai anak,  kita ada tanggungjawab yang berganda. Tanggungjawab kepada orangtua kita. Tanggungjawab  kepada amanah kita ( anak anak dan pasangan). Tanggungjawab  kepada dunia. Tanggungjawab  kepada akhirat. Tanggungjawab  kepada diri kita sendiri. So sama samalah kita berusaha memperbaiki mana mana tanggungjawab  yang mulai rosak... Moga moga.. ❤

Video Nasihat

Assalamualaikum.  Orang lain cuma tahu zahir kita,  namun apa yang tersirat dihati kita cuma kita aje yang tahu.  Dan apa yang kita tahu tentang kita,  cuma Allah  yang tahu.  So,  jom belajar menilai diri sendiri dan berhenti menilai oranglain.. Moga moga... ❤

Apabila Allah Tidak Mengkehendaki Kita

Assalamualaikum. Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi : • Allah akan sibukkan kita  dengan urusan dunia. • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. • Allah akan sibukkan kita dengan harta. • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada  orang-orang yang telah pergi  terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah  semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. • Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kendaraan mewah dan rumah besar. • Kenapa kita tidak p

Jadual Kehidupan

*JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS* 1. Bangun Malam sekitar jam      (2 - 3 pagi)     - Mandi dan ambil wuduk 2. Solat Sunah Wudhuk. 3. Solat Sunat Taubat. 4. Solat Sunat Tahajjud (2, 4      ~ 8 rakaat). 5. Solat Sunat Hajat (mohon     Allah maqbulkan do'a     permintaan kita) 6. Solat Sunat Witir 3 rakaat. 7. Istighfr ( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X 8. Tahlil ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X 9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x 10. Tasbih 40x ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X 11. Solat Sunah Fajar (2       raka'at) 12. Solat Subuh (2 raka'at) 13. Baca Yaassin lepas subuh. 14. Solat Sunah Dhuha (2, 4 ~       8 raka'at. 15. Solat Dhuhur.       - Solat sunah sebelum         ( 2 ~ 4 raka'at )  

Majlis Yasin Keluarga Mertua

Assalamualaikum. Ahad.  29-12-2019 maq balik kampung encik suami di Parit Yusuf, Muar. Kalini kelapan lapan adik beradik encik suami ada berkumpul. Dan perjumpaan kalini disertakan juga majlis yasin yang dijalankan dikediaman ibu mereka (ibu mertua maq) . Majlis yang dimulakan selepas Zuhur itu dihadiri juga oleh saudara mara yang lain. Ada makcik makcik, ada sepupu, ada anak anak saudara juga. Alhamdulillah, semakin besar keluarga ini. Bawah ini antara memori yang sempat maq abadikan. Anak anak dan anak menantu.  Cucu cucu, cucu menantu dan cicit cicit ibu mertua. Alhamdulillah..  Perjumpaan penghujung tahun 2019. Semoga 2020 menjanjikan yang lebih baik lagi buat semua ahli keluarga ini. Mudah mudahan,  Aamiin... Kenangan dimajlis yasin takda dalam galeri fon sebab dah dalam majlis ,henfon kena simpan Hehhee. 

Hati Hati Pemungut Derma - video tular

Assalamualaikum. Video atas ni kiriman seorang sahabat. Beliau suruh kita lebih hati hati dengan pemungut derma. "geng kutip derma ni...hati2 jangan tengok pakaiannya cuba persoal bab sembahyang atau minta dia mengucap 2 kalimah syahadah...kalau betul dia islam mesti dia tahu..." Semoga kita boleh ambil ikhtibar atas perkongsian ini.  Ada orang nasihatkan maq, kalau nak bersedekah,  kat Malaysia ni ada banyak masjid,  rumah anak anak  yatim,  keluarga asnaf. Cari lah mereka, jangan sampai mereka pulak nak kena cari kita. Waallahua'lam.. 

Pertamakali Jatuh Tangga

Assalamualaikum. Hai,  Hari Sabtu sudah.. Maq baru balik  dari majlis undangan kahwin ni.  Jarak tak jauh dari rumah maq, belok kiri, belok kanan, lampu trafik merah, hijau, merah, hijau,  25minit sampai dah. Tapi nak jadikan cerita. Sebelum gerak tu,  maq pun berangan anganlah nak pakai high heel yang encik suami  belikan masa raya haritu. Kasut tu pun taklah tinggi mana, tapi bertumit la jugak. Banyak kali dah pakai tapi lepas sakit sakit badan tu, terus tak pakai.  Namun harini teringin pulak nak look "gojes". Bila nak turun anak tangga depan rumah tu,  tiba tiba maq rasa kepala maq  melayang dan terus maq jatuh tergolek.  Aduhh.. 3 mata anak tangga ko.  Dah macam guni bawang bergoleknya.  ( maklom bawang mahal, ambil lah contoh guni bawang)  😂 Bergolek jatuh ,maq tak mampu nak bayangkan detik tu  hehehe gedebuk sampai lantai simen tu 😭 Ainul dalam kereta dah nangis tengok tok mak dia terjatuh . Along  dengan Aida pulak dah tergelak. So maq pun ge

21/12/2019 Ety Bertunang

Assalamualaikum. Tarikh 21/12 - itulah tarikh Ety bertunang. Satu kenyataan yang kami tak jangka sebab ety baru je sebulan berkerja. Tapi semua ini ketentuan Allah.  Sebagai ibubapa, walau besar mana sekalipun harapan dan perancangan kami untuk anak anak,  kami kena akur ketentuan Tuhan.  Alhamdulillah.. Majlis berlangsung dalam serba serbi sederhana.   Hanya adik beradik belah maq dan belah encik suami je yang diundang. Kalau ikutkan ety,  dia cuma nak kami sekeluarga je menunggu tetamu sebab kata ety majlis tunang kalau boleh tak perlu ramai orang tahu. Kalau berkahwin tu barulah undang semua. Ibu ayah maq Tapi bagi kami, maq masih punya ibubapa ( Datuk dan Nenek ety ),  encik suami pun masih punya ibu (  atok ety sebelah ayah dia )  so kenapa nak membelakangkan mereka dalam hal begini. Nanti buat senyap senyap, tiba tiba mereka tahu, tak ke sedih hati mereka tu semua.  Maq dan encik suami tak sampai hati nak mengenepikan orangtua kami walaupun cuma  urusan bertunan

Khutbah Jumaat JDT Terakhir 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*     INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 27 Disember 20l9                  30 Rabiul akhir 1441 TAJUK  : Mencari Rezeki Halal                           1) Harta- perantaraan bagi peroleh keperluan hidup; alat utk lakukn kebajikn pd jalan Allah; cari rezeki sendiri; yg halal; tidak bergantung hidup dgn bantuan orng lain. 2) Firman Allah Surah Al-baqarah/172 bermaksud: "Wahai orang2 yg beriman! Makanlah dari benda2 yg baik (yg halal) yg telah Kami berikan kpd kamu dan bersyukurlah kpd Allah jika betul kamu beribadat kepadaNya". 3) Iltizam cari rezeki- yg halal; bukan utk kesenangan hidup semata2; halal serba serbi; dimanfaatkn dgn cara yg diizinkn Allah SWT. 4) Firman Allah Surah Al-mukminuun/51 bermaksud: "Wahai Rasul2, makanlah dari benda2 yg baik lagi halal dan kerjakanlah amal2 soleh, sesungguhnya Aku maha mengetahui akn apa yg kamu kerjakan&

Kata kata Pagi Jumaat

Assalamualaikum.. Salam Jumaat. Baru je nak masuk group whatsapp pagini,  terjumpa sebaris kata kata yang dikongsikan oleh Puan Pengerusi Biro Wanita Taman Bukit Perdana. Bunyi ayat tu, “Seluruh duka dan sukamu dalam perjalanan hidupmu jika kamu sandarkan kepada ALLAH maka semua akan berubah menjadi indah dan lebih indah.” [Habib Sholeh bin Muhammad Al-Jufri] Ternyata bukan saja waktu duka kita  mencari Allah tetapi waktu kita sedang suka ( bahagia)  pun hendaklah kita bersama Allah. Lantas sandarkan segalanya kepadaNya. Insyaallah.. Jom sarap. Roti banjir ,Alhamdulillah.. 

Berpesan pesan bukanlah hasutan

Assalamualaikum. Bila jadi blogger ni, tak kiralah blogger fulltime  kah ,partime kah atau berblog cuma ikut time kah ,pada maq apa yang kami update bukanlah nak menghasut tapi nak berpesan pesan. Kita ni bila dah terkena dan sudah terasa sakit dijiwa bagaimana pedihnya,seterusnya kita taknaklah  oranglain turut sama terkena. Kita taknak oranglain sama sakit hati juga. Kita nak oranglain akan baik baik aja kejadiannya. Bagi maq, sakit hati ' terkena tu' ,  biarlah maq sorang yang tanggung, tapi dalam masa yang sama maq nak orang lain kena lebih berhati hati. Jika masalah yang maq kena tu dari  silap maq sendiri, so oranglain jangan buat kesilapan serupa macam maq.  Jika maq dah buat salah, oranglain perlulah buat benda yang betul! Haaa  itulah namanya pesanan. Dan bila dikata hasutan,  kita tak cakap depan depan dik uii,  kita cakap secara sorok sorok jek.  Tapi buat masa ni maq belum terniat lagi nak hasut orang ,eee.. maleh aku... 😂. Eh lupa! Tengahari tadi te

Hati Hati Dengan Sale Di Aeon Big

Assalamualaikum. Malam ni, lepas maghrib encik suami nak beli jiwa maq.  Ayat orang sekarang ,beli jiwa sama dengan ambil hati / pujuk.  Aduh kamus mana kah ini? Orang sekarang suka berfikiran diluar kotak. Not bad.. Pertamanya hari Rabu kan,  jadinya dia bawa maq dan anak bungsu ke Aeon Big.  Kononnya nak belikan si bungsu seluar jeans  mur mur je sebagai basahan.  Mur mur tu apa?  Orang bisnes online kata mur mur tu sama dengan Murah murah. Ayat baru lagi hehe ikut suka awak lah.. Setiba di perkarangan pintu gerbang Aeon big Batu Pahat,  pengunjung memang ramai. Mana maq tahu? Lihat pada  kawasan parking yang sesak je maq dah tahu. Dan ternyata orang memang ramai dalam tu. Kaunter bayar pun sesak. Hari Rabu memang gitulah hakikatnya disini. Jom cari seluar jeans! Si Ayah dah pegangkan sehelai seluar jeans mur mur untuk anak bungsunya. Dan waktu ini si anak sedang lagi mencuba sehelai yang lain.  Mur mur?  Berapa harga yang dipamerkan? "Sehelai rm 10 se

Hukuman merokok Bermula 1 Jan 2020

Assalamualaikum. Ini adalah kenyataan dari Kementerian Kesihatan menjelang tahun 2020. Semoga perokok perokok di Malaysia boleh ambil perhatian dengan aktiviti merokok mereka. Bermula 1 Jan 2020, larangan merokok di premis makanan terbuka akan berkuatkuasa sepenuhnya. Perokok dinasihatkan mematuhi peraturan larangan ini. A. Bagi perokok yang melanggar peraturan: 1. Kesalahan pertama: Kompaun sebanyak RM250. Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika kompaun dibayar dlm tempoh 1 bulan.  2. Kesalahan kedua: Kompaun sebanyak RM250 (tiada pengurangan kompaun ditawarkan). 3. Kesalahan ketiga: Kompaun sebanyak RM350.  B. Bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis (tiada pengurangan kompaun): 1. Kesalahan pertama: Kompaun RM250  2.  Kesalahan kedua: Kompaun RM250  3. Kesalahan ketiga: Kompaun RM350 Marilah kita bekerjasama bagi menjayakan peraturan ini untuk menjadikan Malaysia lebih sihat. Jangan merokok di kawasan larangan atau lebih baik BERHENTI MEROKO

Biskut Mayat

Assalamualaikum. Hai selamat pagi ! Selamat bercuti sempena 25 Disember. Dan kepada yang bertugas, selamat bertugas. Lakukanlah setiap tugasan dengan ikhlas dan lilahitaala.  Insyaallah  semua akan berjalan lancar. Bagi maq hari hari adalah hari berkerja  dan hari hari jugak adalah hari bercuti. Haa macamana tu?  Surirumah 24/7 lah katakan. Harini encik suami bertugas so maq dengan si bungsu  jelah dirumah. Sekarang ni maq  sedang melatih anak bungsu memasak. Dan saat entri ini ditaip,  beliau tengah memasak nasi goreng untuk someone.Tapi maq nak kata bahawa , "Cintah ituh butah ." Tajuk Biskut mayat. Pernah dengar? Pernah jumpa?  Pernah makan?  Apakah biskut mayat tu iras iras mayat? Atau apakah biskut itu berbau macam ......? Atau mayat je kah yang makan biskut ni?  Ish merepek dah tu... Jom baca seterusnya. Inilah biskut mayat. Biskut lemak masin, saiz kecil (1inci x 1inci ). Rasa lebih kurang biskut krim kraker. Saiznya aje  yang berbeza. Makan gitu je

Pertama Kali Kecewa Teruk

Assalamualaikum. Sepanjang menjadi seorang isteri dan seorang ibu ,maq tak pernah kecewa seteruk ini. Anak anak belajar tak berjaya macam yang maq nak, maq tak kecewa pun. Anak anak berkerja tak sehebat anak orang lain, maq tak rasa kecewa pun, malah maq rasa syukur sebab mereka mahu berusaha dan maq tahu setiap manusia itu rezekinya adalah berbeza beza. Tapi bila ada hamba Allah yang dah berjaya melukakan hati encik suami,  maq rasa betul betul kecewa. Sejak hari sabtu lalu, makan maq dah tak lalu. Mood buat kerja langsung takda. Malah maq lebih mudah terlelap walaupun baru sejam dua bangun dari tidur.  Cakap sikit je airmata dah mengalir. Sensetif sangat sangat.  Masak pun dah tak tahu masak apa yang sedap. Nak kedapur pun malas. Bila bersembang, fokus entah kemana. Badan asyik rasa sakit sakit.  Rutin maq dah tak buat dah. Keluar rumah pun malas.  Nonton tv pun malas.  Tidur, tidur dan tidur.. Dan malam tadi, ketika solat maghrib maq dah mula rasa loya loya, akhirnya munta

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham yang maq adalah dalam keadaan

Petua Power Untuk Baik Pulih Diri Sendiri

Assalamualaikum.. Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan: 1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita. 2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. 3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita. 4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). In

Keberkatan surah Al Ikhlas

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi" Antara keberkatan surah Al Ikhlas ialah, ❤Ketika Memulakan Kerja. bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. ❤Sebelum Masuk Ke Rumah. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat

Perasaan Seorang Ayah

Assalamualaikum Hari ini baru maq tahu bagaimana perasaan seorang ayah untuk anak anak perempuannya. Sejak anaknya dari dalam kandungan hinggalah dah besar menjadi dewasa,  si ayah tak minta satu sen pun dari si anak untuk  membayar semua  jasanya. Bagi ayah,  asalkan anak ayah bahagia, ayah pun turut sama bahagia. Bila letih, ayah diam. Bila marah,  ayah diam. Bila kecewa,  ayah diam. Bila sedih,  ayah diam. Bila terlalu berat bagi ayah nak pendam, ayah akan pilih emak untuk luahkan semuanya. Dan emak pun rasa sedih.  Sebab emak sayang ayah dan juga sayang anak anak. Akhirnya emak cuma mampu diam dalam sedih sambil sentiasa pilih untuk kekal setia disamping ayah. Ayah nak anak anak ayah hidup bahagia. Ayah akan ikut je kehendak anak anak walaupun kadang kehendak tu ayah tak suka pada asalnya. Ayah nak anak anak ayah terbela sampai tua. Walaupun ayah tak berharta, dia tak mampu bagi kemewahan kepada anak anaknya tapi ayah taknak hidup anak anaknya bila dah tua, tera

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  banyak benda kita tidak boleh jangka,  termasuk pokok nenas yang ditenge