Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Minyak wangi

Assalamualaikum Kalini maq nak berkongsi cerita pasal minyak wangi disebalik perjalanan hidup maq . Masa remaja , pergi sekolah menengah pun maq sudah pandai pakai minyak wangi . Haruman pilihan ialah yang berasaskan bauan lemon . Bila dah bekerja , duit gaji banyak dihabiskan  dengan beli minyak wangi . Kalau anak dara orang lain banyak beli pakaian , tapi maq tetap beli minyak wangi. Bila dah kahwin , punya anak , anak pun dah besar panjang .bila terbau minyak wangi yang baunya padu ! Keras ! Maq akan rasa sakit kepala . Agaknya over dos dah bau minyak wangi yang maq hidu sebelum ni. Lagi lagi , bila maq dapat tahu bila orang perempuan pakai minyak wangi  sewaktu  keluar rumah .. ~ Antara sebab Allah tak terima solat ~ Bukan untuk tontonan umum terutama lelaki ~ Islam memang  tak suka busuk.. tapi berpadalah ~ Cari kebaikan disebalik suruhan Islam ~ Sentiasa akan ada orang yang nak ambil kesempatan ~ Benda yang agama tak mau ..makruh ~ Penyebab berlakunya fit

Menjelang "back to school "

Assalamualaikum Cuti akhir tahun makin tiba dipenghujung .rata rata ibubapa yang ada anak yg bakal bersekolah ditahun baru ni dah mula berusaha menyediakan duit untuk kembali ke sekolah . Untuk anak yang sudah sedia bersekolah ,  perlu diingatkan tak perlulah semua diganti baru pada tahun baru ni .gantilah mana yang wajib diganti .mana yang masih elok dan masih boleh diguna , suruhlah anak anak guna dulu . Kerana apa? Selain harga keperluan sekolah yang tak masuk akal pada zaman ni  , dengan iringan angin GST  melambai lambai sanubari , kita juga  perlu ingatkan ada lagi yg lebih WAJIB  difikirkan . Iaitu " duit buku ". Apa duit buku ? Duit ini bakal dibawa ketika hari pendaftaran tahun baru persekolahan . Ianya berkaitan buku tulis dan duit yuran . Ha ini la yang wajib dititik beratkan !! Agak kecewa bila disenaraikan hampir 1 badan anak memakai pakaian yang branded , yang cangih tapi bila tiba nak mula belajar ,  buku takda ! Punca?? *Parent belum gaji nak ba

Bersangka Baik

Assalamualaikum Katanya  : "Berusahalah kamu bagai kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal lah bagai kamu akan mati di esok hari " Okey ... dalam perkara yg dikatakan diatas . Amal perlu ,usaha perlu ! Amal tu mesti anda tahu . Semua yang mendapat pahala dan ganjaran dari Allah itulah amal . Termasuk amalan wajib dan sunat . Semuanya dapat pahala . Bagaimana dengan usaha ? untuk membayangkan nak hidup 1000 tahun lagi , dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar ni dengan cukai dan GST semua tu , kalau tak rajin berusaha ,mana cukup ? nak harapkan duit gaji dari hanya dari 1 pendapatan ? Hurm  sedangkan anak isteri jutawan pun ada yang bekerja , mereka  berniaga , apa lagi kita golongan yang biasa biasa ni. Ada orang cakap " kerja teruk teruk  , duit bukannya boleh bawak mati " Okey ..memang kita yang dah mati tak boleh angkut duit duit kita dalam  simpanan masuk sama dalam liang lahat , sebab yang tinggal cuma jasad yang kaku , yang tak mampu berb

Ayam goreng rangup

Assalamualaikum Seminggu dua ni harga ayam muda agak rendah berbanding  harga pasaran yang sebelum ini . Agaknya kuantiti melebihi permintaan , tu yang harga jadi rendah , menurut kata suami sekilogram cuma RM 4.00. Takpalah  asal dapat meringankan beban rakyat yang telah sedia terbeban. Syukur Alhamdulillah . Jawabnya hari harilah berlauk kan ayam. Memandangkan harga ikan pun boleh tahan mahalnya sekarang. Masakan kegemaran anak anak maq kalau disebut 'ayam' ialah ayam goreng ! Betul ..betul ..betul ! Ok .. Kalini maq nak kongsi bagaimana cara nak dapatkan ayam goreng yg sedap dan rangup . Tips ni maq dapat dari adik ipar perempuan maq . Beliau merupakan seorang isteri yang memang rajin didapur .. huhhu jom tengok caranya ! Mungkin ada yg dah tahu  tapi pada yg tak tahu ? Yok  cuba Lepas basuh bersih bersih  ayam yang hendak digoreng , gaulkan ayam dengan GARAM +KUNYIT + TEPUNG +MINYAK MASAK . gaul sebati . Kemudian sedia untuk digoreng ! Setelah digaul has

Cara melipat sarung tilam

Assalamualaikum Bilik tidur adalah salah satu tempat peribadi seseorang yang tidur dibilik . Manakala jika dia tidur disofa ,makanya ruang tamu bertukar menjadi ruang tidur . Biasanya keadaan ini disebabkan seseorang itu sudah biasa tidur diruang yang terbuka dan  luas . Kebiasaannya anak anak lelaki , mereka tak gemar tidur dibilik . Yang pelik bila dah jadi pengantin tu ,selesa pulak tidur dibilik !  Kesan alam sekitar barangkali . Waallah hualam ! Ada orang , ada bilik ,tapi tak reti nak buat bilik tu kelihatan kemas dan rapi . Selain susun atur ,alas tilam dan kain baju yang dihanger pun kena juga dititik beratkan supaya bilik yang kecil nampak kemas . Pekara yang sering nampak gagal ialah sudut kain baju yg dilipat . Kalau lipatan tak menarik dan kemas ,maka rosaklah pemandangan indah dalam bilik tersebut . Dalam banyak banyak lipatan,melipat sarung tilam adalah yang paling susah dan selalu hasilnya  tidak kemas . Ramai orang gagal dalam melipat sarung tilam . Untuk me

Kadang jadi bingung

Assalamualaikum Alhamdulillah harini Allah masih beri peluang maq meneruskan kehidupan yang cuma diberi pinjam oleh Pemiliknya . Terima kasih Allah . Harini maq free disepanjang hari sebab anak asuhan semua tidak datang kerana masing masing ada hal yang peribadi. Qaisara jaga baby mama dia yang baru lahir masuk hari ke 3 pada harini. Qasdina masih di Negeri Sembilan kerana menjaga mama dia yang dalam pantang . Harini dah masuk 31 hari kalau maq tak silap. Mirza pula pergi medical check up . Okey ..maq memang free ? Suri rumah free ke kalau duduk dirumah 24/7 ?  Hanya rakan sejawatan je tau free manakah seorang suri rumah yang cari rezeki dirumah . Sekarang ni pun jam dah nak pukul 11.00 am ,dan itulah masa maw masuk office  almaklum Dapur Officer  ( D.O ) . Dan ternyata apa yang tersusun dilist minda ialah ....    " NAK MASAK APA HARI NI ? " haish .. lebih 20 tahun memasak , hari hari masak ,akhirnya otak akan jadi cramp bila masuk dapu

Musim peperiksaan dah tiba

Assalammualaikum Minggu ini minggu peperiksaan bagi pelajar pelajar di tanah air kita - Malaysia . Mungkin juga diseluruh dunia ? Entah ..tak tau le pulak :) Penuntut SPM , STPM  , kolej kolej  Kerajaaan dan swasta pun  semua sedang memerah otak untuk sama sama berperang didewan peperiksaan sejak semalam . Anak maq *Ety , Harini awal pagi dah called ,mohon restu maq ,suruh doakan untuknya semoga berjaya. Ety dah  mulakan final  exam untuk sem 1 nya  sejak semalam (isnin) dan  awal pagi semalam juga dia dah called maq suruh doakan dia boleh jawab dengan selesa dan tepat . " mak ..doakan Ety eah " Itulah ayat dia di whatsapp dan juga di telephone . Kalau takda exam dia ada call maq tak ? Ada tu ada ,tapi tak sekerap masa dia nak exam. Dan sebenarnya restu seorang ibu berada disetiap hembusan nafasnya. Bukan untuk orang lain, bukan hanya ketika anak nak exam , bukan ketika anak nak berkahwin , tapi setiap masa selagi dia masih bernyawa. Selamat berjua

AFC - tahniah Johor , Malaysia

Assalamualaikum Agak tak adil jika satu sejarah bola sepak tanah air  maq tak kongsikan disini . Pasukan JDT menjuarai piala AFC , biarpun ianya menjadi sebutan dan kebanggaan hampir keseluruhan rakyat Johor , tapi maq rasa  kemenangan malam tadi juga merupakan kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia . Tahniah JDT Tahniah TMJ Tahniah Johorean Tahniah Malaysian Bola sepak kita berjaya taklok bola sepak asia ! Alhamdulillah... Pada maq , bukan  pemain JDT  je mampu ketahap ini tetapi ada  ramai lagi pemain dan pasukan bola sepak negara kita  yang mampu lakukannya ,cumanya mereka kurang diberi pendedahan . Betul atau tau ?? Anda je yang mampu menjawabnya . Tahniah ketua pasukan JDT !

Tips untuk bukan pengemar buah

Assalamualaikum .. Anak anda dan  dengan anda sekali tak suka makan buah ? Sedangkan  secara umumnya kita sangat perlukan serat dan vitamin dari buah buahan itu untuk kekal sihat dan kekal awet muda . Maq ada cara bagaimana untuk menarik perhatian orang yang tak gemar makan buah buahan ni akhirnya  berjaya makan buah dengan selesanya . Caranya : cuci bersih  dan potong buah yang anda nak cuba makan tu . Kemudian cairkan coklat kegemaran anda dan keluarga !  Dan bila nak makan buah yang sudah dipotong tu , cicahlah dengan coklat yang sudah dicairkan ! Yes !! Sedapnya sehingga menjilat jari . Selamat mencuba !

Kawan baru blogging

Assalamualaikum Setelah sekian lama maq berblogging guna tab dan handphone , akhirnya harini maq dah dapat gunakan notebook sebagai gadget untuk berblog. Pertama sekali bila bukak blog guna notebook ni , maq tengok blog maq di screen .. Allah hu besar nya dia punya widths !! full 1 size screen notebook ukuran 11 inci ni . Rasanya kalau orang rabun dekat tu dah layak tanggalkan cermin matanya ! Dan sepantas mampu ,maq pun edit semula blog dari yang sebesar papan hitam tu kepada yang sesedap mata memandang . Cehh ~ Ebook keluaran Asus kini dah jadi kawan baru maq dalam blogging ,insha allah maq akan terjah blog blog anda yang selama ini amat sukar untuk maq hampiri . Rezeki dari Allah .. alhamdulillah  :) semoga memberi manfaat pada semua  . Amiinnn.

Pintu taubat belum tertutup

Assalamualaikum .. Jumaat datang lagi. Apa perkara paling bahagia setiap pagi ialah kita masih bernafas dikala celiknya mata . Alhamdulillah . Itu tandanya Allah masih beri peluang kat  kita untuk  bertaubat dan menambah lagi pahala yang sedia ada . Banyak mana jumlah  pahala tu , pakar matematik terhandal didunia ini  pun tak mampu nak kirakannya dan hanya Allah yang Maha mengetahui untuk setiap perbuatan yang setiap hambaNya lakukan . Sering kali  bila kita bertekad nak jadi lebih baik , seringkali itu jugaklah  saitan berbisik kat telinga untuk melakukan dosa lagi. Kadang tu ,saitan tak bisik pun dah hati memang 'jahat'  .. tiba tiba je hati merengus sekelumit  rasa yang tidak elok dan terhasillah dosa kecil . Banyak sebenarnya dosa yang kadang tu kita tak perasan yang kita dah lakukan . Antaranya ? " kita baca dan dengar satu cerita yang kita sendiri tak nampak kejadian yang sebenar  tapi kita bersungguh sungguh menyalahkan pesalah yang terlibat didalam ke

Sedap tapi mengidap

Assalamualaikum .. Bila kat group dilaman laman sosial  seperti fb , wechat ,whats app asyik sangat  mengupload  gambar makanan yang telah dihasilkan .  Ada tu hampir setiap hari ada je masakan yang dimasak . Ada kek ,biskut ,kuih muih , masakan masakan barat dan berjenis jenis makanan yang menyelerakan , semua tu bukan untuk jualan tapi untuk dimakan oleh ahli keluarga masing masing , secara automatik maq terfikir apa akan jadi dengan tubuh badan mereka itu pada 15 tahun akan datang? Makan ni memang lah sedap . Tapi bila dilayan dengan tidak mengira berapa kalori gula dan bahan lain masuk dalam tubuh badan kita setiap hari risiko mengidap berjenis jenis penyakit , amat tinggi. Kesian kat tubuh kita yang terpaksa bersesak sesak menerima bahan bahan yang sebenarnya ada sukatan yang perlu diambil kira . Bayangkan pembuluh darah yang halus itu menjadi terlalu padat dengan bukan sahaja darah, tapi kandungan glukosa dan kolesterol . Untuk makanan bergula , cuba bayangkan 1 hari

Internet yang membosankan

Assalamualaikum Lama maq tak menaip diblog . Bukan malas tapi ni adalah kesan dari serangan jerebu yang beberapa kali melanda  Malaysia sehinggakan maq tak jumpa button " new post " . Hehhe suka sangat  tak ngaku kesilapan sendiri kan .  Padahal sendiri yang malas . Sejak kebelakangan ini internet telah tidak beri kerja sama kat maq . Kadang tu dalam rumah ni hanya maq sorang yang guna wifi  ,tapi dia punya loading  berjam jam tunggu sampaikan maq jadi give up dan ambil novel terus baca dan akhirnya tidur. Menurut anak maq ,line lari kencang hanya  diawal pagi . Antara pukul 2 am -6am . Sedangkan waktu itu merupakan waktu rehat maq setelah berjaga dari 5 am hingga  11pm . Apakah masaalah ini akan berterusan macam ni ? maq pasrah dan redha pada takdir dan waktu yang berlaku.

Semangat juang mereka hebat

Assalamualaikum .. Malaysia kita digemparkan dengan berita penemuan semula  6 dari 7 orang kanak kanak yang hilang selama 48 hari di negeri Kelantan. Biarpun cuma 2 yang masih hidup ,seorang lagi tidak dapat dikesan ,manakala selebihnya telah meninggal dunia , kita masih layak bersyukur kerana semua persoalan kini telah terjawab . Sebarang spekulasi keyboard warrior kini telah menemukan jawapan. Kudrat mereka merempuh hutan selama 48 hari tanpa makan dan pelindungan yang sempurna amat memberi impak pada pemikiran orang dewasa  macam maq . Cuba sama sama kita bayangkan situasi kanak kanak itu ketika : Detik mengadap kematian kawan mereka didepan mata . Melalui suasana malam gelap dalam hutan. Hujan lebat ,mereka kesejukan . Tidur yang pasti tidak selesa. Makan minum yang tak terurus. Binatang berbisa. Tahan sakit dan ketakutan. Ya Allah , besar sungguh kuasaMu .. Pada maq 48 hari bukan masa yang singkat . Mereka bertarung nyawa untuk teruskan hidup dan bersembun

Makanan berwarna warni

Assalamualaikum .. Sekarang ni , manusia berlumba lumba mencari idea untuk memperkenalkan produk masing masing . Yang terkini , karipap dan  berger telah diwarna warnikan tepungnya . Memang nampak menarik tetapi apakah ini akan buat semua orang teruja untuk memakannya . Waalla hualam . Rezeki itu dari Allah dan  milik kita . Pengusaha  berusaha , pembeli membeli mengikut cita rasa masing  masing . Yang paling utama adalah  bahan utama pada makanam itu berstatus HALAL ! Kepada yang  berminat nak mencuba  berger warna warni tu , ianya terdapat di Busstand lama ,jalan Omar , Batu Pahat . Nama kedai ada digambar yang ke 3 . Dan kedai ini beroperasi hanya diwaktu malam dengan harga rm2.50 /pc *harga promosi*. Karipap ? Entah hasil usaha siapa agaknya  . Maq jumpa gambar tu kat twitter semalam . Dan yang bawah sekali tu gambar bahan utama , tepung berwarna warni ! Apa pun hasil gaya produk , tunggak utama pembuatan mestilah halal dan bersih . Selain tu mestilah ke

Petua elak pukau dulu dan kini

Assalamualaikum .. selamat pagi . Harini cahaya matahari  sudah mula menyinar indah di bumi Batu Pahat , namun sampai bila,maq tak pasti kerana semua yang Allah beri pada kita sekarang ,hanyalah pinjaman dan bersifat sementara. Bersyukurlah masih diberi peluang sekali lagi untuk bernafas dibumiNya. Di Batu Pahat seminggu dua ini kecoh pasal kegiatan kes pecah rumah  yang dilakukan oleh pendatang asing . Semua penduduk diarah berhati hati , ketua kampung diarah memastikan kawalan demi kawalan disebelah malam dipertingkatkan . Semua laman sosial dah viralkan  kes tersebut . Di group group whatsapp , macam macam cerita sudah dibaca , semua ini menjadi kebimbangan kepada masyatakat setempat  termasuk maq . Paling jelas kegiatan ini dilakukan dengan cara pukau ! Maq nak kongsikan petua bagaimana mengelakkan diri kita dan rumah dan kita dari  dipukau . Tips ini sebenarnya maq dapat dari orang tua dulu dulu .  Kerana  zaman dulu pun kes pukau memukau ni ada jugak belaku ,bukan ke

Jasamu akan dikenang

Assalamualaikum .. Harini , setelah beberapa tahun dia berkhidmat dalam keluarga maQ dengan rasminya , setelah  diistiharkan oleh  seorang pakar komputer , akhirnya notebook milik keluarga maQ sudah diistiharkan expired ! Hurm sedih .. Produk pertama dari syarikat Asus yang di taja khas  oleh sebuah syarikat audit  kepada anak maQ yang ketika tu merupakan seorang pelajar bidang I.C.T. yang mana sangat sangat  memerlukan notebook sebagai bahan utama dalam bidang pelajarannya. Kalau tak silap hampir 5 tahun notebook ini digunakan.  Ketika beliau berusia 16 tahun dan kini  beliau sudah pun 20 tahun . Alhamdulillah . Notebook ini bukan saja berjasa  untuk pelajaran malahan bermulanya ahli keluarga maQ menjadi blogger ,kesemuanya bermula dengan notebook ini. Alhamdulillah , banyak sudah jasanya kepada kami sekeluarga . Mohon Allah murahkan lagi rezeki penderma notebook ini . Aminn.. Selepas ini ,maQ terpaksa menggunakan tablet untuk menaip entri memandangkan maQ masih belum

Jambatan Batu Pahat dilanggar

Assalamualaikum .. Agak tidak adil  jika maQ ( penduduk Batu Pahat )  tidak kongsikan 1 peristiwa yang tidak dijangkakan telah berlaku di Sungai Batu Pahat , semalam . Kejadian dimana sebuah kapal  pengorek pasir yang lokasi asalnya di pesisiran Minyak Beku telah didapati hanyut sehingga melanggar jambatan Batu Pahat . Kemalangan itu macam pelik sebab jarak antara Persisiran Pantai Minyak Beku dengan Jambatan Batu Pahat  bukan lah dekat . Ianya mengambil masa juga . Namun dengan kuasa Allah , tidak siapa menjangkan kejadian kapal itu dikatakan hanyut dan melanggar bawah jambatan yang terlalu banyak jasanya kepada pengguna yang datang dari selatan Johor mahu ke Muar atau dari Muar mahu ke Batu Pahat dan kawasan selatan Johor  ! Sedangkan disepanjang sungai Batu Pahat , ada kumpulan nelayan kecil ,  tongkang tongkang yg datang dari Indonesia  memunggah barangan ,penempatan penduduk pun bukan sedikit , MACAMANA boleh tak perasan akan kapal korek pasir tu sedang  hanyut kan ? Subha

Qasdina dan cermin mata ayah

Assalamualaikum .. Mari kita tengok aksi Qasdina bila dapat pakai rayban ayah  dan kita tengok riak wajahnya bila ayah  ambil cermin itu untuk dipakai ketika memandu . Dan bila disuruh pulangkan kat ayah cermin mata tu .. Merajuk ..taknak kawan ayah dah . Hehhe . Anak asuhan ini berusia 2 tahun pada 13 september lalu , amat rapat dengan maQ dan suami . Pandai buat muka bila hajat dia tak di penuhi . Tetamu yang datang kerumah pasti akan geram dengan telatah Qasdina, lebih lebih lagi dengan kawan baiknya Qaisara .  Merekalah kawan gaduh dan kawan bebel maQ dirumah setiap hari ,kecuali hari cuti. Tak lama lagi kedua orang anak asuhan ini akan jadi kak Long kawasan bila mama mereka bersalin pada penghujung tahun ini . Doakan kedua mereka selamat melahirkan adik adik buat Qasdina dan Qaisara . Jawapnya sunyilah rumah maQ bila kedua nya cuti semasa mama mereka cuti berpantang . Bila sunyi..mula lah nanti rindu bertandang ..hurmm.. Semoga Allah perm

Kedai klasik dibangunan lama

Assalamualaikum .. Harini ahad dan maQ sempat lagi ikut suami balik kampung biar pun harini maQ ada mengasuh anak orang . Nasib cuma Qasdina sorang , tu yang langkah panjang . Bosan tau 24/7 memerap dalam rumah walaupun masyuk . Alhamdulillah masih mampu bantu suami  dan urus rumah tangga dalam satu masa. Pagi tadi maQ ikut suami pergi gunting rambut dikedai yang maQ tengok memang klasik . Bangunannya , perabutnya tapi seperti kita , pengusaha bertujuan adalah satu , iaitu mencari rezeki . Barisan kedai yang berusia lebih 50 tahun rasa maQ , sebab masa maQ kecil ,kedai ni dah berdiri teguh disini . Dalam bangunan usang ni ada kedai repair motor@bengkel , kedai perabut ,kedai jual cakera padat cetak rompak , kedai emas dan kedai gunting rambut . Klasik !  Hurm .. tak perlu on kipas , pakai angin sekeliling pun boleh . Udara kat situ segar bertiup sepoi sepoi bahasa lagi , sangat semulajadi ! Macam zaman potong rambut kat bawah pokok pun ada jugak suas

Perempuan itu dimata MaQ

Assalammualaikum .. Bila orang perempuan yang cakap macam ni , maQ tak tahu dah nak cakap apa biar pun maQ 100% adalah perempuan . Pada maQ orang perempuan zaman sekarang jangan biarkan jiwanya tercabar . Kalau perkara itu berlaku , banyak perkara pelik dan yang tak masuk dik akal pastinya terjadi . Sebenarnya untuk semua "tekanan" yang diatas tu ,ada jalan penyelesaiannya , antaranya : 1 - perbincangan antara pasangannya adalah jalan pertama jika kita di datangi masaalah  dalam perhubungan . Jangan pendam ! 2 - bersabar dengan sebaik baik tahap kesabaran. Allah sayang orang sabar . 3 - lihat anak anak yang makin membesar didepan mata , sanggup ke seorang ibu nak kecewakan anak anaknya? 4 - fikirkanlah ,apakah tindakan yg bakal diambil itu penyelesaian atau masaalah baru? 5 - berserah pada Allah , kerana Dia lah penentu semua takdir kita . Dia  maha  penyayang ,pengasih dan maha mengetahui yg kita sendiri belum pasti . Perempuan dianugerahkan  dengan ji

Perkongsian

Assalammualaikum .. Berkongsi ilmu yg kita jumpa itu lebih berbaloi dari kita asik nak berkongsi cerita pasal orang lain yg kita nampak .  Macam resepi kat atas tu . Tuannya berkongsi digroup . Mungkin ada ahli yang masak kuih ikut resepi beliau beri dan buat pula jualan sampingan . Dan dalam masa yang sama dah dapat bantu orang kedua tu tambah rezeki bantu keluarganya . Bantu suaminya , mak bapaknya dengan hasil jualan tu .  Tidakkah pahala tuan punya resepi itu berpanjangan ? Kalau lokek tak kemana la idea tu nanti .  Jangan kata nak bantu kawan kawan, pahala pun lari menjauh .. semua macam sia sia je gitu ..kan ? Yok ke dapur .. Terima kasih tuan punya resepi puding ..

Apam susu ( kukus )

Assalamualaikum .. Perempuan ni kalau tak kreatif memasak , bukan perempuan namanya kan . Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar , orang perempuan lah tunggak utama bila menguruskan bajet didapur . Sebab merekalah pengurus , merekalah chef , merekalah tukang rasa , tukang puji sedap dan  tukang komplain tak sedap . Hormati tukang masak anda . Air tangan merekalah yang akan anda rindu bila berjauhan , biar pun hanya goreng telur dadar . Kalini ,sekali lagi maQ nak kongsikan satu lagi idea kreatif  seorang sahabat alam maya .. mari kita cuba idea beliau . Terima kasih untuk beliau juga dari group Masak Apa Hari Ni di facebook . Selamat mencuba ..

Hutan Negara di Selatan Tanah Besar Asia

Assalamualaikum .. Perkataan digambar atas tu sebenarnya terdapat pada tembok yang dibawah ni . Disebabkan tulisan itu terlalu kecil , jadi maQ kena ambil secara dekat . Ye .. inilah pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai yang lokasinya tidak jauh dari Resort atas air Tanjung Piai pada entri maQ sebelum ini.  Apa ada di Taman Negara ini ? Anda baca dipapan kenyataan diatas tu . Terdapat beberapa kawasan yang telah siap sedia untuk dikunjungi . Dengan bayaran rm5.00 setiap pengunjung, anda  layak masuk kesana dan menikmati keindahan alam dan fauna yang memang menarik .  Mulanya nak masuk tapi bila ada banyak monyet dikawasan itu ,  tujuan asalnya telah dibatalkan kerana anak anak  beliau takut . Tapi ramai yang ber riadah di dalam tu dan  nampak macam tiada gangguan je . Harap , lepas baca entri maQ kali ni , makin  ramailah yang akan parking kereta di kawasan park itu bila tiba hari cuti nanti. Jalan sambil menikmati alam ciptaan Al