Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Selamat tinggal 2021

  Assalamualaikum.. 2021...terlalu banyak kenangan pahit & manis buat maq pada tahun ni. ye.. terlalu banyak tapi kita ambil yang paling layak untuk dikenang.Jom buka semula galeri fon. Januari 2021 - Hanya duduk dirumah tanpa apa apa aktiviti luar. Kesihatan sangat mencabar waktu ini,sakit lutut yang melampau telah membatasi pergerakkan maq. (GAMBAR SEKADAR HIASAN ) Febuari 2021 - anak kedua kami ,Ety nikah berSOP.Moment yang tak pernah disangka sangka sebab majlis hanya ada maq anak beranak bersama keluarga pengantin lelaki yang datang hanya beberapa orang . Ini disebabkan PKP tak boleh merentas negeri lagi. Rentas negeri bersyarat.Rentas daerah pun tak boleh. March 2021- kemuncak sakit lutut,akhirnya jumpa pakar dan banyak benda yang disarankan untuk kesihatan lutut maq.Masani hari hari nangis bila buat kerja rumah sebab dari lutut ianya merebak sampai ke peha dan pinggang .Allah bagi jalan,dapat rawatan kat klinik Zainab,alhamdulillah.  May 2021 - sekali lagi rakyat malaysia  s

Jemputan perkahwinan di Sungai Siput,Perak

  Assalamualaikum. Maq sekeluarga dapat undangan majlis perkahwinan dari pakcik yang berada di Sg Siput,Perak. Majlis berlangsung pada 25/12/2021. Selepas kejadian banjir pada 18/12/2021 lalu, kami agak berat hati nak kemana mana apatah lagi nak ke Perak. Lebih lagi wabak yang sedang menular kat negara kita ni masih dalam lingkungan  kes tinggi. Tapi bila tarikh dah nak dekat ,rasa tak sampai hati nak abaikan undangan tersebut.Sebab family maq memang rapat dengan pakcik kami dan pakcik maq ni pun baru pertamakali buat majlis perkahwinan anak. Malam 24hb tu -pukul 4.00 pagi kami gerak ke Perak. Oleh kerana dah lama tak jalan jauh dan keadaan jalanraya yang agak sunyi,kami mulakan perjalanan dari tol Yong Peng yang lebih meriah berbanding Tol Pagoh yang suram keadaannya pada pukul 4.30 am.  Dari Yong Peng kami singgah tol Nilai (exit 214) untuk solat subuh & sarapan.Jam menunjukan pukul 6.10 pagi. **kami bawa bekal makanan dari rumah.Yang pasti bukan makanan pedas/masam yang kadang k