Posts

Showing posts with the label Tabung Haji

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Image
  Bismillah, Kalini Maq nak kongsi cara macam mana nak daftar kursus asas haji. Takda syarat yang menghalang korang untuk join kursus ini.Dapat tawaran haji atau tidak,  semua muslimin dan muslimat diMalaysia layak untuk sertai kursus asas haji.Yang dah pernah pergi haji pun ada yang join.Sebab mereka suka cari ilmu.Masyaallah. Jom lah ikut step kat bawah ni untuk tau cara nak daftar kursus asas haji. 1 - Sebelum nak join ,korang kena tahu lokasi kursus akan dijalankan.Kena check dekat Thjari untuk cari lokasi yang terdekat dengan tempat tinggal korang.Nanti bolehlah pilih tarikh dan hari kursus  berlangsung yang  bersesuaian dengan waktu yang korang boleh pergi. 2- Kemudian kena jugak pastikan yang korang dah install MyDigital ID.Dan jangan lupa daftar je terus id korang.Awal tak kalut.Tak pandai? suruh anak buatkan. 3 - Bila dah sampai tarikhnya ,pastikan fon korang tu ada internet.Zaman now semuanya dihujung jari.So siapkan data fon awal. 4 - Nanti diatas meja daf...

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Image
  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti sama ada ianya dah pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ni,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penatkan jari nak belari masuk link facebook tabung haji tu lagi. Musim jerebu macam sekarang ni semuanya nampak samar samar,itu amat membahayakan. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang...

Tabung Haji Diuji Lagi

Image
  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Hukum Keluar Mekah Lebih 2 Marhalah Sebelum Wukuf

Image
  Bismillah, Jemaah haji yang keluar dari Mekah melebihi dua marhalah seperti ke Taif sebelum hari kemuncak haji atau wukuf serta gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Haram boleh dikenakan dam isa’ah tertib dan taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing. Peringatan itu susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Mekah dan menuju lokasi melebihi dua marhalah (lebih 81 kilometer) seperti Taif bagi tujuan ziarah sebelum Hari Wukuf. Pakar Rujuk Haji, Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata, jemaah haji yang keluar dari Mekah ke lokasi seperti Taif sebelum Hari Masyair perlu memahami implikasi hukum dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mengelakkan isu ibadah dan berdepan masalah keselamatan sumber : AWANI news

Makanan Tambahan Untuk Jemaah Haji

Image
  Bismillah, Maq ada terjumpa satu status facebook.Beliau update tentang makanan tambahan ,vitamin dan fungsinya untuk jemaah haji. Yelah kan, duduk negara orang 40-50 hari.Dalam keadaan cuaca yang berbeza dan tidak menentu.Pergi pulak nak buat ibadah.Badan kena sihat.Waktu tu bukan ada ahli keluarga yang boleh jaga kita.Masing masing fokus pada ibadah yang dibuat sekali seumur hidup. So sebelum pergi haji,elok lah persiapkan badan dengan pengambilan vitamin untuk jadi kekal sihat.( Dengan izin Allah ) Jomlah kita baca teks tersebut. =============================== Ubat itu memang perlu, cuma kadang kadang ubat itu hanya melegakan simptom sahaja dan bukan memberi kelegaan lama pun. Semasa mengerjakan haji, kesihatan kita mesti kena kuat dan cergas. Sebab ibadah disana memang memerlukan kita kuat mental dan fizikal. sekadar hiasan 4 supplemen yang perlu anda bawa: 1. Magnesium Magnesium bantu fungsi otot dan saraf, serta membantu badan lebih relaks. Kenapa penting untuk Haji: Kurang...

Berat Ujian Bakal Haji 2026

Image
  Bismillah, Awalnya dipanjatkan rasa syukur alhamdulillah untuk berita yang ini. Tapi sehari dua ini kita dikhabarkan dengan satu berita,bahawa : what!?? 50% Jemaah Haji 2026 tolak tawaran haji sebab simpanan kurang? Serius lah!? Apa yang difahamkan mereka yang dapat surat tawaran tu adalah pendeposit yang dah lama menunggu giliran dari tahun ke tahun.Tetiba bila dah dapat tawaran kok ditolak? Ramai bakal jemaah haji dapat SMS dari tabunghaji untuk cukupkan simpanan dalam akaun tabunghaji mereka. Minima RM15K. Kenapa ek? Apakah setiap tahun memang macam tu ye? Apakah semua ni terkesan dari kes pendeposit yang ramai keluarkan simpanan mereka baru baru ini?  So sekarang pihak tabunghaji dan BH 2026 terpaksalah menanggung kesan sampingannya? Kenapa sebelum ni takda ke usaha nak  'rebranding' untuk tambahkan simpanan pendeposit ? Rasanya tiap tahun ada pemberitahuan, nanti dapatlah bakal jemaah haji usaha buat persiapan. Tapi kenapa cakap 50% menolak tawaran?Dah last minutes...

5 Tempat Mustajab Doa diTanah Suci

Image
  Ruang solat dibumbung Masjidil haram Bismillah, Ada tempat-tempat tertentu di tanah suci yang doanya tidak berpintu dan di Tanah Suci, ada lima tempat yang Rasulullah ﷺ sendiri tunjukkan tempatnya. 1. Raudhah  Antara mimbar dan rumah Rasulullah ﷺ terhampar sebuah ruang kecil yang luar biasa nilainya.Sabda Baginda ﷺ: “Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman Syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Waktu terbaik untuk masuk biasanya mengikut giliran yang ditetapkan, lelaki dan wanita berbeza sesi dan perlu mendaftar serta mendapat giliran di apps yang telah ditetapkan. 2. Hijr Ismail  Berbentuk seperti separuh bulatan di sisi Kaabah, ramai tidak tahu bahawa inilah sebahagian daripada Kaabah yang asal. Ketika Quraisy membina semula Kaabah, mereka tidak cukup dana,maka bahagian ini dibiarkan di luar binaan. 3. Maqam Ibrahim  Bayangkan batu yang masih menyimpan jejak tapak kaki Nabi Ibrahim عليه السلام, ketika Baginda membina Kaabah bersama Nabi Is...

Amalan Tips Rayuan Haji

Image
  Sekadar pelepas rindu... Bismillah, Minggu lepas Maq ada ke pejabat Tabung Haji Batu Pahat.Ada sedikit urusan yang perlu uruskan disana. Sewaktu berurusan Maq ada bertanya kepada pegawai tabung haji berkaitan rayuan haji.Bawah ni antara perbualan kami yang maq masih ingat lagi. Maq : Cik , tumpang tanya.Andai kata saya sebagai pendeposit yang lambat daftar haji betul ke kena tunggu cukup 5 tahun baru boleh buat permohonan rayuan haji? Pegawai THBP : owh tak perlu puan,kalau simpanan melebihi 15K puan dah layak buat rayuan haji melalui muassasah.Tapi nanti kos haji adalah bayaran penuh iaitu RM33300 pada tahun ini. Maq : ooh ..saya sangka kena cukupkan jarak 5 tahun baru boleh buat rayuan. Pegawai THBP : (sambil senyum meleret) tak perlu puan,sekarang pun puan dah boleh buat rayuan haji untuk musim haji tahun hadapan. Maq : haaa? boleh dah? masyaallah ye ke? Fahaman saya ,yang sedang buat rayuan sekarang hanya untuk ikut PJH dan ikut mahram jek. Pegawai THBP : tak puan, semua oran...

Info Haji 2026

Image
  Bismillah, Banyak info yang masyarakat kena tahu perihal yang berkaitan haji yang dikelolakan oleh pihak tabung haji tentang haji 2026 . Info dibawah ini maq dapat dari group fb jemaah haji Malaysia.Hasil salin tampal** 🔥1. Tawaran Haji (P1) ✅️ Setakat ini 3 batch tawaran telah dikeluarkan: 24, 29 & 30 Oktober 2025. ✅️ Proses tawaran masih berjalan dan belum dimaklumkan tarikh akhir. ✅️ Calon dalam THiJARI bertanda “Tersenarai 1447H” akan menerima tawaran secara berperingkat. 🔥2. Rayuan Haji ✅️ Dibuka mulai 3 November 2025. ✅️ Kategori rayuan mahram: suami/isteri perlu sahkan tawaran dahulu. ✅️ Rayuan lain: boleh terus buat permohonan dalam THiJARI. ✅️ Tabung Haji akan menilai purata baki simpanan sebelum meluluskan rayuan. 🔥3. Syarat Simpanan Minimum RM15,000 ✅️ Bermula 1447H, tawaran hanya diberi kepada jemaah dengan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji. Hanya ~60% calon dalam senarai asal memenuhi syarat ini. ✅️ Ini bermakna masih banyak kekosongan kuota untuk merek...

Fast Track Pemeriksaan Haji 2026/1447H

Image
  Assalamualaikum kepada Bakal Jemaah Haji 2026. Saya nak share beberapa tips bagaimana hendak memperlancarkan pemeriksaan kesihatan berpandukan pengalaman yang saya perolehi sebagai doktor pemeriksa Jemaah Haji pada tahun-tahun yang lalu. Tips yang saya kongsikan ini adalah sesuai dengan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji Edisi 11. Tips No 1: Lakukan pemeriksaan kesihatan di kinik terdekat untuk mengetahui status kesihatan anda sebelum menjalani pemeriksaan perubatan bakal haji. Pastikan tekanan darah, paras gula darah, dan SpO2 anda berada dalam keadaan stabil. Pastikan juga BMI anda dibawah 37.5kg/m2. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika belum terkawal. Tips No 2: Jika anda mengidap penyakit kronik, pemeriksaan yang bersuaian dengan table yang saya sertakan boleh dilakukan. Senang nak kata buat sahaja general examination seperti FBC, FBS, HbA1c, FSL (cholesterol), CXR (x ray dada), dan ECG (jantung). Secara umum laporan lab boleh diguna pakai jika pemeriksaa...

Tambah ilmu berkaitan haji

Image
  Gambar sekadar hiasan Bismillah, ini adalah hasil salin & tampal 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐉𝐈. Ibadah haji hanya dapat difahami ketika mengerjakan haji. Namun, ilmu yang diperolehi semasa kursus haji sangat berguna untuk memastikan ibadah haji sah dengan sempurna. Jangan risau jika sepanjang kursus haji, terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh penceramah. Para jemaah haji tidak perlu menghafaz dengan bersungguh-sungguh - seperti nak masuk exam - semua maklumat yang diberikan. Cukup terlebih dahulu membiasakan diri dengan segala istilah dan penerangan yang diberikan. Pada pandangan saya, apa yang perlu diketahui sebelum daripada kursus haji ialah perjalanan ibadah haji berdasarkan jenis-jenis haji. Ini penting agar para bakal jemaah dapat membuat pilihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap jenis haji yang dipilih. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐭𝐮’. Masuk ke Mekah dengan niat umrah. Selesaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Kemudian, tunggu hari untuk mengerjakan...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Image
  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Image
Bismillah, Di bawah ini maq kongsikan penulisan mantan menteri dijabatan perdana menteri bahagian hal ehwal islam - Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu tabung haji & penjenamaan semula. Maq memang hormati beliau ni sejak dulu hingga ke hari ini,inshaallah.Seorang yang berakhlaq baik dan ilmunya padu. POLEMIK PENJENAMAAN SEMULA TABUNG HAJI 1. Tabung Haji (TH) lahir daripada ilham besar Profesor Diraja Ungku Aziz untuk menghimpunkan simpanan umat Islam di Malaysia, lalu dipayungi undang-undang agar urusan ibadah haji mereka terjamin. Sejak 1963, ia berdiri sebagai institusi kebanggaan negara yang menggabungkan urusan kewangan dengan roh ibadah.  2. Penjenamaan semula adalah sebahagian usaha mengekalkan daya saing dan imej global. Kali terakhir penjenamaan dan penambahbaikan logo dilakukan ialah pada tahun 2009. Namun, apa pun bentuk perubahan, ia mesti berpaksikan kepada maruah agama dan keyakinan umat. 3. Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana M...

Kelebihan Selawat Hajjiyah

Image
  Bismillah, Ada sebabnya kenapa maq update selawat hajjiyah yang diatas.Jom kita tonton video dibawah ni pula. So,bagi korang yang sedang berusaha untuk dapat panggilan menjadi tetamu Allah,boleh lah amalkan selawat ini.Usaha jangan putus,doa jangan jemu. Belum daftar haji? Bawalah wang sejumlah RM1300 ke mana mana pejabat tabung haji yang berhampiran korang tinggal untuk daftar haji. Inshaallah Allah permudahkan semua urusan. Tak cukup RM nak daftar haji?  Kalau korang ada simpanan di KWSP ,pergi ke pejabat KWSP berhampiran,ambil salinan penyata simpanan korang kat pejabat KWSP, kemudian bawa salinan tu ke pejabat tabung haji,nanti petugas akan settlekan.Korang cuma sediakan RM 10 je kot untuk bukak akaun.Jumlah masih RM1300 yang ditolak.Bukan semua duit KWSP korang tau! Nak lebih jelas masuk je dalam link ni Nota terpaling penting -  Korang buka akaun & daftar haji serentak!  Jangan jadi macam maq, buka akaun ditabung haji lepas tu tak daftar haji, lastly kena...

Tips Mujarab Alahan Cuaca Ditanah Arab

Image
Laban-Penyejuk badan dan mampu menstabilkan kesihatan badan secara keseluruhan.   Bismillah, Maq pernah amalkan tips yang dikongsikan oleh saudara dibawah ini tapi tak semualah.  Disebabkan maq bukan orang yang arif ,so maq mampu salin tampal je tips yang dikongsikan oleh yang lebih arif . Jom baca! Panas dalam punca hidung berdarah. POIN 6 TIPS PALING MUJARAB. Saya fikir ini ada orang mungkin anggap benda ni remeh je, pada sesetengah yang lain ini masalah besar. 1. Panas dalam. 2. Batuk, selsema, kahak. 3. Hidung berdarah. Saya personally kalau ada this combination memang tak dapat nak function dengan baik, even worst demam dan taksihat mungkin. Antara solution saya buat adalah : 1. Mandi room temperature jangan mandi air sejuk kalau ada air sejuk.  2. Aircond bilik pakat-pakat dengan kawan bilik pakai yang sederhana jangan full blast. 3. Kalau baru balik dari luar jangan terus masuk bilik lepak dulu dekat lobby, redakan suhu badan. 4. Banyak minum air kosong, walaupun b...

Haji 2025- Belajar Hormat Undang Undang Negara Orang

Image
  Bismillah... Sebetulnya harini takda modal nak kongsi cerita  kat blog.Pegang fon pun dah semakin malas.Tapi jari ni letih juga asik nak berehat je.Kalau menaip sesikit tu dapatlah buat senaman ek? Okey ,Apakata kita bukak topik haji 2025 jelah. sembang sembang** Wah lain macam kan aura musim haji tahun ni?  Ruuuaaamai rupanya yang dah buat rayuan dan mereka sangat mengharapkan agar rayuan mereka diterima oleh pihak Tabung Haji. Hakikatnya yang buat rayuan tu ,kosnya bukan lah semurah jemaah muassasah (muassasah dicaj sekitar 15-16K ) Ada travel PJH paling murah pun RM45.Ada yang lebih tinggi dari harga itu tapi kesemua harga itu dah jadi rebutan dikalangan bakal tetamu Allah. Hujung hujung visa dan permit pulak jadi masalah.Haji 2025 telah berubah 360° ,sedangkan jemaah haji tahun ini masih menganggap ianya masih serupa seperti musim haji yang sebelum. Tambahan kouta pun tak selaju dan sepantas tahun tahun lepas.Semua ni membuatkan bakal jemaah ternanti nanti, tertungg...

Persiapan Untuk Menjadi Tetamu Allah ( haji&umrah)

Image
  Bismillah, Satu perkongsian yang maq rasa sangat bermanfaat menjelang musim haji dan baik juga buat rujukan bakal jemaah umrah yang pertamakali ke sana nanti. Rasanya boleh lah kot kalau dikongsikan disini.Manalah tau dapat beri manfaat buat mereka yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun depan pulak.Kalau tak pergi haji pun ,nak pergi umrah pun boleh juga guna pakai tips dan panduan ini.Jom kita teruskan membaca buat tambah tambah ilmu. 1.Persiapan ilmu.  Dari sekarang dah kena study ilmu manasik haji supaya benar benar faham kerja haji. Boleh cari buku, video video youtube berkaitan kursus haji sebelum join kursus asas haji (KAH) yang dianjurkan oleh TH di masjid masjid daerah terpilih. Bila dah faham basic, hadir pulak kursus TH secara bersemuka, kefahaman lebih meningkat. 2. Persiapan kerohanian. Upgrade hubungan dengan Allah dan setkan rutin harian supaya rutin di tanahair akan bersambung di tanah suci, malah dapat diupgrade. Perbanyakkan doa agar Allah mudahkan urus...

Tips Sepanjang Dalam Kapal Terbang Ke Tanah Suci

Image
  Bismillah, Mak Ayah kalau ke Mekah,Ini Tips Sepanjang Dalam Kapal Terbang Ke Tanah Suci Tak panjang. Tapi cukup nak selesaikan banyak masalah kecil yang selalu buat badan lesu dan kepala pening lepas turun flight. 1. Mak ayah kalau boleh, minta seat tengah (area sayap) masa daftar masuk.Memang betul seat ikut nombor, kalau check-in awal, kita boleh dapat  tempat duduk depan atau tengah, bukan kat ekor. Bahagian sayap paling stabil masa kapal terbang bergoyang. Kurang gegaran, kurang pening. 2. Pakai stokin tebal atau stokin ‘ketat’ (compression socks). Flight lama ni, darah lambat bergerak. Kalau boleh, angkat sikit kaki atau gerakkan jari kaki setiap 20 minit. Boleh elak kebas dan bengkak kaki. 3. Bawa minyak angin atau sapu Tiger Balm sikit bawah hidung. Kalau bau makanan pelik ke, atau orang sebelah tak mandi, bau ni boleh bantu tahan rasa loya. Jangan sapu banyak sangat, takut pening pula sebab kuat sangat. 4. Jangan malu minta air kosong banyak kali. Udara dalam kapal t...

Peruntukan Wang Waktu Kemuncak Haji (1446)

Image
Bismillah, Jemaah Haji 1446H, yang berangkat dengan penerbangan awal dan mempunyai kewangan yang terhad, jangan excited sangat shopping dan buat pengeposan. Yang pergi penerbangan akhir mungkin belum sempat shopping. Pastikan peruntukan mencukupi untuk kemuncak haji jika diperlukan untuk: *Perkhidmatan wheelchair semasa Tawaf/Saie *Perkhidmatan buggy car semasa Saie *Bayaran Dam *Upah/Wakil Melontar Jamrah Persediaan kewangan yang mencukupi ini penting, supaya ibadat haji kita sempurna. Ini kerana walaupun kita muda dan sihat, tidak mustahil diberi ujian kesihatan sepanjang tempoh masyair yang memerlukan bantuan untuk menyempurnakan ibadat haji kita.  Kemungkinan juga kita melakukan perkara larangan ihram dalam keadaan sedar dan tanpa sedar. Fahami betul betul Rukun dan Wajib Haji, Larangan Ihram dan Perkara perkara yang dikenakan Dam supaya Ibadat Haji kita sempurna dan boleh mengelakkan dari membayar Dam. Hasil salin tampal. Credit to owner📌 Sumber : Group Haji Facebook