Assalamualaikum.
Bila musim hujan macam cuaca sekarang ni ,perut cepat lapar. Betul ke betul ?Jawab lah sendiri. Harini maq nak kongsi macamana nak buat perut kenyang dan hati senang. Biarpun dalam mood kemalasan melanda dicuaca sejuk ,masak tetap masak! Okey, Apakata kita masak nasi ayam versi maqnie!
Bahan bahan :
Untuk Nasi ✅
Beras ikut sukatan sendiri.
Bawang putih 4ulas
Halia 2inci
Perasa knors 2sudu makan
Minyak masak 2sudu makan
Untuk ayam goreng✅
Ayam seekor.
Tepung goreng ayam jenama bistari
Telur ayam 3biji
Minyak untuk goreng ayam
Untuk ulaman✅
Daun salad ,tomato ( dibasuh bersih ,tos ,dan potong ikut citarasa masing masing)
Untuk sos✅
Cili kisar 1cawan
Tomato sos 1cawan
Gula pasir 1cawan
Bawang putih 2ulas ( diracik halus)
Cara:
1- basuh ayam bersih² , toskan airnya . Asingkan kaki dan leher ayam ,racik kecil keduanya. Pecahkan telur ,kocak telor .masukan ayam tadi kedalam telur dan golek golekan atas tepung goreng ayam bistari ,goreng! ( tak perlu garam sebab tepung goreng ayam bistari dah masin ). Goreng dengan api kecil*
2- kaki ayam ,leher ayam yang dah diracik tadi dibasuh bersih bersih ( toskan ) . Bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Panaskan ricecooker anda. Masukan 2sudu minyak masak ,bila agak sudah panas,masukan bawang tumbuk tadi. Macam gambar bawah.
Goreng sampai garing sikit,jangan sampai terlalu garing,nanti pahit. |
📢 *jangan lupa tengok ayam atas kuali tu!
3- Basuh beras ( toskan) Bila bahan dalam ricecooker dah kekuningan ,masukan beras tadi. Setiap beras sukatan airnya berbeza ikut kualiti beras tu , untuk nasi ayam ini ,anda kena lebihkan sukatan air untuk setapak lagi. Misalnya untuk 5skop beras anda selalu guna air hingga tanda 6 dipenanda tepi periuk nasi tu ,tapi untuk nasi ayam ni , masukan air hingga ke penanda no7atau 6.5 , ye , air lebihkan sedikit. Masukan garam , perasa knors, kaki dan leher ayam yang kita dah racik tadi dan tanaklah nasi seperti biasa. Kena kerap balik balikan ya ,supaya nasi boleh masak serata.
Itu hasilnya,kalau tak makan kaki ayam boleh ganti dengan apa apa bahagian ayam yang lain. Maq jangan diikut ,semua kaki maq makan,😂 |
📢 *ayam goreng dah boleh angkat kot? Cuba tengok!
4- cili kisar ,tomato sos ,bawang putih racik dan gula ,masukan dalam kuali kecil dan masak sampai likat. Jangan sampai hangus ya. Guna api paling kecil pun elok. ( masak sos ini tak lama sangat , dah mendidih ,padam api )
📢Ayam goreng siap !
📢Nasi siap !
📢Sos siap!
📢ok siap!
Alhamdulillah , makanya terhasil lah makanan ringkas buat alas perut seisi keluarga. Paling penting stock ada semua bahan bahan tu. Macam maq , stock maq dah sedia untuk sehari sebelum kejadian ini. Selamat mencuba.
Nota maqnie : Masak sendiri lebih mudah ,jimat , dan lebih puasati. Anak ,suami boleh makan ulang ulang diwaktu hujan sedang turun dengan lebatnya diluar sana.
Comments