Posts

Showing posts from November, 2018

Panduan Cari Pengasuh

Image
Assalamualaikum.
Bila kerap sangat berita kematian bayi akibat penderaan dari pengasuhnya, maq teringat akan sesuatu. Ketika facebook maq belum deaktif ,maq ada join beberapa group pengasuh dalam facebook. Sengaja join sebab kononnya nak tambah pengalaman .

Apa yang menarik perhatian maq , iklan dari Pengasuh atau parents yang admin group siarkan. Iklan berkaitan samaada  dari mereka  yang perlukan anak asuhan atau pun parents yang  sedang mencari babysitter untuk anak mereka.


Sebagai silent reader dalam group , maq kadang terfikir juga,kenapa mereka begitu berani.  Mereka cari orang untuk mengasuh anak mereka selama mereka keluar bekerja dalam tempoh masa 10-12jam dengan cara online sedangkan mereka tak tahu kepada siapa yang mereka nak hantar  anak mereka tu? Keadaan macamni sangat sangat merbahaya.

Hantar anak kecil kepada orang yang anda tak kenal langsung ! Sama juga seperti anda buka luas pintu masalah. Mangsanya nanti anak anak yang tak berdosa. Tolonglah peka sikit pada masal…

Perencah Tomyam Pilihan

Image
Assalamualaikum.
Bila dah hari hari masak , kadang ada masa buntu fikir nak masak apa. Kalau boleh semua orang dalam rumah ni maq nak suruh berpuasa. Puasa Qadaq atau puasa sunat khamis ,haha kejamkan !

Hakikatnya , tukang makan tak banyak bunyi pun ,yang cerewet tukang masaklah , sebab dia dah jemu memasak agaknya. Tukang makan tak pernah pun nak cakap jemu ,mereka pemakan yang setia,heee..

Untuk makan  tengahari hari ini. Maq sediakan 1masakan je tapi seimbang . Okey , tomyam ayam siap !

Perencah utama pastinya keluaran Sri Nona. Bila beli barang dapur ,maq akan pilih perencah brand ini sebab rasanya memang mantap! Takkan pernah ada yang lain ,huhu.


Bahan lain selain ayam , tentunya sayur sayuran. Seperti karot ,bawang besar ,cili padi ,tomato ,serai , daun ketumbar vietnam, daun limau purut .


Kalau dulu maq akan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar bercampur lada kisar  terlebih dahulu. Tapi sejak guna Sri Nona , maq cuma perlu rebus ayam bersama perencah tomyam …

Silver Anniversary

Image
Assalamualaikum.
Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah ,pentadbir sekelian alam. Harini 27 November 2018 ,dan sekali lagi maq dan encik suami ,berpeluang menikmati detik tarikh perkahwinan kami. Tahun ke 25. 1993-2018 , Alhamdulillah.


Untuk ketahap ini tidak semudah dipandang mata. Mesti korang paham maksud maq.  Bagi yang sudah berumahtangga mesti dia tahu. Perjalanan perkahwinan bukan seindah yang kita lihat digambar gambar sweet diinstagram ,facebook ataupun dalam  episod cinta dalam film bollywood tu.

Dalam masa 25tahun sebelum ini ,

Kami pernah menangis ,kami juga pernah ketawa.

Kami pernah berlainan pendapat,kami juga pernah bersependapat.

Kami pernah hampir hilang sabar tapi kami teruskan juga bersabar.

Dalam tempoh 25tahun jugalah, biasanya maqlah penyebab cari gaduh. Ye ,maq yang suka cari pasal sedangkan encik suami jenis orang yang malas nak fikir hal remeh. Bila pendapat maq tak diterima ,maq akan memberontak atau kecil hati atau merajuk ,padahal dah tau pun benda tu sala…

Tips Makan Nasi

Image
Assalamualaikum.
Anda makan nasi ? Berapa kali dalam sehari anda makan nasi? Maq nak share cara nak makan nasi dengan cara sihat. Lihat gambar bawah.




Okey ,itu saja perkongsian untuk hari ini. Selamat makan !

Kisah Anak asuhan terkini

Image
Assalamualaikum.
Apa pun yang berlaku disekeliling kita. Apa pun kata orang tentang kita. Apa pun tanggapan orang tentang keluarga dan kerjaya kita , kehidupan ini harus diteruskan. Biarlah mereka dengan pendapat mereka. Kita hidup bukan kerana mereka ,kita hidup kerana izin Allah swt. Alhamdulillah,terima kasih Allah untuk segala nikmatMu.

Harini macam biasa ,maq ditemani anak anak asuhan dan cucu maq si budak debab tu. Antara perkembangan anak anak dalam jagaan maq sekarang ni.


Bff ( iman anaqi ) dah hampir berhenti menyusu botol sebab dah nak masuk 4tahun pada 2019 . Dia sendiri yang taknak menyusu botol sedangkan mama dia sentiasa bekalkan susu tepung dalam beg. Dah rasa diri dah handsome le tu ,heee..


Cik Puteh ( NurAmalina Qaisara ) akan masuk darjah 1 ,pada tahun 2019 nanti. Sekejap jek masa berlalu. Maq mula jaga Sara pada umur Sara 6bulan. Pejam celik ,pejam celik , dah masuk sekolah rendah dah dia.



Juwita Aisyah 9tahun - baju kuning + hitam dalam gambar. Dia tak bagi maq am…

Info Tentang Empangan Sembrong

Image
Assalamualaikum.
Sejak semalam, ramai sahabat kongsi info tentang empangan sembrong yang katanya :

[11/20, 1:44 PM] Zali: Ada kawan2 dkt area air hitam, parit raja dan tanjung sembrong blh la beritau diaorg brg2 rumah standbye naikkan tinggi empangan sembrong nak lepaskan air sekarang dam berlaku keratakan besar..jurutera2 jps tgh berkumpul disana..jadi berjaga
[11/20, 1:45 PM] Zali: *PEMAKLUMAN*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera .

YB Dato/YBhg Dato/Tuan/Puan,

1. Adalah dimaklumkan bahawa tanda-tanda diluar kebiasaan berikut telah dikesan berlaku pada struktur empangan utama (main dam), *Empangan Sembrong* pada petang semalam (19 Nov 2018);

i. terdapat pergerakan tanah pada satu lokasi di dinding empangan,

ii. ujudnya lompong tanah (sinkhole) pada struktur,

iii. kesan air keluar (seepage) dari bahagian bawah struktur empangan (toe),

iv. permukaan jalan di bahagian atas empangan  dilokasi berhampiran berlaku "seepage" yang lazimnya rata telah beralun (uneven).

2. Sehubun…

Kena Ubah Sikit

Assalamualaikum.

Pagi yang indah. Alhamdulillah. Awal pagi tadi maq ada dengar pesan dari profMuhaya di akaun instagram beliau. Kata beliau :

" mulakan hari ini dengan berbuat baik dengan orang ,biarpun orang tu bersikap sebaliknya"

Video :


Nampaknya maq dah boleh ubah sekarangni. Kalau sebelum ini , maq hanya amalkan :

"bila ada sesaorang hamba Allah buat tak baik dengan kita atau dia lebih cenderung pada aura negetif ,jangan benci tapi elakkan berdamping dengan dia. Atau dalam kata lain ,jangan hina dia tapi jauhkan diri darinya.. "


Hmmm nampak gayanya cara yang sebelum ini bukan salah tapi macam kurang tepat je kan?

Pengisian dalam video kat atas tu , pada maq memang sangat membantu dalam memupuk minda yang positif. Rugi pulak kalau tak diamalkan . Lagi pun siapa nak ubah kita ,kalau tak diri kita sendiri.

Bukan wajib ubah semua tapi berubahlah sedikit demi sedikit supaya perubahan itu lebih terkesan bagi diri kita sendiri. Inshaallah.

Nota maq : terima kasih p…

Akhlak Rasulullah SAW

Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian dari group whatsapp sempena sambutan maulidur rasul kali ini.



MENGENAL AKHLAK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW ﷺ

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui …

Perubahan Diri

Image
Assalamualaikum.
Bila baca post lama lama , masa mula mula  maqnie berblog pada tahun 2012 dulu ,macam macam rasa ada datang. Nak tergelak ada , rasa geram ada , rasa sedih pun ada.

Setiap post kebanyakkannya berkisar isu masyarakat dan keluarga sendiri. Ada post ,maq baca pun maq menyampah kat diri sendiri , hahaha apalah ..

Terfikir sendiri , kenapa maq macam tu ek dulu dulu? Apakah sebab dulu nama blog ini " bila maqnie membebel?" so kena luahkan semua habis habisan? hahaha tak selesanya mata membacanya uii..macam ada aura nagetif pun ya jugak.

Tapi itulah orang kata , jangan samakan dulu orang dengan dia yang sekarang. Dulu mungkin dia tak paham lagi macamana nak buat perkongsian. Dulu pada maq , asalkan maq dapat luahkan semua yang terpendam dalam hati , dah cukuplah. Padahal perkongsian macam takda isi.

Sekarang ,walaupun blog ni bukan blog cari makan ,malah masih kekal sebagai blog peribadi dan personal ,maq rasa serba sedikit ada pengisiannya.

Tahun silih berganti ,…

Apa Anda Tahu?

Image
Assalamualaikum.
Tak semua orang tahu tapi ramai orang nak tahu. Okey bawah ini maq kongsi Tips pada yang maq dah tahu tentang sesuatu.




Ada lagi yang nak tahu ? Maq baru tahu hehe




Okey , dah tahu kan? Semoga beri manfaat. Apa pun maq belum cuba lagi semua yang diatas tu. Inshaallah ,bila keadaan memerlukan ,maq akan cuba lakukan.

Tekanan darah terlalu naik?

Image
Assalamualaikum.
Ini kisah hari Jumaat ,semalam. Kalau hari Jumaat ,maq cuma mengasuh cucu maq sorang. Kanak kanak lain cuti sebab Jumaat adalah cuti umum bagi negeri Johor.

Bila awal pagi ,along beritahu dia tak kerja , maq pun ambil peluang kemas rumah sebab takda baby yang perlu dijaga haritu. Tengah sibok mengemas , sambil masak sarapan pancake bersama sos coklat ,along datang dengan ainul. ( masa ni tok mak ainul belum mandi lagi , sebab operasi mengemas tak siap lagi ) 😅.

Kemudian ,lepas siap masak pancake, mandi ,maq pun sarapan bersama along dan yang lain. Setengah jam lepas tu ,maq pun kedapur untuk masa tengahari pulak! Haha sayur labu masak lemak , ayam goreng ,sambal belacan !

Lepas makan , solat , pukul 2petang along ajak keluar cari barang . Maq ikut !

Pergi Eco , pergi Ninso dan beli makanan , pukul 4+ kami balik kerumah. Penat sangat , tapi sempat minum petang bersama along dan anak anak maq yang lain. Nest O panas , roti cheese , nasi lemak . Beresss..

Pukul 5, alon…

Baby Big Size

Image
Assalamualaikum.
Sejak jadi pengasuh ,baru kali ini maq jaga baby Big size . Baby tu tak lain tak bukan ,cucu maq sendiri. Dengan berat 10kg + pada usia 7bulan , agak terasa part pinggang bila dukung Ainul lama lama . Apa nak buat , dah memang rezeki budak Ainul dapat saiz macamtu kan ,sebut jelah Alhamdulillah.



Bila bawa ainul keluar rumah ,pasti orang akan tanya ,ni berapa bulan niii? Lahir berapa kilo nii ? Semangatnyaaaa..! Comelnyaaaa.. !  Susu badan ke? Makan apa ni badan boleh jadi giniii ! Ah ! Banyak soalan yang harus dijawab masa tu ,namun mama ainul dan tok mak pasti akan jawab dengan senyuman dulu kemudian baru jawab dengan kata kata. Nampak sopan tak kami masa tu ? Heheeee..



Sekarang ni Ainul 7bulan tetapi :

- baju dan seluar sudah pakai saiz budak setahun punya ,baju 9bulan dah boleh disimpan.

- Stokin pakai saiz setahun ke tiga tahun. Pakai yang saiz setahun , nanti sebelah stokin ada kat dapur ,lagi sebelah  ada kat ruang tamu. Sebabnya cuma muat kat separuh tapak kak…

Cari Baik Dalam Buruk

Image
Assalamualaikum.
Bila dapat nasihat yang baik dari sahabat lain dalam group,maq akan simpan dalam archive entri. Tujuan utama tak lain tak bukan sebagai nasihat untuk diri sendiri. Tuan empunya blog. Dan andai kata ada yang sudi membaca ,sedikit sebanyak akan beri manfaat. Itulah tujuan utama maq. Dan hari ini ada nasihat seorang sahabat. Beliau suruh maq cari baik dalam buruk orang lain. Baca :

NABI MUSA A.S MELIHAT BANGKAI SEEKOR ANJING YANG MATI DI PADANG PASIR.

SAHABAT SAHABATNYA MENUTUP HIDUNG.

MALAH ADA YANG LOYA DENGAN KEADAAN MATA ANJING YANG HAMPIR PECAH, ISI PERUT YANG TERBURAI..!

AKAN TETAPI NABI MUSA BERKATA,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

SAHABAT-SAHABATNYA MENEGUR BAGAIMANA NABI MUSA BOLEH BERKATA DEMIKIAN?

LALU NABI MUSA MENJAWAB,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

SEMOGA KITA SEMUA BOLEH MELIHAT KEBAIKAN DI DALAM DIRI SESEORANG WAIMA MUSUH KITA SEKALIPUN. INSYAALLAH , HATI KITA AKAN BERTAMBAH SENANG D…

Tak Pandai Nak Jaga Kaktus

Image
Assalamualaikum.

Akhir bulan 10 haritu , anak sulong maq pergi ke Cameron Highland. Beliau ada belikan mini kaktus  sebagai cenderahati dari tanah tinggi tu untuk maq. Along tahu ,maq memang minat kaktus. Dulu kini dan selamanya.








Cantik? Comel kan? Masih belum diubah lagi tu sebab belum beli pasu dan tanah .


Tapi maq sebenarnya ada satu kekurangan dengan kaktus ni. Maq tak reti nak bela diaorang macam maq jaga anak asuhan maq. Maq tak pakar nak tahu apa kaktus perlu dan tak perlu untuk hidup elok dan membesar dengan sempurna. Tengok bawah ni. Kaktus yang dah lama maq tanam dan maq jaga. Saiznya masih cenonet macam saiz maq beli diaorang dulu. Dah dekat 2tahun kot. Alahai sedih.. 😭



Anda yang tahu macamana tips terbaik untuk tanam , bela kaktus,tolonglah beri tunjuk ajar kat maq. Mana tahu dengan ilmu anda tu ,maq boleh bela kaktus yang along beli tu dengan jayanya. Dan ilmu anda tu akan kekal jadi jariah tau ..haa tak nak ke ?  ( perempuan part mujuk memang pakar ) 🙊


Nota maq : saya…

Losyen Membelai Ainul

Image
Assalamualaikum.
Semenjak ainul dah guna baby walker , mama ainul ada mengadu kat maq yang ainul selalu gelisah bila tidur malam. Tak nangis kuat tapi merengek dan tidur tak lena.  Keadaan ini boleh menganggu kualiti tidur mereka anak beranak.

Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti ainul yang kehulu kehilir bermain  dalam baby walker  disiang hari. Walaupun letak sekejap sekejap tapi seronok bermain buat dia letih.  Letihnya pula terasa ketika dia nak tidur malam.


Untuk legakan letih dikaki gebu ainul , Maq belai pelahan dengan losyen selepas tiap kali ainul mandi. Kalini maq guna losyen baby jenama fiffy -  fiffy baby moist lotion.


Kenapa maq pilih fiffy moist lotion?  Losyen ini mengandungi lembapan semulajadi bervitamin C yang datangnya  dari kandungan aloe vera dan susu . Mudah menyerap kedalam kulit bayi dan melembutkan kulit serta dapat memberi perlindungan kulit secara sempurna. Baunya  pun lembut. Bayi rasa selesa.




Sebenarnya kulit ainul jenis sensitif ,ianya akan jadi ruam kal…

Selamat tinggal akaun yahoo

Image
Assalamualaikum.
Maq ketinggalan zaman . Dah masuk  tahun 2018 dan dah nak habis pun 2018 , baru harini terfikir nak tukar email. Kenapa tukar email? Alasannya satu jek , sebab akaun yahoo dah lupa password ! 😅 - faktor usia barangkali.


Tips Pilih Bendi

Image
Assalamualaikum.
Dulu ,katanya kalau nak pilih bendi tu tua atau muda kat pasar ,kita kena patahkan hujung bendi tu. Kalau mudah dipatah,tu tandanya sesuai dibuat sayur manakala kalau liat ( susah nak patah )  itu tandanya dah tua , tak sesuai dimasak.  Tapi sedikit perkongsian tips pilih bendi dari group whatsapp kali ini memang ada logiknya jugak. Apa tips tu? Baca keterangan dibawah ini.

RAMAI orang tanpa rasa bersalah akan mematahkan hujung bendi ketika memilih Bendi Muda. Kesannya merugikan peniaga dan jika peniaga TIDAK REDHO maka berdosa.

Kita berhak memilih yang elok dan terbaik tetapi HARAM merosakkan barangan jualan pihak penjual, kecuali kita dibenarkan atau  kita bayar semua bendi yang kita dah patahkan.

Allahumma ya Affuw banyak kesilapan kita.
Malah ada ketika bila penjual menegur, terus tak mahu beli.Siapa yang nak beli Bendi yang kita patahkan?Anda sedar kemarahan dan kekesalan penjual? Rugi bila pembeli mematahkan hujung bendi dan diletakkan semula.

Maka mari kita be…

Awan Hitam Yang menakjubkan

Image
Assalamualaikum.
Maq ada tabiat yang mungkin anda pun buat atau mungkin tak buat.  Bila dalam kereta dan perjalanan agak jauh,maq memang susah nak tidur. Maq akan jadi kawan bual encik suami sambil melayan mood drive dia.  Risau jugak kalau dia bosan dan akhirnya rasa mengantuk dalam pemanduannya. Bahaya kan.

Selain makan jajan ,sembang kosong , dengar lagu lagu dalam cd kegemaran encik suami , maq ada satu lagi aktiviti meneman, iaitu ambil gambar awan. Maq sangat sangat sangat suka aktiviti ini ! Ye sungguh haha. Maq selalu ajak anak anak tengok awan . Masyaallah, memang suka !! Ciptaan Allah yang memang hebat dimata maq.

Tempohari ketika ke Perak ,perjalanan kami diselang seli dengan cuaca panas dan hujan. Dan detik nak hujan dan hujan turun  itu telah dapat maq rakam dalam gambar gambar dibawah ini. Maaf , maq bukan jurufoto yang profesional. Guna pun handphone cap chicken jek hehe







Perak ,negeri yang dihiasi dengan bongkahan gunung dan bukit batu kapur yang tersergam indah. Kejad…