Posts

Showing posts from May, 2014

indahnya hidup

Assalammualaikum ..

Hujan diluar sana . tanpa perlu  dipukau anak-anak asuhan maq  sudah pun tidur dengan lenanya.  So inilah masa yang sesuai bagi maq blogging ... Yahooo...

Cuti semesta ke dua sudah pun bermula . anak maq  ,anak asuhan sudah mula berkumpul semula dirumah ini seawal pagi .

Jika Pada hari persekolahan mereka hanya bertemu selepas pulang dari sekolah ..nahhh.. Minggu ni mereka enjoy!! santak main dari mula sampai rumah maq hinggalah waktu makan tengahari . lepas makan sambung lagi bermain sehingga tiba waktu tidur pada pukul 2.00 petang  . dan akan lena sehingga pukul 5.00 petang . dan selepas mandi mereka akan sambung bermain ...hurmm ...

apa yg nyata disini .... Seronoknya jadi kanak-kanak kan  , hanya kena makan .tidur , main ... Takde pun nak fikir soal GST , Takde masalah cinta , takde masalah kalau bil letrik  naik , harga barang naik ... Tekanan darah pun takkan naik !

Tengok mereka tidur berdengkur ...maq yang cemburu sebab tak boleh nak join tidur ... Ishhh.. …

jeritan batinku

Assalammualaikum..
Bila JAKIM dah sah kan yang coklat cadbury ada unsur-unsur tak halal semalam . maq pun terus terfikir  selama ni dah berapa kilogram benda tu dah masuk dalam tubuh badan maq dan anak-anak maq . hurm ..patutlah hati ni keras semacam rupanya dah bercampur yang tak halal .

astagfirullahhalazimm .

Tu baru coklat cadbury .. Belom coklat lain,  jajan , makanan basah dipasar, makanan  segera , makanan yang dimasak dikedai makan yang standart tu yang mana dimasak oleh chef dari mana-mana aja tu ..


Adeh ..risau.... batinku nangis risau ....hurmmm

ubah mana patut

Assalammualaikum..

Dunia makin laju berputar . manusia pula makin leka dengan segala kemudahan .

Kalau dulu cuci kain baju kena duduk melepak tepi sungai tapi sekarang cuci baju pun boleh masak , kemas rumah , lap lantai , poco-poco ... Eh ! Hehe

Dulu kalau lepas sarapan boleh pergi belakang rumah bawak bakul untuk pergi memetik daun-daun yang boleh dibuat sayur tengahari nanti tapi sekarang sayur datang depan rumah kita. Ikannnn...sayooo.....hehe tinggal bawak duit je.

Tu baru perbezaan antara cuci baju dan cari sayur dulu dan sekarang .. Sebenarnya ada banyak lagi benda yang sangat - sangat ketara bezanya . nanti maq share lagi ye...

Tapi ! Aaa.. Ada tapinya tu.. Apa yg tak perlu diubah dari dulu sampai sekarang ????

Pada maq .. Adap sopan santun kita ni , kekalkan lah ye. Ianya tak perlu diubah kerana itulah cara kehidupan kita "orang timur yang beragama Islam"


#Maqnie orang Batu Pahat , Johor ( belah barat )   hehehe


era yang berbeza

Assalammualaikum ..

Bila dah masuk gerbang 45tahun , rasanya banyak dan padat memori maq dengan kenangan .

Paling menarik ketika 1983 umur maq 14, form 2. ketika tu adik maq yang bungsu baru berusia setahun lebih . maq dapat adik bungsu pada usia maq 12 tahun dan adik ni merupakan anak ketiga orang tua maq dan anak lelaki pertama mereka juga .

Ketika tu orang tua maq dua - dua bekerja luar rumah . dan maq pula bersekolah sesi petang .

Dengan atas arahan ibu  , remaja berusia 14tahun itu sudah pun tahu mengurus adik kecilnya , mengurus dirinya , rumah nya dan persekolahannya .

Biasanya seawal pagi maq sudah menyidai baju yang telah pun dicuci oleh ibu .. memberi adik makan dan juga memandikannya sebelum dihantar kerumah pengasuh ( makcik maqnie disebelah rumah )  . kemudian  maq pula membuat persiapan untuk ke sekolàh  menengah pada pukul 11.30am setelah semua kerja rumah dan kerja sekolah beres ...  ye sangat padat jadual hariannya kan . kadang-kadang menangis sendiri bila adik pulak …

bola

Asaalammualaikum .

Tadi Maq dan suami tengok bola di astro arena perlawanan antara team JDT vs PAHANG ! Ni game masa kedua . nampaknya game makin HOT bila JDT dah dapat gol kedua …

Bila pemain dah mula buat aksi macam-macam , mutu pengadilan pun entah apa-apa , mood maq nak teruskan menuntun terus jatuh menjunam, capai handset terus online hurmm..

Tapi sekali sekala mata ni jeling juga skrin tv tu . nak tau kenapa maq takda mood teruskan menuntun ?


Hehe malu nak cerita ...

Kalau anda nak tahu , bila tengok pemain kena buli , jatuh , kena sepak , kena pijak , luka , tergolek ... Maq rasa badan maq yang sakit . maq kesian.maq risau pemain tonggang langgang ! Eeghhh sakitnya badan mereka ! Maq membebel sebab pengadil buat tak nampak je . kemudian maq tak senang duduk . jadinya dari maq terusan tak selesa , baik jangan tengok , dengar jek. Hati maq tenang , badan maq selesa hehhe..

Dan bila difikir- fikirkan mungkin sebab tu Allah tak beri maq anak lelaki agaknya , kalau tak meraung budak…

hilangkan bengkak

Assalammualaikum .

Saat senja nan merah kian mewarnai petang , sambil tunggu mama kiki pulang dari kerja . maq masih berkesempatan untuk membebel .

Petang ni maq nak kongsi satu lagi amalan perubatan yang maq jumpa masa online .iaitu cara untuk hilangkan sakit akibat bengkak dalaman .contohnya bisul .

Apa petuanya ? Jom !

Cari sarang angkut-angkut yang terdapat disiling-siling rumah lama . lagi bagus kalau dari siling rumah anda . eh ! Tau ke apa tu sarang angkut2 ? Sejenis haiwan terbang .spisis serangga . membuat sarang menggunakan lumpur halus dari dalam tanah yang paling special !

SubhanaAllah .. Ni diluar bidang kita , ini kuasa Allah ~

Bila dah jumpa sarang angkut - angkut tu sila cari pula pokok semalu . tau pokok semalu ?? Bila disentuh dia akan menguncup malu gitu . kalau lagi nak banyak info pergi search google ye . apa kah pokok semalu ? Bagaimana rupanya?

Aaa .. Bila dah dapat 2 bahan ni tumbuk didalam lesung yg bersih . kemudian berselawatlah ketika menumbuk tu . bila dah…

pakar masak

Assalammualaikum ....

jom  fikir apa nak masak untuk esok ? anda bingung ? maq dah tak bingung lagi sejak kebelakangan ni sebab maq dah selalu masuk blog nyum-nyum ni ... nak tau blog siapa kah ? masuk link ni ,maq panggil blog nyum nyum hehhe

blogger tu mahir dalam masakan kampung  ! maq tak kenal dia siapa pun ,maq just follower dia dan maq minat masakkan-masakkan yang beliau updatekan diblognya . ianya mudah dan memang sodap hehe . lahai ..janganlah masak yang segera-segera jek ,sesekali suami dan anak-anak nak jugak rasa masakan air tangan kita kan ? cuba lah masuk  blog tu ...owner dia lelaki tau huhhu

angin satu badan

Assalammualaikum !

sementara suami menuntun rancangan kilauan emas tu, dapat la maq membebel lagi diblog ni huhhuu . kali ni nak share tentang apa yang maq dah jumpa dalam beberapa hari  maq online ni . tak salahkan berkongsi pada benda yang baik, kot -kot satu hari benda tu boleh kita guna..siapa tau kan ?

badan anda banyak angin?? kalau ye kasi angguk itu kapla ! hahaha


apa puncanya ? ada orang kata angin dalam badan disebabkan kita banyak toksid ! apa itu toksid  ? ala bahan bahan yang merbahaya yang kita dah telan masuk perut kita kemudian ia  masuk dalam darah daging kita pula . ni pahaman maq jek ,pahaman anda mungkin lain tentang toksid tu kan hehe.


tanda banyak angin ?kalau orang urut kita dia akan keluarkan angin sendawa....erkkk...erkkk... aaaa macam tu lah  . selalu rasa sebu dalam perut kalau silap  makan.

pernah alami ? pernah !! orang yang mengalami nya tu maqnie lah .kalau anda semua nak tahu ,orang mengurut dimesin urut di shopping kompleks tu pun kalau maq nampak ,maq pun…

sentap

Assalammualaikum pembaca !

Kalau disebut tentang perasaan , manusia sering lupa ! Bahawa sesungguhnya perasaan manusia ini berbeza-beza . kenapa maq cakap macam tu ? sebabnya  zaman sekarang ni tiap apa yg orang lain luahkan  kata-katanya , pastinya ada saja hati yang terasa  atau straight to the point its call ( perasan ) !

inilah keburukan  laman sosial  , baru nak meluahkan dah dianggap bukan-bukan oleh segelintir pembaca ayat si peluah ! eh ! ada ke perkataan  peluah dalam kamus dewan ? hehe maq memandai je kan  . tapi itulah kenyataan . selain kritikkan ,si peluah juga akan mendapat satu istilah yang dipanggil diburuk-burukkan (kalau ni memang ada dalam kamus dewan eah ) sedangkan tujuan utama si peluah hanya untuk meluahkan apa yang ada dalam mindanya ketika  itu  dan bukan ditujukan kepada sesiapa pun !

  ahha ...itulah yang maq nak cakap ,manusia ni walau zahirnya nampak  sama namun perasaannya ,naluri ,jiwa ,minda mereka sangat-sangat berbeza . oleh itu janganlah sesekali kit…

rezeki

Assalammualaikum semua ..

Lokasi : bawah buai Qaisarah !

Sambil membuai boleh pulak membebel diblog ..  ini je cara untuk mengelak dari maq tertidur sebelum baby Qaisarah tidur . naye anak orang nanti kan .

zaman sekarangni jarang sangat terdapat surirumah yang hanya fokus 100% pada keluarga dan kerjarumah semata-mata . kebanyakkan ada yang berniaga online , jual tudung , jual kuih , telekung , perabut , barang kemas , kosmetik .. Ada yang mengasuh , ada yang berniaga kuih dan macam -
macam lagilah yang boleh mendatangkan hasil .

Maq tak boleh nak bisnes online sebab maq tak tahu nak drive . lesen basikal pun dah lama tamat tempuh , tak sempat nak renew  .. Apa lagi lesen kereta ..tidak memiliki langsung ! Nanti macamana nak pergi bank in duit  atau hantar order tu ? sedih je sebab tak de lesen kereta . orang lain dan boleh bawak kapal terbang dah pun. Hurmm


dan disebabkan itulah maq hanya boleh buka taska kecil dirumah ni . Dalam masa yang sama dapat duit poket sendiri .alhamdulillah…

blogger

Assalammualaikum..

Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah sempat lagi tu membebel hehe nilah untungnya dapat blogging guna handset , walaupun hanya handset cap ayam tapi dah dapat membebel pun dah rasa puas !

Inilah namanya * jiwa blogger * hanya blogger je yang paham . kalau orang bukan blogger dia akan cakap

 #ala benda macam tu pun nak cerita kat orang, macam orang kesah le pulak ekk...

Tapi pada maq dari kita asik nak sembang buat ketupat dari pintu ke pintu , ada baiknya luahkan apa yang terpendam dalam hati ni sendirian. Duduk dalam rumah , sambil buat kerja , sambil blogging , dapat kenal kawan blogger yang lain-lain , dapat ilmu dari mereka Dan dapat kenal dunia mereka yang mungkin berbeza dari kita .

Lagi bestnya sambil blogging tu ada insan yang selamat dari diganggu oleh kita iaitu 'jiran kita' .


Jiran tak perlu bukakan pintu.
Jiran tak tambah dosa dia
Jiran selamat dari fitnah
Jiran tak perlu bancuh air
Jiran selesa tak kena ganggu

Senang cakap kita duduk…

buasir ketika hamil ?

Assalammualaikum

Kerap terdapat masalah ( kesan sampingan ) apabila seorang perempuan itu mengandung iaitu penyakit buasir ! Buasir terjadi disebabkan tekanan pada rahim ketika mengandung dan hormon juga menyebabkan otot berada dalam keadaan rilek ini memburukkan keadaan lagi . lebih-lebih lagi jika baby yang dikandung itu besar dan berat . ianya berisiko lebih tinggi .

Apa yang perlu diamalkan banyakkan minum air masak dan jangan membuat aktiviti berat ketika mengandung .

Ketika dalam pantang , jaga pergerakkan kerana jahitan luka akan  menjadi rosak bila tidak dijaga rapi .

Eh ! Luka bersalin  bukan penyebab buasir tau tapi bayangkan dah la buasir lepastu luka jahitan pulak bermasalah . pehh ! kejamnya dunia huhhuu

mistik dan misteri

Assalammualaikum

anda percaya pada benda-benda mistik ? ye sebenarnya kita kena percaya sebab semua tu kejadian Allah,mahluk Allah . ada orang tak percaya sebab mereka tak nampak atau tak alaminya.

maq pernah .... ehemm

kata orang benda tak nampak jangan cakap nanti dia mari hehe,tapi kalau tak cakap pun dia mari jugak camane tu?? hahaa . dalam bulan ni entah kenapa maq jadi binggung !

pertama : pada satu pagi ketika lepas mandi dalam jam 6.30am maq tinggal keseorangan dirumah anak-anak sedang bersiap-siap dibawah untuk ke sekolah .tiada sesiapa dibilik atas .selepas siap-siap maq turun ke bawah (rumah maq bilik diatas ) ketika turun tu tangan maq raba dah suiz lampu ,memang confirm tutup dah ! sebab dah gelap pun bilik tu . tetapi bila maq naik kebilik jam 9.am untuk mengambil hanger baju untuk menjemur kain baju yang siap dicuci ,lampu terpasang sudah !! kerja siapa kah ? sedangkan ketika tu maq duduk sorang je dalam rumah ! ce fikir,ce fikir  .

kedua : masa tu dan hampir tengahari…

Malaysiaku

Assalammualaikum .

zaman sekarang Malaysia didugaa dengan pelbagai masalah termasuklah gejala social yg semakin  menjadi-jadi . tiap minggu mahu pun setiap hari boleh dikatakan ada saja kes bunuh ! gadis hilang ! rompakan ! buang bayi ! dadah ! kalau tak ditipulahkan ,  kita boleh tengok di tv 3 dalam rancangan 999. amboi semuanya adalah rakyat negara kita  yg buat maq rasa seram !

pendatang asing nya pulak paling top kes gro! kerja tanpa permit atau pun kes menipu oleh pak tam !

yang pelik ! dalam kes gadis hilang atau buang bayi tu ,kebanyakkanya adalah pengguna laman social tegar , anak bangsa kita yg kenal sehari dua dah berjumpa ! kalau jumpa je takpe,ni macam-macam yg dia orang jumpakan !adeh...sakit perut bila nak cerita ! paling  sayu lihat gambar bayi comel yang dah kaku dikerumuni serangga #Allahhuakhbar

kalau anda nak tahu ,semua ni sebenarnya buat maq rasa berat hati nak lepaskan anak-anak gadis maq keluar rumah dan balik lewat malam. lagi-lagi berjumpa pembeli bisnes onli…

soalan untuk maq

Assalammualaikum

Moga semua berada dalam lindungan Illahi dan diberkati disisi keluarga tercinta.

Hari minggu ni suami maq kena bertugas , nasib baik anak sulong tak kerja dapat la buat teman kan maq kat rumah ni , kalau tak pasti sunyi dan bosan .

Sebenarnya bukan takde benda nak dibuat tapi kalau dah hari-hari buat benda yang sama jemu kan . hehhe

Kalau tak caya tanya cik Peah bosan tak hari - hari dok masak ,membasuh , memasang ! Aip .... Masang ape tu ? Pasang badan la untuk suami tercinta , bukan untuk siapa pun hehhee

Semalam pergi jemputan Rumah jiran , jumpa kawan-kawan kumpulan Al-Raudhah ... Dan antara soalan yang diajukan ... Bila nak menantu ni maq ? Ish ... Bingung nak jawab sebab anak maq yang tua baru habis STPM  (20 tahun )



Maq gelak je sebab tak tahu nak jawap apa hehhee

kenangan takkan berulang

Assalammualaikum semua

bila terbaca status kawan blogger yang sedang menanti kelahiran anak keduanya  ( Encik Ben Ashaari ) tiba -tiba maq teringat kenangan maq sewaktu diward bersalin  dulu-dulu . kecut perut bila dikenangkan semula . tapi maq boleh berbangga sebab semua kenangan tu takkan berulang lagi  . dan maq pun dah 45 tahun , pencen sudah , mesin dah kurang aktif la #eh !! mungkin kah tiada pengalaman menyusul ? haha insya ALLAH tak  .adoiyai ~

pengalaman paling hebat buat  maq :

untuk anak pertama ~ masuk ward hari isnin 22-8-1994 pada waktu pagi jam 7.ooam ~masuk lab jam 10.00am bila jalan dah buka sebesar 6 cm ~perjuangan selama beberapa jam dan selepas pengsan sebanyak 2 kali akhirnya lepas azan asar lahir la baby seberat 4 kg ...alhamdulillah ...mendapat jahitan sebanyak 15 !! perh ngeri

pengalaman anak kedua ~ sebab dah keluar tanda pada 17-11-1995 pada jam 10am .masa tu suami tiada kenderaan ,anak maq yg sulung pun tiada yg jaga ,sebab ibu  maqnie belum tiba ,so maq pun…