Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Copy&paste

Nasihat Ustaz

  Bismillah, Sedikit perkongsian. 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat 4 rakaat, 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur, 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun, 8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. 11.Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. Sumber : Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Fakta Menarik Disebalik PRN Johor ke 16

  Bismillah, Keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 telah pun diumumkan. Namun di sebalik angka dan keputusan tersebut, ada tersimpan pelbagai fakta menarik yang mencerminkan landskap di sebalik proses demokrasi berkenaan. Ikuti infografik yang disediakan oleh Media Digital Johor bagi mengetahui sekilas fakta penting yang wajar diketahui setiap rakyat Johor dan pengamal politik mengenai PRU DN Johor Ke-16. Sumber : Facebook Media Digital Johor

Kalaulah...

Bismillah, KALAULAH MALAYSIA DISERANG EMP: APA AKAN BERLAKU DALAM 24 JAM PERTAMA? Hari itu bermula seperti biasa. Orang bangun pagi, gosok gigi, buka telefon, semak WhatsApp. Tapi tiba-tiba semuanya padam. Telefon tak menyala. Radio tiada siaran. ATM tak berfungsi. Di jalan raya, lampu isyarat semua mati. Kereta moden berhenti di tengah jalan. Tiada siapa faham apa sedang berlaku. Inilah detik pertama selepas serangan EMP ke atas Malaysia. Satu denyutan elektromagnet yang melumpuhkan seluruh grid elektrik dan peranti elektronik di kawasan yang terjejas. Ia tidak berbunyi, tidak meletup, tapi kesannya menyeluruh. Dalam 30 saat pertama, sistem komunikasi negara jadi kosong. Di hospital, peralatan pembedahan berhenti. Bekalan oksigen tergendala. Penapis udara di ICU mati. Mesin dialisis beku. Staf perubatan panik. Tiada panggilan boleh dibuat ke jabatan lain. Lif tak berfungsi. Bayi dalam inkubator tiada pendingin. Jururawat cuba guna lampu suluh, tapi semuanya bergantung pada bateri yang...

Mini Cheese Cake

  Resepi Mini Cheesecake Base: 3 cup biskut marie - kisar halus 1/2 cup butter - cairkan Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap. Kek keju: 250gm cream cheese 2 bj telur 1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja) 1/2 sb jus lemon 1 1/2 sb tepung gandum Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan. Credit to : Wan Suryana

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Masjidil Haram Bangunan Paling Mahal Di Dunia

  Bismillah, Masjidil Haram di Mekah mendahului senarai bangunan paling mahal di dunia, dibina dengan kos USD 100bilion!!!! Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi 🕋 Kapasiti: – Mampu menampung dua (2) juta jemaah pada satu-satu masa; 🕋 Kunjungan: – Menerima dua puluh (20) juta pengunjung setiap tahun; 🕋 Operasi: – Dibuka dua puluh empat (24) jam sehari; – Tidak pernah ditutup sepenuhnya selama lebih 1,400 tahun; 🕋 Kebersihan: – Mempunyai 1,800 petugas pembersihan dan 40 kenderaan pembersihan sanitari elektrik; – 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan kawasan lapang; – 2,000 tong sanitari ditempatkan di seluruh kawasan masjid; 🕋 Lantai & Permaidani: – Lantai diliputi 40,000 helai permaidani (panjang keseluruhan melebihi jarak antara Jeddah dan Mekah, iaitu 79 km); 🕋 Tandas: – 13,000 tandas, dibersihkan empat (4) kali setiap enam (6) jam; 🕋 Air Minuman: – 25,000 dispenser air (antara sistem agihan air terbesar di dunia); – 100 sampel air minuman diperiksa setiap ...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Tambah ilmu berkaitan haji

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, ini adalah hasil salin & tampal 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐉𝐈. Ibadah haji hanya dapat difahami ketika mengerjakan haji. Namun, ilmu yang diperolehi semasa kursus haji sangat berguna untuk memastikan ibadah haji sah dengan sempurna. Jangan risau jika sepanjang kursus haji, terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh penceramah. Para jemaah haji tidak perlu menghafaz dengan bersungguh-sungguh - seperti nak masuk exam - semua maklumat yang diberikan. Cukup terlebih dahulu membiasakan diri dengan segala istilah dan penerangan yang diberikan. Pada pandangan saya, apa yang perlu diketahui sebelum daripada kursus haji ialah perjalanan ibadah haji berdasarkan jenis-jenis haji. Ini penting agar para bakal jemaah dapat membuat pilihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap jenis haji yang dipilih. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐭𝐮’. Masuk ke Mekah dengan niat umrah. Selesaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Kemudian, tunggu hari untuk mengerjakan...

Apa Nak Buat Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang?

  Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang. 1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang. 2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas. 3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda. Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam. 4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi. 5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya. 6. Tanyakan kepadanya...

Kisah Sejarah Dato' Bentara Luar

  Bismillah, Dah lama Maq tak kongsi sejarah negeri Johor.Harini terpanggil nak kongsi berkenaan seorang tokoh yang popular dalam liputan sejarah di negeri ini. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang - Dato' Bentara Luar - Founding Father of Batu Pahat Beliau seorang tokoh besar Johor, lahir di Teluk Belanga, Singapura pada 1841. Beliau membesar dalam lingkungan pentadbiran keluarga Temenggung Johor dan sejak muda sudah menunjukkan kebijaksanaan dalam ilmu ukur, pentadbiran tanah serta pembangunan masyarakat. Atas titah Sultan Sir Abu Bakar, beliau dihantar membuka penempatan baru di Batu Pahat pada 1892. Hasil usaha dan kepimpinannya, lahirlah Bandar Penggaram, yang mengambil nama asal Kampung Penggaram (kini Batu Pahat) yang kini menjadi salah satu bandar utama negeri Johor. Beliau juga terlibat dalam pembangunan Muar, Endau dan Kluang. Beliau turut terkenal sebagai tokoh pemetaan awal Johor. Peta pertama Johor dilukisnya pada 1879, dan kemudian dikemaskini menjadi peta rasmi yang leng...

Khasiat Buah Kurma

Bismillah, Kenapa kurma dibenci jin dan syaitan? Dan mengapa Nabi SAW memakannya dalam hitungan ganjil.Ini jawapannya. Dari segi agama mahupun ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini ialah ternyata buah kurma memberikan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh.   Dan mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Paling baik makan tujuh biji kurma. Amir bin Saad dari ayahnya berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma. Kerana buah kurma miliki manfaat utama.Antaranya, 1.Kurangi tingkat kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah. 2.Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula. 3-Mencegah kerosakan gigi kerana meng...

Kambing Akikah (Fekah)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ TANYALAH USTAZ TV3 (Da'i Azrin&Ustaz Nik Ahmad Farhan) FEKAH -KAMBING AKIKAH ••••••••••••••••••••••••••••• *سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ Ilmu fekah ilmu yang kedua yang wajib kita pelajari.Ilmu fekah,Kambing akikah ini ialah sunnah Rasulullah. "Dan Dialah Allah yang mengeluarkan kamu daripada perut ibu kamu dalam keadaan kamu tak mengetahui apa² dan Dialah Allah yang menjadikan padamu pendengaran, penglihatandan hati, mudah²an kamu bersyukur." Allah anugerahkan sepasang suami isteri anak,cahaya mata. Allah yang memberi pendengaran,penglihatan dan hati. Sebagai balasan syukur pada Allah,hendaklah melakukan ibadah akikah. APA HUKUM AKIKAH KAMBING? SIAPA YANG DITUNTUT MELAKUKAN AKIKAH? BERAPA EKOR KAMBING UTK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN? D...

Khasiat kurma

Assalamualaikum. Waktu maq demam , tekak memang tak lalu nak telan apa makanan pun. Sehinggakan tengah malam perut terasa pedihnya.  Namun kuasa Allah , maq teringat yang maq pernah bersahur dengan 3 biji buah kurma dan rasa selesa berpuasa hingga ke maghrib.  Tanpa berlengah maq pun ambil beberapa biji kurma yang ada dalam simpanan kami.  Alhamdulillah hilang akhirnya rasa kelaparan yang mengelodak sebelum tu. Maha suci Allah. Harini bila online whatsapp , seorang sahabat telah pun berkongsi perihal kurma. Macam tau tau jek kan.  Jika anda nak tahu lebih lanjut , yok baca... *KHASIAT KURMA *MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN DAN MENGAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM HITUNGAN GANJIL.*INI JAWABAN NYA.* Sepercik Hikmah- Mengapa kurma dibenci jin dan setan? Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari? Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penj...