Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pesanan Maq

7 Julai ❤

  Bismillah, Harini 7 Julai 2026. Harini the most beautiful day for me. Thank you Allah ❤ Ceh speaking london ko hahaha! Takda apa yang diharapkan selain doa yang baik baik sahaja untuk diri ini dan untuk semua ahli keluarga dan juga untuk masyarakat. Juga doa yang baik baik buat semua pengundi saya,jika saya menang pilihan raya kali ini ,saya belanja anda semua makan kek marble! yey ✌ ***Ambil aura birthday musim PRN 2026  ( kenalah perasan jadi calon PRN )  eheheh Sesungguhnya umur ini hanya pinjaman oleh  Allah.Moga Maq tidak menyalah gunakan pinjaman yang satu ini,Inshaallah Aamiin.. Istajib dua' ana yaa Allah 🤲 Terima kasih kepada semua yang telah pun mendoakan maq disepanjang hari ini.Maq harap doa anda akan kembali kepada anda juga nanti,inshaallah ❤

Nasihat Bikin Hati Pedih

  Jadilah miskin. Kerana bila kamu miskin , orang hanya akan mencari kamu saat mereka perlukan pertolongan. Saat mereka senang dan tenang, kamu sudah tidak diperlukan lagi...

Fasa Seorang Maq Tentang Dunianya

 Bismillah, Sejujurnya sekarang ini, Maq sudah berada difasa dimana Maq takkan lagi bertanya, Kenapa ya Allah? Bila ya Allah? Tetapi sekarang ia lebih kepada, Baiklah Allah ,Apa pun yang KAU rencanakan ,biarkanlah semuanya berlaku seperti mana kehendak MU,aku redha dan aku berserah hanya pada MU. Silent. 1447- Teruskan usaha untuk berjaya di kehidupan akhirat.Jika didunia kita dah hidup susah,jangan diakhirat pun kita sama nak susahkan diri sendiri.

1 Muharam 1447H

  Bismillah , 1/1/1447 Tekankan kewajipan solat kepada ahli keluarga sehingga mereka tahu bahawa solat itu bukan satu ibadah yang kosong. Ia adalah amanah yang penuh dengan kebaikan. -Kenangan- Acik acik baru balik dari berjemaah 1447 -Teruskan berzikir & berselawat

Maaf Dan Usaha Untuk Tenang Didunia Dan Akhirat

Sekadar hiasan Bismillah, Shawal bulan orang meminta maaf dan memaafkan.  Padahal pada hakikatnya minta maaf tu hari hari pun boleh je.Buat salah je, minta maaf , minta maaf je ,lepastu buat salah semula hahaha. Tapi dah jadi adat alam, memasing tetap juga nak tunggu shawal untuk bermaafan.Untung umur masih panjang, sempatlah nak minta maaf.Kalau ditakdirkan umur pendek???parah matt... Banyak kesilapan yang sengaja atau tidak telah belaku dalam kehidupan seharian kita.Ada yang tersakiti hatinya dan ada yang termenyakiti hati oranglain.Belaku dengan sengaja atau pun tidak sengaja,ia tetap satu kesalahan.Kena minta maaf kalau dah sedar. Sebab, bila dah kata terbuat satu kesilapan, ada yang buat jiwa luka berdarah,ada yang buat hati retak seribu dan ada juga yang dah buat mental jadi koyak rabak dan parah. Namun kita juga kena akur bahawa mana ada manusia yang tak lakukan silap.Kita pun tergolong dalam situasi tersebut.Para Nabi dan Rasul je manusia yang tak buat silap. Untuk ketenang...

Konsep Sedekah

  Bismillah, 16 Ràmadhan 1446H. Kita selalu dengar kata kata ni, kalau lah aku banyak duit,aku nak sedekah kat orang susah,kat orang situ,kat orang sini.Tapi sekarang ni, aku sendiri nak makan pun tak cukup.Macamana nak bersedekah.. Orang keliling kita suka guna ayat atas ni. Sebetulnya konsep bersedekah ni bukan waktu bila mana kita ada banyak duit je tapi masa tengah diuji sempit pun kita layak untuk bersedekah. Waktu kita sedang sakit pun digalakkan bersedekah. Waktu dimana kita rasa nak bersedekah ,maka teruskan je niat tu.Jangan tangguh. Tak perlu nak tunggu jadi kaya raya baru nak hulur sedekah. Andai takdirnya jalan hidup kita memang takda rezeki nak jadi orang kaya,bermakna sampai matilah kita tak kan berpeluang nak dapat pahala bersedekah. Rugi... Didik jiwa untuk bersedekah.Hulurkan mana yang termampu sebelum mati. Orang kaya mereka dah tentunya berduit ,kita yang hidup seadanya ni,fikirkanlah cara terbaik yang boleh buka jalan untuk kita dapat pahala bersedekah. Maq pun ...

Maqnie 2025

  Bismillah, Alhamdulillah. Apa pun yang bakal terjadi pada Maqnie dimasa akan datang itu bukan hak Maq nak fikirkannya sampai pening kepala.Sebab semua itu menjadi rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, usaha untuk masa akan datang tu  masih perlu maq lakukan.Mungkin usaha kita tak sama dengan usaha adik beradik kita, usaha anak anak kita atau mungkin jauh berbeza dengan usaha jiran tetangga kita. Jangan samakan level rezeki kita dengan rezeki  oranglain. Inilah pegangan hidup maq sejak dulu  sampai sekarang. Untuk tahun 2025,usaha maq inshaallah sama je macam 2024. Lebih kepada nak fokus diri sendiri berbanding oranglain. Selfish? takda la.Maq just fikir nanti dah mati ,maq tinggal  sorang sorang je dalam liang lahat takda pun bawa pengiring macam orang pergi haji tu. Sebab tu maq tidak terlalu berharaf pada pandangan manusia.Bagi maq ,buat baik sebanyak apa  sekalipun , buruk kita juga diceritakan orang.Kisah tak baik kita juga dicari orang. Akhirnya maq p...

Pesanan 26 Disember 2024

  Bismillah, Alhamdulillah.. Dah lama tak buat pesanan. Harini hati tergerak nak menaip pasal pesanan peribadi.Andai satu hari bila owner blog ni dah takda lagi,pesanan ni bolehlah dikenang nanti. Okey maq nak pesan, Didik anak dari kecil elok elok.Biar nampak garang macam singa tapi bukan membunuh.Garang garang singa pun ia tetap manja kalau kena pada cara. Kenapa maq suruh didik  anak elok elok? kerana hasil didikan itu bakal dibawanya hingga ke hari tua nanti. Didikan itulah juga yang bakal ditunjukkan pada masyarakat diluar sana. Bila dia tunjuk perangai baik syukur alhamdulillah. Tapi jika yang sebaliknya ?  Kesannya nanti anak juga yang jadi mangsa padahal puncanya kita,Kita dah jadi ibubapa  yang salah dalam usaha mendidik anak anak. Bila dah tua bangka dah tak boleh nak diubah.Benda pun dah makan tahun.Dah jadi darah daging. Kesian... Dan lebih kesian lagi bila orang keliling mula pandang serong.Sedangkan apa yang si anak buat selama hidupnya emak bapaknya ta...

Selesaikan Semuanya Didunia

  Bismillah. Selamat Menyambut Maulidurasul dan Selamat menyambut Hari Malaysia. Macam rugi pulak ek sambut 2 cuti umum pada satu hari.Alaaa benda bukan selalu pun berlaku dalam sejarah Malaysia.Lagipun orang Malaysia banyak sangat dia punya cuti umum.Itu tak termasuk lagi cuti peristiwa dan segala jenis cuti yang mengejut.  Ucapkan syukur Alhamdulillah,itu lebih baik.Ditempat lain ,ada yang langsung tak sambut sambutan Maulid dan takda pun cuti umum untuk maulid ni.Untunglah jadi orang Malaysia.Kelija cuti ,kelija cuti ,cukup masa dapat gaji. Sis, Maq pernah dengar satu ceramah agama,kata penceramah tu, **kalau kita ada masalah dengan orang masa hidup kat dunia ini, adalah lebih baik kita maafkan dia kat dunia jugak.Tak payah nak berdendam dan nak settle semua masalah kat akhirat. Ayat ayat sakit hati yang biasa orang guna dan biasa kita dengar ; "haaa..nanti kat akhirat ,merangkaklah kau cari aku..." "aku tak maafkan semua perbuatan yang dia dah buat kat aku,akhirat na...

Jumaat terakhir 2023

 Bismillah, Harini merupakan Jumaat terakhir 2023.Banyak masa sudah kita habiskan ketika 2023 terutama pada hari Jumaat.Apa bestnya hari Jumaat 2023? Awal tahun lagi memasing dah mula sibuk cerita pasal tibanya hari kiamat.Pasti korang tahu pasal ini kan?  Kiamat belaku pada hari Jumaat ! Itu yang nabi cakap so bila hari Jumaat je ramai cuak.Tapi biasalah orang kita,masuk pertengahan tahun dah hambar,solat Jumaat entah kemana,subuh lagilah tak hairan.Masjid tu dipenuhi dengan warga pencen dan kanak kanak lepas khatan je.Lelaki sado lagi ensem bayang pun tak nampak.Alasan?  " aku busy bro,kerja banyak..nanti nantilah bila ada masa lapang boleh lah kita berjemaah sesama..." Baca Quran? Maq rasa kalaulah Quran tu boleh bercakap,lama dah dia merajuk ,sebab kita sekarang ni dah lebih banyak buang masa dengan media sosial dari baca Quran. Sedekah ni inshaallah,bolehla.Sebabnya orang kita sangat pemurah.Part ini dunia pun dah tahu.Yang pelokek cuma Haji bakhil je bak kata P Raml...

Tanda Dah Matang

  Assalamualaikum. Tua tak semestinya matang. Ayat tu biasa kita dengar kan. Kadang baru habis SPM tapi pemikirannya kalah orang tua. Kadang tu umur dah tua dah ,cucu dah keliling pinggang , tapi perangai tak macam atok atok pun. Lagi lagi jenis atok yang ' happy go lucky ' ,anak cucu dah macam kawan kawan.  Itu cerita biasa... Tak kiralah dia tua ke ,dia masih muda ke. Apa kah tanda yang sesaorang tu sudah matang? Sabar itu indah ...

Jadilah Pendengar Setia

  Assalamualaikum. Dalam keadaan cuaca sejuk sekarang ni,nak sentuh air memang bercinta sungguh kan.Lepas masak sarapan dan cuci pinggan mangkuk,maq cari sweater terus duduk diam.hmmm hati berbisik , " nanti nantilah mandi.." hahaha ini adalah rahsia. okeylah ,kita  abaikan kisah orang belum mandi tu,jom berblogging! Indah sekali.Pokok peria kat belakang rumah kami dah berbunga.Apakah ia bakal berbuah lepasni? Tengoklah rezeki nya nanti. Kalau ada ,adalah... kisah pokok peria itu adalah iklan**😂 Mungkin anda tak tahu, walaupun maq adalah seorang surirumah yang tiada kelulusan tinggi, Maq rasa ,hidup maq sampai ke hari ini hanya berpandukan pada pengalaman. Alhamdulillah ,dengan izin Allah ,pengalaman itu bukan saja mendewasakan maq malah ia dah menuakan maq jugak !  Alhamdulillah... Dan kalau anda nak tahu lagi, walaupun maq bukan seorang pakar motivasi, ramai kawan kawan ( biasanya komuniti terdekat ) mereka akan cari maq bila mereka menghadapi kemelut jiwa. Biasanya pe...

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Pesanan 2 Januari 2021

 

Pesanan 1/1/2021

 

Pesanan untuk anak perempuan Maq

Dengar , ini pesanan emak.. Bila kita telah diamanahkan jadi seorang anak perempuan. Jadilah anak perempuan yang benar benar perempuan. Kecantikan selalu dipandang dari seorang perempuan ,namun bukan wajah je perlu cantik tetapi akhlak ,budi pekerti, gaya pemikiran , perbuatan ,ilmu ,amal ibadah dan semua yang bersangkut paut dengan kehidupan hendaklah selalu ' cantik ' . Orang tak mengata kalau anak lelaki rumahnya berselerak tapi orang akan heboh bila anak  perempuan tidak reti mengemas rumah. Orang takkan berbunyi dibelakang kalau anak lelaki langsung tak reti memasak tapi orang akan bercerita tak elok bila menantu perempuan masak tak sedap atau memang tak reti  memasak. Orang takkan cerita bila anak lelaki tidurnya  bangun lewat tapi orang akan pandang serong bila anak menantu perempuan bangun matahari dah tinggi menggalah. Orang tak membawang kalau anak lelaki kahwin lewat tapi orang akan bersangka buruk bila anak perempuan tak kahwin kahwin. Ingat.....

Pesanan buat anak anak

Assalamualaikum. Malam yang tenang. Bila suasana dah sunyi sepi macam ni , teringat pulak zaman anak anak sedang membesar dulu. Jerit pekik , hilai tawa mereka sering jadi amarah maq. Huhu maq suka suasana tenang kononnya. Ternyata maq silap , bila anak anak dah besar , dan sudah mula belajar bawa hala tuju kehidupan masing masing. Rumah semakin terasa kosong. Nasiblah rumah ni kecil jek . Taklah terasa sangat kekosongannya. Si Bongsu jelah dihadap 24jam. Dah lah orangnya pendiam. Allah hu.. Sunyiii Anak anak , dunia kita bermula dari kisah Cinta Adam dan Hawa. Cinta tanpa handphone dan internet, namun kedua mereka masih melakukan silap sehingga dihukum keluar dari syurga. Dan akhir zaman ini , dunia semakin rapuh maruahnya angkara handphone dan internet. Jaga jaga ,Kerana maruah ,masa depan kalian sekarang ini sangat sangat bergantung dengan dua benda ini jika kalian tidak berwaspada.    Ya , handphone  dan internet !  dua benda ini boleh mengakibatkan: ...