Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Kenangan Solat Diatas Bumbung Masjidil Haram

Assalamualaikum.. Biarpun sudah hampir 3bulan kenangan itu berlalu ,namun ianya masih lagi kekal segar dikotak ingatan ini. Indahnya kenangan solat diatas bumbung masjid Masjidil Haram,Mekah. Dalam tempoh 7hari di Mekah , hampir setiap hari family maq akan pilih untuk solat Maghrib dan Isyak disini kerana kawasan ini selesa untuk melakukan amal ibadah dengan khusyuk.. In shaa Allah.. Semoga Allah memberkati. Rasanya cukuplah penjelasan pendek tu. Nanti bila tiba peluang anda , nikmatilah suasana yang maq maksudkan tu.. InshaaAllah. Apakata jom layan kejap gambar yang sempat maq ambil ketika disana tenpohari. Maha Suci Allah yang telah menjemput kami sekeluarga menjadi tetamuNya. Allahhumma ,Ya Rohman ,Ya Rohim , Ya Allah , Yang Maha Pengasih dan  Maha Penyayang , terima kasih sangat sangat. Terlalu banyak nikmat yang KAU beri.. 😭 Alhamdulillah❤ Alhamdulillah❤ Alhamdulillah❤ Semoga Allah menjemput hambaNya ini kembal

Hal Yang Paling Ditakuti

Assalamualaikum.. Imbas kenangan lalu. Ketika program asmaul husna tempohari ,ustazah suruh peserta senaraikan 3 hal yang sentiasa menjadi masalah yang membelenggu diri para peserta sendiri , termasuklah maq. Dan ketiga tiga masalah itu ,ustazah sendiri tak tahu dan tak akan mahu ambil tahu. Kata ustazah :  Awak ngadu je kat Allah , semua masalah awak itu dalam hati sekarang ,  sambil itu sebut nama nama Allah yang layak disebut (ketika dalam doa itu ).  Sebagai contoh : Allahhumma Ya Rohman Ya Rohim . Ya Allah , Kaulah Maha Penyayang dan Maha Pemurah.. Bantulah aku ( sebut masalah anda tu satu persatu ) nangislah puas puas ,mengadulah puas puas , Allah Maha Mendengar ,Allah Maha Mengetahui.. Tetapi ! Semasa Ustazah suruh senaraikan 3masalah membelenggu tu ,maq mengaku yang maq sedikit blank. Sebabnya , bukan maq takda masalah cuma maq tak pernah nak anggap satu satu hal itu sebagai masalah. Ye ,itu prinsip hidup maq sejak akhir akhir ini. Payah jugak bila minda dah terla

Red Velvet Segera

Assalamualaikum.. Minggu lepas maq ada pergi temankan Along ( anak perempuan sulong maq ) ke kedai menjual bahan kuih di Taman Bukit Pasir,Batu Pahat. Katanya kedai tersebut baru je beroperasi disitu. 1001 jenis barang keperluan membuat kuih ada terjual disana. Sedang maq leka meninjau barang barang dalam kedai bersama cucu maq ,Ainul. Tiba tiba mata terpandang pada bungkusan ini. Campuran kek red velvet! Bila baca panduan membuat nya maq rasa macam,eh senang bebeno ! Haha makanya maq pun belilah sebungkus untuk dijadikan 'percubaan pertama'. Dan sampai dirumah , hati seorang perempuan ini  begitu teruja hendak membuatnya ( ayat kemain )😂. Bawah ni apa yang berlaku selepas itu.. Bahan bahan yang perlukan : 1paket tepung red velvet yang dibeli. 65ml air 65ml mentega (2sudu makan mentega dicairkan) 200gram telur ( maq guna 3biji telur gred A ) Cara : Mix air dan telur sampai kembang. Masukan tepung red velvet tu sedikit demi sedikit , sampai habi

Bicara Hati

Sabtu lepas , 20hb April 2019. Maq berpeluang menghadirkan diri dalam program Bicara hati anjuran Biro wanita Taman Bukit Perdana,Batu Pahat,Johor. Program yang dah masuk kali ke tiga ni sudah masuk ke slot akhir untuk 2019 . Alhamdulillah ,kali ketiga ini barulah maq berpeluang untuk sertai. Apa tujuan program Penyucian hati tu? Program ini bertujuan  : - memahami pengertian Asma'ul Husna -  menjelaskan sebab sebab wajib  beriman. - mengetahui dan memahami 99 sifat Allah swt agar dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. - menguraikan kesan kesan beriman kepada Asma'ul Husna. - memberi pendedahan kepada masyarkat tentang Asma'ul Husna. Program berlangsung dari pukul 8.00am dan berakhir  pada pukul 12.30tengahari. Alhamdulillah ,banyak ilmu yang diperolehi dalam program ini. Antara yang paling maq terkesan sampai ke saat ini. Ustazah Rosmawati binti Mohamad tu berpesan. " bila ada masalah ,jangan beritahu kepada manusia. Jangan update dala

Telatah Ainul pada usia setahun

Assalamualaikum. Pada masa entri ini ditaip, ainul dah pun berusia setahun 18hari. Alhamdulillah. Cerdik dia dah nampak sangat dah. Apa yang dibuat ,pasti buat kami teruja. Kadang tu kejadian dibuat secara sepontan , kami sendiri tak percaya yang tu Ainul  Mardhiah kami yang baru berusia setahun lebih. Bawah ni antara video ainul selepas berusia setahun lebih.. Video atas tu gaya dia bila mana dapat panggilan video . Kalah makcik makcik gayanya. Siap mengeluh gitu..hehe Video atas ni pula ,bayangan tentang apakah yang dia nak buat pada kereta mainan tu sehingga boleh simpan puting kemudian dia perati sambil goyang kepala. Maq syak dia bayangkan dia sedang masak 'kuih puting' dalam oven ,haha. Gerakkan kepala tu macam detik  masa yang berjalan pada oven. Kalau perasan , dia ada keluarkan suara seperti bunyi tanda  masa oven tu. Thuck ! Thuck ! Haha dia buat sendiri . Ting! Yes kuih dah masak !!masukan dalam mulut ! 😂 Kalau dibawa pergi  shopping ,ainul suka k

Jentik Hati Tentang Kehadiran Kawan

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bila kita ada kawan yang rajin ajak kita join aktiviti keagamaan ,jangan bosan dengan cara dia tu. Dia bukan nak menujuk nunjuk yang dia orang baik tapi Allah yang datangkan dia kepada kita sebagai pengantaraan ke jalan kebaikan. Jangan abaikan kawan seperti itu. Maq ada banyak group whatsapp. Anda pun sama kan? Haaa *senyumlah kalau betul 😉 Tau tak kenapa mereka invited kita dalam tu? Basicnya tentu kita akan kata ,ala kawan kerja ,ala ni kawan kawan sekolah dulu. Ohh..ni kawan kawan area taman tempat tinggal saya.. kan? Kadang tu anda pun akan naik feed up bila ada sesetengah asyiklah nak update hal hal motivasi minda , yang kadang tu tersentap jugak hati kita? Betul ke betul ? Ha ah memang betul. Lepasni ,bersangka baik dengan Allah , mereka tu Allah yang datangkan kat kita. Ragam mereka tu antara yang perlu kita belajar. Yang baik buat tauladan ,yang buruk tu biarkan je sebab dah memang itu perangai dia. Dia saja mampu ubah. Tapi denga

Telok Cempedak Waktu Malam

Assalamualaikum. Bila berkunjung ke Kuantan, maq tak pernah terlepas untuk singgah ke Pantai Telok Cempedak. Tapi kali ini maq dan family rancang nak menikmati Telok Cempedak diwaktu malam pulak. Maq pergi lepas waktu isyak. Bagaimana suasana nya? Nah.. Jom tengok. Macamana? Serius meriah sangat sangat. Inilah kemajuan pantai Telok Cempedak. Dan inilah kemajuan yang maq cuba bayangkan ketika berada dipantai Cherating sebelumni. Banyak aktiviti sebenarnya di Pantai Telok Cempedak diwaktu malam. Maaf maq tak sempat nak ambil semuanya kerana begitu teruja dengan asam mangga yang mengiurkan dan ais krim McD yang menghalalkan diet semua orang ,😂 Kfc !✔ McD !✔ Starbucks cafe!✔ Pelukis potret !✔ Kedai makan yang berbagai jenis masakan!✔ Toilet bersih!✔ Persembahan maskot !✔ Kedai cenderahati✔ Surau✔ Eahh  ada  banyak lagi sebenarnya ,anda semua datanglah sini kalau nak tahu.  Ada juga  aktiviti tepi pantai yang  menarik untuk disertai. Kanak kanak past

Cherating Sunyi

Assalamualaikum. Ahad 14hb april 2019 lepas, maq berkesempatan ke pantai Cherating bersama keluarga. Apa yang menarik perhatian maq ialah : "Kenapa Pantai Cherating sunyi dan tidak semeriah dulu? " Tak ada pun suasana yang boleh buat maq teruja bila sampai disana. Pantainya bersih tapi sistem tempat santai santai tu sangat tak santai , suasana yang sunyi gila dah buat semuanya jadi hambar. Nak bayangkan dia punya sunyi camana pun tak tahu. Apakah mungkin maq sampai disitu waktu memang takda pengunjung? Iaitu  satu jam sebelum masuk waktu zohor? Atau mungkin maq dah pergi salah tempat? Sebabnya ,untuk ke pantai ,jalannya sangatlah jauh dari kawasan chalet. Kawasan pantai yang terhad tu tak semeriah maq pernah pergi satu ketika dulu. Kenapa ek? Sebelum ni maq bayangkan Cherating serupa macam Port Dickson ke , Telok Cempedak ke ,rupa rupanya ..krik³ Kawasan terhad. Kereta anda boleh parking bawah pokok pokok kelapa dengan caj rm3.00. -Ada seoran

Dunia Memburu Masa kita

Assalamualaikum. Minggu ni idea maq liat pulak nak berinteraksi dengan huruf dan ayat didalam blog. Mungkin maq rasa terlalu penat sehingga idea satu apa pun tak menjadi . Atau mungkin terlalu banyak masa dihabiskan dengan urusan dunia sehingga tak sempat nak menaip dan berkongsi cerita? Yang nyata memang idea kering kontang..😞 Ahad dan lsnin lepas maq berada di Kuantan ,Pahang. Selasa hingga ke hari ini maq sudah berada di Batu Pahat. Banyak kenangan yang hendak dikongsi tapi masih kekal semuanya tersimpan sebagai draf didalam hati.  Senja ni , maq tersedar bahawa bila maq  terlalu sibuk dengan urusan dunia ,memang maq akan kehilangan banyak masa . Sedar sedar diri ini dah tua .. Semoga Allah tidak membolak balikkan hati ini.. Aamiin. Kata nasihat.

Isteri Penghuni Syurga

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barokah. Sedikit perkongsian dari seorang sahabat hati. Jom para isteri, sama sama kita perbaiki diri dari hari ke sehari. Mudah mudahan Allah perkenankan.. Aamiin yb Gambar sekadar hiasan. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... Isteri yang bangun tengah malam, Minta ampun pada Allah bagi pihak suami, Kerana dia tahu suami dia buat jahat, Dia tahu suami dia malas solat, Dia tahu suami dia buat dosa, Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya. Jadi para isteri, Kesalahan suami itu di doakan pada Tuhan. Bukan diceritakan.Bukan di aibkan. Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, disebab isteri itu dia diterima ke syurga, Atau di humban dalam neraka! Jazaakallaahukhairan ust Abu Hurairah Asifa.  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم بنسائكم من أهل الجنة؟ الود

Cara Ambil Ukuran Lilit Badan

Sedikit tips bagi anda yang gemar beli pakaian secara online tapi tak pandai nak ambil ukuran badan. Pastinya cara ambil ukuran badan kita kena tahu supaya pakaian yang di beli itu selesa dipakai bila dah sampai ditangan nanti. Anda cuma perlukan sekeping pita ukur. Dan sekujur badan anda! 😂. Kalau nak beli baju anak ,ambil ukuran badan anak,bukan ukuran dibadan anda itu.  Perhatikan gambar dengan teliti.  Semoga perkongsian ini beri manfaat. Nota : maq dah lama dah uninstall shopee 😂

Suami Itu Siapa?

Assalamualaikum. Harini Sabtu. Alhamdulillah esok confirm Ahad! Eleh.. Ainul Mardhiah pun tahu la tok mak lepas Sabtu tu Ahad .. Hehehe Malam tadi papa Ainul send  gambar ainul berkopiah! Dah macam askar pubg tok mak tengok , 😂.. Chakk ! Haishh dah tak rupa baby 12bulan dah Ainul ni.. Dah macam kanak kanak 3-4 tahun ! Usia setahun dengan berat badan 12kilogram ! Alhamdulillah .. Sekarang Ainul dah jarang datang rumah tok mak sebab mama dah berhenti kerja.Keadaan kesihatan mama tidak mengizinkan mama kerja diluar. Kesan bersalin cara pembedahan tu memaksa mama tak boleh buat kerja yang lasak. Semoga Allah permudahkan urusan Ainul sekeluarga. Nak sambung cerita ke tak ni? Okey sambung! Bukan pasal pubg tapi pasal Suami. Suami itu Siapa? Suami itu insan lelaki yang berpasangan dengan seorang perempuan yang dipanggil isteri. Biasa biasanya suami beristeri sorang ,kadang kadang tu dua orang ,jarang jarang lah nak beristeri tiga orang. Empat orang tu kira nasib badanlah

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 12 April 2019                  06 Sya'ban 1440 TAJUK  : Kedahsyatan Siksaan                  Neraka               1) Firman Allah Surah Al-kahfi/29 bermaksud: "Dan kataknlah (wahai Muhammad): kebenaran itu ialah yg datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yg mahu beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yg mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya................................". 2) Kepedihan siksaan Neraka- tidak terjangka fikiran akal manusia; kesakitan di dunia terlalu kecil; saat berada di neraka melupakn seluruh nikmat dunia; kepanasan api  neraka melebihi api dunia berpuluh2 kali ganda. 3) Sabda Rasul SAW bermaksud:" Sesungguhnya api yg kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian dpd 70 bahagian api neraka jahanam.............................................. Api neraka melebihinya dgn 69 ba

Kisah Anak Anak Maq Berpuasa

Assalamualaikum. Salam Jumaat .Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440 H. Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas , cepat cepatlah buat. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq : " leceh betul puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak diaorang makan minum ...Makk..esok Aida puasa tau.." *dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang tahun lepas.. Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu. Nak tergelak pun ada .. Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan ! Padahal nanti bila dia dah berkerjaya ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masatu dia nak salahkan siapa? Orang jual nasi

Isi Masa Lapang Dengan Big Muffin

Assalamualaikum. Aktiviti masa lapang maq ialah masak. Maq masak bila masa lapang dan tetap kena masak bila masa tak lapang ,last last jadinya semakin lapar! 😂 maq gurau jelah.. Haaa sebetulnya nak cerita la sikit ni. Bila dah hari hari masak kek pisang hasil airtangan sendiri ,akhirnya anak sulong maq cadangkan kek pisang itu dijual pula kepada orang lain diluar sana.  Maka terhasillah Banana Big Muffin ( BBM ) yang baru seminggu beroperasi dirumah maq ini. Adunan yang dah siap tunggu untuk dibakar. Muffin pisang yang bersaiz 10.5cm ini ,satu set dijual dengan harga RM 2.50 untuk 3 biji. Muffin ini boleh tahan sehingga 4 hari jika diletakkan ditempat yang bersuhu bilik. Seronok sebenarnya aktiviti masak masak macam ni. Bila kita masak , dan ada yang suka memakannya ,hati pun jadi ceria. Tapi kadang tu rasa  terduga juga bila penghasilan kek bermasalah , kadang pecahlah , naik sikit jelah , melekat diloyang lah. Kalau tak sabar , mungkin dah putus asa dah tu hehe

Tepung beras untuk buat rempeyek

Assalamualaikum. Bila encik suami mengidam kuih rempeyek hasil dari air tangan puan isterinya, maq pun tercari cari resepi rempeyek paling sedap yang terdapat dinegeri Johor. Tapi takda! Dengan izin Allah ,pada satu hari.. Ya ,pada satu hari , sepupu maq update di whatsapp status bungkusan rempeyek yang beliau hasilkan sendiri. Alhamdulillah..dah boleh minta resepi nampaknya ni.  " hati berbunga bunga nak sangat resepi rempeyek tu" Alhamdulillah , sepupu maq seorang yang baik hati. Beliau sudi berkongsi resepi dan akhirnya terhasillah rempeyek kacang tanah versi Madam Maq..cewah 😂 ( padahal tiru resepi orang punya ,hehe ) RVM - rempeyek versi Maqnie Bahan bahannya banyak! Tepung beras 2cawan Tepung ubi 2cawan Telur 1biji Santan kotak 1/2kotak Garam secukup rasa Kacang tanah 1/3kilogram Jintan halus 2sudu makan Jintan kasar 2sudu makan Ketumbar 3sudu makan Bawang putih 3ulas Ikan bilis 1cawan Udang kering 50gram Sedikit air (dalam 350-400ml)

Kenangan Dulu Dulu

Assalamualaikum. Setiap orang pasti punya kenangan. Kenangan pulak merangkumi dari pelbagai sudut. Seronok , sedih , serik dan seram. Ada banyak lagi kalau nak dihuraikan pasal kenangan ni. Sampai raya pun takkan habis maq menaip ni karang.. Maq pun nak kata kurang kenangan tu macam menipu pulak kan. Hidup dah separuh abad dah takkan takda kenangan nak dikenang. Adaa..tapi biarlah rahsia kekal jadi rahsia. Eceh kenangan pun nak dirahsiakan ,alasan ! Hehe Untuk tidak memghampakan anda ,bawah ni serba sikit antara kenangan yang pernah maq lalui dan berkaitan la juga dengan gambar gambar tu. Ye ,kenangan ini memang maq lalui. Ibu selalu pesan ,jangan main jauh jauh dari kawasan rumah , nanti ada penyabit. Kerja dia sabit kepala untuk dibuat jambatan. Disebabkan terlalu takut hilang kepala,bila terjumpa je orang bawa sabit kelapa atau sabit rumput ,kami ( budak budak ) akan lari atau sembunyi. Haishh..orang buat jambatan kan pakai simen, batu, kalau pakai kepala celah mana pula