Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Kari Idaman Suri pack baru

  Assalamulaikum. Baru berkesempatan check blog ,masuk ruang komen terjumpa komen dari Mr Alex -Idaman Suri dipost maq yang bertajuk  Kari idaman suri  yang maq update pada tahun 2020 lalu. Alhamdulillah dah dapat info terkini.  Lepasni pengguna lain masih boleh menikmati rasa hebat kari idaman suri ini.Anda boleh masuk link ni untuk siasat apa yang terkini dari   Idaman Suri . Yang menarik bukan je masakan kari ,tapi ada banyak lagi perencah segera yang sedap dan lazat untuk anda cuba nanti bersama keluarga. Bawah ni packaging lama : And now dah new packaging ,taddaaa... Perencah menu lain : Nak jadi agent atau nak tau apa apa pasal idaman suri ,boleh hubungi , Mr Alex 017 283 8623 ( marketing manager ) Facebook* Nota : gambar gambar  di ambil dari facebook De Cuisine 💕

Kenapa blog lama sepi ?

 Assalamualaikum. Lama blog sepi.Sejak jadi surirumah yang berniaga ni ,blog langsung tak disentuh.Allahhu ,busy sokmo ... Bagaimana amway maq sekarang? Maq nak kongsi sikit kisah amway yang maq buat dalam sebulan dua ni. Bila kes baharu C19 di Johor semakin menaik beberapa bulan lepas, pelanggan maq ramai bertanya pasal Bio C plus ( vitamin C dari nutrilite ) selain Bio C plus ,botanical beverage pun jadi permintaan ramai.  Sebab kedua dua produk ini mampu menguatkan imuniti badan secara semulajadi. Maq sekeluarga pun amalkan makan bio C plus untuk ketahanan sistem imun badan. Alhamdulillah .. Perasan tak setiap kali order  sampai,mesti ada botol botol bio C plus. Tu pun ada yang dah dihantar terus menerus  dari HQ amway kerumah pelanggan . Beli secara online dari website amway. Maq malas nak minta gambar dari pelanggan  . Maklumlah mereka pun sedang busy berkuarantin. Apa yang buat maq rasa terharu ,kebanyakkan pelanggan maq tu datang dari orang luar.Bukan dari kalangan sahabat ,jira

SOP Umrah Norma Baharu

SOP UMRAH TERKINI Assalamualaikum. Sedikit pencerahan tentang umrah norma baru melalui perkongsian oleh CEO TH Travel Dato Haji Ahmad Ruzman di Astro Awani sebentar tadi. Di Malaysia: 1. Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan. 2. Melakukan ujian status covid-19 PCR test dengan keputusan negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat menaiki pesawat. Surat makluman keputusan tersebut hendaklah dibawa bersama pasport ketika check-in di Malaysia dan setiba di Saudi. 3. Usia yang dibenarkan (buat masa ini) 18-60 tahun. 4. Setibanya di airport Madinah para jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum terus ke kaunter emigrasi. 5. 50% sahaja jemaah menaiki setiap bas iaitu 25 orang termasuk mutawwif jika bas 50 seater. 6. Para jemaah perlu install aplikasi (Tawakkalna) lebih kurang MySejahtera untuk trace lokasi, perlu aktif sebelum 8 jam setelah mendarat.  Di Madinah: 7. Para jemaah hendaklah duduk sebilik 2 orang sahaja.  8. Para jemaah perlu kuarantin di bilik