Sagu biji ,aiskrim vanila

Assalamualaikum.
Hari minggu semua ahli keluarga maq cuti kecuali si bongsu terpaksa kena ke sekolah. Orang Johor kan sekolah pada hari Ahad. Harini parents ainul pun cuti , jadi dapatlah peluang kami semua berkumpul dirumah ini.

Bila dah semua ada , apa kerjanya? Hehe tentunya makan, makan dan makan lah.

Awal pagi meja makan sudah diserikan dengan roti canai berkuah dalca. Tengahari pulak Mee sup ayam menjadi menu pilihan utama. Maaflah takda gambar untuk dijadikan  bahan bukti sebab sibuk nak sediakan menu petang pulak tadi.

Petang pula bila cuaca diluar panas bedenting ,maq pilih menu yang menyejukkan tekak. Iaitu ais krim vanila bersagu. Apa tu ? Ais krim vanila + sagu biji + susu cair + gula + jelly + ais.

Cara sediakannya.

Sagu biji  direndam  30 minit kemudian dimasak hingga pekat. Sejukkan.



Susu cair dicampurkan gula ikut manis mana anda nak. Sejukkan jugak.



Bila dah sejuk kesemuanya , ambil sagu biji , jelly , susu yang dah bercampur gula ,gaul rata . Letakkan ais krim vanila diatas campuran tadi. Dan letakkan ketulan ais, siap!


Mak mertua lalu pun dah tak nampak  ...😍

Eh maq lupa , tadi  menantu maq ada beli juadah untuk dimakan bersama sagu ais krim tulah. Yok,bismilla.. Rezeki jangan ditolak hehe..



Alhamdulillah pada tiap nikmatNya, thanks Allah..

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk walk Masuk List 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

3 Gelombang Krisis Utama

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

Cara Cari Calon Pasangan Hidup