Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Melepak di Jeti Anjung Batu ,Melaka

 Bismillah, 20/02/2024 maq sekali lagi jalan jalan ke Negeri Melaka.Bukan nak pergi 10 tempat diMelaka yang masuk percuma pada 20hb tu tau tapi kalini maq nak ke Jeti Anjung Batu, yang terletak di kawasan Pantai Siring , Merlimau,Melaka. Haa alamat penuh tu. Kenapa kami tak pergi tempat yang masuk free tu? Lautan manusia sudah ku gambarkan diminda ini! Hehehe orang tua macam kami ni nak pergi kawasan yang santai santai je dik..Benda benda yang bikin stress stress ni kami dah tak layan. Apa ada di Jeti Anjung Batu? Ada Laut,Ombak,burung burung gagak & unggas  yang berterbangan, matahari yang setia dan kumpulan kumpulan manusia yang sukakan kedamaian..ceeeeh... Jom baca cerita disetiap gambar dibawah ini. Laluan pintu masuk ke Anjung Batu.Dihadapannya ada tempat untuk bayar tiket parking. Ini untuk parking semua jenis kenderaan tapi tidak termasuk kapal terbang. Korang akan ditanya ,masuk ke jeti untuk apa.Mancing? healing healing? Ke Pulau Besar?Kerana setiap tujuan akan dicaj harga

TH Khairat

  Bismillah, Masa maq pergi ke pejabat Tabung Haji haritu,petugas disana ada beri sedikit info kepada kami tentang TH Khairat . Ia baru dilancarkan tahun lepas (Ogos 2023).  Menjanjikan manfaat kewangan yang bernilai RM12000 yang boleh diterima oleh waris / penyimpan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada penyimpan. **bayaran tahunan : RM28.00 setahun. **umur yang layak : dari umur 30 hari hingga 65 tahun. Syarat : -Mesti ada sejumlah wang simpanan berbaki di tabung haji.Paling minima RM100.00 -Waris yang hendak dinamakan mestilah ada akaun simpanan di TH. Nak tahu lebih lanjut,korang boleh pergi ke pejabat Tabung Haji yang berdekatan.Atau boleh juga semak di app THijari yang korang dah install.

Daftar Haji

 Bismillah, Mungkin ada diantara kita yang dah tahu ,tapi kalini maq nak beritahu pada mereka yang belum tahu.Apa?? Ok,kepada yang belum tahu, duit korang diKWSP boleh digunakan untuk daftar haji ditabung haji.Ini bagi pencarum yang umurnya bawah 55 tahun.Orang pencen tokleh buat,kena guna duit ASB pulak haha. Bagaimana caranya? First,pergi pejabat KWSP yang berada ditempat korang.Kemudian buat semakan duit korang dan boleh minta petugas tolong 'print' kan. Kemudian bawa salinan dari pejabat simpanan KWSP tu ke pejabat tabung haji yang ada ditempat korang tinggal.Dah sampai sana beritahu pegawai yang depan pintu tu,cakap kat dia "saya nak daftar haji". Memula nanti dia bagi nombor giliran. Kemudian dia akan semak sama ada korang dah ada akaun tabung haji ke belum. Kalau belum ada, kena buat akaun dulu la kan. Kalau dah ada tapi dah zaman tondan tak aktif,nanti TH akan "delete" akaun lama tu. Bayar RM10 je nak buka akaun TH.Nanti dia suruh isi borang tertentu