Skip to main content

Terjadi kucing jadian


Assalamualaikum.

Betul kata orang , bila sayang cucu dengan sayang anak ni jauh bezanya. Maq mengaku ,sejak kebelakangan ini maq selalu berperangai pelik dan kadang tu yang tak terfikir sikit pun nak buat tapi dah pun buat.


Bila Ainul dah masuk umur 5bulan , dia dah tau betapa seronoknya  bila diangkat dan didukung . Mungkin aja dia dapat permandangan yang luas bila di dukung orang. Dan dalam usia 5 bulan ni , ainul dah pandai kenal orang. Mana yang dia jarang jumpa ataupun tak pernah jumpa , dia akan sembunyikan muka dia ,merengek dan lama kemudian dia akan mula menangis.

Harini bila badan maq tak sihat ,tapi kena juga melayan cucu kesayangan yang sentiasa minta dibelai. Akhirnya maq terpaksa jadi kucing jadi jadian.


Allah hu , Memang tak pernah terfikir nak jadi kucing semanja tu , siap pandai ketuk pintu lagi ,haha . Apa pun yang penting ainul terhibur dan tok mak tak payah nak dukung ainul lama lama . Sedarlah cucu ku berat kamu itu sudah mencecah ke 9kg lebih , longgar  lutut tok mak kalau dukung  kamu lebih dari 20 minit , ainul uiii , 😂.


Semuga ainul membesar dengan sihat dan cergas. Dan menjadi anak dan cucu yang mudah dididik ,aamiin.



Pesan maq : korang jangan gelakkan maq eah , esok lusa korang bercucu ,taulah korang penangan nya. Maq taknaklah cadangkan korang untuk jadi apa nanti , terpulanglah .. mau jadi apa , mau jadi hantu atau  mau jadi buaya ..  Huhu









Popular posts from this blog

Solat Jenazah,Ramai Tak Ambil Peduli

  Bismillah, Kalini Maq nak sentuh pasal isu solat jenazah.Solat ini hukumnya adalah fardhu kifayah.  Kalau kita tengok,kebanyakkan yang buat solat jenazah adalah kaum lelaki.Sedangkan kaum wanita yang datang hanya duduk dan bersembang sembang santai. Padahal solat jenazah ini bukan kena guna sejadah atau telekung labuh pun.Cukup dengan; *suci dari hadas kecil & besar *berwhuduk *tutup aurat sempurna seperti aurat dalam solat fardhu Dan andai kata kita adalah waris kepada jenazah yang akan disolatkan itu bukan saja kita dapat pahala,tetapi apa yang lebih penting lagi adalah doa kita yang Allah makbulkan secara langsung. Waktu kita baca doa dan mengaminkan doa ,waktu yang sama itu juga Allah makbulkan doa doa kita untuk simati. Antara doa yang tiada berhalangan   ------------------------------------------- Doa anak untuk kedua ibubapanya. Doa emak untuk anaknya. Doa isteri untuk suaminya. Lagi hebat lagi ganjaran Allah bagi,bila mana 40 orang lakukan solat jenazah seca...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Ayat Quran Yang Jadikan Maq Rasa Tenang Dan Senang

  Nasihat** Bismillah, Sejak masuk tahun 2026 ,baru minggu ni mood blogging maq datang.Sebelum ni terlalu banyak 'urusan' yang perlu dilakukan hingga mood berblog hilang ghaib entah kemana. Tahun 2025 - banyak kejutan yang belaku dalam kehidupan peribadi maq.Semua nya tidak dirancang tapi maq sangat yakin aturan Allah sangat indah.Apa yang belaku telah disenaraikan sejak azali lagi. Korang tau tak apa yang dah buat maq jadi sebegitu tabah nak hadap semua ujian tu? Alhamdulillah,tafsiran 2 ayat terakhir surah Al Baqarah yang telah mendidik jiwa maq. Awalnya maq cuma dapat baca sikit sikit,kemudian maq dapat menghafal dan sekarang 2 ayat tu dah sebati dalam setiap denyutan nadi maq.Lepas solat baca,sebelum tidur baca dan bila maq free,maq baca. Jom kita baca makna 2 ayat tersebut dan fahamkan apa yang maq dapat untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bismillahirohmanirohim... (2:285) ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ ب...

Amalan Sementara Masih Bernyawa

  Amalan yang dianjurkan untuk kita  lakukan. 1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi. 2) Baca Al Mulk sebelum tidur. 3) Sedeqah subuh hari hari. 4) Baca Ayat Qursi lepas solat. 5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir zikir lain. 6) Berwudhu 10minit sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat. 7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. 8. Seindah indah ibadah - membaca istighfar 10minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis. (waktu sahur) 9) Mencari kawan kawan soleh untuk dapat kan shafaat mereka - amalkan,   "وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين "  "wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin"  Ertinya: jadikan kami dalam rahmatMu bersama para solihin. 10) Setiap kali masuk masjid carilah Al Quran dan bacalah walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat. 11) Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus Al A'la.Mohon yang paling tertinggi 12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum sola...

Tanda Tanda Awal Serangan Jantung

  Bismillah, Sekarang kerap sangat kita dengar kematian yang berpunca dari serangan jantung. Dulu dulu orang tua je yang kerap dapat serangan jantung,zaman sekarang orang muda pun dah ramai yang kena. Maq jumpa gambar diatas tu dan maq rasa tak salah kalau maq simpan dalam blog ini untuk buat tambah ilmu pasal serangan jantung tu. Antara tanda awal serangan jantung. *Rasa sakit pada bahagian dada *Rasa susah nak bernafas *Pening kepala *Berpeluh *Rasa kebas,rasa sakit pada bahagian bahu kiri,lengan kiri ,leher atau dagu *Rasa loya dan muntah *Rasa berdebar debar Korang,andai kata korang atau ahli keluarga korang ada tanda tanda awal tu ,cepat cepat buat sesuatu.Jangan pandang remeh. Mencegah itu lebih baik. Dapatkan rawatan segera!

Antara Ibu,Isteri dan Anak,siapa paling utama?

Assalamualaikum. Baca tajuk tu. Kalau anda sebagai seorang lelaki yang hebat siapakah lebih anda utamakan? Ibu? Isteri? Anak? Okey ,katalah dalam satu pelayaran keluarga tiba tiba kapal anda nak karam. Dalam masa yang sama anda cuma ada satu boat penyelamat yang mampu memuatkan 3orang.  Masalahnya sekarang anda berempat! Haaaa..  Nak pilih siapa untuk diselamatkan? Ibu -  Orang yang telah melahirkan kita. Jaga kita ,menyusukan kita.  Beliau dah beri kita segala apa yang dia mampu. Sampailah besar kita dijaga nya hinggalah dah bekerja dan berkahwin. Doa ibu mustajab sebab tiada berhijab.Anda berada dalam pengawasan ibu hinggalah anda dah berkahwin barulah isteri pula ambil alih tugas tu. Isteri - selepas bernikah , dialah tanggungjawab anda. Anak perempuan orang yang mana walinya telah mewakilkan anda menjaganya. Jaga makan minum ,jaga tempat tinggal selesa, sediakan pakaiannya. Segala kemudahan dia adalah tanggungjawab anda. Syurga dia pada anda, menjaga dan me...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...