Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Susu badan yang dibotolkan

Assalamualaikum Bila ditugaskan untuk mengasuh baby Qisya pada januari 2016 , tulah pertama kali maq belajar tentang penyusuan susu badan yang dibotolkan . Kerana baby Qisya merupakan pengamal minum susu badan  sepenuh masa ( amboi ayat skemah habis ) . Alhamdulillah , dengan kerja sama mama dia ,maq boleh uruskan  minum susu badan dalam botol dengan mudah sekali. Susu dalam botol ada 3 jenis Susu frozen Susu chill Susu fresh Susu frozen ialah susu yang dibotolkan kemudian didingin bekukan ditempat pembeku dipeti sejuk. Susu ini bila sudah beku dengan sempurna , kualitinya boleh bertahan selama 2-3 bulan , tapi pastikan tiada kejadian " blackout " dirumah anda ! Bagi kes baby qisya ,setiap pagi mama dia akan bekalkan 5 botol susu yang dibotolkan kerumah maq . 1 botol susu fresh 4 botol  susu chill Susu fresh merupakan susu yang dipam pada hari yang sama , iaitu 1 jam sebelum pergi kerumah maq . Dan susu ini boleh tahan selama 4 jam jangka hayat nya . Sele

Kolam Air Panas Jasin ,Melaka

Assalamualaikum Sempena cuti sem yang baru berlalu , bila anak yang bongsu cuti sekolah dan kolej pun cuti seminggu ,peluang untuk panjangkan langkah amat cerah . Sasaran kali ini ialah negeri Melaka ! Apa menarik di Melaka kali ini ? Ye kali ni kami pergi mandi manda dikolam air panas Jasin ! Siapa yang pernah pergi tahu lah kan lokasinya dimana . Kalau kami yang firstime pergi ni , terpaksalah guna map google, padahal Jasin tu sempadan antara Melaka dengan Johor je ,dah tak tahu kan google je la. Search  : kolam air panas Jasin 1 . Kalau anda 'search ' , google akan tunjuk ada banyak tempat kolam air panas Jasin ni , ada kolam 1 ,kolam 2,kolam 3, dan beberapa lagi kolam air panas .Tapi kali ni kolam 1 jadi pilihan maq dan family. Pemerhatian mata maq untuk tempat riadah ini : boleh la kalau nak bagi 4 bintang dari 5 bintang. Elok pergi bersama ahli keluarga. Makan : pengunjung boleh bawa bekalan dari rumah , bawalah banyak  mana mampu ,asalkan kebersihan tu

Rumah Nenek dimasuki air

Assalamualaikum .. Bila bumi Batu Pahat disirami hujan lebat melebihi 30 minit seperti tengahari tadi ,apa yang menjadi kerisauan sebilangan  penduduk Kampung Parit Amat ,mukim 5, Batu Pahat , Johor ? Ye, tak lain tak bukan ialah rumah mereka dimasuki air parit yang melimpah melebihi paras taliair tersebut. Antara penduduk kampung itu yang menjadi mangsa keadaan ialah nenek maqnie sendiri iaitu Puan Hajjah Fatimah binti Mohd Saleh. Isu ini bukan baru harini ,tapi sudah makan tahun ,bukan setahun dua malah bertahun tahun . Bayangkan tiap kali hujan lebat ,ini hasilnya  ..  ... 😭😭😭 Rumah yang didiami seorang wargaemas bersama seorang anak perempuannya . Dipenuhi air disetiap sudut rumah ! Perabut berendam air , peralatan elektrik , tikar getah terapung , kain baju , bahan makanan ,peralatan dapur hampir kesemua basah dan perlu diselamatkan ditempat lebih tinggi.Banjir kilat ini kadang kadang  makan berhari hari apabila air sungai mulai naik  dan hujan pula turun t

Sembang kosong

Assalamualaikum .. Lama blog maq sunyi tanpa apa apa post . Mungkin faktor usia ? Hee bukan .. maq sekarang lebih fokus pada anak anak asuhan yang makin membesar . Melayan karenah ahli syurga ni kadang boleh buat kita rasa naik hangen , tapi  kadang tu lebih kepada seronok ,lucu dan  akan timbul rindu bila mereka tak datang . Semalam ( 8 september 2016 ) maq sempat melayan kawan kawan seperjuangan di group PENGASUH ANAK  di facebook . Dengan menyatakan satu pengalaman maq sebagai pengasuh dirumah selama 20 tahun , maq kongsikan ini .. *** Selamat pagi semua. Pernah tak BS perasan , bila kita jaga anak asuhan ,bukan je nak " melepas hajat"  tak puas , nak makan tengahari pun kadang kadang tak sempat sampai bawa ke petang tunggu sampai anak asuhan semua tidur , kadang tu sampai terlupa dh makan ke belum ,kadang nasi sampai kembang dipinggan sebab baru 2, 3 kali suap nasi ke mulut , anak asuhan panggil . " maa ..adik  yaaakkk ..  " ... 😅 #sajakongsipengal