Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*     INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 29 November 20l9                  02 Rabiul akhir 1441 TAJUK  : Kewajipan Membayar                  Hutang                 1) Sikap membantu sesama saudara muslim- digalakan; kukuh hubungan persaudaraan; hulur bantuan kepada yang ditimpa kesusahan; beri hutang kepada yang memerlukan. 2) Firman Allah:   Surah Al-baqarah: 282 bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga kesuatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya itu) dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)".  3) Persoalan hutang- diharuskan dlm islam; tidak digalakan berhutang utk bermewah mewah tanpa asas kukuh; bawa kerosakan sekiranya tidak dikawal; semoga tidak jadi ketagihan dlm hidup; bebanan hut

Cara Nak Rasa Dekat Dengan Allah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat penuh barokah. Zikir Rabbaniyah.Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. Astaghfirullahal azim - 100× 2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x 3. Lailahailallah - 100x 4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x 5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x 6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x 7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x Buatlah suatu kebaikan yang akan terus hidup, walaupun setelah kita meninggal nanti.

Sorang lagi sahabat sekolah tinggalkan kami

Assalamualaikum. 25hb November 2019. Selepas solat maghrib, maq dapat berita dari seorang sahabat sekolah melalui aplikasi whats app.  Ayat beliau. Innalillah. Al-fatihah.. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Pergi yang tidak akan kembali.... Semoga Arwah *Fatimah bte Kassim* ditempatkan dikalangan para aulia ... Arwah baru sekejap mengembuskan nafasnya selepas  maghrib 25/11/2019. Terpegun sekejap sambil  berulang ulangkali membaca** Akhirnya seorang lagi sahabat sekolah maq pergi meninggalkan kami.  Allah lebih sayangkan dia.  Kami redha..Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah berusaha untuk ziarah  dan memberi perhatian kepada arwah Fatimah Kassim ketika masih hayatnya.  Allah je yang mampu membalas kebai

Mengalah Demi Bahagia

Assalamualaikum. Kali ini masih macam entri entri yang selalu.  Tak mahu cerita pasal orang lain, menaip cuma nak kongsi pengalaman peribadi sendiri sahaja. Sejujurnya. Setiap orang akan bernikah dengan orang yang memang dia kenali. Kenal family dia, tahu latar belakang hidup dia,  tahu kerjaya dia. Tahu perangai dia.  Tapi setelah kita menikahi dia ,belum tentu kita kenal siapa dia yang sebenarnya. Bila dah duduk serumah bertahun tahun sekalipun masih nak berkelahi, susah nak terima pendapat sedangkan hari hari dok mengadap muka yang sama.  Kenapa ye?    Sebab nya kita belum betul betul kenali dia. Eh... Pasangan sendiri kot, takkan tak kenal?  Ini kata kita, tapi hakikatnya memang begitulah. Kenapa kadang ada bergaduh?  Tentu sebab pandangan kita berbeza dengan si dia. Kenapa ada selisih faham?  Kenapa ada marah?  Tak puasati?  Sebab ego masing masing malas nak paham perangai pasangan masing masing. Bagi maq,  cara paling mudah nak elak bergaduh  dikalangan suami ister

SPM - Doa Jangan Putus

Assalamualaikum. Esok,  28hb November, Aida ( anak bongsu maq )  ada kertas akhir untuk SPM nya. Mata pelajaran akaun akan menutup tirai SPM 2019. Semoga dipermudahkan  ya sayang. Hari ini kalau kita lihat, selepas je habis peperiksaan,  sesetengah pelajar akan berseronok dengan masih memakai uniform sekolah mereka. Mereka rasa mereka sudah bebas!  Mereka dah boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka termasuk mengganggu perjalanan lalu lintas jalanraya. Termasuk juga menjahanamkan harta sekolah.  Ye,  buat je apa yang mereka suka. Siapa nak halang?  Cikgu? bukan cikgu  dapat jumpa  mereka lagi selepas exam tu. Sedih baca  Berita ini.  Tapi benda dah berlaku. Ye betul mereka bukannya anak anak maq tapi merekalah anak anak yang akan menerajui Malaysia sikit masa nanti.  Maq terkilan.. Orang orang dekat jalanraya tu kenapa tak marah?  Siapa peduli?  Untuk enjoy selepas habis periksa masih ada banyak cara untuk meraikannya. Bukan dengan cara begini.. Anak an

Bicara Solat

Assalamualaikum.  Gambar bawah ini antara kata kata alim ulama' perihal kepentingan solat bagi semua umat Muhammad. Sengaja maq kongsikan diblog ini untuk dijadikan peringatan anak cucu bila mereka membaca  blog maq nanti.   Semoga Allah jadikan anak cucu kita sebagai keturunan yang tidak meninggalkan solat.  Aamiin...   Nikmat apa  lagi yang akan kau dustakan? Sumber : group whatsapp.  

Perubahan Dalam Masa 26 tahun

Assalamualaikum. 27 November 2019 - ulang tahun perkahwinan maq dan Encik suami  yang ke 26 tahun. Alhamdulillah.. Bila throwback tentang perjalanan bahtera sepanjang 26 tahun tu,  jujur maq kata, ianya tidak lah sama seperti yang maq impikan ketika kami mula bercinta dulu. Kalini maq tak nak share pasal lain, cuma nak kongsi perihal kisah  sambutan birthday maq oleh encik suami (kisah  dulu dan sekarang). Kalau rajin bacalah, kalau malas abaikan je.  Sebab benda dah 26 tahun berlaku, panjang  jugak nak dicerita. Ok,  kalau anda nak tahu, masa bercinta dulu² ( tahun 1989) bila  birthday je dapat hadiah. Kadang tak birthday pun dapat. Bila birthday je dapat keluar jalan jalan pergi makan makan,  dapat kad ucapan ( dulu kan takda handphone, takdalah whatsapp atau facebook dan yang seangkatan dengannya )  yang paling win,  si dia tak pernah lupa tarikh keramat 7 julai tu.    4 tahun bercinta,  1½ tahun bertunang,  ada je hadiah dari beliau bila tiba detik 7 julai!  Haha sw

Ainul Mardhiah Pecinta Kucing

Assalamualaikum. Ainul Mardhiah ( cucu maq) rupanya suka dengan kucing.  Sejak dah pandai main bersendirian,  dia lebih suka pilih kucing sebagai teman bermain.  Tak kira kucing sendiri kah,  kucing gelandangan kah, kucing jiran tetangga kah,  semua dia sayang. Bagi Ainul kucing antara teman paling tenang untuk dibuat teman. Malam tadi mama Ainul kongsi video Ainul sedang melayan  seekor anak kucing.  Tapi bukanlah kucing sebenar,   ia hanyalah kucing mainan daaa... Jom lihat  gelagat Ainul. Disuapkan makanan dekat mulut mainan tu. Agaknya  Ainul fikir, kucing tu lapar sebab tu lah  asyik mengeow tanpa henti. Siap pujuk dengan 'baby'- teddy bear kecil putih tu yang dipanggil baby. 😂 Terbongkang anak kucing tu bila dah  kehabisan bateri. Dan Ainul dah boleh lah layan upin ipin tanpa suara tangisan meow tu lagi huhhuu.. Tapi bila dah siang malam dok mengeow,  ainul dah mula syak identiti sebenar anak kucing tiruan tu.  Hahaha siap buat halangan diri dengan b

Meruqyah Diri Sendiri

Assalamualaikum. Perkongsian maq diblog kali ini adalah perkongsian dimana kita boleh berusaha untuk mengubati diri kita sendiri (ruqyah diri  sendiri) . Apa yang diajarkan dibawah antara  amalan rasulullah SAW ketika baginda sedang sakit. Benda boleh amalkan kenapa kita  taknak diamalkan?  Jom kita cuba. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila merasakan sakit, meludah sedikit di tangannya (tiga kali) dengan membaca Qulhuwallahu Ahad dan Mu’awwidzatain (An Nas dan Al Falaq), beliau mengusap dengan kedua tangannya pada setiap kali apa yang boleh disentuh dari bahagian tubuhnya ketika beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam akan tidur, dimulai dengan kepala, wajah dan dadanya. Sebagaimana yang diberitakan Aisyah dalam hadis yang shahih. Jibril merquyah beliau di air ketika sakit dengan ucapannya, “Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari setiap penyakit yang menyakitimu, dari kejahatan setiap jiwa atau ‘ain orang yang dengki, Allah akan menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahm

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tapi dalam g

Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah

Assalamualaikum.. KEISTIMEWAAN 2 AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH ( 285 & 286 ) Para ulama' menyebutkan bahawa siapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, maka Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan. Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa dengan membaca ayat tersebut imannya akan diperbaharui kerana di dalam ayat tersebut ada sikap pasrah & berserah kepada Allah Ta’ala. Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa ayat tersebut sebagai pengganti dari berbagai zikir kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat. Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna. Maksud ayat. : Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (M

Kos Sewa Pangsapuri diJB tinggi?

Assalamualaikum. Kalini nak kongsi kisah Ety diperantauan (ceh, padahal Johor  Bahru jek) Dari Batu  Pahat ke Johor Bahru baru kurang lebih 2jam . Bukannya jauh sangat hehe. Untuk pertamakali dalam hidup Ety ,kena cari rumah sewa.  Kalau sebelum ini setiap langkah kehidupannya dibawah tanggungan sesaorang.  Kalau bersama keluarga,  ayah dialah uruskan bayar duit rumah.  Kalau dikolej dulu,  kerajaan  pulak yang tolong bereskan.  Tapi bila sudah berkerja jauh dari keluarga, ety terpaksa uruskan dirinya sendiri. Sebagai bekas pelajar yang baru bekerja.  Pastinya ety kena  cari tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerja dia.  Lainlah kalau dah ada kenderaan sendiri, boleh juga cari rumah sewa yang  berharga lebih murah walaupun sedikit jauh dari tempat kerja. " mak,  ety dengan kawan kawan nak sewa apartment  dekat dengan hospital. Itu je tempat tinggal paling hampir.  Jalan kaki 5minit je dah sampai hospital.  Kami akan kongsi berenam. " - itulah ayat yang et

Cuti Akhir Tahun Sudah Bermula

Assalamualaikum.. Anak anak sekolah di  Malaysia sudah masuk ke musim cuti sekolah akhir tahun mulai hari ini. Secara tak langsung tugasan ibubapa semakin bertambah. Kalau hari bersekolah,  dari pukul 7.00pagi sampai ke 6.00petang , anak anak akan habiskan masa mereka disekolah pagi dan sekolah petang (sekolah agama)  , sekarang ini,  untuk beberapa minggu hari cuti ini, mereka ada 'fulltime' dirumah. Bagi ibubapa yang berkerja atau yang berada dirumah sekalipun,   kenalah selalu berjaga jaga.  Anak anak kita sekarang tak sama dengan karenah anak anak zaman kita dulu dulu.  Maq jadi kanak kanak zaman 70an ( mungkin anda ada yang belum lahir lagi hehe) totaly budak dulu  dengar kata, tak macam budak sekarang yang telah diajar kemahiran berfikir Aras Tinggi (KBAT)  - mereka sangat kreatif dalam banyak hal termasuklah mengakal ibubapanya sendiri!😂 Bawah ni antara aktiviti anak anak sekolah yang maq sendiri sudah nampak depan mata sejak beberapa tahun kebelakangan in