Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Pantai Perpat - Mac 2022

 Assalamualaikum. **Gadis tutup muka dengan tapak tangan je bila dipanah dengan sinar  mentari petang. Bawah ni ,senarai post popular  blog maq.View  dalam tempoh '7 days'.Blog orang tua kan, takdalah sehebat mana pun viewnya. Bila tengok setiap minggu banyak view untuk post tentang  Pantai Perpat  yang maq update pada Februari 2020 lalu. Maka Ahad lepas sekali lagi maq ke Pantai Perpat bila mana katanya pantai tersebut telah dimajukan.Dan sudah berubah wajah. Pertamakali sampai maq agak tekejut sebab nak masuk kena bayar. Oh..dah ada yang menguruskan pantai ni ,patutlah kena caj pakir. Dulu tahun 2020 ,masuk adalah percuma dan pengunjung nak melepaklah selama mana pun kat situ, tiada siapa yang menghalang. Masa maq pergi,air laut sedang surut, inilah hasilnya.Sedikit memori dari galeri.⬇️ Kalini maq suruh encik suami cari pakir kedalam sedikit sebab nak tengok situasi terkini dipantai tersebut. Memang meriah sey! tak rugi pun kalau bayar rm2.00 tu. Pantai dibuka kepada pengunj

10K KWSP LULUS

 Assalamualaikum. Ramai seronok bila PM umumkan wang KWSP boleh dikeluarkan lagi dalam pengeluaran khas KWSP RM 10,000. RM 10 Ribu bukan jumlah yang sedikit bagi mereka yang berpendapatan sederhana & rendah. Banyak boleh dilakukan dengan RM10ribu tu. Lebih lagi dalam zaman terdesak sekarang ni. Zaman dimana semua harga barang NAIK. Dengan RM10K  tu banyak benda boleh buat. Dulu, waktu maq baru memasuki alam remaja ,lepas  SPM maq pernah bekerja disalah sebuah syarikat pengeluar pakaian di bandar Batu Pahat . Bila tengok pada slip gaji, ada dibuat pemotongan KWSP , padahal masa tu gaji baru RM4.00 sehari. Allahhu kecil sangat tapi gaji yang rm4.00 sehari tu boleh bantu orang tua lagi ko. Lagilah maq anak sulong, bila hari gaji mesti nak ajak adik adik pergi makan kat bandar. Tak taulah boleh pulak cukup tu ,padahal rm4.00x26 hari ,tolak kwsp ,baki berapa rm sangat lah kan. Tapi balik makan boleh lagi pergi shopping. Keberkatan tu kena ada ,inshaallah. Maq pernah tanya kawan yang leb

Birthday Giveaway by Eksplorasilea

 Assalamualaikum. Lama dah maq tak join giveaway. Post entri pun kadang ada kadang sunyi.Kalini nak sambut pelawaan penulis blog Aulea untuk join blog giveaway by eksplorasilea. Anda pun nak join?  klik ➡️ BIRTHDAY GIVEAWAY  ⬅️ Moga ada rezeki. Aamiin Okey done.  Maq dah ikut semua syarat syaratnya. Semoga semua berjalan lancar .Terima kasih Aulea sebab sudi jemput maq.Moga bertambah lagi rezeki anda sekeluarga.Aamiin :) Happy birthday to you ,semoga terus sukses 💕

PRN Johor Mac/2022

 Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah Pilihanraya negeri Dun Johor yang dijalankan pada 12/3/2022 lalu diseluruh negeri Johor. Keputusan kemenangan berpihak kepada parti BN .Tahniah ! Manakala dikawasan maq mengundi di dun Penggaram,parti PH telah meraih pengundi paling ramai. Tahniah PH ! Sedikit kisah maq pada hari pengundian tu. Lepas subuh tetiba kepala maq pusing.Melayang layang tanpa tahu apa puncanya. Suruh anak bongsu buat pemeriksaan tekanan darah ,tapi bacaan okey je.Alhamdulillah.. Niat nak gerak awal untuk kepusat mengundi akhirnya maq batalkan dan maq pilih untuk rehat dulu ( tidur ). Pukul 10 lebih ,lepas makan panadol,maq terus gerak kepusat mengundi bersama Aida (anak  bongsu maq yang pertamakali jadi pengundi ) Waktu tiba di pusat mengundi di Sekolah Agama Bukit Perdana, yang maq nampak ,pertugas lebih ramai dari pengundi. Waallahua'lam. Maq hanya fikir ,mungkin ini bukan waktu kemuncak agaknya - selalulah bersangka baik.  Pilihanraya dalam waktu pendemik ,p

Ainul Mardhiah dah daftar sekolah

  Assalamualaikum. Salam Jumaat. Dah bermulalah cuti sekolah penggal ke 3 ( 2021 ) untuk anak anak sekolah. Pendemik dan merubah rutin cuti mereka.Takpalah ini sudah qadaq dan qadar yang Allah tetapkan. Doa yang baik baik buat semua. Semoga anak anak kita dilindungi dari semua wabak. Aamiin.. 2 Mac 2022 lepas ,Ainul Mardhiah dah nak daftar sekolah tadika!?! macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Tapi daftar untuk sesi persekolahan  tahun 2023 lah ye ,bukan tahun ni. Actually 4/4/2022 - Ainul dah 4 tahun. Subhanallah  Tabarokallah , cepatnya masa berlalu.Kejap je cucu pertama maq dah nak masuk sekolah. Tahun depan dah 5 tahun rupanya "kakak baby" ni. Kata mama dia ,Ainul sendiri minta bergambar dengan  keladi kesayangan mama dia tu ,maq geram tengok pokok pokok keladi kat rumah ainul tu, demok demok ! ⬆️ Bantu mama buat iklan baja keladi galak.Ainul pandai tanam pokok bunga /sayur sayuran .⬆️ Bersama adik kesayangan. Kawan bergaduh, kawan bermain ,kawan sama sama kena mar