Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Hujan di Januari 2017

Assalamualaikum , Salam kedinginan. Sudah dua hari hujan turun tanpa henti di tempat maq ( bandar Batu Pahat,Johor). Dinegeri Terengganu , Di Singapura ,katanya dah 4 hari hujan turun. Mana maq dapat info ? Dari saudara mara di group whatsapp lah. Antara kebaikan group whatsapp . Sejuk air hujan dan hembusan anginnya cukup dah buat mata maq terlelap lepas makan tengahari. Dan maq baru dapat info , Di daerah Batu Pahat ada pusat pemindahan banjir sudah pun dibuka. Dan sudah ada mangsa sudah pun dipindahkan ,hari ini. Air .. Bila sedikit tak cukup kerana keperluannya amat penting tapi bila berlebihan ramai yang gelisah . Apa pun , apa jua yang kita hadapi saat ini , teruskan bersyukur kerana memang itu ketentuanNya. Usah dirungut bila banjir sebab anda akan bersungut juga ketika kemarau. Redha , pasrah dan tawakkal . Inshaa Allah pasti yang datang membawa hikmah dan rahmat .

Teh untuk cuci usus perut

Assalamualaikum Bila dah sebulan lebih duduk rumah tanpa menjadi baby sitter , kini maq dah tergolong menjadi suri rumah tanpa matawang yang dihormati. Hehe sabo maq , rezeki tu milik Allah , setiap hamba Allah pasti akan perolehinya . Antara cepat dengan lambat je. Okey muktamad !  Maq rehat sahaja untuk satu jangka masa yang dirasa sesuai untuk aktif semula . Tapi bila ? Allah je yang maha mengetahui .. Bila 24 jam masa maq di isi dengan hanya buat kerja kerja rumah , pastinya mulut pun mengunyah 24 jam jugak . Almaklum aktif lebih banyak didapur.  Sebulan apa jadi ? Allah huakbar ..pipi bukan lagi pau , dah macam kek marble pulak dah ni . Pakai tudung je mesti pelik tang pipi . Kenapa pipi tak muat tudung ? Tak boleh disorok sorok lagi ?  Bila pipi dah tak boleh disorok , maq dah dapat hint , berat badan dah bertambah la tu . Masyaallah ..apa maq buat ? 1 - kurangkan makanan manis 2 - kurangkan makan nasi 3 - kurangkan tidur siang Berkesan ke ? Hahaha hampeh !!  Langs

Ciri seorang sahabat mengikut islam

Assalamualaikum Sekali lagi berpeluang untuk satu perkongsian dari maq. Di group tanya ustaz, difacebook milik maq , seorang hamba Allah mengajukan soalan mengenai ciri seorang kawan/sahabat yang dititik beratkan dalam islam. Ini jawapan dari ustaz : Untuk mencari sahabat sejati sila baca nota ini : Watak Sahabat Sejati Setiap mukmin perlu kepada sahabat, kerana sahabat yang baik akan mendorong kita untuk mentaati Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya. Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan ciri-ciri sahabat yang baik iaitu : 1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya. Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Jika seseorang kasih kepada seseorang makanya hendaklah dia memberitahu temannya" (Hadis Riwayat Abu Daud) 2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya. Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata e

Candy dan coklat

Assalamualaikum Harini maq beroperasi benteras semut. Memandangkan kelibat semut halus yang berkawan kawanan berlibur dimeja makan maq yang kosong itu . Kesan punya kesan ,akhirnya bertemulah jua jawapan. Alhamdulillah , sebuah usaha yang tidak sia sia . Nak tengok puncanya kehadiran semut semut itu ? Mari ... Tu diaaaaa ... Manisan yang berbagai jenis . Gula gula , choki choki , coklat Langkawi , candy homemade , Allah huakhbar . Dimana ada gula ,disitu ada semut nya.  Entah siapa punya kerjalah dah ambil manisan ni tapi tidak ditutup ketat semula. Sebetulnya semua jajan ini adalah baki candybooth masa majlis 24.12 lalu . Dan ada juga yang dibeli untuk jajan peribadi , tapi takda siapa yang nak makan . Al maklom ,manis itu kan pada senyuman , bukan pada makanan . Makanya maq nak buat apa ni maq ? Ha .. Buat tugu semut mungkin ...                         🐜 🐜                                   🐜                    🐜                              

Jumpa kawan lama

Assalamualaikum.. Kawan . Apa erti kawan ? Kawan tu cermin kita.  Kalau dia kawan sebenar  kita , pastinya kita takkan rasa keseorangan bersama mereka. Bila sembang pasal kawan , kita lebih terpandang seperti adik beradik. Ada selisih faham , ada gelak tawa , ada usik mengusik , ada pengorbanan dan ada rahsia yang perlu disimpan. Allah maha adil . Selepas ditemukan dengan kawan sekolah rendah , maq berjumpa pula dengan kawan sekolah menengah . Bukan saja jumpa digroup whats app , tapi kali ini face to face . Ha , Tak percaya !? Ya ,sempena majlis pernikahan anak sulong tempohari , maq memang tak sangka kami akan bertemu semula. Yang datang tu bukan saja dari Johor , malahan dari Putra jaya pun sudi datang untuk meraikan bersama. Syukur Alhamdulillah.. Mari maq kongsi detik sejarah itu . Ada antara kami telah terpisah hampir 30 tahun. Anda cuba bayangkan betapa jauhnya jarak itu. Ada setengah orang , baru je berkahwin 10 tahun,  dah pun lupa asal usul , apatah lagi dengan ka