Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

12 March 2022

  Assalamualaikum. Macam takda cerita menarik nak dikongsi kalini. Tapi jarini macam biasalah,rajin sangat nak menaip. Ok maq nak sembang sikitlah pasal Pilihanraya Negeri Johor. 12March 2022 - rakyat Johor yang layak diwajibkan keluar mengundi. Maq mengundi ditaman maq tinggal jek. Di bangunan Sekolah Agama Taman Bukit Perdana untuk Dun N23. Calon calon yang bertanding untuk kawasan maq tinggal ? semua maq tak kenal.Nampaknya macam wajah wajah baru yang dicalonkan kalini. Maq? No Komen .. keseluruhan ? Bila kita lihat disini.Bila dah ada banyak parti, maknanya jumlah pengundi akan berkurang sebab mereka telah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Betul apa betul?  Untunglah "Mereka" - kumpulan yang 80% sudah vaksinasi tu, mereka masih kekal dengan parti kebanggan mereka. Sedang kita yang masih beberapa peratus je yang bervaksin, terus terusan mencari silap sana sini.Sampai bila?? Persoalannya sekarang ni ,  Orang Johor yang masih tak vaksin tu layak ke keluar mengundi ?  Berap

Cara khusyuk dalam solat

Assalamualaikum, Ini adalah hasil dari copy dan paste.Semoga beri manfaat sesama kita.  Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh I

Telaga wakaf Adam

 Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Arwah anak saudara maq yang pergi lebih awal dari kami menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank .  Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara. Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf.  Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah...Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah disitu. Mudah mudahan , aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...🤲

MySejahtera kuning

 Assalamualaikum. Kalut jugak maq haritu.  Pada  7hb Febuari tetiba dapat sms ! Cepat cepat maq masuk mysejahtera . Allahhu.. KUNING !!  Bila maq check mysejahtera encik suami ,masih biru ,Aida pun biru ,makanya tak lain tak bukan pastinya maq dah jadi kontak kasual tanpa gejala ni dari KK Batu Pahat.Sebab ? Lokasi terakhir maq check in adalah Klinik Kesihatan Batu Pahat . Dan pada 6hb Feb tu memang maq sorang je ke sana untuk temujanji dengan doktor HPT . Pada hari tersebut ,KK Batu Pahat memang penuh dengan mereka yang dah buat temujanji. Maq yang waktu lawatan pukul 9.00 pagi terpaksa bersidai lama nak masuk bilik 19 bersama 36 orang pesakit lain.  Mujur ada tingkap ni, boleh maq tenung pokok pokok hijau masa bersidai tu. Hampir 2 jam tunggu ,baru dapat jumpa doktor. Tengok beza waktu pada resit nombor  giliran tu. 9554 (daftar) - 8292 (ambil ubat) Kat mana silapnya maq pun tak pasti. Macamana staff yang uruskan pesakit buat temujanji HTP boleh membenarkan lebih 30 orang menunggu gi

Khasiat Daun Kari

 Assalamualaikum. Perkongsian buat pengetahuan bersama. Mesti rumah korang ada pokok kari kan? Jom kita teliti satu persatu khasiat dari daun,pucuk ,bunga hingga ke batang pokok kari tu. Let's go with Aida ! aik ? hehehe  Kat rumah ibu ayah maq tu , bersepah sepah pokok kari tapi bila maq bawa balik anak pokoknya untuk ditanam kat kawasan rumah maq pulak...harapan hanya tinggal harapan. Seminggu je mampu hidup...hmm lemaaah.. 1. Penawar cirit birit dan buasir – Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir. 2. Loya dan pening – Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Dau

Pantai Puteri,Melaka

 Assalamualaikum. Semalam 1 Rejab 1443H.Waktu sedang sarapan ,encik suami ajak keluar.Dia kata pukul 9 .00 dah boleh gerak dan jangan lupa bawa kain telekung & sejadah. Haa..ni petunjuk bahawa kami akan jalan jauh.Bukan sejam dua jalan jalannya tu maq rasa. ok, sepantas kilat maq&aida bersiap. Dan tepat pukul 9.00 kami bertiga gerak keluar dari rumah. Kemana ? Bila dah masuk ke lebuh AMJ ,Maq syak kami akan ke Melaka ! Tapi kemana? Encik suami : Yang ,cari arah jalan ke Pantai Puteri.. Maq pun buka map google.1 jam 45 minit ,kami pun sampailah ke distinasi yang encik suami nak tu.Perjalanan tak jauh sangat tapi kesesakan lalu lintas dah melambatkan masa .Takpa ,janji dah selamat sampai. Alhamdulillah... ***Assalamualaikum orang Pantai Puteri ,orang Bee Pee nak tumpang menikmati keindahan disini kejap ya...*** Ceh ,mukaddimah dia .. sangat damai & tenang... Apa yang ada di Pantai Puteri? Pantai yang bersih✅ kawasan pantai yang panjang&luas✅ Air laut boleh mandi manda✅ to