Peringatan buat diri sendiri.

Assalamualaikum.

Perkongsian ini maq copypaste dari group whatsapp. Maq taknak kata ianya khas untuk orang lain, tapi ianya amat terkesan dan amat  memberi makna bagi diri ini. Lebih lagi dikala umur menuju usia senja.

Gambar sekadar hiasan.
(senja dilangit Tanjung Agas,Muar)



KERAP BALIK KAMPUNG?

Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yg tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.

Saya menegurnya, "Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?"

Dia berkata, "Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dgn satu kunjungan melihat emak ayah saya yg telah tua, tak akan sama dgn senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah, tak akan sama dgn renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yg dimasaknya.

Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yg jauh, ratusan ringgit terkorban utk petrol dan tol adalah pengorbanan yg tak ternilai pd sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.

Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu."

SubhanALLAH...

Jawapannya bagai satu tazkirah yg cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.

Pada anda yg berjauhan dgn ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.

Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa.

Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.

Jika tidak pun, buatlah panggilan utk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.

Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yg lain.

Bagi anak yg tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.

Emak saya dahulu yg tinggal berdekatan dgn rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.

Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.

Hanya orang yg telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yg tidak terzahir dgn cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dgn mengisi pandangan di mata tuanya.

Saya bentangkan kpd anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dgn membaca nukilan saya.

Pada yg masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yg ada sementara kamu boleh melihat mereka.

Kepada ibu bapa kita yg telah pergi meninggalkan kita utk selamanya, maka basahkan lidah mu dgn Zikrullah serta baca Al Quran nur karim dan niat serta hadiahkan kpd mereka.

Semoga  bermanfaat.

Comments