Assalammualaikum Bila anak yang hampir 20 tahun membesar ďidepan mata dan akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah orang tuanya kerana hendak menyambung pelajaran . Hati ibu mana tak sedih . Itulah yg terjadi kepada maq , bila mana anak kedua maq akan masuk ke Kolej Kejururawatan di Pahang . Orang Johor merantau di Pahang . Hehhe kami bersaudara ~ Bermula bulan julai nanti , Ety akan duduk jauh dari maq dan keluarganya . Sebelum ni maq pernah rejected tawaran sambung belajar untuknya ke Politeknik Melaka ,kerana pada maq ,usia 17 tahun untuk dia hidup bebas diluar kawalan maq , adalah membimbangkan jiwa tua ini . Hehhe kes kasih sayang yang memang melampau ni. Dan jalan penyelesaiannya , maq suruh dia sambung Pra-U disekolah Dato' Bentara Luar , Batu Pahat . Setelah hampir 18bulan belajar, dia berjaya mendapat sijil STPM nya . Alhamdulillah ... Dan panggilan temuduga SPA kali yang ke 3 , akhirnya membuka peluang untuk dia sambung belajar lagi iaitu dibidang kejuru