Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Ainul Mardiah Dah jadi gammer?

  Assalamualaikum. Bila usia semakin meningkat ke 3 tahun , cucu maq semakin bertambah akalnya. Ini bukanlah budak baru nak up (BBNU) tapi ni kanak kanak semakin up. Actually tak salah kalau dia belajar banyak benda ,cuma apa yang jadi kat Ainul Mardhiah ni amat mengejutkan maq serta ahli keluarga lain. Apa ce? Tonton video singkat kiriman mama Ainul kat group family kami. kan dah kena bebel dengan mama ,😂 Bila ditanya siapa ajar dia main game tu,ini jawapan dia. heypp papaaaa ...biasaaaa diaaaa papa niii.. Haha sebetulnya papa Ainul ,mama Ainul ,angah Ainul dan ucu Ainul tu semua gammer.Mobile legend , PUBG ,ada banyak lagi game yang diaorang main tapi tu zaman bujang bujang lah kan. Tok ayah pun gammer tapi main game puzzle jek hahaha..Tok mak tak boleh main game,takut tekanan darah makin naik nanti ,😂 Mak Angah Ainul pulak lepas jadi isteri orang,tutup buku dah katanya.Memanjang busy dengan pesakit,mana sempat nak main game. Mak Usu pun sejak masuk form 6 dah jarang main game,hari

Rakyat diburu saman

 Assalamualaikum. Bila wabak C19 dah melebihi setahun menular dinegara kita ,kerajaan semakin hari semakin bertindak tegas keatas orang ramai demi memantau keperihatinan mereka terhadap bahayanya virus C19 ini. Bermula dengan denda rm300.00 kalau melanggar S.O.P disusuli rm 1000.00 dan kini rm 10 ,000 pulak berkuat kuasa. Ikut S.O.P norma baharu. - pakai topeng muka kalau nak keluar rumah - nak masuk ke sesebuah permis kena scan code mysejahtera dan wajib periksa suhu badan. - berkumpul beramai ramai dilarang.  - jaga jarak bila berada dalam keadaan yang ramai orang. - peniaga ada masa ditetapkan untuk berniaga. - senantiasa bersihkan tangan dengan sanitizer. setahun  kita dah amalkan ini. Tapi sebab ada sesetengah dikalangan kita terlalu ego dan lebih pentingkan diri sendiri ,akhirnya wang ringgit jadi habuan saman. Bayangkan rm 10,000 kalau diberi sedekah kepada keluarga asnab yang terlalu ramai diluar sana kan boleh memberi kebahagian kepada mereka. Lagi lagi bulan Ramadhan ni.Banya

Satu keluarga Join Amway

  Assalamualaikum. Atas tu gambar keluarga kecil maq. Semua orang tahu maq adalah peniaga barangan amway.Newbie lagi, takda belian ke...perak ke.. emas ke.. apa ke..semua masih baru bagi maq.  Bila kata new bie ni,banyak ilmu kena gali. Nak kerja mudah ,ikut je apa tunjuk ajar leader, apa dia kata ,ikut jek. Setakat ni alhamdulillah ,maq lagi sedang mengisi ruang kosong dalam minda ni dengan ilmu berniaga online. Harap maq tabah.. Keluarga maq semua join amway! serius la?? Ye betul ! Maq dan encik suami ABO (ahli amway) Along dan suaminya APC (pelanggan istimewa amway ) Ety dan suaminya ABO ( ahli amway ) Aida pula APC ( pelanggan istimewa amway ) **mujur anak cuma 3. Kalau 10? sepuluh sepuluh la maq suruh diaorang join amway.  Amway ni konsep dia,you buat you dapat. You rajin you berjaya. Maq tak support produk muslim?  Dalam perniagaan amway , ada ramai orang muslim yang maq kena bantu . Kalau nak kira produk muslim semata mata dalam kehidupan seharian kita ,apa kisahnya pula dengan

Promosi Ramadhan dan shawal 2021 D'calysta

  Assalamualaikum. Sebagai stokis D'Calysta diBatu Pahat yang belum setahun ,maq rasa ada banyak peluang untuk pergi lebih jauh. Dalam diam tak diam maq dah ada beberapa orang agent dibawah maq. Dan nampaknya mereka begitu bersungguh nak cari peluang tambah duit kocek. Sekarang Maq dah buat jualan keluar dari Batu Pahat.Kalau sebelumni hanya jual kat orang Johor je sekarang kita dah pos kemerata Malaysia. Kos penghantaran maq guna khidmat poslaju.  Sempena Ramadhan dan shawal 2021 ni , Dcalysta ada buat promosi. harga promosi. Kami ada 42 haruman. Beli 3 dengan hanya dengan rm 100.00 ,siapa tak nak kan? Pengguna Dcalysta akan tunggu promosi ni setiap kali tiba musim perayaan.Diaorang kata murah ! Ada untuk lelaki , ada untuk perempuan. Bau memang tahan lama . Boleh tahan sampai 8-12jam tau. Mesra solat dan bau mahal harga murah ! Berminat boleh pm kat facebook  atau instagram maq. By the way akaun twitter maq dah pun maq delete ..☺️

Hadiah Ramadhan 2021

  Assalamualaikum Ramadhan tahun ni ,maq tak buat sangat persiapan untuk hari raya. Inshaallah pakai apa ada je . Sebab baju raya tahun lepas pun baru pakai sekali. Lagi pun bila kes covid 19 ,turun naik tiap hari, hati tak beria sangat nak beraya. Apa apa pun hanya berserah pada takdir , ada rezki untuk beraya ,keluarlah kita pergi meraikannya. Inshaallah.. Semalam keluar sekejap bersama encik suami ke Parit Raja . Beli lauk untuk makan sahur dan makan berbuka kami bertiga. Siap belanja ,encik suami ajak ke kedai jati di Parit Sulong ,Batu Pahat.Maq suka kedai ni , staff dia semua peramah peramah. Tak bosan kalau kita singgah tengok tengok barang mereka. Sampai sana, pekerja disitu tanya encik suami, "nak beli apa bang ?" encik suami " nak cari rehal.." Maq .."whattt?".... ( bisik dalam hati je,padahal masatu hati tengah berbunga bunga ) Encik suami dan pekerja tu pergi tempat rehal dan dah rezeki kami , tinggal lagi sebuah je rehalnya. Padahal masa kami

Semperit Red Velvet

 💖Semperit Red velvet💖 💖250g butter/ marjerin 💖4 cawan tepung jagung  💖2sudu tepung kastard  💖2sudu pewarna merah  💖1sudu teh cuka makan  💖1sudu serbuk koko  💖1cwn susu pekat Cara2 💖Whisk butter / marjerin kacau sebati bersama susu , pewarna merah & cuka makan.  💖Kemudian masukkan tepung jagung , tepung kastard & serbuk koko.. gunakan senduk @ hujung jari semasa membuat adunan.. apabila adunan sebati Bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis 💖Bakar suhu 160°C 20minit..Ikut oven masing2  * Sukatan cawan mungkin tak sama.. jadi jika adunan lembut sangat , tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan.. Agak2 sesuai tekan di acuan. Selamat Mencuba nota maq : dapat resepi ni kat fb. Macam menarik so maq kongsikan kat sini supaya usaha pengirim jadi jariah yang berpanjangan...🤲

Ramadhan 1442

  Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke 3 buat readers yang masih sudi baca blog peribadi maq ini. Bulan puasa kalini maq lagi sibuk menguruskan bisnes online. urus group kutu* promote produk* sambil sambil tu maq masih lagi mencari agent untuk dcalysta dan cari pelanggan istimewa amway untuk mereka yang nak beli produk amway dengan harga ahli. haaa itu je lah kerja maq hari hari. Tak sempat pagi , tengahari,tak sempat tengahari petang ,tak sempat petang ,malam. Yang penting orang tahu yang maq sedang berjualan dan dalam masa sama maq nak cari orang yang nak tambah income mereka. Alhamdulillah ,selain uruskan Amway dan Dcalysta perfume ,bulan puasa kalini bisnes lama maq ( jual tudung sarung ) aktif semula.  Tudung sarung dari Asmaq Scarf.  Cuma kalini maq tak simpan stock macam sebelum. Setiap pemintaan pelanggan akan diuruskan oleh kedai. Maq cuma iklankan aja.. Senang kata maq hanya jadi dropship je sekarang ni . Setelah hampir setahun lamanya maq berhenti berjualan tudung sarung keran

Banjir Kilat Bandar Penggaram

  Assalamualaikum. Petang tadi dalam pukul 2 lebih ,hujan turun sangat lebat. Maq pun ambil peluang menikmati suasana sejuk tu dengan tidur petang.Maklom pagi tadi ada urusan sikit di kampung , letihnya macam apa entah ,susah nak jelaskan tapi urusan pada pagi tadi tu memaksa maq dan encik suami "rushing" .. Lepas settlekan semua  aktiviti harian dirumah, kami  kemudian bergegas pulak ke Koris( kampung halaman maq) Bukit Perdana ke Pekan Koris tak sampai pun  10minit ?? peh pecut gila ni sis ! apa pun Alhamdulillah , dari pukul 10lebih kami pulang semula ke Bukit Perdana sebelum azan zuhur. Separuh urusan dah selesai, ada separuh lagi yang perlukan masa sesuai. Bila terjaga dari tidur petang yang indah tu ,hujan masih turun renyai renyai tapi tak sangka pulak bandar Penggaram rupanya sudah dilanda banjir kilat. Bandar Penggaram ini adalah pusat bandar bagi daerah Batu Pahat.  Nak tengok ? Abam bomba datang beri bantuan kecemasan. Kawasan sekolah Agama Bandar. Kawasan Jalan Fa

Ziarah Pusara Lama

 Assalamualaikum. Harini Jumaat, maq berkesempatan balik ke kampung halaman encik suami yang jaraknya ambil masa hampir 30 minit dari Batu Pahat. Tujuan utama  kami nak bersihkan kawasan wakaf tanah perkuburan milik keluarga  encik suami. Sejak menikahi encik suami dari tahun 1993, maq langsung tidak berpeluang untuk kesana sedangkan jarak tanah wakaf tu hanyalah beberapa meter sahaja dari rumah ibu mertua. Allahhu... Kini setelah hampir 28 tahun ,harini Allah gerakkan hati maq untuk menziarahi kawasan tersebut. Alhamdulillah... pusara arwah ayah mertua maq dan ahli keluarga encik suami yang lain . Semoga ruhnya ditempatkan dikalangan hamba hamba yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah..